Doa-Doa Ketika Memasuki Kota Makkah Dan Masjidil Haram

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

 

Pemergian ke kota Makkah bukan semata-mata perjalanan jasad, tetapi perjalanan ‘rabbani’ iaitu perjalanan berserta ketulusan hati dan rohani ke arah menemui Allah SWT serta mengeratkan jalinan hubungan antara Allah sebagai Khalik (Pencipta) yang menjadikan alam sebagai makhluk-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya.

.

Firman Allah SWT:

22:27

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.”  (Surah al-Hajj 22:27)

.

Berikut adalah doa-doa yang digalakkan dibaca oleh tetamu Allah sewaktu tiba di Kota Makkah dan ketika memasuki Masjid Al Haram.

.

.

1. DOA KETIKA MELIHAT RUMAH-RUMAH DAN BANGUNAN DI MAKKAH

..

.

.

2. DOA KETIKA MEMASUKI KOTA MAKKAH

.

Ya Allah! Sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya, semuanya kepunyaanMu. HambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Dikau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam syurgaMu, Jannatun Naim,

Ya Allah! Sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka .

Ya Allah! Selamatkanlah daku dari azab Dikau di hari Dikau membangkitkan hamba-hambaMu. Daku memohon denganMu kerana Dikaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Dikau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani! Dikau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.

.

.

.

3. DOA KETIKA MEMASUKI BABU SALAM (PINTU AS-SALAM)

.

Ya Allah! Dikaulah Yang Bersifat Sejahtera, dari Dikaulah sahaja kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat sejahtera, Maha Suci dan Maha Tinggi Dikau, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Ya Allah! Kurniakanlah daku rahmat dan keampunanMu, masukkanlak daku ke dalamnya dengan nama Allah, segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas Junjungan kami Muhammad SAW.

.

.

.

4. DOA KETIKA LALU DI BAB BANI SYAIBAH 

.

Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia, dan berilah kepadaku dari sisiMu hujah, keterangan dan kekuasaan yang menolongku. Katakanlah (wahai Muhammad) telah datang kebenaran (Islam) dan hilanglah kebatilan. Sesungguhnya yang batil itu sememangnya perkara yang telah lenyap. Dan Kami (Allah) turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran itu ayat-ayat suci yang menjadi penawar bagi orang-orang yang beriman dan tidaklah Al-Quran itu menambahkan apa-apa nikmat kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.

.

.

.

5. DOA KETIKA MELIHAT BAITULLAH KAABAH

.

Tiada Tuhan melainkan Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah! 

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung!

Tiada Tuhan yang sebenarnya layak disembah  melainkan Allah Yang Maha Esa; Tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu; BagiNya segala pujian dan Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu. Daku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur, sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas Junjungan besar kami Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah! Tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, dan tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; Shafiqolbu

.

 

Leave a comment