بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)
.
Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
.
Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.
.
Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah atau solat wuduk, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.
.
Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.
.
.
Tujuan
1. Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
2. Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
3. Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.
.
.
Tertib
Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut:
.
1. Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:

.
.
2. Berniat iktikaf.
.
.
3. Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:
.
.
.
Cara Melakukan Solat Tahiyatul Masjid
Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza.
.
1. Niatnya :

.
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Raka’at pertama – Al-Kafirun.
Raka’at kedua – Al-Ikhlas.
.
.
3. Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid
a. Kemudian selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;
.
b. Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan.
.
.
.
Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1. Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
2. Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.
3. Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.
4. Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.
5. Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.
.
Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
.
.
.
Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
.
1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.
.
2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.
a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.
b. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.
.
3 Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
.
4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.
.
Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:
“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
.
5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali: ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)
.
6. Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW: “Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.
.
7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima. Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat.
.
8. Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”.
.
9. Mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.
.
.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
By
Shafiqolbu
.





Posted by samri sayful ansar on 02/03/2012 at 1:54 pm
Asslamaualaikum, hari ini hari jumaat dan saya mengucapkan ribuan terima kasih pada saudara sudi berkongsi maklumat mengenai solat sunat tahiyatul masjid….sebelum ini saya xpernah melakukannya…dan baru saya sedar selama solat saya ini sia-sia seperti yang diucpkan oleh ulama itu tanpa solat sunat masjid ini…….namun dengan berkat ALLAH SWT mempertemukan blog anda kepada saya untuk saya pelajari insyaallah saya akan lakukannya sepanjang solat jumaat…
Posted by Shafi-Q on 03/03/2012 at 8:40 am
Wa alaikumus salaam… Syukran jazilan, semoga Sayful terus istiqamah beramal…
Posted by Leya on 25/04/2012 at 11:11 am
Assalammualaikum….saya ingin bertanya sekiranya telah habis sembahyang berjemaah di masjid dan kita baru saja masuk untuk mendirikan solat fardu berseorangan bolehkah kita mendirikan solat sunat tahiyatul masjid?
Posted by Shafi-Q on 25/04/2012 at 7:02 pm
Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh.
Bolehh sangat.. malahan amat digalakkan bagi menghormati masjid.
Posted by ingin belajar on 03/05/2012 at 10:45 pm
assalamualaikum.. bolehkah solat tahiyatul masjid selepas solat fardhu?
Posted by Shafi-Q on 05/05/2012 at 1:27 am
Waalaikumussalam..
Sekiranya telah melakukan solat fardhu, tidak perlulah lagi mendirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid kerana dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat tersebut.
Posted by Adek wahab on 25/06/2012 at 3:51 pm
Kalau dah dtg ke masjid tersebut utk solat zohor, dah solat tahayyatul masjid, kemudian keluar tuk smbung bekerja…dtg untuk solat asar di masjid yg sama, ada kah boleh lakukan solat tahiyyatul masjid lagi..?
Posted by Shafi-Q on 26/06/2012 at 12:07 pm
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Adalah sunnah melakukan solat Tahiyyatul Masjid setiap kali mendatanginya dan lebih pahala dan afdal jika Adek dapat setakan dengan berniat i’tikaf.
Posted by atan on 28/06/2012 at 1:32 pm
boleh tak kita sembahyag solat tahiyyatul Masjid di surau yg buat solat jumaat atau di masa-masa surau.
Posted by Shafi-Q on 28/06/2012 at 5:16 pm
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Solat ini hanya dilakukan dimasjid-masjid dan surau-surau besar yang mengadakan solat Jumaat sahaja.
Posted by puteri on 21/07/2012 at 8:43 am
Assalamualaikum ustaz
sy nk tya, jika saya ingin solat sunat wuduk dan tahiyatul masjid, yg mana dulu sy mesti dahulukan?ataupun sy hya perlu buat salah 1 je?
syukran..
Posted by Shafi-Q on 21/07/2012 at 11:39 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Puteri boleh lakukan Solat Sunat Wudhuk dahulu dan diikuti Solat Tahiyatul Masjid, jika kesempitan waktu boleh dipilih salah satu daripadanya..
والله أعلم بالصواب
Posted by puteri on 23/07/2012 at 12:10 am
syukran…
Posted by mutalib manap on 21/07/2012 at 1:23 pm
boleh atau tidak kalau kita baca lain dari surah Al Kafirun dan Al ikhlas?
Posted by Shafi-Q on 21/07/2012 at 11:45 pm
InsyaAllah, bolehh..
Posted by aidil on 04/08/2012 at 6:16 pm
salam uztaz.nie aidil nak tanya skit,klau waktu orang sujud sudah bh,kita terlambat memasuki masjid,apakh kita patut terus ikut bersama2x sujud?
Posted by Shafi-Q on 05/08/2012 at 9:01 am
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Sebaik Aidil sampai ke saf terus berniat dan ikut sujud bagi mendapatkan pahala berjamaah..
Posted by Sarul pinrang on 05/08/2012 at 5:57 am
Assalamu alaikum….bolekah kita solat sunat tayyatul masjid hanya bembaca surah al-fateha tampa membaca surah2 lain?
Posted by Shafi-Q on 05/08/2012 at 9:11 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka itu mencukupi baginya. Dan sesiapa yang menambah (dengan membaca ayat atau surah lain), maka ia adalah paling baik.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).
Walaupun sunat, akan tetapi Sarul tidak digalakkan meninggalkannya dengan sengaja kerana akan mengurangkan pahala solat.
Posted by syeed saifulazry on 11/08/2012 at 10:16 pm
Assalamua’laikum wbt ustaz….sekiranya sya masuk masjid ketika sembahyang terawih telah dimulakan (solat isyak telah dilakukan dirumah), adakah perlu untuk saya melakukan solat tahiyatul masjid terlebih dahulu atau memadai terus mengikuti solat terawih tersebut?
Posted by Shafi-Q on 12/08/2012 at 11:20 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Terus saja mengikut jemaah bersolat Tarawih…dan adalah sayang Sdr.Syeed melepaskan solat Isyak berjemaah yang lebih besar fadhilatnya..
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).
Posted by syeed saifulazry on 13/08/2012 at 9:43 am
Terima kasih atas peringatan dan jawapan tersebut ustaz
Posted by kfendi on 22/08/2012 at 10:51 am
assalamualaikum ustaz,,
jika kita sampai di masjid selepas azan… yang mana lebih utama kita buat.. solat sunat wuduk, sunat rawabin atau tahiyatul masjid?
minta pencerahan.. wassalam
Posted by Shafi-Q on 22/08/2012 at 11:21 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Seperti pada no.3 dalam tajuk ‘Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid’ di entery di atas… solat sunat Rawatib dikira sudah memadai bagi memenuhi tuntutan Solat Sunat Wuduk dan Tahiyatul Masjid.
Posted by Zol on 25/08/2012 at 11:59 pm
Assalamualaikum,
Dalam bulan puasa baru2 ni saya masuk Masjid Subang untuk solat zohor, selepas masuk saya buat sunat tahiyatul masjid dan terus duduk, semasa tu ada seseorang sedang memberi tazkirah tentang masaalah negeri Selangor, sebelum mengakhiri tazkirah, dia memberi teguran kepada yang lain2 termasuk saya supaya terus duduk dan tidak membuat tahiyatul masjid kerana mendengar tazkirah lebih afdal katanya, setahu saya apa yang Ustaz terangkan diatas itulah yang lebih afdal kerana nabi pernah menegur Sulaik semasa khutbah. Saya ingin penjelasan dari Ustaz.
Posted by Shafi-Q on 26/08/2012 at 7:15 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Ikutlah seperti apa yang Rasulullah SAW sunnahkan..
Allah berfirman; “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(Surah Al-Ahzab : Ayat 21)
Posted by Zol on 31/08/2012 at 10:33 pm
Terima kasih banyak2 Ustaz…
Posted by Shofi on 30/08/2012 at 3:12 pm
Assalammualaikum,
Off topik sedikit, dalam solat berjemaah, semasa tahiyat akhir, imam telah memberi semalam, namun saya masih belum habis lagi membaca tahiyat akhir, manakah lebih baik, adakah saya putuskan bacaan dan terus memberi salam mengikut imam atau boleh proceed menghabiskan bacaan tahiyat akhir dan kemudiannya baru memberi salam
Terima kasih
Posted by Shafi-Q on 30/08/2012 at 7:22 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Sdr.Shofi habiskanlah membaca tahiyat akhir tersebut, tak perlu terburu2 kerana imam telah selesai solatnya.
Posted by Shofi on 03/09/2012 at 11:23 am
Terima kasih Tuan, mohon sedikit pendapat Tuan tentang Isbal, terutama ketika kita memakai seluar, terlalu banyak pendapat, buat masa ini saya singkatkan seluar sehingga betul betul di mata kaki (buku lali), mohon pendapat
Posted by Shafi-Q on 03/09/2012 at 11:44 pm
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Tepatlah seperti apa yang Sdr.Shofi lakukan itu kerana had kain/seluar adalah antara setengah betis hingga ke tepat paras buku lali.
Berkata Abu Juray Jabir bin Salim radhiallahu’anhu, kepada Rasulullah SAW : “Berikanlah kepadaku sebuah wasiat.” Baginda bersabda: “Janganlah engkau cela sesiapa.” Dia berkata: “Maka mulai saat itu tidak ada seorang pun yang aku cela baik orang merdeka, budak, unta mahupun kambing.” Baginda bersabda:
(( وَلاَ تَحْقِرَنَّ شَيْئًا مِنَ الْمَعْرُوفِ وَأَنْ تُكَلِّمَ أَخَاكَ وَأَنْتَ مُنْبَسِطٌ إِلَيْهِ وَجْهُكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنَ الْمَعْرُوفِ وَارْفَعْ إِزَارَكَ إِلَى نِصْفِ السَّاقِ فَإِنْ أَبَيْتَ فَإِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِيَّاكَ وَإِسْبَالَ الإِزَارِ فَإِنَّهَا مِنَ الْمَخِيلَةِ وَإِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ الْمَخِيلَةَ وَإِنِ امْرُؤٌ شَتَمَكَ وَعَيَّرَكَ بِمَا يَعْلَمُ فِيكَ فَلاَ تُعَيِّرْهُ بِمَا تَعْلَمُ فِيهِ فَإِنَّمَا وَبَالُ ذَلِكَ عَلَيْهِ.))
“Jangan engkau lepaskan kenikmatan perbuatan baik walaupun sedikit. Bercakaplah kepada saudaramu dengan wajah yang berseri-seri sebab hal itu juga sebuah kebaikan. Angkat kain sarungmu hingga setengah betis. Jika engkau enggan maka julurkan tepat di atas mata kaki. Janganlah kamu melakukan isbal, sebab isbal itu termasuk perbuatan sombong dan Allah tidak menyukai sifat sombong. Apabila ada seseorang yang mencela dan mencacimu dengan sesuatu yang ia ketahui dari dirimu, maka jangan engkau balas mencercanya dengan sesuatu yang engkau ketahui dari dirinya, sebab bencana tersebut hanya akan menimpa dirinya sendiri.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidzi, Ahmad r.a.)
‘Isbal’ (melabuhkan pakaian bagi lelaki) itu bukan pada kain sarung saja tetapi juga pada serban, jubah dan baju lengan panjang. Oleh kerana itu janganlah sampai lengan bajunya melepasi pergelangan tangan dan serban jangan sampai hujungnya menjulur hingga kedua-dua pinggul, berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhu dari Nabi Shalallahu’ alaihi wa sallam, Baginda bersabda:
(( الإِسْبَالُ فِي الإِزَارِ وَالْقَمِيصِ وَالْعِمَامَةِ مَنْ جَرَّ مِنْهَا شَيْئًا خُيَلاَءَ لاَ يَنْظُرُ اللهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.))
“Isbal itu ada pada kain sarung, baju panjang dan serban. Sesiapa memanjangkannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat kelak.” (Hadis riwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasa-i dan Ibnu Majah r.a.)
Para ulama telah sepakat bahawa Isbal itu haram jika dilakukan atas dasar sombong dan mereka juga berselisih pendapat jika isbal dilakukan bukan kerana sombong. Dalam pada itu kebanyakan daripada mereka tidak mengharamkan bagi isbal tanpa kesombongan dan para ulama sepakat jika isbal tanpa kesombongan, maka hukumnya adalah makruh.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by apik on 31/08/2012 at 10:39 am
assalammualaikum… solat sunat tahyatul masjid boleh x dilakukan di surau????
Posted by Shafi-Q on 01/09/2012 at 12:49 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Boleh dilakukan di surau2 besar dan yang mengadakan solat Jumaat.
Posted by adif on 20/09/2012 at 11:57 am
Assalammualaikum, bolehkan solat tahiyatul masjid dilakukan sebelum azan jumaat, maksudnya diantara 5-10 minit sebelum azan pertama jumaat.. Bukankah tempoh tersebut waktu syuruk diharamkan solat.. Sbb ini berlaku jika datang awal ke masjid menunggu azan pertama jumaat? Sekiranya sy tersilap harap perbetulkan..
Posted by adif on 20/09/2012 at 12:29 pm
Maaf ustaz, rasanya sy sudah mendapat jawapanya daripada blog ni dalam page solat sunat.. Sbb sy masih baru dsini.. Blog ini sgt berguna untuk org seperti sy.. Terima kasih
Posted by Shafi-Q on 04/10/2012 at 5:22 pm
Alhamdulillah… Yang baik dan baik tu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk dari diri ana jua…
Selamat berkunjung ke sini… Semoga Blog Shafiqolbu dapat terus membantu… InsyaAllah…
Posted by Shafi-Q on 04/10/2012 at 5:12 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
1. Solat Tahiyatul Masjid boleh dilakukan pada bila-bila masa walaupun pada waktu yang terlarang kerana ia adalah solat sunat bersebab.
2. Tempoh waktu larangan solat sebelum azan pertama adalah terbatal kerana keistimewaan Jumaat, penghulu segala hari.
3. Syuruk adalah waktu sebaik munculnya matahari dan diharam solat hanya dalam tempoh 12 minit selepasnya. Jadual waktu syuruk ini Sdr.Adif boleh rujuk pada akhbar atau Takwin Islam.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by asha on 23/10/2012 at 1:18 am
Assalamualaikum ustaz,sy tgl brdekatan masjid..adakah stiap kali masuk ke masjid sebelum setiap solat fardhu pd stiap hari sy perlu solat sunat masjid dahulu?atau hanya perlu melakukan solat sunat masjid pd kali pertama masuk ke masjid pd hari tersebut?mohon pnjelasan ustaz..terima kasih
Posted by Shafi-Q on 30/10/2012 at 11:11 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Melakukan Solat Sunat Tahatul Masjid amatlah dituntut setiap kali memasukinya… walaupun Asha ke masjid pada setiap solat fardhu. Ia sebagai suatu cara menghormatinya.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by Abdul Ghani Pindek on 03/11/2012 at 11:08 pm
Assalamualaikum.ingin tahu,apa solat solat sunat yg perlu dilaksanakan selepas solat Jumaat
Posted by Shafi-Q on 06/11/2012 at 11:39 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Solat Sunat Ba’diyah Jumaat 2 atau 4 rakaat.
Posted by Sham on 08/11/2012 at 6:29 pm
Assalamualaikum Ustaz… Biasanya ramai jemaah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid sebelum sembahyang fardhu, setelah selesai sembahyang fardhu secara berjemaah pula mereka terus solat sunat sekali lagi, itu adakah solat Tahiyatul Masjid Ustaz? Dan bagaimana dengan niatnya jika solat sunat itu bukan Tahiyatul Masjid?
Posted by Shafi-Q on 10/11/2012 at 11:11 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Solat Tahiyatul Masjid dilakukan sebaik saja kita memasuki masjid; manakala solat selepas atau sebelum solat fardhu dinamakan Solat Sunat Rawatib… Shamm boleh dapatkan keterangannya di:- http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-rawatib/
Posted by shariff on 18/11/2012 at 11:11 pm
Assalamualaikum w.w.
Saya ada terbaca suatu artikel berkenaan solat jumaat, yang mengatakan bahawa semasa pada solat jumaat tidak ada solat qiblyah dan bahdiyah (rawatib). Makmum hanya disarankan untuk solat sunat tahyatul masjid sahaja. Selepas itu mendengar kutbah. Harap perbetulkan pendapat ini. Terima kasih
Posted by Shafi-Q on 23/11/2012 at 12:21 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Tiada pada yang lewat hadir ke masjid… Solat Rawatib adalah solat sunat mengiringi solat fardhu dan pada hari Jumaat solat Jemaah inilah yang menjadi kefardhuan bagi setiap lelaki Muslim.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by mohd kamarul ariffin bin ismail on 15/02/2013 at 8:42 am
Assalamualaikum..mohon share untuk perkongsian ilmu..assalamualaikum..
Posted by Mohd Aizat on 15/03/2013 at 9:08 am
Assalamualaikum ustaz,,boleh off topik sedikit,,semasa sedang sembahyang berjemaah,imam sudah rukuk manakala saya masih membaca al-fatihah,adakah perlu saya putuskan bacaan al-fatihah itu untuk mengikut imam rukuk ataupun saya perlu teruskan saja bacaan al-fatihah itu sehingga selesai??,,mohon penjelasan daripada ustaz…
Posted by Shafi-Q on 15/03/2013 at 10:45 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Habiskan bacaan Fatihah tersebut dan sekiranya masih belum selesai setelah imam bangkit dari rukuk, maka barulah diputuskan bacaan Fatihah dan teruskan rukuk kerana solat Akhi Aizat akan terbatal sekiraya ketinggalan lebih dari 2 rukun Fi’li daripada imam.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by Bula on 20/03/2013 at 2:06 pm
Assallamualaikum, apakah solat
sunat yang dilakukan selepas solat fardhu?
Posted by Shafi-Q on 22/03/2013 at 7:01 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Solat Rawatib – Solat Sunat Ba’diyyah.
Posted by amin nur iman on 29/03/2013 at 12:33 pm
USTAZ. SALAM JUMAAT SAYA UCAPKAN. SAYA NAK BERTANYA PADA USTAZ. APE HUKUM KALAU SEORANG WANITA KELUAR DENGAN 2 LELAKI PADA SUATU MASA ?
Posted by Shafi-Q on 14/04/2013 at 12:26 am
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Diharuskan bagi keperluan mendesak seperti belajar dan bekerja…tetapi jika mereka berdua bukan mahram dan untuk saja2/maksiat adalah haram hukumnya.
Firman Allah SWT:
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.”
(al-Israa’:32)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by amier on 12/04/2013 at 11:01 pm
Assalamualaikum ustaz… apa hukumnya solat sunat tahiyatul masjid sebelum beberapa minit sebelum azan maghrib berkumandang…
Posted by Shafi-Q on 01/05/2013 at 3:37 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Makruh ketika azan berkumandang… selain dari waktu itu sunnah dilakukan sebaik setiap kali datang/memasuki ke masjid..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by pian on 03/05/2013 at 3:11 pm
sholat manakah yang di dahulukan antara sholat sunah wuduk dan sholat sunah tahiyatul masjid?
Posted by Shafi-Q on 10/05/2013 at 10:27 am
Solat Sunat Wudhuk dan diikuti solat Tahiyatul Masjid…walau bagaimanapun Akhi Pian boleh dirikan mana-mana jua jenis solat sebelum duduk di dalam masjid..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab