Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

 .

.

Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.

 .

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

 .

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.

 .

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

 .

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

 .

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

 .

.

.

.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.

2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.

3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).

4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).

5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

 .

.

Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:

.

1. Mendapat Syafaat

  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
  • Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

 .

.

2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

.

  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)

 .

 .

3. Hati Beriman

  • Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

 .

 .

4.  Mendapat Keistimewaan

  • Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 
  • Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 

.

.

Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:

 .

1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.

2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.

3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.

4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.

5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.

6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.

7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:

a. Solat hajat.

b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.

c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

.

.

 

2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

.

– Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.

.

.

Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.

.

.

Wallahua’lam bish showab

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

.

91 responses to this post.

  1. Alhamdulillah.

    Reply

  2. Posted by noha on 14/12/2011 at 10:13 am

    Perkongsian tuan sangat baik… sy mohon share dgn kwn2…menghafaz alquran besar fadhilat utk jasmani dan rohani kita… t. kasih
    harapan saya agar lebih ramai saudara Islam kita menghafaz dan mengamalkan alquran..

    Reply

  3. Posted by Azwan on 30/04/2012 at 8:39 pm

    Mohon share info ni dari tuan blog..=)

    Reply

  4. Posted by boby on 01/05/2012 at 1:49 pm

    Alhamdulillah bertambah pengetahuan agama saya …

    Reply

  5. Posted by Puteri shazila on 10/05/2012 at 1:34 am

    Assalamualaikum…mohon di kongsi entry ini…

    Reply

    • Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh, silakan Puteri… semoga mendatangkan manfaat dan beristiqamah mengamalkannya..

      Reply

  6. Posted by Ishak on 13/05/2012 at 8:32 am

    Alhamdulilliah. Saya telah mengamalkan surah ini sejak 12 tahun yang lepas. Saya membaca setiap malam bersama dengan Surah As Sajadah. Saya hafal kedua-dua surah tersebut. Beramallah untuk keselamatan dunia akhirat. Ingat, umur kita semakin pendek dan bukannya semakin panjang.

    Reply

    • Alhamdulillah… benar apa yang akhi kata tu…

      Reply

    • Posted by muhd fikri on 14/09/2016 at 9:54 am

      assalamualaikum , saya ingin bertnya .. sekiranya kita ingin mngamalkan surah ini adakah perlu mmbaca surah ini sehngga habis ataupun hanya sekadar beberapa ayat sahaja?

      Reply

  7. mohon share…

    Reply

  8. Posted by usop on 17/05/2012 at 1:56 pm

    salam..minta izin kongsi yer..semoga Allah merahmati kita

    Reply

  9. Posted by shahrol azhar on 22/05/2012 at 4:40 pm

    masyaAllah…banyaknya fadhilat surah al mulk ni…

    Reply

  10. Posted by khai on 25/05/2012 at 10:57 pm

    salam, terima kasih kerana mendedahkan fadilat al-mulk ini. semoga panjang umur dan di murahkan razeki. sama-sama para muslimin dan muslimat mengamalkanya..

    Reply

  11. Posted by noraini on 28/05/2012 at 4:03 pm

    Assalam…… mohon kongsi ye..

    Reply

  12. Posted by am on 03/06/2012 at 5:18 pm

    assalamualaikum..saya mohon untuk berkongsi maklumat di atas..alhamdulillah saya dapat juga tahu kelebihan al mulk..alhamdulillah juga saya dan tunang selalu mengamalkan al mulk..moga semua muslimin dan muslimat akan selalu mengamalkan surah al mulk secara istiqamah..amin..trima ksih bnyk2..smoga anda dirahmati oleh Allah selalu.

    Reply

  13. Posted by akmal on 27/06/2012 at 8:14 pm

    subhanallah..begitu banyak manfaat daripada surah Al-mulk ne..

    Reply

  14. Saya ingin penjelasan ttg ayat Al-Mulk…haruskah kita membaca seluruh ayatnya atau boleh sekadar membaca ayat 14-15 saja jika inginkan manfaatmya?
    Adakah harus dibaca sebelum tidur atau boleh dibaca pd bila2 masa?

    Reply

    • Surah Al-Mulk sebaik2nya dibaca keseluruhannya pada setiap waktu terutama sebelum tidur sebagaimana disunnahkan… dan boleh diamalkan ayat2 tertentu dari Al-Mulk sebagai ‘Ruksyah’.

      Reply

  15. Posted by zilla on 16/07/2012 at 10:13 pm

    terima kseh untuk info yg sgt berguna ni…;)

    Reply

  16. Posted by ros on 17/07/2012 at 9:34 am

    mohon syer kpd kawn2 lain ye….tq..

    Reply

  17. Posted by ayienn on 19/07/2012 at 3:48 am

    Adakah benar Surah Al MUlk ini bila di baca (oleh yg hidup) n ditujukan pd simati..agar si mati di dalam kubur sentiasa di jaga oleh Malikat.?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Surah Al Mulk ini lebih bermanfaat pada orang yang mengamalkan secara istiqomah sepanjang hayatnya…
      Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

      Tetapi seperti juga surah Yasin, surah Al Mulk menandungi banyak rahsia dan fadhilatnya. Sesiapa membacannya dengan berniat bahawa pahalanya untuk si mati, InsyaAllah akan sampai jua.. Allah Ta’ala itu Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi setiap hambaNya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by ayienn on 23/07/2012 at 12:27 am

        salam ..
        sy ada 1soalan..
        klu kite berjima’ di mlm hari pd bln puasa..slps 2 bersahur dan puasa..tanpa menyucikan diri terlebih dahulu..dan mandi slps waktu Subuh..? adakah sah puasa sy..?

      • Posted by Ishak bin Ismail on 29/07/2012 at 6:53 am

        Sah puasa. Asalkan sudah berniat puasa sebelum subuh ataupun sudah berniat sebulan berpuasa. Hukumnya makruh sahaja.

  18. Posted by ayienn on 19/07/2012 at 1:25 pm

    terima kasih..

    Reply

  19. Posted by ain musrah on 24/07/2012 at 12:49 pm

    assalamualaikum wbt,

    ana mohon share. syukran jakallah

    Reply

  20. Posted by hidayah on 04/08/2012 at 10:11 pm

    assalammualaikum
    saya mohon keizinan share untuk blog saya , terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Hidayah backlink jugalah ke ‘shafiqolbu’

      Reply

  21. Posted by eida on 05/08/2012 at 8:37 am

    salam.. nk share… tq..(^_^)

    Reply

  22. Posted by zainal bin hashim on 02/09/2012 at 1:54 pm

    saya dah lama amaalkan surah ini surah alwagiah dan yasin setelah saya tahu kelebihannya saya akan cuba menambah lain lain surah yang termampu saya baca insaallah

    Reply

  23. Posted by mai on 15/09/2012 at 8:56 pm

    semoga kita tidak “dikurniakan” halangan untuk mengamalkannya

    Reply

  24. Posted by Hamba allah on 17/09/2012 at 11:00 pm

    subhanallah…..sesungguhnya allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia sia…allah telah menurunkan al quran kepada muhammad s.w.t……..di dalamnya terdapat pengajaran dan khabar gembira kepada org beriman….dan di dalamnya juga terdapat pelbagai kelebihan yang tidak disangka oleh manusia….

    Reply

  25. Posted by shafeeqah on 23/09/2012 at 8:57 pm

    Subhanallah.. Ceteknya ilmu kita sbg manusia. Semoga kita lebih istiqomah dalam memperbaiki diri

    Reply

    • Selagi hayat dikandung badan, adalah suatu fitrah yang sunnah muaakad untuk kita sebagai umat Islam berusaha menggali segala ilmu yang ada… InsyaAllah…

      Reply

  26. Syukran atas perkongsian ilmu…moga pahala buat empunya blog ini apabila ilmu ini diamalkn pembacanya.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah…mudahan2an mereka dapat mengamalkannya…

      Jazakallahu Khair…

      Reply

  27. Salam sahabat Shafiqolbu.. ana telahpun hafaz surah al-mulk ni.. cuma ana tak istiqomah dlm membacanya pd setiap mlm sebelum tidur..kadang2 dlm kereta atau tempat2 yg ana rasa bila teringin utk baca.. adakah fadhilat membacanya itu akan diperoleh hanya utk org yg membacanya setiap mlm sebelum tidur atau bagaimana ye? mohon pencerahan..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, tahniah.. Tepatlah seperti mana yang Sdr.Hambafaqir lakukan itu… Rasulullah SAW inginkan setiap umatnya menghafal tanpa mengira masa dan menanam dalam hati Surah Al-Mulk ini, sudah pasti ianya mempunyai fadhilat yang amat besar.

      Abu Hurairah juga telah meriwayatkan, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu juga ia meminta ampun untuknya.”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  28. Posted by nabella on 10/10/2012 at 7:02 pm

    assalamualaikum,,, saya minta kebenaran ingin share,,

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa kredit juga pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  29. Posted by munirah on 03/11/2012 at 7:41 pm

    mohon share….

    Reply

  30. assalamualaikum..wbt..
    alhamdulillah,akhirnya dapat juga saya tahu fadhilat membaca surah ni..selama ni saya amalkan tiap2 hari tanpa tahu apa fadhilatnya..kan ada dikatakan bahawa sia2 amalan yang diamalkan tanpa ilmu..saya dah lama sebenarnya teringin nak cari fadhilat membaca surah al-mulk ni dalam internet,tapi tak berkesempatan sebab saya susah nak dapat internet..akhirnya hari ni dapat juga..alhamdulillah..semoga pemilik blog ni,shafiqolbu dikurniakan umur dan rezeki yang bermanfaat..dan semoga shafiqolbu sentiasa berada dalam perlindungan Ilahi..AMEEN

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      Reply

  31. Terima kasih kerana berkongsi, semoga Allah memberkati segala usaha saudara. Teruskan usaha yang mulia ini. Amin

    Reply

  32. Posted by Aqilah Izhar on 06/12/2012 at 6:28 am

    Salam, mohon share 🙂

    Reply

  33. Posted by zila on 12/12/2012 at 11:08 am

    Alhamdulillah..saya dah pun mula mengamalkannya..InsyaAllah, semoga hati saya berterusan mengamalkannya.amin..mohon share pd kawan2 ye.. 🙂

    Reply

  34. Posted by zulkamal on 13/12/2012 at 11:29 pm

    Assalamualaikum..Mohon share..?

    Reply

  35. Posted by Nur on 25/12/2012 at 12:55 pm

    Mohon share,boleh tak?

    Reply

  36. Posted by nur syazwani binti bakar on 31/12/2012 at 6:27 pm

    assalamualaikum…terima ksih sgt-sgt ats ilmu yg dikongsikan..sy mohon share ya..

    Reply

  37. Alhamdulillah..mohon share..

    Reply

  38. Subhanallah… Benar-benar bermanfaat ya Surah Al-mulk . Aku baru tau dari guruku kalau surat Al-Mulk sangat besar manfaatnya . konon katanya juga, lebih baik lagi kalau di baca sebelum tidur. trims atas infonya gan ! aldofahreza.blogspot.com

    Reply

  39. Terima kasih tuan. Saya gunakan sedikit dari info ini untuk fb page saya. 🙂

    Reply

  40. Posted by ezany on 26/02/2013 at 12:30 pm

    Insyaalah akan diamalkan (: Amin

    Reply

  41. Posted by anisnurbaitie on 15/03/2013 at 9:27 pm

    Assalamualaikum. Mohon save ye 🙂

    Reply

  42. Posted by Anita on 20/03/2013 at 10:19 am

    As salam, terima kasih ilmu yang dikongsikan. Saya minta kebenaran untuk disebarkan kepada orang lain agar lebih ramai insan mengamalkannya. Terima kasih.

    Reply

  43. Posted by langit biru on 25/03/2013 at 8:24 am

    terima kasih atas sgl info..minta share yer..

    Reply

  44. pernah dengar ustazah beri penerangan di sekolah pasal surah al-mulk nie..alhamdulillah dengan ada nya blog nie dapat menambahkan lagi kefahaman saya tentang kelebihan surah ini..thanks yaa

    Reply

  45. Posted by Asmah Husin on 08/04/2013 at 11:24 pm

    Thanks, semoga Allah memberi kelapangan untuk post ilmu yang Mendapat manfaat bagi semua manusia…..saya sgt bersyukur keraa dgn izinNya dapat membaca Dan mengamalknannya In Shaa Allah…..

    Reply

  46. Posted by Syakirin on 25/05/2013 at 1:53 am

    Assalamualaikum ya akhi?
    #mohon share

    Reply

  47. Posted by Muhamad Syahrul Asyraf on 08/06/2013 at 5:54 pm

    Mohon share

    Reply

  48. Posted by tasdik on 03/07/2013 at 9:22 pm

    Good…

    Reply

  49. Posted by Fauziah on 06/07/2013 at 10:37 pm

    terbaik..terima kasih byk2..dapat menambah ilmu dunia n akhirat

    Reply

  50. Alhamdullilah,yg penting kita sama2 beramal dgn istiqamah setelah diberi petunjuk oleh Allah swt..ya Allah permudahkanlah hasratku ini..

    Reply

  51. Posted by baju raya dah beli sepasang je. on 16/07/2013 at 11:15 am

    Saya sedang mengamalkannya dan berharap allah menerima taubat saya.

    Reply

  52. Posted by M SAID BIN HUSSIN on 16/07/2013 at 12:25 pm

    Alhamdulillah sempena bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan saya berazam untuk menghafalkannya, InsyaAllah…berbanyak-banyak terima kasih kepada yang menganjurkan

    Reply

  53. Posted by Khairul Anuar on 22/07/2013 at 12:28 pm

    Terima kasih tuan admin…

    Reply

  54. Posted by umi salamah burahan on 31/07/2013 at 4:05 am

    MOhon share……

    Reply

  55. Posted by shuhaimi on 04/08/2013 at 1:21 am

    Alhamdulillah,dapat menambah ilmu dan amalan;amin

    Reply

  56. Posted by Suzi on 05/08/2013 at 7:09 am

    Nice sharing….semoga tuan mendapat pahala yg berpanjangan dengan ilmu ini…jazakallah..

    Reply

  57. Posted by Nurfatin Amalia on 14/08/2013 at 12:15 pm

    alhamdulillah….dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya

    Reply

  58. Mohon share. saya nak kongsi dgn yg lain.

    Reply

  59. Posted by umar on 13/10/2013 at 3:41 pm

    terima kasih untuk memberi peringatan.. 🙂 semoga allah memberkatimu selalu ~ amin2 ^_^

    Reply

    • آمِيّنْ…

      Reply

      • Posted by Ratna on 18/06/2016 at 5:20 am

        Assalamualaikum.. Saya ada pertanyaan .. Jika melakukan solat fardhu.. Boleh kah surah al mulk dibaca ketika solat tetapi d pendekken yakni hanya dibaca separuh ayat sehingga mana yang mampu agar tidk terlalu lama. Mohon pencerahan dr saudara. TQ.

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
        وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

        Ukhti Ratna boleh baca mana2 ayat daripada Al-Quran termasuk Surah al Mulk…

        Firman Allah SWT.
        فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ
        “Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran.” (QS. Al Muzammil: 20).

        والله أعلم بالصواب

  60. Posted by rosliah on 14/10/2013 at 8:35 pm

    terima kasih…saya cuba beramal dengannya…

    Reply

  61. Posted by nurainmaiysarrah on 27/06/2016 at 9:06 am

    Assalamualaikum..Alhamdulillah, setiap ilmu yang Tuan kongsikan dalam ruangan blog Tuan sgt bermanfaat utk sy..Mohon keizinan Tuan utk sy kongsikan ilmu dlm blog Tuan kpd saudara yg lain..Terima Kasih..

    Reply

Leave a comment