About

Salam Perkenalan dan Ukhuwah Islamiah buat semua…

Alhamdulillah,.. akhirnya tercapailah sudah hajat Ana mewujudkan blog sebegini… sama-samalah kita sebarkan ilmu Allah SWT. Yakinlah hanya Allah Sahaja yang mampu menunaikan segala hajat makhluk-makhluk di dunia ini yang berbagai…

Ana berharap blog ini mengandungi selintas roh Islamiah dan dapat menyumbang sedebu input untuk dimanfaatkan bersama anda sekalian….  Ana juga berharap blog ini sebagai bekalan ‘pencen akhirat’ Ana, mudah-mudahan ia boleh dijadikan hujah di depan Allah SWT yang diri ini pernah berdakwah atau menjadi kifarah pada dosa-dosa Ana yang banyak itu.

Ana ingin berkongsi ilmu, juga mengharap tunjuk ajar dari semua pihak demi memperbaiki blog yang tak seberapa ini. Berilah teguran anda baik dari segi teknikal, pengisian mahupun kesalahan lain demi meneruskan dan menyampaikan sunah Rasulullah SAW serta menyempurnakan Kalimah Allah Yang Maha Suci.

Diri ini hanyalah hamba Allah dan manusia biasa!  Sebagai manusia biasa, Ana akui amat lemah dan terdedah kepada kemungkinan membuat kesilapan dan kesalahan. Terasa amat dhaif jika dibandingkan dengan hasil penulisan insan-insan yang lebih berilmu dan mengkhususi dalam bidang agama.

Walaupun begitu Ana yang dangkal ini berpegang dengan “Sampaikanlah Walaupun Hanya Satu Ayat”. Kekadang sesuatu ilmu tidak dapat diajar tetapi boleh dipelajari, bak kata ilmuan orang yang tawaduk bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan cerdik, tetapi juga daripada orang yang jahil dan jahat.

 Terima Kasih sekali lagi atas kunjungan anda semua dalam blog Ana yang tidak seberapa ini, sama-samalah kita berdoa semoga kita mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Semoga hati kita akan terus mendekatkan diri kepada Yang Khaliq.

Syukran Jaziilan..

وبركاته السلام عليكم ورحمة الله

136 responses to this post.

  1. Terimakasih mengunjungi blog ini… Jangan lupa Tinggalkan Komen Anda!

    Reply

    • Posted by Dzulkifli on 13/02/2012 at 10:44 am

      Semoga Allah memberkati usaha anda dan mendapat ganjaran daripada Nya. Ameen…

      Reply

    • salam saudara…pertamanya saya mohon maaf sebelum ini saya pernah copy ilmu tuan tanpa minta izin. ilmu itu sy sebarkan di fb sy penawarmatarabun. mohon izin selepas ini jika saya dibenarkan memanjangkan ilmu yg ada diblog ini ke page sy (dgn izin tuan).
      tima kasih. moga Allah sentiasa memberkatimu selalu. salam..

      Reply

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Alhamdulillah, Jazaakillaahu Khair…

    • Posted by Hisham on 06/10/2015 at 2:44 pm

      Tahniah… satu usaha yang baik.. moga diberkati oleh Allah. teruskan usaha yang murni ini. Terima kasih saya ucapkan atas perkongsian ini, banyak yang saya dapat dan kongsikan kepada yang lain. Alhamdulilah.

      Reply

    • Posted by Zuriati on 29/06/2016 at 2:26 am

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Agak lama saya mula merujuk page ini sebagai panduan untuk memperbaiki amalan saya…page yg kemas & structured. Mudah di fahami, selesa di gunakan dan very up to date. Syabas, moga terus berkekalan menjadi sumber rujukan yang memberi manafaat kepada ummah dan mendapat mendapat ganjaran dr Allah SWT

      Reply

  2. Posted by Abu Rushdan Abu Mustofa on 29/08/2011 at 6:58 am

    Betapa banyaknya pahala ante dapat dengan blog ante ini…..tidak rugi….apa yang ante telah buat……menjadi medan ilmu pada semua tambahan di bulan ramadan yang mulia ini….ante telah menggunakan ilmu IT ante sebaik baiknya…syabaz…..jazakallah…

    Reply

  3. Posted by noha on 26/12/2011 at 8:58 pm

    Syukran jazilan, anta banyak membantu mendalami ilmu Allah yg Maha luas… banyak membantu ana dan rakan-rakan lain menambah amal ibadah dan memanjangkan ilmu.. mudah-mudahan anta mendapat limpahan rahmat dariNya.. terima kasih banyak . Harap ana boleh juga panjangkan kepada orang lain… teruskan jihad…mudah-mudahan di panjangkan umur untuk terus berdakwah…

    Reply

  4. Amin… Jazakallaahu khairan katsiran… terima kasih sdr.noha… Insya’Allah, sama-samalah kita berusaha meneruskannya…

    Reply

  5. Posted by ridwan on 14/02/2012 at 5:07 am

    assalamualaikum…
    terima kasih..blog yang baik…mohon share isi blog

    Reply

  6. Posted by Marina Yusop on 19/04/2012 at 1:13 pm

    Syukran!Terima Kasih!TQSM!Alhamdulillah kerana dipertemukn dgn blog
    saudara.Insyallah akan saya manfaatkan segala ilmu didalamnya.
    Allah jua yang dapat membalas usaha saudara.Mohon Maaf kerana “print” tanpa izin saudara.

    Reply

  7. Posted by azian on 22/04/2012 at 1:52 am

    Saya amat2 bersyukur dipertemukan dgn blog ini. Banyak info yg sgt berguna. Semoga Allah membalas segala kebaikan saudara berdakwah, sejajar dgn perkembangan ICT masa kini. Saya mohon diberikan keizinan sekiranya ada di antara artikel2 ini saya masukkn dlm blog saya.

    Reply

  8. Posted by ilham on 20/06/2012 at 5:25 pm

    assalamualaikum.Alhamdulillah.terima kasih,blog dan isi penulisannya sgt membantu sy menambahkan ilmu Islam.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jazaakallaahu khair… kerana mengikuti blog ini.. dan Alhamdulillah kiranya ia dapat membantu… Semoga ilham beristiqamah mengamalkan ilmunya..

      Reply

  9. Posted by mama adib on 11/07/2012 at 2:24 pm

    Salam tuan,
    Alahamdullillah….terjumpa blog tuan, Terima kasih di atas pengkongsian ilmu Allah Taala yang sgt bermanfaat ini…akan saya buat sebagai bahan rujukan selalu…..insyaallah.
    Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan tuan & keluarga…amin

    Reply

  10. Posted by Mama Ruby on 19/07/2012 at 8:30 am

    Assalammualaikum…

    Syukur kerana saya bertemu dgn blog nie. Byk yang saya ketahui melaluinya. Saya ingin bertanya jika saya ingin bertanya yang agak personal bagaimana saya ingin merujuk???

    Wassalam

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jazaakamullah Khair berkunjung ke blog shafiqolbu.. InsyaAllah, boleh hubungi ana melalu email.

      Reply

      • Posted by Mama Ruby on 20/07/2012 at 8:39 am

        Assalammualaikum.. Salam Jumaat…

        Boleh saya dapatkan email saudara? Cuba cari di blog nie tapi tak jumpa…

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

        shafi4q@yahoo.com

      • Posted by Mama Ruby on 01/08/2012 at 8:46 am

        Assalammualaikum…

        Sedara… Saya ada email sedara tapi kenapa tiada balasan???

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Maaf Mama Ruby..InsyaAllah, nanti ana lihat..almaklumlah bulan Ramadhan ni jarang melayari…

  11. Posted by zalia on 23/07/2012 at 9:00 pm

    Assalammualaikum, Salam Ramadhan Al Mubarak..sesungguhnya, apabila kita berniat pada kebaikan, Allah terus makbulkan..alhamdulillah..semua dgn takdirNya dipertemukan saya dgn blog sdra ini..sumber ilmu yg boleh dimunafaatkan. terima kasih Allah memberi petunjuk yg sngt cepat ! untuk sdra..terima kasih jga..dan teruskan dlm berdakwah walau hanya sebaris ayat..salam.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, Syukur…terharu rasanya… Zalia adalah orang yang ke sekian kalinya digerakkan Allah SWT berkunjung ke blog shafiqolbu.Doakan ana memperolehi keredhaanNya.

      Reply

  12. Posted by ain musrah on 24/07/2012 at 1:22 pm

    Assalamualaikum wbt,

    ana baru sahaja berkunjung ke blog ya akhi ni. ana mohon apa-apa ilmu untuk ‘copy and paste’ untuk dijadikan panduan pada diri ana. syukran, ana ada juga terlihat satu fadhilat surah al mulk.

    Teruskan usaha akhi untuk menambah ilmu. Insyaallah untuk dipraktikan juga. (^__^)..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ahlan Wasahlan ke blog shafiqolbu..Semoga beristiqamah mengamalkannya…

      Jazaakamullah Khair..

      Reply

  13. Posted by azman on 05/08/2012 at 12:03 pm

    Salam, dah beberape kali saya melawati blog tuan, mohon keizinan tuan untuk copy bahan utk perkongsian. …

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebagai menghargai ilmu dan membudayakan berdoa untuk saudara seMuslim serta mensejahterakan ummah, Sdr.Azman hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan agar ana sentiasa beroleh kesihatan berpanjangan dan keredhaanNya.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  14. Posted by Qasseh Mahsuri on 07/08/2012 at 1:23 pm

    Salam,,,, saya banyak belajar amalan doa dan solat sunat dari blog ini dan saya telah memuat turun dan mencetaknya untuk diberikan kpd ahli keluarga n sahabat saya..saya nminta maaf sbb tak minta izin dari awal.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, syukur kerana bersifat jujur… semoga beristiqomah mengamalkannya. Jangan lupa doa2kan ana..

      Reply

  15. Posted by Noor on 29/08/2012 at 10:13 am

    saya suka sgt dgn blog nie. menarik & amat berguna kpd saya. terima kasih & tahniah krana create blog yg begitu menarik & yg pling pnting..dpt menambah ilmu saya..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat berkunjung ke Blog Shafiqolbu…semoga beristiqomah mengamalkan ilmunya…

      Reply

  16. Posted by Naniss on 19/09/2012 at 8:57 am

    Assalam tuan,

    Boleh berikan ayat / doa supaya sentiasa beristiqamah dalam beribadah? Rasanya saya belum sukup kuat untuk berubah sepenuhnya ke arah yang lebih baik. Tapi saya sedang mencuba sedaya upaya.

    Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      اَللَّهُمَّ أَعِنِي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
      “Ya Allah! Bantulah daku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadat dengan baik kepadaMu.”

      اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْتَعِيْنُكَ وَاَسْأَلُكَ اَنْ تَجْعَلَنِى مِنْ عِبَادِكَ الصَّلِحِيْن
      “Ya Allah! Salawat keatas Nabi SAW dan salam ke atas sahabat sekeliannya.Ya Allah! Daku mohon pertolonganMu, jadikanlah daku dikalangan hamba-hambaMu yang solehin (baik amalannya).”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  17. Posted by Rezal on 21/09/2012 at 12:41 am

    Assalammualaikum saudara..

    Alhamdulilah kerana dpt saya bertemu dgn blog saudara. Bolehlah saya ketahui melaluinya. Semoga Allah membalas usaha saudara..
    Dan saya juga share link saudara dlm FB saya..moga2 allah permudahkan..

    Aaminn

    Wassalam

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat berkunjung ke Blog Shafiqolbu… Alhamdulillah, syukur ianya dapat dimanfaatkan oleh Sdr.Rezal… Jazakallahu Khairan Kathiran…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  18. Posted by faizul on 01/10/2012 at 10:24 am

    TQ DIATAS BANYAK MAKLUMAT BERGUNA..DENGAN IZIN SAYA MINTA COPY SEBAHAGIAN MAKLUMAT UNTUK RUJUKAN …SYUKRAN JAZILAN…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Syukran atas limpahan komen..Semoga Faizul manfaatkan ilmu yang diperolehi sebaiknya… jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  19. Posted by Zarina on 08/10/2012 at 4:30 pm

    Assalammualaikum saudara..

    Anak saya akan menghadapi first paper utk PMRnya esok. Berasa sangat sedih kerana pada hari ini saya telah berada di dalam keadaan yang tidak mengizinkan saya untuk solat dan membaca yasin. Mohon dikongsi zikir yang sesuai untuk saya zikirkan esok agar anak saya tenang serta dipermudahkannya menjawab soalan.

    Terima kasih.

    Wassalam.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Terlalu banyak amal-amalan yang dapat dilakukan ketika datang haid’?! Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal kerana didatangi haid. Antara amalan yang boleh di lakukan adalah:-

      1) Perbanyakkan Zikir kepada Allah SAW
      2) Selawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
      3) Membaca Al-Ma’thurat
      4) Berdoa

      Amalan Zikir Asmaul Husna Ibu Bapa Untuk Anak-Anak
      1) Amalkan Asmaul Husna berikut dan tiupkan ke kepala semasa anak-anak tidur.

      Ya Raqib-7x
      Ya Barr-7x
      Ya Mutakkabbir-10x
      Ya Matiin-10x
      Ya Syahiid-21x

      2) Ibu / Bapa baca asma di atas, tiupkan pada air minuman dan beri si anak minum.

      3) Letak tangan kanan di atas kepala anak-anak yang hendak ke sekolah dan baca asma di atas; Doakan semoga anak menjadi bijak, cerdas, terang hati, mudah mengingat pelajaran, dapat menjawab soalan dengan baik dan sebagainya. Tiup di kepalanya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by im_mzln@yahoo.com on 10/10/2012 at 10:17 pm

        Assalamu’alaikum,
        Syukur Alhamdulillah and ribuan terima kasih for sharing.
        May Allah bless u with all the good deeds for the good deeds that u share with others.
        Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Jazaakallaahu Khair..

  20. Posted by Zuri on 17/10/2012 at 10:44 am

    Saya baru masuk blog tuan. Izinkan saya mengambil ilmunya. Sangat bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Semoga tuan dapat ganjarannya di sisi Allah. Izinkan saya panjang2kan ilmu ini termasuk mencetak dan mengedarkankan pada saudara2 islam kita.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat berkunjung ke Blog Shafiqolbu… semoga dapat beristiqomah mengamalkan ilmunya bagi meraih cinta Rasul dan redha Ilahi …

      Jangan lupa berikan kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  21. Posted by yaakob on 24/10/2012 at 9:38 am

    Assalamualaikum, lebih mesra jika dapat mengenali secara ringkas peribadi pemilik blog ini agar lebih rasa ketelusan dan keterbukaan peribadi untuk berkongsi ilmu. Titipkan sedikit profile peribadi secara ringkas sprt mana2 blog lain. Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ana adalah insan biasa.. menerusi medan blog ini ana sekadar ingin berkongsi secubit ilmu yang ada di samping menambah lagi apa-apa yang terkurang buat dimanafaakan bersama. Masih banyak yang belum diteroka… Keterbukaan biarlah cuma pada ilmunya…pemiliknya tetap seorang hamba… dan pengembara dengan sedikit kudrat yang ada… cuba mencari redha Ilahi…bukan publisiti yang diingini…

      Reply

  22. Posted by miza on 24/10/2012 at 12:11 pm

    لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎,
    Saya mempunyai adik yang tidak pandai membaca al-quran, jikalau pengunjung atau sesiapa di sini boleh memberitahu sya di mana sya boleh dapatkan ql-quran serta bacaan romanis (dlm bhasa melayu) sila email sya noorsamiza@gelfaam.com
    adik sya sgat memerlukan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ana cadangkan Miza hantarkan adik tu ke kelas Al-Baghdadi… ramai pelajar yang lemah dapat menguasai bacaan Al-Quran, hasil keseronokan belajar di sana.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  23. Posted by zaini on 25/10/2012 at 8:51 pm

    Assalamualaikum w.r.t. Alhamdulillah dgn izin Allah jua sy terjumpa blog saudara. Syukur alhamdulillah dan terimakasih krn dgn adanya blog seperti ini sekurang2nya dpt memperbaiki diri sy ke arah yg lebih baik lg. Semoga usaha saudara ini sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t. Terimakasih…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Aminnn… Jazaakallaahu Khairan Katsiran.

      Selamat berkunjung.. semoga Blog Shafiqolbu dapat terus menyumbang sedikit ilmu bermanfaat pada lebih ramai lagi..

      Reply

  24. Posted by zol watanabe on 31/10/2012 at 8:04 pm

    Assalamu’alaikum,
    tuan blog..Alhamdulillah dgn izin Allah terjumpa jugak blog sebegini baik
    setelah saya google utk mcari blog mengenai ilmu.
    bagi org kurang ilmu mcm saya ni..blog lengkap dgn persoalan/ilmu utk dipelajari..
    tuan ..adakah perlu merujuk pd ustaz2 utk ilmu2 disini? sbb blaja ilmu agama perlu rujuk pd guru2
    terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat berkunjung..

      Ana hanyalah insan biasa.. masih banyak ilmu yang belum diteroka dan dikuasai…dan Blog Shafiqolbu ini hanya sekadar membuka sedikit pandangan mengenai ilmu yang bermanfaat kepada pembaca untuk dikongsi.. Ianya tidaklah selengkap yang Zol sangka dan banyak kelemahannya serta perlu dirujuk kepada guru2 yang lebih muktabar..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  25. Posted by Aiman on 06/11/2012 at 3:45 pm

    Terima Kasih kerana menyediakan blog ini. InsyaALLAH saya akan sentiasa menyokong dan izinkan saya berkongsi ilmu yang di ajarkan. AMIN.

    Reply

  26. Posted by zakaria on 23/11/2012 at 9:10 pm

    Asalamualaikum tuan…antara blog terbaik yang saya jumpa…banyak ilmu yang bermanafat di sini…mohon share,copy.paste dan print….mudah2an Tuan mendapat rahmat Allah didunia dan akhirat….mohon ye tuan

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jazaakallaahu Khair..

      Zakaria kongsi jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Selamat beramal…

      Reply

  27. salam,ana nak minta izin,ana tetibe sahaje berhajat untuk melakukan blog seperti ini juga sebagai bekalan untuk akhirat nanti,ana nak masukkan maklumat-maklumat yg ade dlm blog ini ke blog ana..boleh tak???syukran…^_^

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sekiranya banyak artikel yang ingin diambil…lebih baik di link kan saja pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  28. salam,enta tahu tak mane2 laman web yg ade maklumat2 yg sahih untuk islam??

    Reply

  29. Posted by zakaria on 02/12/2012 at 12:53 am

    terima kasih tuan….Insyalah …amin

    Reply

  30. semoga Allah memberkati hudupmu =)

    Reply

  31. eh maaf, bkn hudupmu tapi hudupmu >< maaf ya ter typo

    Reply

  32. Posted by Wardah on 23/12/2012 at 5:40 pm

    Salam… terima kasih banyak2 ustaz. Banyak yg saya pelajari di sini.

    Reply

  33. Posted by DARUS BIN AWANG on 24/01/2013 at 8:09 am

    Terima kasih tuan kerana menyampaikan kebenaran melalui blog ini. Mudah2an tuan diberikan kurniaan oleh Alla SWT dan diangkat satu darjat kerana memiliki ilmu dan menyampaikannya.

    Reply

  34. Posted by nur on 07/02/2013 at 10:39 pm

    Syukur dgn izin Allah jumpa blog tuan, mohon share segalanya, Allah saja yg akan membalas jasa2 tuan, Tqvm

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat berkunjung!

      Aminnn…

      Semoga beristiqomah dalam beramal… Kongsi dan khabarkanlah juga pada sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini…

      Reply

  35. Assalamualaikum wrm.
    Banyak kebaikan yang saya perolehi dari blog tuan.
    Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah jika Akhi Faizal dapat manfaat dari Blog Shafiqolbu ini…panjangkanlah juga pada sahabat2 lain mengenainya… dan doakanlah ana beroleh kesejahteraan dan keredhaanNya.

      Reply

  36. This is exactly the third post, of yours I browsed.

    Yet I enjoy this specific 1, “About shafiqolbu” the best.
    Cya -Trudy

    Reply

  37. Posted by siti halimah on 24/02/2013 at 11:27 am

    Alhamdulillah dan jutaan terima kasih atas ilmu2 yg dipaparkan dlm bog tuan. Menitis air mata keinsafan apabila membaca kisah yang dipaparkan. Moga Allah terus memberikan tuan ilham dan kelapangan bagi meneruskan usaha dakwah secara maya. Hamba mohon diikhlaskan ilmu yg hamba ambil dari blog tuan agar lebih berkat untuk diamalkan pada sisa-sisa hidup yang tinggal dan kesempatan yang Allah berikan.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… Semoga Ukhti Halimah dapat beristiqomah mengamalkannya…

      Jazaakillaahu Khairan…

      Reply

  38. Posted by Zulkifli Kasim on 25/03/2013 at 10:25 am

    As Salam, saya tertarik dengan blog saudara yang penuh informatif. Mohon keizinan berkongsi maklumat dari blog saudara untuk amalan. Teruskan usaha murni sdra, semoga Allah SWT akan terus memberi rahmat dan keberkatan kepada sdra sekeluarga.

    Reply

  39. Posted by drak on 10/04/2013 at 1:07 pm

    Allahu rabbi. segala puji bagi Allah Tuhan Yang Menguasai seluruh isi alam kerana telah menggerakkan hati saya untuk melawat blog tuan. semoga Allah membalas jasa baik tuan & memberkati keluarga tuan kerana berkongsi ilmu bersama kami.

    Reply

  40. Posted by NAJLA HANAANI on 05/05/2013 at 4:41 pm

    Alhamdulillah…. melalui blog ini.. saya dapat jawapan yg sering saya persoalkan dalam hidup ini..^^

    Reply

  41. Posted by Aminah on 08/05/2013 at 2:17 pm

    Alhamdulillah, jumpa blog ni, mohon cetak dan kongsi segala info yang bermanafaat ini dengan rakan2 saya untuk diamalkan…Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik dan memberkati segala urusan Tuan kerana berkongsi info ini. Terima kasih.

    Reply

  42. Posted by Lela on 08/05/2013 at 11:22 pm

    Assalamualaikum,
    Amat bersyukur kerana terjumpa blog ini, mohon untuk kongsi maklumat yang Tuan paparkan disini, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas usaha murni Tuan. Wassalam.

    Reply

  43. Subhanallah…… dalam pencarian bekalan ke akhirat, ALLAH telah menitipkannya melalui blog SHAFIQALBU. Terima kasih tuan empunya blog ini, semenjak menjumpainya, rasa jatuh hati pada blog ini. Sejuk mata menatapnya, tenang hati menghayatinya….. halalkan ilmu yang kian meresap kebdalam hati ini. Sekali lagi terima kasih moga tuan sentiasa dalam lindungan ALLAH………

    Reply

  44. Posted by sue on 12/05/2013 at 4:47 pm

    Salam..semoga Allah akan terus menggerakkan hati saudara utk berkongsi ilmu2 dalam blog ini..Byk yang dikongsikan disini saya jadikan sumber rujukan utk membina semangat dan kekuatan disaat ditimpa musibah baru-baru ini. Maaf saya copy dan print info2 yg ada tanpa izin..saya hayati dan amalkan apa yg dipaparkan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak telah menjadi sumber kekuatan utk saya tidak terus berputus asa dan dekat dengan Allah. Mudah-mudahan usaha saudara mendapat rahmat Allah didunia dan akhirat..amiin

    Reply

  45. Posted by kyarani on 29/05/2013 at 6:13 pm

    Salam..bersyukur saya kerana dipertemukan dengan blog ini.byk ilmu yg saya dpt melalui blog ini.dr blog ini juga lah dpt membantu saya mengatasi masalah saya dan dapat mendekatkan diri dengan Allah.jika tidak keberatan boleh saya tahu emel dr pihak Shafi untuk saya kongsikan masalah saya.

    Reply

  46. Posted by Hazman on 19/06/2013 at 1:55 pm

    Assalamualaikum…Ustaz dibahagian mana jika saya nak bertanya soalan-soalan..

    Reply

  47. Posted by hasanah on 06/07/2013 at 10:58 am

    salam ustaz.. saya mintak izin utk copy mklumat….terima kasih…

    Reply

  48. Posted by liza on 10/07/2013 at 11:49 am

    salam,
    terima kasih atas segala ilmu.. saya mohon print & share…..

    Reply

  49. Posted by ojam on 11/07/2013 at 10:44 am

    Assalamualaikum..ustaz. Alhamdulillah dibulah yg mulia ini, pg ini saya ditemukan dgn blog ini. mohon utk share/print/ ilmu yg ada diblog ini.T.kasih.

    Reply

  50. Posted by Ella Amin on 11/07/2013 at 2:16 pm

    As Salaam,
    Alhamdullillah.. Terima kasih..

    Reply

  51. Posted by Abd Rahman on 12/07/2013 at 6:28 am

    Assalamualaikum, Saya mohon izin copy, print dan share maklumat yg ada dalam blog ini dengan saudara2 dan kawan2. Semoga Allah merahmati anda di dunia dan di akhirat. Amiin.

    Reply

  52. Posted by zura on 16/07/2013 at 2:57 pm

    Assalammualaikum…
    Alhamdulillah..laman yang sarat dengan ilmu..semoga Allah redha dan berkati usaha..

    Reply

  53. Posted by Kajol on 17/07/2013 at 10:29 pm

    Alhamdoulillah saya terjumpa blog ini dalam ribut angin kencang yang sangat kuat malam tadi. Niat mencari doa untuk angin kencang yang pernah saya terbaca di kitab fadhilat amal..dan saya telah terjumpa di sini juga. Tergerak hati dalam ribut untuk lakukan solat sunat taubat selepas tarawikh,alhamdoulillah…dan banyak yang saya telah belajar dari blog ini dalam masa satu malam. JazakAllah kairan..saya akan doakan untuk kesejahteraan kesihatan ana..yang empunya blog. Teruskan dakwah .

    Reply

  54. Posted by moon on 18/07/2013 at 3:39 am

    salaam
    syukur dapat berkunjung d laman saudara
    dapat ilmu utk memperbaiki lagi ibadah seharian.
    alhamdulillah

    Reply

  55. Assalammualaikum… Saya ada satu persoalan… Harap saudara dapat menjawab… Saya tahu dan faham hukum menutup aurat itu adalah wajib dan jika meninggalkannya berdosa besar. Apa yg saya ingin tanyakan ialah adakah kelonggaran bagi wanita untuk tidak menutup aurat (memakai tudung) atas sebab-sebab kesihatan? Contohnya, jika seorang wanita itu dinasihatkan oleh doktor untuk tidak memakai tudung untuk mengurangkan kemudaratan seperti masalah sakit kepala dan keguguran rambut (disebabkan pernah terlibat dalam kemalangan sehingga tengkorak retak dan mengalami pendarahan otak).

    Mungkin blog ini bukanlah tempat yg betul untuk saya tanyakan soalan ini, tapi saya harap saudara dapat menjelaskan perkara ini. Wassalam…

    Yg benar,
    Nurul

    Reply

  56. Posted by roslilawati on 24/07/2013 at 10:03 am

    Assalamualaikum…saya mohon izin utk copy maklumat on solat2 yg ada dlm blog ini…boleh ke?

    Reply

  57. Asalamualaikum wbt., banyak manafaat yang boleh didapati dari blog ini.jazakallahukhair…semuga usaha untuk berkongsi ilmu dapat diteruskan supaya ia boleh dijadikan sebagai rujukan…in sha Allah.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah… Jazaakillaahu Khair…

      Kongsi dan khabarkan juga pada sahabat2 lain dan jangan lupa berikan kredit pada Blog Shafiqolbu…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  58. لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎
    Ya Akhiii..
    maaf nhi ana cman mau tanya aja shafi qolbi apa artinya ya
    betul kah ini untuk mazhab imam shafi’i atau shafi yang dalam b. arab artinya itu “penyembuh” ????bisa dikatakan obat hati atau artinya lain ……. hehehehehe
    maaf nhi akhi, ana pingin tau artinya aja akhi …..

    BarakaLLAH ….. Ya Akhi …

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Moga Blog shafiqolbu ini memberi Penyembuh hati ana dan pembacanya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  59. Posted by Cahaya on 08/08/2013 at 1:22 pm

    Assalamualaikum tuan tanah shafiqolbu… Saya besyukur sgt pd Allah swt sbb ditemukan dgn blog tuan yg sgt bermunafaat pd semua terutamanya pd insan yg agak jahil mcm sy ni. TQVM!…. Saya mohon utk share, copy ,paste,print sblum ,kni dan slpas ni sbg rujukan diri sendiri n kenalan sbg permulaan langkah utk pnghijrahan diri ke arah yg lbh baik dan berdakwah dgn ilmu tuan. Trima kasih bebanyak semoga Allah memberkati tuan skeluarga.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      آمِيّنْ…

      Semoga beristiqomah dalam beramal… Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu… Aamiiin… Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  60. Assalammualaikum…
    Syukur alhamdulillah saya menemukan blog ini dan selalau menerima new post di email saya, semoga amalan yg anda sharing kan bermanfaat bagi sesama , sebelumnya saya mohon izinkan untuk meng-copy dari blog ini, inshaa Allah agar lebih berkat untuk diamalkan pada sesama. Terima kasih.
    wassalam
    .

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, Amiiin…

      Selamat beramal…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      Reply

  61. Posted by Ahmad on 08/10/2013 at 8:34 am

    Saudara adalah pewaris anbia. mohon dihalal ilmu yang saya cedok dari sini. terima kasih

    Reply

    • Alhamdulillah, Aamiiin… kta semua adalah pewarisnya…
      Jazaakallaahu Khair…
      Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  62. Posted by shafeeqah on 16/10/2013 at 6:54 pm

    Allah membuka hati saya utk membaca page ini.. alhamdulillah… terima kasih di atas perkongsian saudara.

    Reply

  63. Posted by Nizwan on 29/11/2013 at 5:10 pm

    Blog yg ringkas isi yg padat…teruskan menulis kerana Allah..

    Semoga memperoleh ilmu

    Reply

  64. Posted by Mass on 10/12/2013 at 4:46 pm

    Assalamualaikum…
    Saya mmg suka membaca blog saudara ini.
    Jika diberi kesempatan saya ingin sekali melihat mcm manalah rupanya saudara Shafi-Q ni…

    Reply

  65. Posted by azmi on 12/02/2014 at 8:30 am

    Assalamualaikum ..
    Saya nak minta kebenaran untuk saya sebarkan atau sampaikan blog saudara ni kat kawan2 untuk sama2 belajar serta menimba ilmu pengetahuan dari sumber blog saudara jika diizinkan..Selalu membuat rujukan jika ada kemusykilan.Terima kasih..

    Reply

  66. Posted by Mohd Shahrin on 12/05/2014 at 12:10 pm

    Assalamualaikum
    Terima kasih di atas perkongsian ILMU … saya gunakan juga untuk disebarrkan kepada kawan-kawan Islam dipejabat saya.Semoga Allah memberkati usaha tuan/saudara/ustad…

    Reply

  67. Posted by Khairul Rozi on 12/06/2014 at 11:47 pm

    Jazakallah

    Reply

  68. Assalaamualaikum ustaz…
    Ini kali ke-2 saya masuk blog ustaz. Mohon dihalal segala ilmu yang saya cedok dari sini. Insyaallah sy kreditkan blog shafiqolbu. Mudah-mudahan ustaz sentiasa dirahmati Allah dengan ilmu-ilmu yang sangat bermanfaat ini.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      آمِيّنْ…
      جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

      Reply

  69. Posted by Naimah on 04/07/2014 at 2:20 pm

    mohon sharen copy ilmunya ya…

    Reply

  70. Posted by khatijah on 18/07/2014 at 8:40 am

    blog yg sangat bermanfaat…. mohon copy bahan2 di sini.. semoga anda dirahmati Allah sentiasa..

    Reply

  71. Posted by Shaiful Bakhtiar Ibn Abdullah on 04/08/2014 at 8:01 am

    Jazakallahu Khairan Kathiraa Sheikh Blog anta ni sgt bermaklumat .Semoga Allah memberkati kita dalam mencari Mardhotillah .

    Reply

  72. Posted by cik as on 04/08/2014 at 9:12 am

    Assalamualaikum wbt.
    Blog yang sangat menarik. Boleh saya mohon saudara/saudari menyatakan kelulusan saudara/saudari? Bukanlah niat saya mempertikaikan kelulusan,cuma cadangan sahaja..Terima kasih, allahualam..

    Reply

  73. Posted by Pn. Siti on 19/08/2014 at 8:33 am

    Assalamualaikum wbt,

    Berbanyak terima kasih diatas maklumat dan ilmu bermanfaat didalam blog ini, semoga Allah memberkati usaha tuan dunia dan akhirat..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      آمِيّنْ… آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

      جَزَاكِ اللَّـهِ خَيْرًا

      Reply

  74. Posted by didiz on 09/09/2014 at 9:50 am

    masya Allah terima kasih kerana sudi meluangkan masa menyebarkan ilmu…Semoga segala usaha diberkatiNYA… amiin…

    Reply

  75. MashaAllah. Semoga Allah membalas jasa mu dalam membantu sy mencari ilmu agama. Terima kasih dari hati ini!

    Reply

  76. Posted by dumadi on 28/07/2015 at 10:57 am

    Smoga ilmu yang telah tersampaiakn menjadikan amalan sholih, amien . Dan mohon ijin saya untuk ikut mengambil hikmah dari ulasannya. trimakasih

    Reply

  77. Posted by wooop on 01/10/2015 at 5:18 pm

    Assalamualaikum,,

    Boleh tak ana minta izin untuk print salah satu artikel dalam blog anta?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Silakan.. semoga bermanfaat…

      Reply

  78. Posted by Ima on 01/10/2015 at 8:06 pm

    Assalamualaikum tuan…terima kasih dgn perkongsian ilmu yg tuan isi dlm blog ini…ianya amat bermenafaat utk saya mengulangkaji cara2 solat2 sunat dan doa2 yg tuan berikan….mohon halalkan ilmunya dan semoga tuan akn dikurniakan apa yg tuan hajatkan baik utk keperluan dunia juga keperluan akhirat tuan..terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      آمِيّنْ… آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

      جَزَاكِ اللَّـهِ خَيْرًا

      Reply

  79. Posted by hanaa on 30/01/2016 at 4:42 am

    Assalamualaikum..terima kasih atas perkongsian… semoga kita dalam rahmatNya.. 🙂

    Reply

  80. Posted by edora on 06/07/2016 at 8:40 am

    assalamualaikum,
    saya gemar membaca perkongsian ilmu dr blog tuan utk dijadikan panduan. semoga ilmu yg dikongsi mendapat keberkatanNya. namun tuan, saya menghadapi masalah dan ingin memohon nasihat dan pencerahan dari tuan. diharap tuan dapat membalas melalui emel saya.terima kasih

    Reply

  81. Posted by Suhaizi on 19/09/2016 at 11:57 pm

    Assalaamualaikum tuan..mohon izin untuk share copy n paste apa saja bahan berharga dr blog tuan ini..jazakallah khair

    Reply

  82. Posted by Jasad on 10/11/2018 at 12:46 am

    Assalamualaikum Tuan.
    Semuga Allah merahmati mu.
    Mohon dikongsi maklum yg dipost.
    Jumpa di syurga nanti…

    Reply

Leave a comment