Selawat

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد

.

‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).

.

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

.

.

Mengucap Salam Kepada Nabi

Salam pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi, bermaksud ia mendoakan Baginda SAW semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan selalu mendapatkan keselamatan.

a. Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”

b. Mengucap salam kepada Nabi SAW, lebih utama daripada memerdekakan budak.

Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”

c. Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”

.

.

Keutamaan dan Kebesaran Selawat

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.

Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”

.

.

Hukum berselawat

Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:

1.  Mengerjakan solat.

2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).

3.  Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.

4.  Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

 .

.

Arahan Membaca Selawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.

.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”  (Surah Al-Ahzab: 56).

Nota; (1) Berselawat ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad. (2) dengan mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.

.

.

Membaca Selawat

Lafaznya selawat ke atas Nabi SAW, cukup mudah, tidak mengambil masa yang panjang. Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.

1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi. Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.

Dalam penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca selawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”.

.

Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, iaitu:

  1. Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk.
  2. Zikir dengan tidak sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar.
  3. Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.

Rasulullah SAW bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”

.

2. Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”

.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”

.

.

Cara Membaca Selawat

Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:

  1. Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
  2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
  3. Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!

.

.

Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.

.

.

Jenis-Jenis Selawat

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:

1)     Selawat Ibrahimiyah.

2)     Selawat Tafrijiyah.

3)     Selawat Munjiyah

4)     Selawat Ummi

5)     Selawat Fatih

6)     Selawat Syifa’.

7)     Selawat Syafaat.

8)     Selawat Badriyah

9)     Selawat kebajikan.

10) Selawat menolak kecelakaan.

11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.

.

.

Bencana Tidak Berselawat

Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;

  1. Dijauhkan dari rahmat Allah.
  2. Mendapat kehinaan yang memalukan.
  3. Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
  4. Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
  5. Mengalami kebingungan di hari kiamat.
  6. Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
  7. Menjadi ahli neraka.

Nabi Muhammad SAW. Bersabda“Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

.

.

Waktu Afdal Berselawat

Masa paling afdal dituntut berselawat

  1. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
  2. Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  3. Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
  4. Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  5. Di akhir qunut dalam solat.
  6. Di dalam solat jenazah.
  7. Di antara takbir solat hari raya.
  8. Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  9. Setiap waktu pagi dan petang.
  10. Hari Khamis malam Jumaat,
  11. Sepanjang hari Jumaat,
  12. Ketika telinga berdesing.
  13. Ketika terlupa sesuatu perkara.
  14. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
  15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
  16. Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
  17. Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
  18. Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.

.

.

Fadilat Berselawat

  1. Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
  2. Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  3. Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
  4. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  5. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  6. Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
  7. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
  8. Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
  9. Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
  10. Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
  11. Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
  12. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  13. Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.

.

.

Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat

1.   Para Malaikat berjanji,  sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:

  1. Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
  2. Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
  3. Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
  4. Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.

.

.

2.   Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:

a.  Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.

b.  Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.

c.  Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30  lagi hajat dunia.

d.  Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”

.

.

3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:

  1. “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).

.

  1. “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”  (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

 .

  1. “Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].

 .

  1. ” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

 .

  1. “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”

.

.

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW

  1. Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
  2. Menjadi zakat dan pembersih diri.
  3. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
  4. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
  5. Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
  6. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
  7. Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
  8. Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.

.

Rasulullah SAW bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.”    (Riwayat Ibni Mas’ud)

.

.

Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

.

Wallahu A’alam Bissowab

.


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

60 responses to this post.

  1. Posted by Syaw Wiee on 13/01/2012 at 11:50 pm

    Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.
    salam ..maaf bleh bgi sumber hadith ni . dan hadis sebenar dalam bahasa arab

    Reply

    • 1. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas solat Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat solatnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.

      2. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah s.a.w, Bagaimanakah selawat itu? Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)

      Reply

      • Posted by Pena AlRbee on 22/01/2013 at 1:16 pm

        لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

        “None has the right to be worshipped except Allah, alone, without partner. To Him belongs sovereignty and all praise and He is over all things omnipotent.”

  2. Posted by Iffah on 19/07/2012 at 12:29 pm

    Terima kasih….semoga diberkati hidup pemilik page ini

    Reply

  3. Posted by Mohd Fuad. on 06/08/2012 at 8:45 am

    السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

    Alhamdulillah, blog tuan amat berharga.Semoga ALLAH memberkati segala usaha tuan.

    Saya mohon bantuan agar dapat tuan menurunkan semua selawat yang telah tuan senaraikan diatas, dan ketika mana atau waktu yang paling baik untuk diucapkan selawat-selawat tersebut.

    Terima kasih, selamat menjalani ibadah puasa.
    Wassalam.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semua selawat boleh dibaca pada bila-bila masa pun dan sebahagian daripada senarai tersebut masih belum berkesempatan diturunkan.
      Selamat beribadah kepada Sdr.Fuad juga..

      Jazaakamullah Khairan Kasiran.

      Reply

  4. Posted by ina on 07/08/2012 at 4:20 pm

    assalam, saya ingin bertanya, apa perbezaan antara penghujung solawat wasallam dengan wasallim.. bila waktu yg sesuai untuk digunakan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kedua-duanya berkaitan dengan nahu Arab..ia berbeza mengikut perkataan sebelumnya jika berbaris atas ia akan jadi wasallam iaitu perkara yang telah berlaku (F’il Madhi), dan wasallim pula adalah ayat suruhan (F’il Amar). Ina boleh membaca kedua-dua jenis selawat tersebut pada bila2 masa… lagi banyak, maka besarlah ganjarannya..

      Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  5. Posted by amirrudin on 14/08/2012 at 8:13 am

    web terbaik yg pernah saya jumpa, alhamdulliah

    Reply

  6. Posted by ina on 28/08/2012 at 2:38 pm

    mohon share maklumat-maklumat yg en.shafiq sediakan untuk panduan ramai.

    Reply

  7. Posted by izan on 24/09/2012 at 4:10 pm

    Terima kasih. Mohon share maklumat untuk kebaikan semua.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berikanlah juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  8. Posted by faizul on 01/10/2012 at 9:03 am

    TQ A SYEH ADA JUGA INFO UNTUK DIRI

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga beristiqomah mengamalkannya…

      Reply

  9. Posted by ashfi on 23/10/2012 at 9:54 am

    ……اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ
    Syahdunya… terima kasih…

    Reply

  10. Posted by zam on 30/10/2012 at 4:20 pm

    apakah hukumnya ada penambahan saiyidina dalam selawat

    Reply

  11. Posted by aliah on 01/11/2012 at 11:14 am

    salam ‘alaikh.. saudara syafiq..
    selawat yg bagaimana yg bila dibaca akan dimakbulkan 100 hajat 30 didunia dan 70 diakhirat.. terima kasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Aliah boleh baca mana2 satu yang selesa dan telah dihafal di antara Selawat Nabi yang banyak tu sebanyak 100 kali.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  12. Posted by sue on 03/11/2012 at 2:03 am

    Assalamualaikum..
    Boleh tak bagi contoh2 selawat dlm bahasa arab yg ringkas tuk d amalkan..?
    saya selalu keliru sebab byk jenis selawat..

    Reply

    • آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

      Reply

  13. Posted by suria on 23/11/2012 at 9:08 am

    salam…
    Saya juga ingin bertanya adakah dgn bacaan “Allah humma solli ala Muhammad
    wa ala alii Muhammad” sebanyak 100 kali sehari telah dikira sebagai telah berselawat keatas nabi saw. atau kena baca selawat yg panjang spt selawat Ibrahimiyah..

    Reply

    • Posted by Farhana on 07/07/2014 at 9:43 pm

      Selawat yang saya diajar dari kecil ialah “Allahumma solli ala sayidina Muhammad wa’alla Ali sayidina Muhammad” adakah ianya diberkati? Atau salah?

      Reply

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Insya’Allah..semua selawat bertujuan memuji Baginda Nabi dan sudah tentu diberkati…

        “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah SWT berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  14. Posted by mrs Aziz on 23/01/2013 at 9:12 pm

    Alhamdulillah…. semoga Rahmat Allah sentiasa bersama anda dan seluruh umat NABI MUHAMMAD! Amin….

    Reply

  15. Assalamualaikum,

    Mohon share perkara baik ini diblog saya. Semoga tak jadi keberatan ya. Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa kredit juga pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  16. Posted by nun on 24/01/2013 at 10:32 am

    Slm …… andai diberi kesempatan ….boleh x kogsikan kami segala jenis selawat yang disenaraikan …..MaShaAllah ….blog tuan begitu bermanfaat untuk saya n yg lain….jazakallahu Khairan Kathira….solatu ala nnabi …..

    Reply

  17. Posted by Jasad on 17/02/2013 at 4:07 pm

    Assalammualaikum tuan, Saya doakan semuga tuan dapat bertemu Rasulullah nanti di Padang Mahsyar…mohon kongsi dan panjangkan maklumat yang baik ini.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… begitu juga untuk Akhi Jasad….

      Jazaakallaahu Khairan Katsiran.

      Reply

  18. Posted by shikhah on 22/02/2013 at 7:44 am

    alhamdulilah, ini yang saya cari. t/kasih.

    Reply

  19. Posted by Yuseri on 22/02/2013 at 8:59 am

    Assallammualaikum,

    Alhamdulillah… Terima kasih atas ilmu diatas. Syahdu dan terkedu bila membacanya betapa besar dan luasnya rahmat Allah berikan dengan syafaat Nabi SAW. Cuma kita alpa akan kebesaran nikmat dan rahmat Allah. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha tuan. Wassallam…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      Reply

  20. Posted by Normahfadzilah Yusoff on 22/02/2013 at 3:33 pm

    Assalamualaikum, terima kasih Allah kerana menemukan saya dgn Blog Shafiqolbu ni. Sgt bermenafaat dan saya share dgn kaum keluarga dan rakan2.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, semoga berpanjangan pahalanya…

      Reply

  21. Posted by ani5308 on 25/02/2013 at 1:04 pm

    Assalam. Mohon izin berkongsi ilmu diatas. Semoga kita semua dirahmati Allah swt. Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… Jazaakillaahu Khair..

      Reply

  22. Posted by Mohamed Thoufeek on 03/03/2013 at 12:00 am

    Assalamualikum
    Alhamdulillah,after read fahilat2 selawat. getting interest to recite more, jazakallahu hair

    Reply

  23. Posted by Mohamed Thoufeek on 03/03/2013 at 12:04 am

    Alhamdulillah, i am indian Muslim, my father was a Malaysian,by grace of ALLAH (SWT)I KNOW WELL MALAY,Bilamana baca fadhilat2 memang rasa hati,menyuru buat banyak.terima kasih,dan Jazakallahu hair

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah…
      Jazaakallaahu Khair..

      Reply

  24. Salam sheikh….. ya mua’lim… mohon share info… syukran

    Reply

  25. Posted by mikhael on 12/03/2013 at 4:24 pm

    Assalam…bagaimana selawat dalam rumi?selawat yg sesuai di amalkn setiap hari…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dibaca mana-mana selawat dalam bahasa arab..yang terbaik adalah Selawat Ibrahimiyah dan sekurang2nya dan yang paling ringkas adalah:

      اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  26. Posted by arman shah mohamed on 14/04/2013 at 1:08 pm

    alhamdulillah..sumber ilmu yang sangat berguna untuk memperbaiki diri yang alpa dengan nikmat dunia yg sementara ini..akhirat jua tempat diadili oleh Allah s.w.t di dalam menghitung segala amalan baik dan kemungkaran yg telah kita lakukan..semoga Allah s.w.t akan memberkati hambanya yang mahukan keampunan darinya…

    Reply

  27. Posted by SHAHRIL on 12/07/2013 at 12:44 pm

    MOHON DIKONGSIKAN CONTOH TIAP2 SELAWAT DIBAWAH. TKSH

    2) Selawat Tafrijiyah.

    3) Selawat Munjiyah

    4) Selawat Ummi

    5) Selawat Fatih

    6) Selawat Syifa’.

    7) Selawat Syafaat.

    8) Selawat Badriyah

    9) Selawat kebajikan.

    10) Selawat menolak kecelakaan.

    11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya

    Reply

    • SELAWAT BASYA’IRUL KHAIRAT-Sheikh Abdul Qadir Al Jailani
      BASYA’IRUL KHAIRAT (Kabar Gembira tentang Berbagai Kebaikan).

      Diriwayatkan dari Syaikhul Ummah, Imamul A’immah, pemimpin para wali, Quthub dari semua Quthub, Sayyidi Abdul Qadir al-Jaelani, bahwa beliau berkata kepada salah seorang sahabatnya : “terimalah shalawat ini dariku, karena aku menerimanya melalui ilham dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, lalu aku menunjukkannya kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam. Aku hendak menanyakan kepada beliau mengenai manfaat khusus shalawat tersebut, namun beliau menjawab sebelum aku menanyakannya. Beliau berkata kepadaku : “Shalawat ini mempunyai manfaat khusus yang begitu dahsyat untuk diperhitungkan. Ia mengangkat orang yang mengamalkannya ke derajat yang amat tinggi, dan menjadikan mereka mencapai tujuan yang paling jauh. Bila seseorang menggunakan shalawat ini untuk mencapai maksud tertentu, maka dia tidak akan kecewa. Cita-citanya tidak akan gagal dan doanya tidak akan ditolak. Bila seseorang membacanya, meski hanya sekali atau membawanya, Allah akan menganugerahkan ampunan-Nya kepada orang itu dan kepada orang yang pergi bersamanya. Bila ajalnya tiba, empat orang malaikat rahmat akan hadir disampingnya. Malaikat pertama akan menjaganya dari setan. Malaikat kedua akan akan membimbingnya mengucapkan kalimat syahadat. Malaikat ketiga memuaskan dahaganya dengan secangkir air dari telaga Al-Kautsar. Malaikat keempat akan membawa bejana emas yang penuh dengan buah-buahan surga, memberinya kabar gembira tentang menghuni surga, dan berkata kepadanya : ”Berbahagialah wahai hamba Allah!” lalu ia akan melihat-Nya dan memandang-Nya dengan matanya, sebelum ruhnya terpisah. ”Ia akan memasuki kuburnya dengan rasa aman, senang, dan bahagia, dan ia tidak akan merasa kesepian dan kesempitan di dalamnya. Empat puluh pintu rahmat akan terbuka baginya dan darinya terpancar cahaya. Saat ia bangkit pada hari kebangkitan kelak, malaikat akan memberinya berita gembira dari sebelah kanannya, dan malaikat lainnya akan menenteramkan hatinya dari sebelah kirinya. Ia akan diberi dua pakaian yang indah, dan seekor kuda jinak akan dibawakan untuknya sebagai tunggangan. Tak ada kesedihan dan penyesalan baginya, dan ia akan menjalani perhitungan yang mudah. Saat ia melewati jembatan neraka, apinya akan berkata kepadanya : ” Cepatlah berlalu, wahai hamba Allah yang bebas!Aku dilarang untuk menyentuhmu.” ”Ia akan memasuki surga Firdaus bersama nenek moyang mereka yang saleh, dan di dalam surga ia akan diberi empat puluh kubah dari perak. Setiap kubah akan berisi sebuah istana dari emas, dan di setiap istana ada seratus ruangan dari cahaya. Di setiap ruangan terdapat dipan tinggi yang terbuat dari kain sutera, dan di atas dipan sutera itu ada bidadari dengan mata yang indah. Tubuhnya terbuat dari wewangian yang amat harum, seolah ia bulan di saat malam purnamanya. Lalu ia akan diberi sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar telinga, dan tidak pernah terbersit dalam hati manusia.” Menurut khabar, di malam saat Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam dimi’rajkan ke hadirat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman : ”Milik siapakah bumi itu, wahai Muhammad?” Beliau menjawab : Milik-Mu, wahai Tuhanku.” Lalu Dia Subhanahu Wa Ta’ala bertanya lagi : ”Milik siapakah langit itu, wahai Muhammad?” Beliau menjawab lagi : Milik-Mu, wahai Tuhanku.” Lalu Dia Subhanahu Wa Ta’ala bertanya lagi : ”Milik siapakah hijab ini, wahai Muhammad?” Beliau menjawab lagi : Milik-Mu, wahai Tuhanku.” Lalu Dia Subhanahu Wa Ta’ala bertanya lagi : ”Milik siapakah tahta(Kursi) inu, wahai Muhammad?” Beliau menjawab lagi : Milik-Mu, wahai Tuhanku.” Lalu Dia Subhanahu Wa Ta’ala bertanya lagi : ”Milik siapakah dirimu, wahai Muhammad?” Sampai disini, Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam jatuh tersungkur dalam sujud, dan rasa malu menghalanginya untuk mengucapkan sesuatu. Allah Subhanahu Wa Ta’ala lalu berfirman :”Engkau adalah milik orang yang bershalawat kepadamu, dan yang melakukannya dengan penuh penghormatan dan pengagungan.” Syaikh Abdul Qadir Al-Jaelani lalu berkata :”Shalawat ini adalah shalawat yang sesuai dengan hadis nabi tadi. Ia adalah pembuka tujuh puluh pintu rahmat, dan ia mewujudkan keajaiban jalan menuju ke surga Firdaus. Ia lebih utama daripada seseorang membebaskan seribu jiwa, dan menyembelih seribu hewan kurban, dan bersedekah sebanyak seribu dinar, dan berpuasa selama seribu bulan. Ia mengandung rahasia tersembunyi, dan merupakan jalan untuk mempermudah melaksanakan kewajiban, memperbaiki akhlak, memenuhi kebutuhan, menaikkan derajat, menghapuskan dosa, diampuninya kesalahn, dan kerendahan diubah menjadi kehormatan.” ”Syaikh Abdul Qadir Al-Jaelani juga berkata :”Shalawat ini tidak diberikan kecuali kepada orang yang benar-benar saleh, karena shalawat ini memiliki sifat yang sempurna, didukung dengan keutamaan yang banyak. Bila persoalan tertentu menimpa seseorang, setiap shalawat darinya akan akan menjadi jalan atau wasilah baginya kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, dan setiap ayat Al-Qur’an yang terkandung padanya akan menjadi syafaat baginya di hadirat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini adalah shalawat orang-orang yang menegakkan shalat lima waktu, bacaan Qurani bagi mereka yang melakukan zikir, peringatan bagi mereka yang mau mendengarkan nasihat, dan sebagai jalan bagi mereka yang mencari jalan. Ia adalah shalawat dari Al-Quran Suci, dan aku menamainya ”Basya’irul Khairat”.

      Reply

  28. Posted by wawan rustendi on 01/08/2013 at 8:14 pm

    Ass.wwb, ustadz. mohon penjelasan tentang shalawat Basyairul Khairat…??,,, trima kasih wslm.wwb…

    Reply

  29. alhamdulillah, dapat saya ditemukan dgn blog ini

    Reply

  30. Posted by Miss on 13/08/2013 at 8:24 am

    Blog ni mmg Kelass…

    Reply

  31. Posted by mUHAMMAD aLIEF AL HAKIEM BIN HARITH on 03/10/2013 at 4:32 pm

    Semoga Admin sentiasa tergolong di kalangan Hamba Allah yg mencintai Rasulullah saw , dan semoga admin penjadi pengikut setia Rasulullah saw hingga ke syurga . Semoga Allah merahmati kamu , saya sayang Rasulullah saw , saya sayang kamu

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Aamiiin…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      Reply

  32. Posted by qaireen nurbatrisyia husna Mohd Faizal on 14/10/2013 at 8:36 am

    Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu, moga Allah memberkati tuan sekeluarga…

    Reply

  33. Posted by wawan rustendi on 24/10/2013 at 11:15 pm

    Assalamualaikum ustadz mohon idzin copy, trma ksh wslm.

    Reply

  34. Posted by Izzat Azmir on 15/11/2013 at 1:56 pm

    Assalamualaikum..mohon keizinan utk share..semoga usaha tuan diberkati dan diberi ganjaran pahala yg besar..amin

    Reply

  35. Posted by Just Brina on 08/09/2014 at 9:16 pm

    Bagus untuk mengajar anak2 selawat

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,291 other followers

%d bloggers like this: