Doa-Doa Ketika Berada Di Muzdalifah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Di Padang Arafah, setelah azan Maghrib berkumandang dari Masjid Namira, semua Jemaah Haji akan berduyun-duyun berangkat ke Muzdalifah yang jaraknya 3km sahaja. Jika tidak berlaku kesesakan para jemaah boleh sampai dalam masa 15 minit sahaja dengan menaiki kenderaan.

.

Doa Ketika Sampai Di Masy’aril Haram

Apabila sampai di Muzdalifah bacalah doa kebaikan di dunia dan di akhirat berikut:

.

.

.

.

Doa Ketika Di Muzdalifah

.

   .

Ya Allah, ya Tuhan! Sebagaimana Dikau himpunkan kami dan Dikau perlihatkan kami pada hari ini, berilah taufik kepada kami untuk mengingati dan memujiMu dengan  kebesaranMu sepertimana yang telah Dikau tunjukkan kepada kami. Ampunilah kami serta kasihilah kepada kami sebagaimana yang telah Dikau janjikan kepada kami di dalam kitabMu, al-Quran: “Apabila kamu telah selesai menunaikan rukun haji kamu, iaitu berwukuf di Padang Arafah maka hendaklah kamu mengingati Allah banyak-banyak dengan menyebut-nyebut namaNya di Al-Masy’ar Al-Haram (Muzdalifah) sebagaimana yang telah diberi pertunjuk kepada kamu; Sesungguhnya kamu sebelum daripada mendapat hidayah pertunjuk daripada Allah adalah di dalam keadaan sesat yang amat nyata. Setelah selesai kamu berzikir di sini turunlah kamu ke Mina sepertimana yang dilakukan oleh semua manusia dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah; Bahawasanya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.”

.

Ya Allah! Kami memohon kepadaMu Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani; Terimalah segala permintaan kami! Wahai Tuhan yang menerima segala permintaan mereka yang di dalam kecemasan; Wahai Tuhan yang apabila menghendaki sesuatu berlakulah perkara itu dengan tidak dapat dihalangi lagi.

  .

Ya Allah ya Tuhanku! Kami datang beramai-ramai ini untuk mendapat keampunan daripada Mu di atas segala dosa kami. Janganlah Dikau kecewakan kami, berilah kepada kami sepertimana yang Dikau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Janganlah Dikau palingkan kami daripada tempat suci ini, melainkan kami mendapat kemenangan dan tidak kecewa, tidak menyesal dan tidak juga kami tergolong daripada orang yang sesat dan menyesatkan; Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani!

  .

Ya Allah ya Tuhan! Berikanlah pertunjuk dan taufik kepada kami, peliharakanlah kami daripada terjerumus di dalam lembah kejahilan dan kemusnahan, selamatkan kami daripada segala penyakit jiwa, jadikanlah kami daripada golongan orang yang menjauhkan diri dari runtunan hawa nafsu yang buas kerana itulah sejahat-jahat musuh yang berjangkit. Ya Allah! Jadikanlah kami daripada golongan mereka yang sentiasa menghadapiMu dan tidak kepada yang lain. Bawalah kami ke jalan Dikau, kasihan belaslah ketika kami bertadharuk bersemadi terhadap Dikau.

  .

Ya Allah! Perbetulkan kami kiranya kami telah menyeleweng, teguhkanlah kami di dalam pendirian kami, hidupkanlah kami dalam iman dan taat kepadaMu. Matikanlah kami di dalam Islam, dari golongan mereka yang bertaubat, begitu juga semasa soal di akhirat. Jadikanlah kami daripada mereka yang menerima suratan amalannya dengan tangan kanan, jadikanlah kami daripada golongan mereka yang beroleh keamanan pada hari kiamat, berikanlah kegembiraan kepada kami. Ya Allah, dengan memandang wajahMu Yang Mulia dengan berkat rahmatMu; Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani!

.

.

.

Zikir Ketika di Masy’aril Haram (Di Muzdalifah)

.

Membaca Takbir, Tahlil dan Kalimat Tauhid:

رَكِبَ الْقَصْوَاءَ حَتَّى أَتَى الْمَشْعَرَ الْحَرَامَ فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ (فَدَعَاهُ وَكَبَّرَهُ وَهَلَّلَهُ وَوَحَّدَهُ) فَلَمْ يَزَلْ وَاقِفًا حَتَّى أَسْفَرَ جِدًّا فَدَفَعَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ

“Nabi Shallallahu’alaihi wasallam naik unta bernama Al-Qaswa’ hingga di Masy’aril Haram, lalu Baginda menghadap kiblat, berdoa, membaca takbir dan tahlil serta kalimat tauhid. Baginda terus berdoa hingga fajar menyingsing. Kemudian Baginda berangkat (ke Mina) sebelum matahari terbit.”

(Hadith Riwayat Muslim r.a.)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Talbiah Haji  (Klik Di Sini)
  2. Doa Akasyah  (Klik Di Sini)
  3. Doa Malam Arafah  (Klik Di Sini)
  4. Doa Hari Arafah  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: