Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد

Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini.

 .

.

.

Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram

Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah:

.

1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)

 .

.

2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

 .

.

3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

 .

Doa Akhir Tahun   (Klik Di Sini)

 .

.

4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

 .

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

.

Doa Awal Tahun   (Klik Di Sini)

 .

.

5.  Qiamullail:

a)     Bersolat sunat - Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Sunat Taubat.

b)     Membaca Al-Quran.

c)     Berzikir.

 .

.

6.  Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.

Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.

 .

.

7.  Doa Awal Muharam

.

Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:

 a.  Doa Pertama:

Doa Awal Muharram

(Klik Di Sini)

Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca ‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”

.

ATAU boleh juga di baca;

.

b.  Doa Kedua:

“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”

Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”

.

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas.

.

Wallahu A’lam bishowab

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

About these ads

13 responses to this post.

  1. Posted by zahrah on 13/11/2012 at 10:28 pm

    Salam boleh ke puasa sunat awal Muharram itu kita gabungkan sekali dengar puasa nazar? Harap Ustaz dapat berikan nasihat dan pandangan.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Zahrah boleh niatkan puasa nazar bersekali puasa sunat awal Muharram dengan penumpuan dan keutamaan pada puasa wajib tersebut.

      Reply

      • Posted by zahrah7@yahoo.com on 14/11/2012 at 1:32 pm

        Wkumsalam Ustaz,
        Saya ucapkan ribuan terima kasih diatas jawapan dan penerangan yang jelas tersebut.
        Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

      • Jazakillahu Khairan Kathiran…

  2. Posted by ana Alias on 14/11/2012 at 2:36 pm

    Salam, jika kita lakukan puasa sunat awal tahun sahaja tidak berpuasa diakhir tahun, adakan ganjaran pahalanya sama…atau mesti berpuasa kedua2nya?? minta penjelasan..syukran

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ganjaran pahala hanya pada apa yang diamalkan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by oleen on 14/11/2012 at 3:54 pm

    saya terlupa sunat berpuasa hari ni…saya cuma ingat esok saja..sedihnya saya rasa bila baca artikel ni..

    Reply

  4. Posted by Lina on 14/11/2012 at 3:57 pm

    Salam,bagaimana kalau hanya puasa pada 1 Muharam yakni esok sahaja?Boleh ke?

    Reply

  5. Posted by Shikin nurull on 14/11/2012 at 4:00 pm

    Terima kasih ustaz ..mohon link ke detail saya..

    Reply

  6. Posted by anonymos on 14/11/2012 at 5:06 pm

    Yang num 2 tu hadis maudhuk, yg num 3 plak xde dalil dpd nabi pasal doa tu. mohon ust buat kajian semula..

    Reply

  7. Posted by anazlina on 14/11/2012 at 6:53 pm

    Assalamualaikum …..
    terima kasih berkongsi info…..n saya mohon izin berkongsi info ini dengan rakan2 Yang lain yer…….insyaallah ….terima kasih…

    Reply

  8. Posted by Azizurahman Majid on 03/11/2013 at 7:29 pm

    Assalamualaikum….bagaimanakah cara niat puasa akhir tahun hijrah dan awal tahun hijrah?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,817 other followers

%d bloggers like this: