Nama-nama Rasulullah SAW

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 

 .

Berkenaan dengan nama-nama Baginda, Jubair bin Mut’im berkata; Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: “Daku adalah Muhammad, daku adalah Ahmad dan al-Mahi (penghapus) yang dengannya Allah SWT menghapuskan kekufuran. Daku adalah al-Hasyir (pengumpul) yang dengan jejakku Allah SWT mengumpulkan umat manusia. Daku adalah al-A’qib (penyudah) kerana tidak ada nabi lagi selepasku.  (Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

 .

Abu Musa Abdullah bin Qais berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  memberikan dirinya beberapa nama di antaranya ada yang kami hafal. Baginda mengatakan: “Daku Muhammad, daku Ahmad, daku al-Muqaffi, daku Nabi Taubat dan Nabi Rahmat.” Dalam riwayat lain: ‘dan Nabi Peperangan’.”  (Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim.}

 .

Jabir bin Abdillah berkata; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  bersabda: “Daku Ahmad, daku Muhammad, daku al-Hasyir (yang mengumpulkan), daku al-Mahi (yang dengan sebabku Allah SWT menghapuskan kekufuran), dan pada hari kiamat nanti panji kemuliaan berada di tanganku . Daku pemimpin para Rasul dan pemilik syafaat mereka.”

 .

Dalam sebuah riwayatDaku adalah al-Muqaaffa (yang ditakuti), daku adalah Nabi at-Taubah dan Nabi ar-Rahmah.” Dalam shahih Muslim: “Nabi al-Mulhimah.”

 .

 .

Nama Rasulullah SAW Di Dalam Al Quran

 .

Allah SWT dalam Al Qurannul Karim menyebut Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam  dengan beberapa nama :  Basyir (pembawa kabar yang baik / gembira), Nadzir (pembawa berita buruk / pemberi peringatan), Siraj al-Munir (Pelita Penerang), Ra’uf (Penyantun / lemah lembut), Rahim (penyayang), Rahmatan Lil Alamin (Rahmat bagi alam semesta), Muhammad, Ahmad, Thaha, Yasin, Muzzammil (Orang yang berselimut), dan Abdullah (hamba Allah).

 .

Firman Allah SWT :

72:19

“Dan bahwasanya, ketika Abdullah  (Hamba Allah / Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya… .”


 1.  Dalam Surah al-Jinn, ayat 19 di atas; Allah SWT menyebut Baginda dengan panggilan ‘Abdullah’ (Hamba Allah).

.

2.  Nama Baginda yang lain lagi adalah ‘An-Nadzir al-Mubin’ (orang yang memberi peringatan dengan jelas dan terang), iaitu sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Hijr ayat 89 yang bermaksud:

15:89

 

Dan katakanlah (Hai Nabi), “Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul pemberi peringatan yang jelas.”

 .

3.  Manakala nama ‘Mudzakkir’ diungkap dalam Al-Quran Al-Ghashiyah, ayat 21 ;

88:21

“Oleh itu berikanlah peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorangMudzakkir (Rasul yang memberi peringatan).”  (QS 88;21 )

.

4. Disamping nama di atas, juga disebutkan beberapa nama dan sifat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam  yang lain seperti:

  • Rasulurrahmah, Raluluttaubah, Rasulumalahim, Al-Muqaffi, Qutsam
  • Selain itu Mustaffa dan kebanyakan nama surah-surah dalam Al-Qur’an seperti Toha dan Yasin.

.

.

Nama-Nama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam;

.

.

Klik pada gambar di atas untuk besarkannya atau pun Download / Muat Turun (Di Sini)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

9 responses to this post.

  1. Assalamualaikum,saya ingin bertanya,apakah hukumnya jika seseorang itu menamakan anaknya dengan nama Muhammad?

    Reply

    • Wa alaikumus salaam…

      Bagi menjawab soalan Imannabilah tersebut; ~ Imam Muslim ada meriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.’ Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” Lantas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab;
      تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ
      “Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu.”

      وَالسَّلاَمُ

      Reply

  2. Posted by siti norwati ismail on 02/04/2012 at 6:54 am

    Assalamualaikum ,,,saya ingin bertanya kemusykilan di bhg. no.4 ,,

    Disamping nama di atas, juga disebutkan beberapa nama dan sifat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang lain seperti:

    Rasulurrahmah, Raluluttaubah, Rasulumalahim, Al-Muqaffi, Qutsam
    Selain itu Mustaffa dan kebanyakan nama surah-surah dalam Al-Qur’an seperti Toha dan Yasin.

    Raluluttaubah betulkan ejaan ini? saya sedikit musykil sekian syukran jazilan..

    Reply

    • Wa’alaikum salam wrh wbt..
      Harap maaf Siti… kesilapan ejaan.. sebenarnya Rasultaubah yang bermaksud penyeru ke arah kembali bertaubat.
      Syukran jazilan..

      Reply

  3. […] Nama Nabi Muhammad ﷺ hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad ﷺ, sebab itu nama Nabi Muhammad ﷺ jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad ﷺ tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam. […]

    Reply

  4. Posted by syahainmie on 31/05/2013 at 3:42 pm

    assalamualaiku ustaz,sya masih muskil dengan org yg mempunyai mana seperti,mohd, md,muhd dan sebagi nya, tapi iya tetap di sebut dan di ucap dengan muhammad, adakah ini menjadi kesalahan dan dosa dengan nama2 tersebut??

    Reply

  5. Posted by hamba allah on 24/12/2013 at 11:04 am

    assalamualaikum bagaimana jika ada seseorang yang menamakan anaknya ahmad tapi selalu dipanggil muhammad. terima kasih wassalamualaikumwr.wb

    Reply

Leave a reply to Shafi-Q Cancel reply