Nama-Nama Yang Dilarang Islam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد


Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.

 

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.

 .

.

A.    Nama-Nama Larangan

1.     Pengabdian / Penghambaan

Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.

.

.

2.     Malikul-Amlak

Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:

إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ

“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

.

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;

أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ

“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah.”  (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

.

.

3.     Nama Malaikat

Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”

 .

.

4.     Tengok Nasib Dan Penafian

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.

“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا

“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.”  (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)

.

Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).

.

Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)

.

.

5.     Kekufuran Dan Kejahatan

Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.

.

.

6.     Tidak Melambangkan Islam

Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.

.

.

7.     Memuji Diri Sendiri

Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.

.

Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ اَللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ

“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”
Mereka bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.”
Baginda menjawab: “Zainab.”

(Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)

.

Daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;

عن عمر رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:لأنهين ان يسمى رافع وبركة ويسار.

“Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).

.

Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”

.

.

8.     Gabungan Nama

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama zana, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama wati yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

 .

.

9.     Nama Buruk

Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda Rasulullah SAW;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah ‘Harith’ dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk ialah ‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

 .

.

B.    Perawatan Islam

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

 .

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

 .

.

Ceramah Nama-Nama Bermasalah Oleh Ustaz Sharhan   (Klik Di Sini)

.

.

C.    Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

 .

A
Abiqah          Hamba yang lari dari tuannya
Abkam          Tidak celik, buta
Afinah          Yang bodoh
Amah            Hamba suruhan perempuan
Asiah            Wanita yang derhaka
Asyar            Paling jahat
Asyirah         Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie            Aku berzina
B
Baghiah          Yang zalim, jahat
Bahimah         Binatang
Bakiah            Yang menangis, merengek
Balidah           Yang bodoh, bebal
Baqarah           Lembu Betina
Batilah            Yang batil, tidak benar
D
Dabbah            Binatang
Dahisyah         Goncang, stress
Dahriyah         Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah          Yang mengalir air matanya
Daniyah           Yang lemah dan hina
Darakah           Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah             Kecelakaan
Fajirah             Yang jahat, yang berdosa
Fasidah            Yang rosak, yang binasa
Fasiqah            Yang jahat, si fasik
Fasyilah           Gagal, kalah
G
Ghafilah          Yang lalai, yang leka
Ghaibah           Hilang
Ghailah            Kecelakaan, bencana
Ghamitah         Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah          Perampas, perompak
Ghawiah          Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah           Yang dengki
Hasidah            Yang hasad
Hazinah            Yang sedih
Huzn                 Kesedihan
J
Jafiah               Yang tidak suka berkawan
Jariah               Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah            Yang kafir, yang ingkar
Kaibah             Yang sedih
Kamidah          Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah            Pendusta, pembohong
Khabithah        Yang jahat, yang keji
Khali’ah           Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah          Arak
Khasirah           Yang rugi
Khati’ah           Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah             Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab                Bara api
Lahifah             Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah            Yang tercela
Lainah               Yang terkutuk
M
Majinah             Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah            Agama menyembah api atau matahari
Maridah             Yang menderhaka
Munafikah         Yang munafik
Musibah             Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah               Yang najis dan kotor
Nariah                Api
Nasyizah            Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah              Yang buruk, hodoh
Qasitah               Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah                Pembunuh
Qazurah              Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah              Yang direjam, yang dilaknat
Razani                 Kepala zakar lelaki
Razi’ah                Kecelakaan, musibah
Razilah                Yang keji dan hina
S
Safih Insan           Manusia bodoh
Safilah                  Yang rendah dan hina
Sahiah                  Yang pelupa
Sharrul / Sharru    Jahat
Sakirah                 Pemabuk
Sakitah                 Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah               Yang bodoh
Syani’ah               Yang buruk
Syaqiyah              Yang menderita
Syaridah               Yang diusir
Syariqah               Pencuri
Syarisah                Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah  Sejahat-jahat manusia
Syatimah               Maki hamun
T
Tafihah                 Karut
Talifah                  Yang rosak, yang binasa
Talihah                 Yang tidak baik
Tarbiyah               Yang papa kedana
Tarikah                 Anak dara tua
W
Wahiah                 Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah              Yang lemah
Wahinah               Penakut
Wailah                  Bencana, keburukan
Wajilah                 Penakut
Waqi’ah                Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah               Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah              Yang kotor
Wasyiah                Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty             Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi       Bersetubuh
Y
Yabisah                 Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah                   Yang berputus asa
Z
Zalijah                   Kebinasaan
Zalilah                   Yang hina
Zalimah                 Yang zalim
Zaniyah                 Penzina, pelacur
Zufafah                 Racun pembunuh

 .

 .

D.    Rendah Diri

Nama-nama yang buruk, berbunyi pelik dan ganjil mungkin membuatkan yang empunya diri berasa agak terasing. Tidak mustahil juga nama itu menjadi bahan ejekan dan tidak begitu disenangi anak-anak kerana tekanan yang dihadapi di sekolah atau di alam pekerjaan.

 .

Kesan daripadanya, nama ini menimbulkan rasa malu kepada mereka yang akhirnya menyebabkan rasa marah, membangkitkan pergaduhan, malah juga boleh membina perasaan rendah diri dan berkemungkinan ia boleh menjejaskan perkembangan penghargaan kendiri seseorang itu.

 .

Sabda Rasulullah SAW : “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.”  (Hadis riwayat Abu Daud r.a.).

 .

.

E.    Panggilan Pendek

Orang Melayu suka menggunakan nama panggilan/timangan atau memendekkan nama, seperti nama Muhamad/Muhammad akan jadi Mohd (jom) atau Mat (mati) dan jika nama Abdullah, jadi Dolah saja. Amalan ini haruslah ditinggalkan dan contohilah orang Arab yang menghargai dan memanggil nama penuh pada setiap masa, kerana padanya terkandung doa.

.

.

F.     Penukaran Nama

Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah SAW pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada Muti’ (yang taat).

Aishah r.a berkata: “Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk. (riwayat Tirmidzi).”

Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).”  (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

 .

Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (yang indah)’.”  (Riwayat Imam Muslim)

 .

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya yang bernama Hazn (susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya kepadanya; “Apa nama kamu?” Jawab bapaku; “Hazn”. Lalu Rasulullah berkata; “Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bererti; mudah).” Namun bapaku berkata; “Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku.” Said berkata; “(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah ‘huzunah’ (kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya.” (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)

 .

 .

Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW mengenai penukaran nama di atas, adalah disunatkan menukar nama buruk kepada yang lebih baik.

.

Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak dengan nama yang buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak perlulah mengubah nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama keduanya. Jika nama anak itu ‘Siti Balqis’, panggillah ‘Siti’ sahaja.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Artikel Berkaitan:

1.  Indahnya Perubatan Islam: Nama-Nama Bermasalah

2.  Nama-Nama Anak Yang Baik Dalam Islam

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.


47 responses to this post.

    • السلام علبكم
      Kita sebagai seorang Muslim, tidaklah boleh mempercayai perkara ini 100 % kerana Allah itu Maha Berkuasa dan kita wajib mempercayai pada qada’ dan qadar… segalanya dalam ketentuan-Nya. Tetapi kita juga telah diamanahkan-Nya supaya sentiasa menuntut dan mengkaji ilmu Allah yang maha luas ini.

      Dikala umat Islam kian jauh ketinggalan dalam segala bidang pengkajian, janganlah kita berfikiran jumud dan berasa seronok serta bangga mendoakan sesama Islam dengan panggilan yang boleh merosakkan umat. Sedangkan Nabi SAW telah bertindak menukarkan nama2 yang tidak sesuai, siapalah kita untuk tidak mengikut sunnahnya,

      Jika kita boleh mempercayai Jabatan Meteorologi untuk tidak ke laut disebabkan jangkaan laut bergelora… hasil dari pengalaman dan kajian mereka; Maka samalah juga, terletak pada kita untuk mengelak daripada menggunakan nama2 bermasalah ini hasil dari pengalaman dan kajian kes pengamal2 perubatan Islam sejak sekian lama.

      Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah SWT dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah SWT di sisi-Nya pahala besar.” (Surah al-Anfal, ayat 27-28).

      Bagi maklumat lanjut sila lihat entri terbaru… https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/15/indahnya-perubatan-islam-nama-nama-bermasalah/

      والسلام

      Reply

  1. Posted by Sulaiman on 18/05/2012 at 11:16 pm

    Assalamualaikum…
    Di dalam posting ini ,ada mengatakan bahawa nama Daniyah bermaksud yang lemah dan hina. Tetapi bila saya bandingkan dengan carian di tampat lain….ia bermaksud Dekat sekali, Buah yang mudah dipetik. Jadi saya perlukan maklumat sebenar pada sesiapa yang tahu…..untuk menghuraikan pada saya yang mana adalah salah dan yang mana adalah betul. di sini saya sertakan link yang tersebut…http://name.crazyartzone.com/index.asp

    Reply

  2. Posted by huda on 09/06/2012 at 12:26 am

    Bersasarkan hadis tadi makruh

    untuk menamakan anak dgn nama yg berkaitan dengan nasib atau memuji diri. Bagaimana jika anak bernama ‘fawwaz’ (berjaya).. Adakah sama maksud dgn ‘aflah’ seperti hadis nabi. Bagaimana pula dgn nama ‘husaini’ (kebaikanku) .adakah kedua-duanya makruh dlm islam.mohon penerangan lanjut kerana nama-nama tersebut antara nama yg tersenarai dlm nama-nama yg elok dlm islam.tq

    Reply

    • Kebiasaannya yang makhruh itu sering mendatangkan masalah.. banyak alternatif yang lain. walau bagaimanapun Allah SWT Maha Berkuasa menentukan segalanya…

      “… berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu….” (Surah at.Talaq, ayat 3)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by thuraiya hani on 11/07/2012 at 10:36 pm

    saya mencari maksud nama ‘amilda’….boleh bantu saya?

    Reply

  4. Posted by nurulnajwa on 13/07/2012 at 11:05 am

    kenapa maksud nama najwa ada dalam kolum nama yang baik dan tidak baik..tetapi maksudnya adalah sama iaitu bisikan??

    Reply

  5. apa maksud nama shahrul barriah ya

    Reply

  6. Posted by norhayati on 23/08/2012 at 1:20 am

    Apakah maksud danisyah dayana.jika Danish bermaksud bijak.kalau danisyah Ada makna ke

    Reply

  7. Posted by asnita on 10/09/2012 at 3:43 pm

    ape maksud nama asnita??? dan setahu saya danish bermaksud pengetahuan, bijak.camne pula kalau danisha???

    Reply

  8. Posted by mazanah matali on 02/10/2012 at 12:13 pm

    aslm..adakh maksud nama Bahrizan?kalau nama Bahri tu bermkna kegemilanganku,kelebihanku..adakh jika bsambung dgn zan tu nama tu msh ada makna yg sma dgn bahri tu?@ adakh nama tu elok?

    Reply

  9. Posted by azman on 06/10/2012 at 12:34 pm

    salam
    apakah pandangan ustaz dgn maksud nama anak saya
    1. Nur Amni Batrisyia
    2. Harraz Danial

    Reply

  10. Posted by aimal on 07/10/2012 at 8:09 am

    Salam.ustaz,saya nak tanya tentang nama gabungan yang kami pilih.
    1.Muhammad Aryan Mikhail..

    Reply

  11. Posted by Khir on 20/10/2012 at 2:13 am

    Assalamualaikum sdr Shafi-Q,

    Saya nak minta pendapat, dalam era serba cyber ni. Penggunakan nama pena/ nama panggilan/nickname/forum name dengan pelbagai rupa adakah dibenarkan dalam Islam? Atau ada hukum tertentu? Sebab rata² masyarakat sekarang lebih banyak menghabiskan masa di internet.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Islam menggalakkan memanggil dengan nama penuh.. dan diharus menggunakan nama pena/ nama panggilan/ nickname asalkan maksudnya baik. Adakalanya seseorang itu terpaksa menggunakan sesuatu nama itu sebab tiada pilihan dan atas saranan pengendali web kerana nama sebenar telah digunakan pihak lain.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  12. Salam ustaz kalau nama saya amirya ann apa maksudnya…

    Reply

  13. Posted by Amy on 25/10/2012 at 2:53 pm

    Assalam Ustaz. Saya nk mintakbpandangan nama bagi anak sya.
    1. Mikael
    2. Aish Jamsyir Irfan

    Reply

  14. Posted by Salina on 20/11/2012 at 3:01 pm

    Assalamualaikum Ustaz.

    Apakah pandangan Ustaz tentang nama-nama ini?

    1. Sharmin Hafizah
    2. Muhammad Affariz Ali ( tidak tahu ejaan nama ini betul atau tidak )

    Terima kasih.

    Reply

    • Posted by Salina on 12/03/2013 at 6:46 pm

      Assalamualaikum Ustaz.
      Harap Ustaz boleh jawab pertanyaan saya di atas ini.
      Terima kasih.

      Reply

  15. assalamualaikum….boleh cadangkan nama yg baik utk bayi perempuan sye x….

    Reply

  16. Posted by Mimi Asmida on 12/12/2012 at 9:05 am

    Maksud nama Mimi Asmida ?

    Reply

  17. Posted by shamshimar binti mohd noor on 05/01/2013 at 6:58 pm

    assalamualaikum ustaz……..apakahmaksud mohamad Aqif solihin .

    Reply

  18. kalau name wirdani ape maksudnya uztaz

    Reply

  19. Posted by ARD on 06/02/2013 at 10:50 pm

    Dah terbubuh nama anak yg pompuan – Nur Sofea Balqis … Tapi dia slalu membahasakan dirinya Kak Ya jer.Patut pun dia marah sangat kalau saya panggil dia Baiqis.Sekarang dah faham kenapa.And then yg lelaki Muhammad Zunnasri.Panggil Anas je.Apa pendapat ustaz tentang nama ini?

    Reply

  20. Posted by wanie on 25/02/2013 at 12:33 pm

    kalau nama muhammad faris ikhwan apa maksudnya

    Reply

  21. Posted by rozi on 08/03/2013 at 9:29 am

    zakwan ader maksud dlm islam tp mengape maksudnya buruk iaitu anak jin…dlm islam ialah cerdik dan harum

    Reply

  22. Posted by eve on 01/04/2013 at 2:28 pm

    Assalamualaikum..
    Saya bermaksud mau mengganti nama anak saya sebelumnya fazila nara kiana, tetapi ternyata setelah dicek kembali, nama nara itu artinya neraka, jadi saya mau rubah..apa kata afsheen itu baik untuk dijadikan nama? karena artinya bagus “shine like a star”, mohon jawabannya. terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Lebih baik dari sebelumnya…moga kehidupanya lebih bersinar bak bintang…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  23. Posted by ain on 13/06/2013 at 3:11 pm

    assalammualaikum,bukankah ASIAH tu srikandi dalam memperjuangkan islam dianggap ratu syahadah???

    Reply

  24. Posted by ain on 13/06/2013 at 3:17 pm

    bukankah Nabi Sulaiman a,s telah merubah ratu Balqis menjadi seorang isteri yang solehah dan taatkan suaminye???jgn terlalu cepat membuat andaian…

    Reply

  25. Posted by Munira on 03/08/2013 at 9:39 am

    Salam ustaz. Saya ingin bertanya berkaitan nama haikal. Seperti ragu2 dengan maksud nama tersebut di dalam page ustaz ini. Ada page menyatakan haikal bermaksud “pokok yang besar” bukannya tengkorak seperti yang ustaz terangkan. Mohon ustaz jelaskan maksud sebenar haikal.

    Reply

    • Posted by wijaya on 02/10/2013 at 8:31 pm

      Iya,saya setuju,bukankah arti nama haikal dlm kamus arab adl pokok yg besar/subur,dan bukan tengkorak…mhn pnjelasan

      Reply

      • Posted by ayu on 01/07/2014 at 9:51 am

        mohon [penjelasan ye ustaz….sy bagi nama anak ikut kamus bahasa arab.

  26. Posted by asiahjaffar on 29/06/2014 at 3:44 pm

    nama saya asiah, perlu ke saya tukar nama?

    Reply

  27. Posted by sharbanu on 08/07/2014 at 10:07 am

    Assalam ustaz. Saya nak tanya ttg nama Haikal. Nama anak saya Harrith Haikal. Maksud haikal yang sya cari dari nama-nama Islam ialah “pohon yang besar”. Mohon ustaz terangkan maksud sebenar haikal. Sangat terkejut dengan maksud yang diberikan oleh ustaz..Mohon penjelasan dari ustaz.

    Reply

  28. Posted by sya on 11/07/2014 at 8:34 pm

    assalamualaikum.. ustaz, apakah makna bagi nama Syafawati itu baik? mohon penjelasan, terima kasih.

    Reply

  29. Posted by Hidayat aliah on 13/08/2014 at 9:33 am

    Salam admin, mohon tuan menjawab komen2 tentang nama yang dilarang seperti haikal balkis etc. penjelasan yang diberikan terlalu pendek. Mohan bertanggung jawab dgn post anda..

    Reply

  30. Posted by zieyra radzy on 19/08/2014 at 4:44 pm

    says ingin tahu maksud rumaisya..

    Reply

  31. Posted by umar on 30/09/2014 at 10:40 pm

    Astafirrullahalazim….apalah ada pada nama,jika nama bukan pada sifatnya,.bukankah Allah s.w.t itu maha pangasih lagi maha penyayang…nama dunia itu pun kita masih dudukkinya…bukankah nama dunia itu adalah hina…dunia adalah tempat orang yang hina……sesunggungnya akhirat itu adalah yg kekal…jika hina jadikanlah yang mulia.. akal memang pandai tp tak sepandai hati,hati memang bijak,tp sebijak qalbu. qalbu sangat indah tp sayang tiada A’fal jibbiliahnya…subbahanallah…

    Reply

  32. Posted by fadilah amelia on 12/07/2015 at 4:33 pm

    kalau Bilqis blh atau tdk ?

    Reply

  33. Posted by david on 27/07/2015 at 10:00 pm

    Aishah r.a berkata: “Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk.” (riwayat Tirmidzi).”

    Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).” (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

    rosul aja mengganti nm seseorang dgn cantik ,,,

    Reply

  34. Posted by Shamirul on 25/10/2015 at 1:12 am

    Assalammualaikum…ustaz…
    Ape maksud nama bagi Shamirul Shafix…

    Reply

  35. Posted by Najwa on 27/03/2018 at 12:55 pm

    Adakah maksud nama dibawah ini baik ustaz?
    Hasya Mawaddah
    Hasya Maisarah
    Muhammad Harraz

    Reply

Leave a comment