Solat Sunat Istikharah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;

Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

 

Cara Solat Istikharah

 

a.  Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

Atau;

Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

 

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

 

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

 

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

 

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

 

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

 

 

by; shafiqolbu

 

302 responses to this post.

  1. Posted by eyka on 30/06/2014 at 4:45 pm

    Assalamualaikum ustaz.. sebelum hendak lakukan solat isthikarah nie.. perlu ke lakukan solat sunat taubat dan hajat? Pada waktu bila bersesuaian hendak lakukan solat tersebut.. kalau saya nak lakukan solat tersebut jam 12 am bole ke?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Begitulah adab dalam memohon… waktu sesuainya adalah ketika suasana sunyi sepi terutama dari jam 2.30 pagi sehingga sebelum subuh.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by Eina on 13/07/2014 at 9:08 pm

    assalamualaikum semua..
    disini ingin jugak sy menceritakan ape yang sy alami sekarang mengenai hubungan sy dan bf sy..sy berumur 23..dan bf berumur 21 .kami da couple selame 3tahun..2013 sy telah memutuskan hbgan sebab sy xsnggup nk teruskan lagi hubgan kerana sikapnye yg suke mengongkong..sehingga kn sy tidak bole kemana2 tanpa izin die..dengan itu sy telah memutuskan hbgan itu..die xterima sebab die terlalu syg kan sy..dan hampir setiap hari memujuk supaya jgn tgglkan die..dan sehingga kan meminta akk memujuk…tpi sy ttap berdegil dgn keputusan itu..dengan cre menukar no agar die
    tidak mncari sy lagi..selepas beberapa bulan kemudian..hati sy tergerak hndk mncri die..selepas menelifon die..dan meminta maaf..die terima sy dgn alasan die jugak tidak bole melupakan sy..then kami berjmpa setelah sekian lame tidak berjumpa…selepas kami jmpe beberapa hari kemudian die mmberitahu yg die sudah pon ad penganti sy sbnrnye..sy amat3 la kesal dan sedih dgn sikap die yg xberterus trg itu..hati sy hncur berkecai dgn berita itu sehingga kn setiap hari sy menangis.
    dan still tidak dapat terima sehingga sekarang..sy betul2 mnyesal dgn perbuatan sy yg meninggalkan die dlu…sy cube contax die balik beberapa hari lepas,,meminta maaf dan ingin mnjadi kawannye..die terima sy mnjdi kawanye dan meminta maaf kerana telah menipu sy yg sbnrnye die belum ad pngnti sy slpas kami putus..sy sngat gembira kerana dengar nye..then berapa hari lepas itu..sy meluahkan perasaan sy yg selami ini sy xpernah lupakan die dan xpnh bnti mencintai dan menyayanginya..tpi die hnye diam dan meminta sy supaya tidak mengingati kembali kenangan2 dlu..sy sngat2 la sedih..dan meminta untuk teruskn kembali hbgan bersma …keesokkan harinye sy msg die..tpi die tidak blas..sy col xangkt..dan berterusan smpai kehari ini..sy xthu nk buat ape..bermacam2 msg sy hantar dekat die..tpi 1 pun die xeply..so sy nk tnye kpd2 senior2 ..patut kah sy melakukan solat istikharah..sy buntu dan xthu nak buat ape lagi..
    sekian terima kasih
    assalamualaikum..
    thanks kepada yang sudi dgr dan memberi nasihat..

    Reply

  3. Posted by aifa on 20/08/2014 at 3:23 pm

    sy seorg perempuan berumur 28 tahun…sy bru putus cinta setelah 3 tahun bersama…sepanjang tempoh itu, mcm2 perangai jahil sy buat bersamanya..dia lepaskan sy tanpa rsa bersalah…sy mengaku sy panas baran, tp sy minta diberikan peluang untuk berubah..tp langsung tak diberi peluang…ustaz, apakah yg perlu sy lakukan untuk tenang kn hati, belajar redha takdir Allah kerana sy merasakan seolah2 tidak redha & xbole terima semua ni…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Alhamdulillah, teruskan beristiqamah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan belajar melupakan si dia. Insya’Allah ada calon yang lebih baik dan soleh daripadanya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  4. Posted by nur shazihah on 24/08/2014 at 7:22 pm

    mohon nak copy paste

    Reply

  5. Posted by Hairi on 29/09/2014 at 7:32 am

    Solat istikharah ini sesuai dilakukan semasa kita berada dlm kesusahan shj atau sebaliknya? Mohon pejelasan

    Reply

  6. Posted by yang terpinga on 22/06/2013 at 4:05 am

    ustaz???tolonglah jawab persoalan sy ini….sy btl2 perlukan jwpn…..kalo x pun…reply la pd email sy….tlglah ustaz….

    Reply

  7. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

    Maafkan ana….email tak dapat dibuka…

    Reply

  8. Posted by sara on 14/07/2013 at 1:09 pm

    Salam ustaz, saya ada satu masalah nak bertanya dengan ustaz.. Harap ustaz dpt membantu, saya mempunyai seorang teman lelaki, hampir 3tahun kami bersama dan terlalu banyak kenangan antara kami, masalahnya sekarang ini kami berdua telah merancang untuk berkahwin tetapi kedua ibu bapanya tidak menyetujui beliau berkahwin dengan saya dengan alasan saya tinggal berdekatan dengan rumahnya, (kami sebenarnya 1 sekolah) dan punca ibu bapanya tidak menyukai saya adalah sebelum nie kakaknya pernah bertunang dengan org kg saya tetapi disebabkan tiada jodoh mereka putus dan pihak keluarga perempuan banyak menerima tohmahan dari orang kampung, dari situ ibunya tidak boleh terima lagi anak2 nya berhubungan dengan org kg saya.. Tp x semua orang macam tu kan, dan kami adalah mangsa keadaan.. Teman lelaki saya seolah telah putus asa dan berserah segalanya pada takdir tentang hubungan ini dan saya masih lagi mengharapkannya.. Persoalan isthikarah pula.. Baru2 ini saya berkenalan dengan seorang lelaki, dan dia menyatakan saya adalah cinta pandang pertamanya.. Pada mulanya saya hanya menganggap beliau hanya kawan biasa, tetapi niat dia untuk lebih serius dengan saya untuk berkahwin membuatkan saya buntu.. Untuk menerima atau tidak.. Saya ada membuat solat isthikrah, tapi hati saya sekarang masih lebih kepada teman lelaki saya dulu, walaupun kami telah jarang berhubung…tetapi dalam masa yang sama saya seolah ingin mencuba memberi peluang kepada teman baru ini.. Saya tidak pernah bermimpi tentang mereka berdua tetapi banyak mengikut gerak hati.. Jadi mohon pandangan ustaz.. Pilihan mana kah yang terbaik untuk saya sekarang.. Masih perlu menunggu kekasih lama, atau menerima orang yang sukakan kita.. Terima kasih ustaz,

    Reply

  9. Posted by idayuu on 07/08/2014 at 7:08 pm

    Situasi awak sama mcm sy sekrang nie . Sy keliruu sgt2 skrg sbb hati sy masih pd ex sy . Tp sy nak jugak bg peluang kat insan baru . Tp sy belum sedia

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,211 other followers

%d bloggers like this: