Gerhana Bulan Penuh

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Gerhana Bulan Penuh telah berlaku malam tadi (10 Desember 2011) dengan sempurnanya. Ianya dapat dilihat dari wilayah Asia, Kepulauan Pasifik, Australia, Eropah, Afrika dan Barat Laut Amerika Utara. Gerhana bulan berlaku ketika bulan melintasi belakang bumi sehingga bulan masuk ke dalam bayang-bayang bumi.

.

Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru, malam tadi.

– Foto; Mingguan Malaysia/RajaJ jaafar Ali.

.

.

Kita di Malaysia bersyukur dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan ini walaupun tanpa menggunakan alat (teleskop), seawal  7.34 malam. Dimana bermulanya fasa bulan memasuki penumbra dengan memperlihatkan cahaya persekitaran menjadi semakin kelam/samar dan gerhana bulan telah jelas kelihatan semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai jam 8.46 malam.

Malam tadi juga seramai 3,000 orang telah berkunjung ke Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh, bermula pukul 7.00 malam hingga 1.00 pagi. Disamping ramai yang berjamaah di Masjid Negara bagi melaksanakan Solat Gerhana Bulan (kusuf) dan memohon ampun, beristighfar dan berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Seharusnya kemunculan fenomena alam ini dijadikan momentum umat muslim bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

.



والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

15 Muharram 1433H

.

Leave a comment