Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

 

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

 .

.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

 .

2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

 .

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

 .

.

.

.

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

 .

1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:

  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

 .

.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.

 .

1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

  .

.

Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

 .

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

 .

http://shafiqolbu.wordpress.com/

 

.

About these ads

102 responses to this post.

  1. Posted by noha on 14/12/2011 at 10:03 am

    mohon share…

    Reply

  2. trima kasih atas usaha ini.Moga Allah memberkati tuan.

    Reply

  3. Posted by Aziizul on 30/03/2012 at 10:44 am

    assalamualaikum :) kalau ayat 35-38 dibaca untuk orang yg sudah berumah tangga saja ke ? Kalau orang yg belum berumah tangga boleh ke mengamalkan ayat tu?

    Reply

    • Wa’alaikum salam wrh wbt..
      Semua golongan boleh mengamalkannya… ia juga baik buat Aziizul untuk menyerikan keterampilan dan wajah juga kebahagiaan perhubungan sesama keluarga, adik beradik, rakan, pekerjaan, tunang dll…
      والسلام

      Reply

  4. Posted by siti norwati ismail on 02/04/2012 at 7:12 am

    Assalamualaikum…saya ingin bertanya perlu ke kita melakukan ini semua sebelum kita mengamalkan surah al-waqiah ini,,kalau terus diamalkan tanpa berpuasa dan sebagainya itu adakah ianya salh mohon penjelasan syukran jazilan, jazakallahukhair.

    1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

    2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

    3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

    Reply

    • Wa’alaikum salam wrh wbt..
      Cara tersebut adalah amalan para solihin terdahulu yang ingin memastikan diri mereka benar-benar ‘suci’ sehingga tidak sanggup menyakiti makhluk yang lain sebelum mengemukakan amalan dan permohonan mereka kepada Allah SWT. Bagi kita yang baru berjinak-jinak ni.. buatlah ikut kemampuan diri… InsyaAllah akan tetap diterima sekiranya dibuat dengan penuh keikhlasan dan mengharap redha-Nya.
      والسلام

      Reply

  5. Posted by Idawati Adalbert Lee on 10/04/2012 at 3:56 pm

    Assalamualaikum..Saya ingin bertanya apakah yang dimaksukkan dengan “wirid” atau “mewiridkan”..?Minta penjelasan supaya saya lebih memahami..terima kasih..

    Reply

    • Wa’alaikum salam wrh wbt..
      Idawati secara ringkasnya… Wirid adalah kutipan ayat-ayat Al-Quran atau zikir yang ditetapkan untuk dibaca juga bermaksud zikir yang diucapkan sesudah solat. Manakala mewiridkan adalah membaca wirid atau zikir secara berulang-ulang kali atau mengamalkan wirid tersebut secara konsisten (istiqamah).
      والسلام

      Reply

  6. Posted by hamba allah on 18/04/2012 at 11:09 am

    adakah surah al waqiah ini sesuai diamalkan oleh pasangan suami isteri yang masih belum mendapat cahaya mata (ayat 35-38)

    Reply

    • Rahmat surah ini adalah untuk segala rezeki.. Amalkanlah ia secara istiqamah, InsyaAllah dapat membantu…

      Di samping itu boleh juga di amalkan cara berikut;

      1. Al-Fatihah
      2 Al-Anbiya’ : Ayat 30
      3. Al-Anbiya’ : Ayat 89
      4. Ali-Imran : Ayat 38
      5. Doa mohon zuriat kepada Allah SWT.

      Reply

  7. Posted by nor izzati on 09/05/2012 at 11:00 am

    Assalamualaikum…saya ingin bertanya…untuk membaca surah ini didalam majlis…apekah maksud nye? majlis yg bagaimana?dan sabanyak 40 / 41 x?

    Reply

    • Waalaikummussalam..
      Sekiranya banyak peruntukan masa, Nor dan jamaah boleh baca dalam apa saja majlis yang diadakan… seperti hadis-hadis di atas, fadhilat Surah Waqiah ini dapat mengundang dan meraih rezeki.. ~ Rezeki di sini bukan saja kewangan tapi ianya merangkumi konteks yang lebih luas termasuk kesejahteraan, kesihatan, kebahagiaan, keamanan, kejayaan… sehingga kenderaan tidak rosak dan meragam serta orang tidak mengganggu juga adalah rezeki.

      Jika dibaca beramai-ramai sebelum peperiksaan dalam majlis solat Hajat, InsyaAllah akan dapat dilihat perubahan dan kesan posiifnya pada setiap murid dalam sikap seharian dan pembelajaran mereka serta keputusan peperiksaan pasti melonjak naik..

      Hikmah segera membaca 41 x adalah surah Waqiah ini akan dapat dihafal dan akan menjadi zikir harian dibibir…

      والسلام

      Reply

    • mohon bantuannya saya perlu uang untuk membayar utang guna kelangsungan hidup keluarga saya, bahkan saat ini saya menumpang di rumah mertua yang non muslim karena sudah tidak mampu kontrak rumah lagi, bagi yang memiliki harta berlebih silahkan infakkan harta anda untuk bantu saya ke rek saya … BRI SALATIGA DADI JUNAEDI ABDULLAH 0081-01-009124-538

      Reply

  8. Posted by Aisyahumairaa on 11/05/2012 at 10:26 am

    Mohon Share.. ^_^

    Reply

  9. Posted by ema darus on 27/05/2012 at 9:27 am

    Cukup bernas dan penerangan yang cukup jelas tentang kehebatan
    surah ini. Insyaallah saya cuba amalkan.

    Reply

  10. Posted by zulkefli on 27/05/2012 at 11:20 pm

    alhamdulillah..penerangan yang jelas dan mudah..mohon kita sama-sama dapat mengamalkannya..amiin.

    Reply

  11. Posted by nourlind rasdi on 28/05/2012 at 11:39 pm

    Salam,saya memang amalkan surah ini termasuk ayat 35-38. Alhamdulillah..begitu hebat ayat al quran ini.Sama-samalah kita mengamalkannya.

    Reply

  12. salam, jika membaca surah ini bagi rezeki n kebahagian rumah tangga adakah ia makbul jika kita membaca sahaja tanpa membaca surah al-fatihah,ayat kursi dan surah al waqiqah ayat 35-38 dan ditiup pd air..

    Reply

    • Waalaikumussalam..

      Apa yang ditunjukkan itu adalah cara beradab orang yang memohon, jika diikuti adalah lebih afdal dan menunjukkan kesungguhan usaha… walau bagaimana pun sesuatu perbuatan itu, jika diniatkan mengikut tuntutan dan keredaan Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka Insya’Allah ia juga akan mendapat pahala dan doanya akan dimakbulkan.

      Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan…” (Bukhari Muslim)

      Reply

  13. Posted by Nur Mizani on 06/06/2012 at 12:07 am

    Sgt membantu..
    Thx for sharing..
    Awesome blog! Keep it up dude.. ;)

    Reply

  14. Posted by abid on 20/06/2012 at 9:50 pm

    surah ini afdal baca lepas isyak ke?kalau baca selepas magrib boleh x?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Surah al-Waqi’ah ini yang afdalnya dibaca pada waktu malam iaitu dari Maghrib hingga ke waktu Imsyak.

      Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

      Sekiranya bertujuan untuk hal no.5 – 7 di atas.. eloklah dilakukan selepas solat Isyak kerana waktunya lebih panjang, tenang dan selesa serta tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskan 3 x bacaan surah tersebut…

      Reply

      • Posted by abid on 22/06/2012 at 6:41 pm

        ok tq,,saya nak tnye satu lagi..dikatakan al mulk sebaiknya baca sebelum tidur..tapi lepas solat isyak saya terus baca sebab takut terlupa dan ada sedikit sifat malas nak buka al quran sebelum tidur.. adakah bila baca surah al mulk selepas solat isyak ganjaran pahala tak sama dengan waktu yang afdal iaitu baca sebelum tidur?

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Yakinlah setiap amalan yang dibuat kerana Allah Ta’Ala pasti ada ganjarannya. InsyaAllah apabila Abid membuka al-Quran dan membaca surah al-Mulk itu pun sudah meraih pahala dan besar fadhilatnya…

  15. Posted by Nazatul on 30/06/2012 at 12:10 pm

    sy telah dwnload surah ini didlm hp sy, jd pd setiap mlm sy pasti akan mendengarnye sebelum tidur jika sy ada kelapangan. Adakah sy berdosa membaca surah sambil berbaring tanpa membuka al quran. Dgn cara sedemikian sy dpt menghafalnye dan membaca berulang2 kali melalui hp sy. Mohon pandangan.

    Reply

    • Berniat ikhlas dan ingin menghafal adalah diharuskan malahan amat digalakkan kerana perbuatan ini termasuk dalam zikrullah…

      والله أعلم بالصواب

      Reply

  16. Mohon share u….tk

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Doakan ana beroleh kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT…

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  17. selawat yg mna di baca 100 kali

    Reply

    • Mana-mana selawat pun boleh… yang paling pendek/ringkas adalah:-

      اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

      Reply

  18. tulis selawatnya pke abjat aja krna hpq gk bsa tulisan arab shohib

    Reply

    • Allahumma solli ‘ala muhammad.

      Reply

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Terima kasih Albinadak… dan selawat yang panjang sedikit adalah:-

        اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

        Allahumma solli ‘alaa Sayyidinaa Muhammad wa‘alaa aali Sayyidinaa Muhammad.

        “Ya Allah! Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas Penghulu kami (Nabi) Muhammad.”

  19. Semoga Allah memberkati & memurahkan rezeki admin dan kita semua. Allahuakhbar.

    Reply

  20. trimah kasih banyak,,,,,
    bsa sya minta nmr hpnya sya mw minta doa atw wirud yg di amalkan selain dri surah alwaqiah,

    Reply

  21. Posted by irmasri on 04/08/2012 at 6:38 pm

    assalam.jika nak puasa 7 hari.apakah niat puasanya.?bgkan niat dlm bahasa arab berseta niat.tq

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebenarnya niat puasa itu tidak menuntut kepada satu lafaz ayat yang khusus, cukup pada malamnya Sdr.Irmasri berniat untuk puasa sunat pada hari esok kerana Allah SWT.

      نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى.
      Daku berniat puasa sunat esok hari kerana Allah Ta’ala.

      Reply

  22. Posted by kahirul on 12/08/2012 at 10:23 pm

    Assalamualaikum… mohon untuk menanyakan beberapa soalan… saya krg jelas berkenaan ( sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.)
    1. maksudnya perlu dibaca 25x setiap solat fardhu bersamaan 25x5kali solat fardhu atau 25/5kali solat fardhu?
    2. puasa dari hari jumaat smpai hari khamis. saya kurang jelas akhiri pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Baca 25 kali Surah Al-Waqiah setiap solat fardhu (125 kali sehari) dan bacaan Surah Al-Waqiah berakhir selepas Isyak pada Jumaat minggu berikutnya.

      Sekiranya ingin melakukan cara ini, kena pada cuti panjang dan agak besar dugaannya kerana memerlukan 2 jam selepas tiap solat bagi membacanya dan hampir ke Subuh pada Isyak terakhir kerana perlu ditambah 100 kali lagi bacaan surah tersebut.

      2. Berpuasa 7 hari (Jumaat hingga Khamis).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  23. Posted by hartini on 12/09/2012 at 1:53 pm

    sangat berguna.. terima kasih, semoga ALLAH merahmati tuan..

    Reply

  24. Assalamualaikum…mohon copy dan share di dalam blog.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  25. Posted by faizul on 01/10/2012 at 8:28 am

    minta copy maklumat diatas syeh..syukran

    Reply

  26. Posted by Hishamudin Ali on 03/10/2012 at 9:40 pm

    Asslamualaikum..Untuk membaca surah al-waqiah seperti yg disarankan di atas. Apakah ia meliputi kesemua 96 ayat atau pun ayat tertentu saja..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdr.Hishamudin bacalah keseluruhan Surah Al-Waqiah tersebut… tidak panjang dan tak lama, 96 ayat tu macam baca Surah Yasin saja…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  27. Posted by Azian on 13/10/2012 at 5:49 pm

    Assalamualaikum, nak minta tolong ulas surah Ar-Rahman. Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah… bakal menyusul.. doakan kelapangan dan kesihatan baik untuk ana….

      Reply

  28. Posted by Asma' on 13/10/2012 at 6:44 pm

    Assalamualaikum wbt..
    Sbnarnya sy masih trtnya2 lgi surah apakh yg wjar dbaca kpda org yg nazak?
    dn blhkah tuan mnkankan lgi klbhan surah Al Waqiah jika dbca pd org yg skit ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Fadhilat membaca Surah Al-Waqiah terlalu banyak…boleh mempercepatkan kesembuhan atau pada orang yang nazak boleh memudahkan keluar rohnya. Jika seseorang itu membacanya di kala sihat, ianya dapat membantu sejak hayatnya di dunia, di alam barzakh dan hinggakan ke hari pengadilan kelak.
      2. Bacakanlah keseluruhan Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.
      3. Bacakan surah2 yang lazim dibacanya ketika dia sihat dahulu atau ayat2 lazim seperti 3 Qul dan ayatul Kursi.
      4. Ulangi dengan kerap surah al-Ikhlas. Anak cucu yang kecil pun boleh disuruh membacakannya dengan nada suara sederhana.
      5. Ajarkannya mengucap kalimah لا اله الا الله atau الله الله الله yang diselangi ayat awal Yasin (ayat 1-3 atau hingga ayat ke 4) ketelinganya.
      Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa akhir katanya: “Lailahaillallah”, nescaya masuk syurga.” (Hadis riwayat Muaz r.a.)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  29. Posted by mar on 15/10/2012 at 6:43 am

    Alhamdulillah…blog tuan ini banyak membantu sy untuk mjadi hambaNYA yang lebih baik…semoga tuan dan semua ummat islam sentiasa di berkati.

    Reply

  30. Posted by aini on 16/10/2012 at 12:29 pm

    syukran jazilan di atas penerangan untuk surah ini. InsyAllah, akan istiqamah untuk mengamalkannya..

    Reply

  31. Posted by khai on 25/10/2012 at 9:10 pm

    assalammualaikum w.b.t…

    saudara empunya blog, kayfa haluka? terima kasih dan moga anda dirahmati ALLAH S.W.T diatas usaha memartabatkan amalan-amalan solih didalam blog ini. dengan lafaz bismillah, dan penuh rasa syukur. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana usaha dan jasa baik saudara telah membantu saya untuk mejadikan Al-mulk serta Al-waqi’ah sebagai sahabat pembuka dan penutup didalam kehidupan seharian saya. alhamdulillah.. mudah-mudahan kita semua memperolehi keberkatan dari-NYA. insyaallah.

    Reply

  32. Posted by meri on 20/11/2012 at 8:10 am

    mnta izin utk disebarkan…

    Reply

  33. Posted by Zifa on 02/12/2012 at 7:32 am

    Assalamualaikum. Byk prkra bru yg sye perolehi drpd pngsian blog ini. Sye ingin bertnye stu soaln, blehkah kita membce al-quran ktka dlm keadaan haid? Bgimne ple hkumnye skiranye menbce surah yg menjdi amalan harian dan tjuannye utk belajar. Mohon penjlsan..tq

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat berkunjung ke Blog Shafiqolbu…

      Dalam keadaan haid adalah dilarang sama sekali membaca Al-Quran tetapi jika ada ayat2 tertentu yang telah dihafal dan menjadi amalan harian, ianya boleh dibaca atas dasar zikir…

      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه</strong

      Reply

    • saya kesulitan keuangan apakah ada yang bisa bantu??? ini no rek saya 0081-01-009124-53-8 DADI JUNAEDI ABDULLAH BRI SALATIGA JAWA TENGAH INDONESIA TOLONG BANTU SAYA

      Reply

  34. ”Allhamdulillah,..segala puji bagi Allah,..mohon di terangkan,.. Saya bercita-cita menjadi hafizd,dan saya sedang menghafal surah Al- Baqarah dan baru sampai sepertiga…apakah saya berdosa apabila saya berhenti sementara untuk mendahulukan menghafal surah waqiah ini,..mengingat banyak manfaat dari surah ini,..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdri. tiada dosa dalam bab ini… adalah lebih baik jika dapat dihafal juz 30 dan diikuti dengan surah2 al-Mulk, Yassin, Sajdah, Waqiah dan ad-Dhukhan terlebih dahulu yang boleh diguna dan diamalkan dalam solat dan sebagai zikir harian. Surah2 ini juga sebagai asas pengukuh hafalan kerana banyak ayat2nya berulang dalam juzuk2 terdahulunya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  35. Posted by sr on 24/12/2012 at 11:23 pm

    minta izin utk di sebarkan

    Reply

  36. as salam,

    saya share di blog :)

    Reply

  37. Posted by rerama ungu on 14/01/2013 at 8:47 pm

    assalamualaikum,mohon untuk share….

    Reply

  38. Posted by papa black on 25/01/2013 at 3:01 pm

    Assalamualaikum.. saya kurang pandai membaca dengan lancar, bagaimana untuk saya melakukan, boleh ka mula dengan mendengar bacaan tersebut.?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Papa Black lazimkan mendengar dan menghafal melalui mp3, Insya-Allah ianya akan lebih lancar..

      Reply

  39. Posted by Fatin Syafiqah on 03/02/2013 at 10:51 pm

    Minta izin, saya copy ke dalam laptop saya ye..

    Reply

  40. Posted by hasan on 12/02/2013 at 9:05 am

    mohon izin share

    Reply

  41. assaalamualikum saya nak org islam tahu bertapa hebatnya ayat al-quran

    Reply

  42. Posted by yumitty on 21/02/2013 at 3:30 am

    makasih atas infoy

    Reply

  43. Posted by Husna on 01/03/2013 at 1:11 pm

    Assalamualaikum..trima ksih ats pnrangan yg sgt brmanfaat..sm0ga sntiasa dberkati..

    Reply

  44. Posted by langit biru on 25/03/2013 at 8:37 am

    trm kasih atas sgl ilmu y dikongsikan..mohon share ye..

    Reply

  45. terima kasih d atas ilmu yang sangat berharga untuk bekal dunia dan akhirat…mohon share tq

    Reply

  46. Posted by alex on 06/04/2013 at 1:06 pm

    alhmdllah… terima ksh ilmu nya saudara2ku… semoga bermanfaat buat kita semua,, amin

    Reply

  47. Posted by idayu on 11/04/2013 at 4:07 am

    terimakasih yg tak terhingga atas perkongsian ini… mohon share ya..doakan saya dapat beramal dgn surah ini..Ameen.

    Reply

  48. Posted by Nafis on 12/05/2013 at 4:02 am

    Assalamulaikum, Terima Kasih, Atas pengertian surah walqiah, sedekar share aja sebaiknya membcanya bukan bermotivasi karna dilimpahkan Rezeki , dll, kita membaca karna kita mencintai Allah, karna sebgai Hamba Allah, wajib membca kalam2 Allah, jd serahkan kepada Allah, Karna Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Wassalam,

    Reply

  49. Posted by wan on 16/05/2013 at 12:00 pm

    salam, saya mohon utk share , Baarakallahu laka

    Reply

  50. Posted by chelah on 19/06/2013 at 2:30 am

    Saya telah mengamalkan surah Al-waqiah sejak belum berumahtangga lagi…. sebelum itu sangat sangat kecewa dengan diri saya kerana sukar untuk menerima pelajaran, selalu alami tekanan hidup (banyak orang dengki dengan saya dan menghalang usaha saya untuk berjaya). Saya bertunang tapi ada saja halangan untuk berkahwin…..

    Satu hari saya duduk menyendiri dan menilai diri sendiri, saya buat solat taubat, solat hajat dan setiap kali slps solat sy baca surah al-waqiah…. surahnya pjg, mula2 susah n lmbt baca, bila dh hari2 sy dh lancar. Sehari tak baca sy tk rasa selesa. Sy amalkan secara istiqamah…. Lama-kelamaan sy perasan perubahan dlm hidup sy, sy dpt offer kerja di sebuah universiti sbg tenaga pengajar wlupun wktu trsebut sy masih belum tamatkan pengajian sarjana sy. Semasa melapor diri bertugas, beberapa bln slps itu sy berkahwin dan slps melahirkan ank prtama sy bergraduat dan sy dpt jawatan tetap di universiti.

    Urusan sy spnjg mengamalkan surah ini diprmudahkan sehinggakn rakan2 kerja yg rapat dgn sy pon heran dan salah seorang prnah bertanya dengan sy sekiranya sy ada pakai apa2 ilmu kerana setiap kali berurusan, urusan sy selesai lebih cepat. Sebulan slps lapor diri bertugas, sy terus dpt gaji dlm bentuk cek sdgkan kwn2 lain yg saing2 lapor diri pon 2 bln slps tu pon belum dpt gaji… sy pinjamkan duit kpd kwn2…

    Tak lama slps itu, sy kurang mengamalkan surah ini kerana byk tumpukan urusan rumahtangga mnjaga ank2 yg masih kecil… pd masa itu sy mengalami mslh kewangan, mslh r/tgga dan akhirnya sy berbalik mengamalkannya secara istiqamah…. sbln slps mengamalkannya semula sy mndpt anugerah pekerja cemerlang dan pd masa yg sama hubungan keluarga sy smakin baik dan mslh kewangan tdk brlaku lg…

    Apa yg sy nk kongsikan di sini ialah, surah al-waqiah ini prlu diamalkan secara berterusan, setiap masa dan ketika, dgn ikhlas tanpa mgharapkan gnjaran serta merta. Ganjaran dari amalan surah ini ialah bukan kekayaan semata2 tetapi ia blh dlm bentuk urusan yg dipermudahkan, kebahagiaan hidup dan timbul sifat2 baik dlm diri sendiri contohnya rajin bersedekah, suka menolong org susah, dijauhi dari sifat bakhil, dijauhi musibah dan lain2…..

    Yakinlah, berhenti meminta pada manusia, mintalah pada Allah, sekiranya kita minta pada Allah, pasti Allah akan makbulkan…..

    Reply

  51. Posted by Hayati on 28/06/2013 at 3:21 pm

    Saya setuju dengan chelah, Ganjaran dari amalan surah ini ialah bukan kekayaan semata2 tetapi ia blh dlm bentuk urusan yg dipermudahkan, kebahagiaan hidup dan timbul sifat2 baik dlm diri sendiri contohnya rajin bersedekah, suka menolong org susah, dijauhi dari sifat bakhil, dijauhi musibah dan lain2…..

    Reply

  52. Posted by Nurin on 03/08/2013 at 9:11 am

    Assalamumalaikum w.b.t..
    Sedikit pkongsian tentang amalan membaca surah al waqiah ini scara itiqamah..alhamdulillah, sy sdh mengamalkan membaca slps solat maghrib sjak 7 tahun yg lalu..banyak perubahan yang blaku dalam khidupan sy..sblum itu sy & suami slalu ksempitan wang dan tlalu byk tanggungan yg perlu dipikul saban bulan..kdg2 trasa nak menangis tp malu nak mengeluh sbb byk lg nikmat lain Allah sdh beri…skali skala trasa jg nak dapat lebih tapi tdk menemui jalan yg sebenarnya..
    Selepas mengamalkan surah ini tanpa disedari pintu rezeki mula tbuka luas..sy yg x pdi mnjahit, diberi Allah ilham untuk mnghasilkan jahitan manik yg tdk putus2 mndapat sambutan luar bsa walaupun bukn d musim perayaan..stiap hari tempahan masuk dan walaupun sy bekerja, branak kecil 2 dan 1 tahun ktika itu, mrk langsung tdk mnganggu kerja2 mnjahit yg sy lakukan malah cukup sabar dan tdk merengek2 krn kurg dberi phatian…
    Selain itu satu psatu rezeki datang. Sy dinaikkan pangkat d tpt keja, pndptn suami smakin stabil, anak2 jarang sakit dan menunjukkan kcemerlangan dalam pembelajaran sejak dr tadika shingga kini..Sy jg tdk bhadapan dgn masalah pnjagaan anak2 wlupun bekerja krn dikurniakan ipar duai dan mertua yg sgt baik d samping dikelilingi teman2 & jiran yg baik2..pendek kata segala urusan slalu dipermudahkan olehNya..mudah2an sy slalu mnjadi hamba yg sntiasa bsyukur dan mampu istiqamah membaca al waqiah stiap hari . Sesungguhnya janji Allah itu pasti!!! Alhamdulillah..alhamdulillah..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Subhanallah.. Inilah bukti buat ke sekian kalinya kepada mereka yang masih meragui keagungan kalam suci… Rezeki Allah SWT tidak terhad pada wang ringgit saja…malah merangkumi dari semua segi, termasuklah kesihatan, masa dan perhubungan…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran… atas kesudian Ukhti Nurin berkongsi dengan pembaca…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  53. Posted by taufek hamid on 04/08/2013 at 11:10 am

    mohon keizinan admin (ijazah)utk mengamalkan surah AlWaqiah. Amiin.

    Reply

  54. ​​سُبْحَانَ اللّهُ mohon izin share

    Reply

  55. 2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

    Saya ingin perjelasan mengenai perkara di atas. Baca 25x dr awal ayat hingga akhir? atau ayat 35-38 ? Kalau bekerja di pejabat tak banyak waktu boleh tak baca 1x saja selepas solat fardhu? Apa maksudnya “bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya” adakah di bahagi2kan ayat2 tersebut maksudnya ayat 1 pada subuh pertama dan ayat 96 pada akhir isyak jumaat berikutnya? Mohon perjelasan,terima kasih.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1. Perlu dibaca keseluruhan 96 ayat Al-Waqiah tersebut sebanyak 25x selepas solat setiap hari sepanjang seminggu itu.
      Cara no.6 ini banyak cabarannya…kena buat masa betul2 cuti..

      2. Pilihlah cara yang lebih mudah..spt di no7…

      إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً ﴿٣٥﴾ فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارً‌ا ﴿٣٦﴾ عُرُ‌بًا أَتْرَ‌ابًا ﴿٣٧﴾ لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ ﴿٣٨
      Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  56. Posted by eera on 08/10/2013 at 5:40 pm

    Askm.. saya pernah selalu mengamalkn surah ni pd tahun lalu. Mmg ianya terbukti dan berkesan. Cubala..insylh ada rezeki tiba tiba yg dtg. Alhmdlh atas rezeki yg diberikn.

    Reply

  57. Posted by astieka on 18/10/2013 at 10:00 am

    mohon share untuk diamalkan

    Reply

  58. Posted by intan on 19/11/2013 at 11:37 am

    assalamulaikum…….sy nak tnya.boleh ke kita amalkan bila kita dalam keadaan kita datang bulan (haid)maksud saya membaca surah al-fatihah 1x,ayatul qursi 1x dan surah al-waqiah 7x ?tolonglah saya tak fahaam.saya dah amalkan surah al-waqiah ni selama 1tahun.

    Reply

  59. Posted by Siboney on 04/07/2014 at 7:01 pm

    Assalamualaikum. .Salam Ramadan..pertama selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW..subahanallah…Alhamdullillah. .saya juga terpanggil untuk memberi komen…Keajaiban Mujizat surah Al Waqiah ini…saya telah mengamalkan dengan tulus kerana ini Ayat banyak menceritakan kisah di padang Mahsyar..di akhirat kelak.sehingga kadang badan saya gigil takut..berkat saya amal membaca 3x di petang selepas asar dan 3x sebelum tidur bersama juga Al Dukhan..saya telah dilapangkan rezeki yg banyak…..tiada masalah kewangan…duit sentiasa ada..hati lapang..oleh itu rakan…jangan putus asa..selalu bc doa memohon kebaikan dunia dan akhirat itu..

    Selawat sentiasa di mulut..istighfar juga..semenjak ..saya mengubah diri lebih beramal…saya tidak lagi berckp merapu..bual kosong atau suka bercerita hal orang..saya juga cuba mengelak rakan yg suka mengata org….tambah lg..tolong jgn putus solat Duha…itu resepi saya menuju..Jutawan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Jazaakallaahu Khairan Katsiran atas perkongsian…
      Satu lagi jika dapat dihafal surah ini, elok dibacakan dalam Solat Dhuha… jangan lupa rezeki luar biasa tersebut dibantu juga orang2 yang memerlukan dan perkembangan Islam…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  60. Posted by fajri on 12/07/2014 at 11:35 am

    asalamualaikum…

    mau tanya pak niat puasa untuk yang 7 hari itu gimana y?
    dan doanya apa ya?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Boleh diniat dan dilintaskan apa saja di dalam hati sesuai dengan tujuannya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  61. mohon ijazah ya admin . shukran atas perkongsian :)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,198 other followers

%d bloggers like this: