Kelebihan / Fadhilat Ayat Al-Kursi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.

Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

.

.

Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:

Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.

.

.

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

 

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:

  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:

    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

.

12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;

    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

.

13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;

    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

.

14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;

    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

.


Bacaan Ayatul Kursi


.
.

Khasiat Ayat Kursi:

Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;

  1. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
  3. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  4. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  5. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
  6. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
  7. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
  8. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
  10. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
  11. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.
  12. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
    • Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
    • Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun  terkena pembuli jalanan.
    • Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.

.

Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

.

Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

by;

shafiqolbu

.

28 responses to this post.

    • Posted by nurul on 14/11/2012 at 1:23 am

      ok

      Reply

      • Salam untuk semua, saya mendapat ujian dari Allah yang membuatkan saya hanpir-hampir berputus asa ……. . dgn. ujian tersebut. saya terdengan seorang ustaz menyuruh kita mengamalkan surat kursi sebanyak 7x selepas solat subuh, sejak dari itu saya mengamalkannya di tambah dengan surah fatihah, al iklas 7x salawat nabi, dan 7x ayat kursi , saya mengamalkan pagi dan petang …. alhamdulilah saya dapat menghadapai dgn. jiwa yang tenahg dan boeh terseyum lebar….. ramai kawan-kawan menegor saya seperti orang tiada masalah …………

  1. Posted by amin ah on 17/06/2012 at 12:06 am

    Saya merasa lebih tenang sejak mengamalkan ayat kursi walaupun ujian yang saya alami belum selesai. Hebatnyaa mukjizat al-Quran tiada tandingan

    Reply

  2. Posted by Muhammad Firiman on 02/10/2012 at 3:16 pm

    Assalammualaikum,

    Please help me to clear my doubt on this ..Syukran. JazakAllah.
    I understand there’s three surah here to be read. Al Fatehah,Ayatul kursi. What’s the other one. Al Nash or An-Naas.?

    Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Surah Al Nash, surah number 110;

      بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
      إِذَا جَاءَ نَصْرُ‌ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَ‌أَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَ‌بِّكَ وَاسْتَغْفِرْ‌هُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣

      Jazakallahu Khair…

      Reply

      • Posted by Muhammad Firiman on 15/10/2012 at 1:04 pm

        Assalammualaikum Akhi,

        Thanks for your reply . May i please confim with you . Surah 110,If it’s Surah Al nash or An Nasr.

        based on this website. Noble Quran http://quran.com/110 its’s Surah An-nasr. Pardon Me if my question is unreasonable. Thanks in Advance . Jazakallah.!

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Alhamdulillah, It’s all the same Surah ~ An-Nasr

      • Posted by Muhammad Firiman on 17/10/2012 at 4:00 pm

        Syukran Akhi.!!
        Jazakallah

  3. Posted by xerena on 13/12/2012 at 10:16 pm

    mohon copy yer..

    Reply

  4. Terima kasih atas informasi yg telah antum berikan , smoga bermanfaat bagi semua umat .

    Reply

  5. Posted by ahmad sayuty on 28/01/2013 at 6:03 pm

    it so good to having something like this. now, i have a lot of information about al-kursi and can give my speech about it tonight …. allahamdullillah…. hope allah bless all of us .. amin.

    Reply

    • Alhamdulillah, Aminnn…

      Reply

    • Posted by Nur Saffa Safraa on 29/01/2013 at 1:00 pm

      Alhamdulillah , saya dalam proses pengamalan ayat Kursi yang mana saya lakukan setiap kali selepas solat hajat . biasanya saya lakukan pukul 3.00 pg dan ke atas . pada permulaannya , di hari pertama saya rasa agak berat . Tetapi kebenaran & rahsia ayat kursi yang menjadikan pengamalan saya di hari-hari yang berikutnya semakin senang serta terasa cukup ringan . Keadaan malam yang sunyi mampu membantu kit untuk lebih khuysuk mendekati Allah swt. Di samping itu , saya turut mengamalkan Al-Fatihah 125x selepas subuh beserta surah Yasin , Al-Fatihah selepas maghrib 40x , Al-ikhlas selepas isyak 100x disertakan solat hajat dengan bacaan Al-ikhlas 100x, Surah Yasin dan Ayat Kursi 301x. Inilah rutin harian yang pada mulanya terasa susah namun Allah swt memberikan saya kekuatan melaksanakannya semampu yang boleh.

      Reply

    • Posted by Nur Saffa Safraa on 29/01/2013 at 1:02 pm

      kepada Ahmad Sayuty , banyak lagi sebenarnya kelebihan Ayat Kursi yang masih belum terungkap namun sekiranya saudara ingin mengetahui dengan lebih lanjut , maka seeloknya saudara mendapatkan buku-buku yang terdapat di pasaran serta merujuk kepada ustaz-ustaz yang lebih berpengetahuan.

      Reply

  6. alhamdulillah,,,,dpt ilmu lagi,,,! terimakasih yah,, buat yg punya blog ini,dan minta ijin yah untuk mengkofinya,,semoga ilmunya bermanfaat,,,

    Reply

  7. Posted by renny on 19/02/2013 at 10:46 am

    alhamdulilah terima kasih sdh membrikan informasi yg bagus…mhon izinnya untk mencopynya,,,,

    Reply

  8. Posted by siti nazira on 20/02/2013 at 12:10 pm

    saya terdengar ceramah pagi td..tbe2 hati sy sayu mengingati Allah…..In syaa Allah lpas ni sy akan cbe mengamalkan nya

    Reply

  9. Posted by syakina on 25/04/2013 at 8:21 am

    jiwa saya semakin tenang bila mengamalkan Ayat2 Allah ini……dan semua amaln yg dilakukan mjadi ringan sekali…Alhamdulillah…..

    Reply

  10. Posted by Shazlina on 23/05/2013 at 8:48 pm

    elpk kalau share , ramai org dapat tau kebaikannya 🙂

    Reply

  11. Posted by edh on 25/06/2013 at 2:04 pm

    Assalammualaikum
    Terima kasih kerana blog ne…..

    Reply

  12. Reblogged this on The Dr. Eamer's Journal. and commented:
    🙂

    Reply

  13. Posted by md yusran on 31/07/2013 at 12:49 am

    sesunguhnya..segala-galanya ada dalam kitab Al-Quran..kita hanya membaca..adalah lebih baik mendalami maknanya melalui tafsir Al-quran..

    Reply

  14. Posted by sufiza ismail on 09/09/2013 at 6:45 am

    Setiap mlm sebelum tidur sy amalkan ayat ini sebanyak 21 kali.. Subhanallah..dugaannya terasa terutamanya apabila sampai ke 2 ayat penghujung..kadang2 bacaan saya terhenti di situ dan terlelap.. selalunya 2 ayat terakhir..alhamdulillah saya tersedar dan mula kembali membaca dari awal.. begitulah dugaannya….jika dilihat pada maksud dan penerangan ustaz2 memang dpt dirasai syaitan cuba mengalih konsentrasi kita kerana ayat2 itu mampu membakar mereka…Subhanallah..walhamdulillah…wallahuakbar

    Reply

  15. Posted by Abdullah Bin Che Ahmad on 25/08/2014 at 4:14 pm

    Saya mohon share selalu dari blog saudara…

    Reply

  16. Posted by Ibrahim bin haji tamanan on 25/05/2015 at 11:07 pm

    Alhamdulilahirabilalamin dan syukur atas maklumat yang dikongsikan.

    Reply

  17. Posted by Pg Abdul Rahman on 09/07/2015 at 1:48 am

    subahannallah walhamdullilah laa illa ha illallah allahuakhbar.

    Reply

Leave a comment