Fadhilat Asma’ul Husna – Ar-Rahim

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

2. Ar Rahim
The Most Merciful

Yang Maha Penyayang  – Pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. Terutama kepada orang-orang mukmin yang menggunakan pemberian sebagai kehendak Tuhan Yang Maha Kasih.

.

Fadhilat Ar Rahim

.

  • Siapa berzikir Ya Rahim’ sebanyak 100 X setiap hari, Insya’Allah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang sesama makhluk Allah SWT dan akan mempunyai daya penarik yang istimewa hingga manusia berasa cinta dan kasih serta sayang terhadapnya.

.

  • Sesiapa menyebut ‘Ya Rahim’ 100 X selepas fajar, Insya’Allah akan terselamat daripada bencana dan seluruh makhluk akan menunjukkan kasih sayang kepadanya dan akan menemui orang-orang yang baik hati.

.

  • Sesiapa yang berzikir ‘Ya Rahim’ 100 X setiap menjelang matahari tergelincir atau menjelang  Zuhur maka dia akan dikasihi oleh setiap makhluk (manusia, jin, haiwan).

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

https://shafiqolbu.wordpress.com/

 .

Leave a comment