Selawat Tafrijiyah

  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

.

.

Fadhilat Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

.

 Imam ad-Dainuri r..a.

  1. 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

.

Imam Qurtubi r.a.

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.

Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

.

Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.

.

Wallahu A’alam Bissowab



والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

.

10 responses to this post.

  1. Posted by humaira on 14/02/2012 at 8:20 pm

    pertanyaan, yang manakah yang betul وحسن الخواتم atau وحسن الخواتيم minta penjelasan denga i’rab dari segi ilmu nahu

    Reply

    • السَّلاَمُ عَلَيْكَمْ
      Kedua-duanya adalah betul, secara asasnya… وحسن الخواتم membawa maksud ‘dapat Husnul Khatimah’ manakala وحسن الخواتيم ‘mendapat/memperolehi Husnul Khatimah’. Jika inginkan jawapan yang lebih jelas dan mendalam, bolehlah Humaira merujuk pada mereka yang lebih arif dan menguasai ilmu nahu ini.
      وَالسَّلاَم

      Reply

  2. Posted by dila on 27/03/2012 at 12:45 pm

    Saya ada membaca selawat dan ia nya saya jadikan amalan selepas solat, apa yang saya rasa dugaan datang tidak terkira hebat nya sehingga tidak dapat saya harungi..lama kelamaan hentikan wiridan ini kerana makin hari saya di tindas,di fitnah,di pulaukan ketika di tempat kerja.

    Reply

    • Assalamualaikum wrh wbt…
      Ana simpati di atas masaalah Dila itu.. walau bagaimanapun janganlah cepat berputus asa sehingga ditingalkan selawat. Sebaiknya Dila ikutlah apa yang disarankan oleh Imam ad-Dainuri r.a. dan Imam Qurtubi r.a., supaya menyerahkan diri hanya kepada Allah SWT melalui solat Hajat secara istiqamah dan diiringi membaca Selawat Tafrijiyah sebanyak 41 x atau 100 x selama beberapa malam. InsyaAllah akan tercapai segala hajat menyelesaikan masalah.

      والسلام

      Reply

  3. mohon share ye. tq

    Reply

  4. Posted by Iroly on 25/12/2012 at 3:13 pm

    Boleh saya baca dalam rumi?sebab saya kurang pandai dalam Bahasa Arab.

    Reply

  5. Posted by kopi on 17/01/2013 at 6:55 pm

    boleh ke saya baca maksudnya sahaja..sbb saya tak pandai baca bahasa arab

    Reply

  6. Posted by wan on 07/04/2015 at 6:00 pm

    Mohon share.
    Dila & sesiapa shj yg mmbaca. sy pernah menempuhi dugaan yg sama ketika awal2 bekerja dahulu. Sedih mmg xdpt digambarkn. Setiap hr mnangis apabila pulang dr kerja. Tapi Saya pilih untuk mnyerahkan urusan org2 yg terlibat dgn fitnah ke atas sy & yg memulaukn saya ini kpd Allah. Sy pilih Allah sbg tempat mngadu. Alhamdulillah, pd ms itu terasa manisnya solat, indahnya ibadah & tiada lg kerisauan jika kehilngan kwn2. Yg akan mnjaga kita, Allah, bkn rakan2. Masih ramai lg insan2 beriman yg boleh dijadikn sahabat, meskipun bukan di tmpat kerja kita.

    Reply

Leave a comment