Solat Sunat Aidil Fitri

KETERANGAN

.

Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.

.

Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun di kawasan lapang dan terbuka.

Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.

.

Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.

.

.

A.  Tujuan

.

Tujuan bersolatpada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT  kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan.

.

Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.

.

.

B.  Lafaz Takbir Hari Raya:

.

Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

.

Video dan lafaz Takbir Raya lengkap .. ‘Klik di sini’

.

.

C.  CARA SOLAT AIDIL FITRI

.

Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;

“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”

.

1.  Niat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun.

Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.

.

.

D.  Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri

.

1.  Pada rakaat pertama:

a.       Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir  (اَلله ُ اَكْبَرُ) tujuh kali yang diselangi tasbih:

.

b.     Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan.

.

c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.

.

.

2.  Rakaat ke-dua:

a.      Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.

b.     Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.

c.      Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.

.

.

E.  Khutbah Solat Aidilfitri

.

Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir   (اَلله ُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar;

1.     Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir.

2.     Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir.

.

Diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.

.

.

F.  Perempuan

.

Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.

.

.

G.  Adab Solat Aidilfitri

    1. Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).”
    2. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh.
    3. Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan.
    4. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
    5. Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri.
    6. Membanyakkan membaca takbir,tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT.
    7. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam-salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan.
    8. Apabila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jum’at.

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

by;

shafiqolbu

.

.

15 responses to this post.

  1. Posted by abdul hamid bin idris on 14/08/2012 at 8:49 pm

    “Apabila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jum’at”

    assalamualaikum ustaz! berpandukan petikan di atas, saya keliru dengan keterangan tersebut. Apabila hari jumaat, adakah solat fardu jumaat jadi sunat sahaja kerana 1 syawal.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Persoalan ini berkaitan dengan sifat mulia Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Solat Jumaat bermaksud perhimpunan mingguan orang ramai untuk menunaikan solat. Maka solat Hari Raya yang dilakukan telah mencakupi maksud tersebut terutama bagi penduduk berkariah kecil yang tidak cukup 40 makmum bermukim.

      Oleh demikian, Solat Sunat Hari Raya adalah memadai bagi mereka dan tidak dituntut menunaikan Solat Jumaat, cuma perlu menunaikan solat fardhu Zuhur sahaja. Tapi bagi masjid jami'(besar) adalah lebih afdal diadakan Solat Jumaat juga.

      Muawiyah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam ra: Pernahkah kamu meyaksikan hari raya yang terkena pada hari Jumaat pada zaman Rasulullah SAW? Jawabnya: Ya! Kata Muawiyah: Bagaimana Rasulullah melakukannya? Kata Zaid: Nabi SAW melaksanakan Hari Raya (pada suatu hari Jumaat) kemudian Baginda memberikan rukhshah (kemudahan / keringanan) dalam Solat Jumaat dengan bersabda: “Sesiapa yang mahu solat (Jumaat), hendaklah dia solat.” [HR. Al-Khamsah, kecuali At Tirmizi. Hadis ini dinilai oleh ramai ulama ‘].

      Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari raya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi SAW) akan menunaikan (juga) solat Jumaat.” [Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih].

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by hafiz on 14/11/2012 at 6:05 pm

    Assalam…….

    Apa yg saya faham dalam mengerjakan solat sunat hari raya ialah, dimulakan dgn mengangkat takbiratulihram kemudian diikuti dgn 7x takbir utk rakaat pertama dan takbir intiqalat diikuti 5x takbir utk rakaat kedua. Setiap takbir dlm rakaat pertama dan kedua akan diselang seli dgn bacaan tasbih….setiap rakaat dibaca al-fatihah dan surah…

    persoalan saya :

    Adakah solat sunat ini dibolehkan atau sebaliknya, sah atau sebaliknya sekiranya imam hanya mengangkat takbir sebanyak 6x di rakaat pertama dan 4x di rakaat kedua (tidak termasuk takbiratulihram & intiqalat)..pada hemat saya ini terjadi kerana mungkin imam memasukkan takbiratulihram dan takbir intiqalat dalam jumlah takbir utk rakaat2 tersebut….so menjadikan ia 7 dan 5 kali takbir…

    diharap dpt memberi penjelasan kpd saya…
    sekian, wassalam…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Mungkin imam itu terkeliru dengan kiraan takbir tersebut, maka perlulah ada orang yang memberitahunya…walau bagaimana pun Solat Sunat Hari Raya tersebut adalah sah.

      جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by mohd kamarul ariffin bin ismail on 22/03/2013 at 9:11 am

    Mohon save artikelnya untuk menambah ilmu..assalamualaikum..

    Reply

  4. Posted by muhamad on 25/06/2013 at 4:06 pm

    Minta izin save page ini

    Reply

  5. Posted by fadli8 on 01/08/2013 at 4:50 am

    saya agak keliru tentang shalat idul fitri dan idul adha… apa sunat atau fardu.. karna kalo shalat idul adha adalah pengganti orang yg tidak pergi haji wkt wukuf di arafah… sedangkan wukuf di arafah hukumnya wajib bgmn kt kerjakan shalatnya jadi sunat…

    Reply

  6. Posted by fadli8 on 01/08/2013 at 4:55 am

    dan apa bisa hukum shalat sunat harus berjamaa.. dan mengeluarkan kata-kata… setau saya kalo shalat sunat tidak bisa berjamaa dan tidak bisa mengeluarkan kata2 atau bacaan ayat2 suci yg keras… mohon penjelasannya…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1. Wukuf wajib bagi yang mengerjakan haji manakala solat Aidil Adha sunat muakkad bagi seluruh umat Islam.

      2. Sesetengah solat disunnahkan berjamaah dan jar bacaannya..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by Sahih Muslim on 25/06/2015 at 9:26 pm

        Rujuk Sahih Muslim:

        Zaid b. Thabit melaporkan: Rasul Allah s.a.w membuat bilik dengan pertolongan daun kurma dan dari kain.Rasul Allah s.a.w keluar untuk bersolat di dalamnya. Orang ramai mengikutinya dan bersolat bersamanya. Kemudian mereka datang lagi dan menunggu (baginda), tetapi Rasul Allah s.a.w menunda untuk keluar kepada mereka. Dan bila baginda tidak keluar, mereka menjerit dan membaling batu pada pintu. Rasul Allah s.a.w keluar dengan marah dan berkata kepada mereka: Dengan apa yang kamu selalu lakukan,aku cenderung memikirkan bahawa solat tidak akan menjadi wajib untuk mu. Maka kamu perlu bersolat (sunat) di dalam rumah-rumahmu, kerana solat (sunat)oleh seorang lelaki di dalam rumah adalah LEBIH BAIK melainkan solat fardhu. (Book #004, Hadith #1708)

        Hadis ini menunjukkan bahawa jika seseorang itu berperangai kasar adalah tidak wajib baginya menghadiri jamaah. Dan lebih baik baginya bersolat di rumah. Dan mereka yang hadir berjamaah adalah untuk mereka yang menjaga lidah dan tingkah laku. Jamaah adalah sesuatu ygn bersih dan bukan untuk kutuk mengutuk dan salah menyalah. Zaman ini yang memenuhi jamaah adalah orang yg kasar lidahnya dan yang solat di rumah pula adalah org yg sebaliknya. Maka marilah kita sama2 menjaga tingkah laku agar masjid itu makmur dengan rahmat dan bukannya sesuatu yg membuatkan org lari.

  7. Posted by rahili on 03/07/2014 at 1:53 am

    apakah hukum jika imam solat sunat idulfitri bertakbir sebelum berdoa dan khutbah?dan apa hukum jika bertakbir mursal selepas solat raya contohnya bertakbir rumah kerumah sambil berhari raya?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Takbir Mursal adalah mulai dari terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga sejurus sebelum solat sunat Hari Raya Fitri. Berkemungkinan imam itu terlupa atau terkeliru dengan solat aidil adha tapi solat raya tersebut tetap sah.
      Eloklah takbir fitri ketika berkunjung digantikan dengan selawat kesyukuran atau zikir2 lain..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  8. Posted by faris danieal on 18/08/2014 at 11:31 am

    wallahu A’lam Bish Shawab

    Reply

  9. saya suka takbir raya bila saya dengar saya sedih

    Reply

  10. Posted by sihabudin saidi on 06/07/2016 at 5:33 pm

    Bagaimana kalau pada rokaat ke2 tidak dakukan takbir sejumlah 5 kali

    Reply

Leave a comment