Solat Sunat Tarawih

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.

Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

Rasulullah SAW. bersabda; Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).

.

.

TUJUAN

  1. Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  2. Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
  3. Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”  Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

.

.

BACAAN SURAH

  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:

     

3.  Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.

.
.

CARA MELAKUKAN SOLAT

.

Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)

.

1.  Niat:

.

2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih

Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.

 

 

 

.

F.  Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.

.

Doa Selepas Solat Sunat Tarawih

Maksud Erti Doa Selepas Solat Sunat Tarawih

.

Doa Tambahan Selepas Solat Sunat Tarawih 1

.

Doa Tambahan 10 Malam Terakhir Solat Sunat Tarawih

.

G.   SOLAT SUNAT WITIR

.

A.   Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:

Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!

.

Disambut jama’ah dengan lafaz;

Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.

.

.

B.   Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

* Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;

Daku solat sunat Witir dua raka’at kerana Allah Ta’ala.

.

.

2.  Bacaan selepas Fatihah:

             Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

             Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

.

.

C.  Selawat Selingan

.

  1. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

 Ya Allah! Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan  pemimpin kami Muhammad SAW.

.

      2,  Jama’ah menyambut dengan ucapan;

Ya Allah! Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya (Muhammad SAW).

.

.

D.  Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir

.

  1. Jama’ah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

* Daku solat sunat Witir satu raka’at kerana Allah Ta’ala.

 .

.

2.  Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;

                  1.  Al-Ikhlas,
                  2. Al-Falaq dan
                  3. An-Naas.

.

.

E.  Berdoa Qunut

Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.

.

.

F.  Berdoa  

  1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa:

.

.

2.   Boleh dibaca doa-doa berikut:

.

.

Peringatan

*Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.

*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.

*Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat solat sunat tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

.

.

Boleh juga ikut panduan berikut;

                                                                 Solat Sunat Witir Tarawih

.

.

Penutup

Demikianlah cara-cara menunaikan Solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah  kepada individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai  mengikut  kemampuan  dan keikhlasan diri masing-masing..

والسلام

Oleh;

shafiqolbu

.

.

121 responses to this post.

  1. Posted by Nour on 16/07/2012 at 3:51 pm

    Salam
    Saya mohon izin untuk copy dan sharekan melalui emel kepada kawan2. Harap beri izin dunia akhirat :). Minta juga penjelasan yang semua bacaaan ini boleh dibacakan walaupun solat tarawikh sendirian?
    Wsalam
    Nour

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kesemua bacaaan tersebut boleh dibaca samada solat berjamaah atau sendirian. Nour sebarkanlah agar lebih ramai mendapatkan manfaatnya….
      Selamat berpuasa dan bertarawih!

      Reply

      • Posted by Hajah Fatimah on 12/08/2012 at 8:43 am

        Semoga Allah merahmati saudara empunya ruangan ini, terima kasih kerana berusaha untuk kebaikan, teruskan usaha murni ini.

      • Jazaakillaahu Khairan Katsiran..

  2. Posted by wawa on 20/07/2012 at 12:32 am

    mohon share…terima ksh..

    Reply

  3. Posted by ernizura on 20/07/2012 at 8:55 am

    terima kasih atas usaha anda, saya mohon share ye…

    Reply

  4. Posted by mind on 20/07/2012 at 9:51 am

    mohon izin untuk diamalkan .. terima kasih ..

    Reply

  5. Posted by Liza on 21/07/2012 at 11:40 am

    Mohon share.. terima kasih

    Reply

  6. Posted by etty on 21/07/2012 at 5:03 pm

    Adakah solat terawih mesti di sertakan dengan solat witir

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Witir boleh ditangguhkan hingga ke akhir malam (sebelum masuk waktu subuh).

      Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

      Reply

  7. Posted by faizul on 21/07/2012 at 7:11 pm

    salam tuan mohon izin copy bab solat terawih dan witir.. jazakallah..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebagai menghargai ilmu dan mensejahterakan ummah, Faizul hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan ana agar sentiasa beroleh keredhaanNya.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  8. Posted by etty on 22/07/2012 at 11:19 am

    Bolehkah rakaat pertama solat witir dibaca surah al asr selepas al fatihah kerana saya tak hafal surah al ala

    Reply

  9. Posted by hazlan bin kamilin on 22/07/2012 at 3:52 pm

    salam. saya memohon untuk dibuat salinan untuk saya baca semasa membaca doa kepada makmum. saya ingin membaca maknanya sebb ia akan difahami oleh semua jemaaah. kebenaran untuk dibuat salinan amat saya harapkan dan diucapkan jutaan terima kasih.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebagai menghargai ilmu dan mensejahterakan ummah, Hazlan hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan ana agar sentiasa beroleh keredhaanNya.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  10. Posted by m3ruls on 23/07/2012 at 1:45 pm

    mohon copy….

    Reply

  11. Posted by puasaboy on 24/07/2012 at 6:39 pm

    Salam, saya ingin mohon izin untuk share, terima kasih

    Reply

  12. Posted by amane on 25/07/2012 at 12:58 pm

    mohon copy ye…untuk salinan sendiri 🙂

    Reply

  13. Posted by aisyah on 25/07/2012 at 8:57 pm

    sy mohon copy yer..

    Reply

  14. Posted by etty on 30/07/2012 at 11:48 pm

    Salam ustaz.bagaimana dengan kaum perempuan yg uzur sedangkan mereka juga ingin utk mengerja solat terawih kalau cukup sebulan. Apakah amalan lain yg blh mereka lakukan walaupun sewaktu uzur.

    Reply

  15. Posted by annie on 01/08/2012 at 10:49 am

    mohon copy utk panduan..tima kaseh

    Reply

  16. Posted by zamrud11 on 03/08/2012 at 9:25 am

    Salam. doa qunut dibaca waktu solat witir 2 rakaat atau 1 rakaat

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Dibaca pada rakaat paling akhir Solat Witir.

      Reply

  17. Posted by Mujtahid on 03/08/2012 at 3:17 pm

    Salam..slps solat sunat witir,boleh x buat solat sunat lain

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…tapi sekiranya pada hari2 tidak sempat berjemaah Tarawih eloklah diakhirkan Solat Witir tersebut selepas melakukan solat2 sunat lain.

      Reply

  18. Posted by Mujtahid on 04/08/2012 at 1:00 am

    Salam..sy byk hutang solat fardhu,lg2 subuh,sy ada dgr sorang ustaz ni kate,selagi ada hutang solat fardhu,xdigalakkan solat sunat sehingga kte yakin hutang solat fardhu selesai..boleh x qada solat subuh dlm jemaah tarawih?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat sunat boleh dilakukan jika dalam masa yang sama Sdr.Mujtahid sentiasa menggantikan solat2 fardhu yang tertinggal. Diharuskan mengqada solat mengikut Tarawih bagi mendapat pahala berjemaah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  19. Posted by mlysa on 08/08/2012 at 3:59 pm

    thank you…

    Reply

  20. Posted by binjusoh on 09/08/2012 at 8:55 am

    saya mohon copy and share, ribuan terima kasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebagai menghargai ilmu dan membudayakan berdoa untuk saudara seMuslim serta mensejahterakan ummah, Sdr.binjusoh hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan agar ana sentiasa beroleh kesihatan berpanjangan dan keredhaanNya.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  21. Posted by Iman on 08/11/2012 at 2:55 pm

    Mohon Ijin copy untuk panduan, thanks !

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Iman kongsi jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Selamat beramal…

      Reply

  22. Posted by ibu on 30/05/2013 at 10:21 am

    hanya Allah yg dapat membalaskan budi saudara.. semoga rahmat serta kasih sayang Allah sentiasa bersama tuan

    Reply

  23. Posted by ahmad awang on 24/06/2013 at 2:45 pm

    assalamualaikum, saya mohon keredhaan atas segala galanya apa apa yang ambil disini.

    Reply

  24. Posted by fezal on 29/06/2013 at 2:49 pm

    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

    minta izin copy…..ramadhan xlama lg….insyaallah
    terima kasih

    Reply

  25. Posted by midah1969 on 08/07/2013 at 8:07 am

    Assalam…mohon share…terima kasih d atas perkongsian..

    Reply

  26. Posted by rahim on 08/07/2013 at 2:35 pm

    salam … saya mohon copy juga k..

    Reply

  27. Posted by jaafar on 08/07/2013 at 11:10 pm

    assalamualaikum, saya mohon keredhaan atas segala yang diambil di sini, insyaallah saya hadiahkan al-fatihah dan doa khusus buat tuan admin,,,

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… Jazaakallaahu Khairan Katsiran.

      Reply

  28. Posted by nasrul. on 09/07/2013 at 7:42 pm

    Salam.. mohon share tuk jadikan panduan tuk saya dan kawan2.

    Reply

  29. Posted by zam on 10/07/2013 at 10:12 am

    mohon izin untuk amalan saya keluarga

    Reply

  30. Posted by mar on 10/07/2013 at 11:35 am

    salam….. mohon kongsi. terima kasih.

    Reply

  31. Posted by zarina mohamed on 10/07/2013 at 2:13 pm

    Assalammualaikum.. Tuan saya minta izin untuk salinan & untuk amalan juga..

    Terima kasih.. Semoga Allah memberkati segala nya buat tuan. Aminn..

    Reply

  32. assalamualaikum…mohon copy ye…..terima kasih….

    Reply

  33. Posted by Izamrie on 10/07/2013 at 2:52 pm

    Salam. Alhamdulillah, Syukran. Mohon copy paste

    Reply

  34. Posted by john on 11/07/2013 at 11:44 am

    Apa hukum solat terawih yang dilakukan sebelum isyak ?

    Reply

  35. Posted by fifamohamed on 11/07/2013 at 11:57 am

    assalamualaikum..maaf nk bertanya..jika melakukan solat terawih 8rakaat tanpa solat witir..adakah sah solat sunat tersebut..mohon penjelasan.. 🙂

    Reply

  36. Posted by wildan on 11/07/2013 at 8:26 pm

    salam,
    alhamdulilah and thank you bro shafiqolbu

    Reply

  37. Posted by wan ismail on 11/07/2013 at 10:26 pm

    Terima kasih banyak….Hanya Allah swt yang layak membalas ilmu yang diperturunkan untuk kebaikan semua umat islam…Alhamdulillah…TQ…Allah.

    Reply

  38. Posted by iful on 12/07/2013 at 2:25 pm

    Assalamu Alaikum… ada yang berpendapat salawat diantara tarawih hanya menambah2 saja, tidak dicontohkan sahabat rasul, bagemana pendapat antum. syukran

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tarawih bermaksud istirehat, maka waktu di antaranya boleh diisi dengan apa saja amalan baik seperti berzikir, istighfar, membaca al-Quran termasuk selawat dsb bagi meraih pahala berganda dan menghidupkan malam Ramadhan. Selawat dipilih kerana bacaannya ringkas dan dikuasai oleh hampir kesemua golongan jemaah, tapi jika Akhi Iful berkemampuan bolehlah dibaca ‘satu ain’ atau 1 jus al-Quran sebagai selingannya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  39. Posted by lina on 13/07/2013 at 9:56 am

    salam…kalau kita solat terawih, kena baca juga ke ucapan2 bilal dan ucapan2 jemaah yg d atas setiap kali selesai 2 rakaat walaupun solat secara bersendirian..? mohon penjelasan.. syukran..

    Reply

  40. Posted by lipanbara on 13/07/2013 at 10:19 am

    Bagai mana dengan doa..kalau buat sendirian di rumah pun perlu kah membaca semua doa di atas atau boleh pilih salah satu di antara doa tersebut…

    Reply

  41. Posted by shasha on 13/07/2013 at 10:52 am

    as’salam.. sy mempunyai 1 kmusykilan jika kta solat trwikh bacaan utk thyat akhir slpas stiap 2rkaat adakah prlu dibaca penuh atau sprti bacaan tahyat awal…. sy sgt brharap agar tuan boleh mnjlaskannya utk sy syukran…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Setiap solat sebelum beri salam, hendaklah dibaca Tahiyyat Akhir…

      Reply

  42. Posted by anaz on 14/07/2013 at 9:05 pm

    assalamualaikum..
    sahkah solat terawih kita tanpa membaca selawat?

    Reply

  43. Posted by mama on 15/07/2013 at 7:24 am

    mohon izin nak copy

    Reply

  44. Posted by norazizah on 15/07/2013 at 10:10 am

    salam…mohon copy…terima kasih ats info semua…

    Reply

  45. Posted by fozi on 16/07/2013 at 9:05 am

    Salam tuan… mohon copy … Syukran

    Reply

  46. Posted by Abdul Shukor Ali on 16/07/2013 at 2:50 pm

    salam tuan, mohon izin copy…syukran

    Reply

  47. apakah si iman setiap rakaat awal di wajibkan baca doa iftitah?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tidak diwajibkan.

      Reply

  48. Posted by Rahmaton hidayah Hashim on 18/07/2013 at 10:26 am

    Salam tuan, mohon buat salinan untuk rujukan sendiri. . Terima kasih.

    Reply

  49. Posted by ema on 19/07/2013 at 9:42 am

    terima kasih 🙂

    Reply

  50. Posted by Zulkifli ahmad on 20/07/2013 at 1:10 am

    alhamdulliillah, terima kasih atas panduan ini, kerana membolehkan saya menyempurnakan sendirian buat pertama kali malam ini, shukur….

    Reply

  51. assalamu’alaikum pak ustad,pak ustad mengapa orang melaksanakan solat sunah tarawih dengan jumlah 11 rakaat dan 20 rakaat.tolong jelaskan ya pa ustad..
    makasih.

    Reply

  52. halalkan pada saya ilmu yg dipejari dunia akhirat.. terima kasih atas info ini..

    Reply

  53. Posted by mansur on 21/07/2013 at 5:19 am

    Alhamdullah…..sangat berguna,,,,ijin copy syukran

    Reply

  54. Posted by farahana on 22/07/2013 at 3:06 am

    Salam,

    Maaf bertanya, Tadi selepas solat isyak imam memulakan solat terawih dengan 1 rakaat.Selepas bacaan surah terus sujud tanpa rukuk.Kemudian bangun dan imam teruskan bacaan.SelesI Bacaan, imam terus rukuk dan sujud macam biasa, di susuli tahiyat dan salam..Mohon penjelasan dari Tuan Admin.

    Reply

  55. best punya……………..

    Reply

  56. kenapa kita kene baca surah lain pada malam 16

    Reply

  57. Posted by ayumi on 23/07/2013 at 1:51 pm

    Assalamualaikum ustaz…sy nie dh lama sgt x bt solat sunat tarawih ni…last bt ms dok ngan ayah tahun 2004, iaitu sblom sy pindah KL…x p tarawih sbb sy takut nk keluar umah mlm hari…sy baru tahu boleh bt solat sunat tarawih kt umah sendirian sbb dulu sy ingt lebih afdal bt Jemaah kt masjid/surau…alang2 x p solat Jemaah so x payah buat…Allahu Akbar, klam-kbut btul la sy ni…soalan pertama, boleh ke bt solat tarawih nie berhenti diantara nya & mgaji & minum kejap dlm 5 minit smbung balik seterusnya smpai habis? kedua, boleh ke nak rehat/tido kejap lepas isya’ dlm pkul 10pm baru bt solat tarawih nie? salah ke @ mmg x blh? sebab sy nak simpan tenaga nak bgun solat tahajjud & qiamulail plak pkul 2.30am. mcm mana tu ustaz? confused plak sy d bt nyer…ada kawan ckp boleh..ada plak yg kata x boleh…

    Reply

  58. Posted by abang zali on 23/07/2013 at 10:08 pm

    mohon share, semoga dapat kita manfaatkan bersama, amin.

    Reply

  59. Posted by ayumi on 29/07/2013 at 4:24 pm

    Assalamualikum ustaz…sy mohon petunjuk, kalau sy dh brusaha lakukan yg termampu utk solat tarawih tp paksa2 diri boleh takat 8 rakaat je…x mmpu nk bt 20 rakaat (sbb sy ada terbaca artikel yg nabi pon buat x melebihi 11 rakaat)…sbb sy nk kena tdo awal sbb nk bt qiamullail pkul 2.30am…sbb Rasulullah bt qiamullail setiap malam (nak ikut juga lah)…so, qiamuallail pon amik masa smpai pkul 4.45am..tp x sempat pon nak buat solat sunat istikharah (sbb kesuntukkan masa), mampu buat 5 je (tahajjud, taubat, tasbih, hajat & witir)…lps tu sahur n tgu solat subuh…then p keje…itu lah rutin harian sy sepanjang bulan Ramadhan ni…so, sy mmg x mampu nak baca al-quran n berzikir d luar waktu solat2 (fardu & sunat), so, soalan sy, adakah sy nie di anggap sangat berkira dgn Allah sbb x mmpu nk allocate masa utk baca al-quran & bzikir? & adakah Allah pon akan berkira2 dgn sy sbb tindakan sy diatas tu? sbb hati sy asyik sedih je…smua x mampu bt..sy takut x jumpa dh Ramadhan yg akan dating…mohon ustaz blh tenangkan hati sy ni…

    Reply

  60. Posted by ayumi on 29/07/2013 at 4:26 pm

    salah plak…”Ramadhan yg akan datang”…bukan nyr dating…maaf ye ustaz…

    Reply

  61. Posted by faizal on 29/07/2013 at 10:16 pm

    assalamualaikum..terima kasih alhamdulilah…amin

    Reply

  62. Posted by Nabil on 02/08/2013 at 8:11 am

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Bolehkah makmum membaca al fatihah sahaja ketika berjemaah melakukan solat sunat tarawih ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Makmum hanya diwajibkan membaca al fatihah sahaja …

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by Madina on 05/07/2014 at 9:06 pm

        Assalam ustaz, saya meneliti surah bacaan ni. tak pernah saya dengar surah al-Lahab. Atau adakah maksud ustaz surah Al-Masad?
        Mohon pencerahan

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        2 nama untuk surah yang sama…

  63. Posted by Nabil on 05/08/2013 at 1:30 am

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Terima kasih

    Reply

  64. assalamu’alaikum wr wb mohon izin saya mengambil doanya untuk diabadikan di perpustakaan saya

    Reply

  65. Posted by jijan on 28/06/2014 at 7:10 pm

    mohon syer .

    Reply

  66. Posted by hamidah on 30/06/2014 at 10:14 am

    ASSALAMUALAIKUM,,,
    IZINKAN SAYA COPY DAN PRINT INFO INI.. SEKIAN TERIMA KASIH

    Reply

  67. Posted by amrul on 30/06/2014 at 9:54 pm

    jazakallah khairan kasira

    Reply

  68. Posted by kang prapto on 01/07/2014 at 9:38 am

    Ijin donlot

    Reply

  69. Posted by Ros on 03/07/2014 at 3:27 pm

    Assalamualaikum, mohon share. جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

    Reply

  70. Posted by jasmine on 03/07/2014 at 10:25 pm

    izinkan an copy and share k. thanks

    Reply

  71. Posted by najwa nelydia emma on 03/07/2014 at 10:39 pm

    ahlanwasaslan waelaileko ya anta wa anti.

    Reply

  72. Salam tuan, semasa remaja.
    saya selalu tinggal sembahyang
    dan bekerja sebagai palaut. Boleh tak
    saya qadar sembahyang dgn
    cara sembahyang qadar qasar dan jamak kerana
    semasa remaja selalu belayar/musafir.
    Kalau boleh macamana niatnya tuan?
    Mohon pencerahan. Tkasih tuan.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Tidak boleh qadha solat secara jamak qasar kerana Akhi Syukor telah melepaskan peluang ruksyah tersebut kecuali diqadhakan sewaktu dalam keadaan bermusafir lagi.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  73. Posted by Iskent on 07/07/2014 at 9:27 am

    minta izin utk copy..semoga Allah merahmati anda…Amin

    Reply

  74. Posted by yati on 09/07/2014 at 4:24 am

    Salam…
    Mohon share ..tq

    Reply

  75. Posted by sitihasmah on 11/07/2014 at 6:21 am

    Assalamualaikum ustaz.

    Ditempat saya, sewaktu tarawih bacaan tahiyyat akhir imam disini sekejap sangat. Waktu saya baru lafaz kalimah syahadah, imam dah bagi salam, padahal start baca tahiyyat sama sama. Macam mana tu ustaz, haruskah saya percepatkan dan habiskan bacaan saya atau ikut imam dan beri salam terus?

    Syukran ustaz semoga sentiasa dirahmati Allah.

    Reply

  76. Posted by abdul shukor on 11/07/2014 at 9:41 am

    Terima kasih tuan diatas pencerahan. Semoga tuan dirahmati Allah swt. Amin dan salam ramadhan tuan.

    Reply

  77. Posted by Nurul Rashidah Khan on 11/07/2014 at 8:54 pm

    A complete guide for me..May Allah bless..Thank You..

    Reply

  78. Posted by sakdudin on 11/07/2014 at 11:12 pm

    Assalamualaikum wbh,

    Mohon tuan emailkan saya teks doa بارك الله هما لنا في شهري رمضان.. doa ini ada dlm post tuan sebelum ini..شكرا جزيلا

    Reply

  79. Posted by Etty on 15/07/2014 at 8:28 am

    macamana perempuan uzur di bulan ramadhan boleh mengerjakan ibadah dalam bulan puasa.

    Reply

  80. Posted by Balqis on 15/06/2015 at 3:04 pm

    Jazakallahukhairan kasiran… mohon print/share

    Reply

  81. Posted by Nisa on 24/06/2015 at 6:20 pm

    Assalamualaikum. mohon izin utk copy. Terima kasih atas perkongsian ilmu yg sangat bermanfaat.

    Reply

  82. Posted by Fairul & Najwah on 01/07/2015 at 6:30 am

    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

    Jika Terawih dan Witir dilakukan berjemaah di rumah, perlukah diselangi dengan selawat, dan doa pada rakaat 4, 8, 12 dan 16?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Bagi memenuhi erti “istirehat”, ianya boleh diisi dengan berselawat, berzikir, membaca ayat2 Al-Quran dan doa mengikut kemampuan masing2…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  83. Posted by Akulah69 on 11/07/2015 at 10:37 pm

    Saya lewat terawih dan sembahyang terawih berimamkan imam sunat witir satu rakaat. Adakah ia dibolehkan? Klu boleh… adakah kita ikut imam qunut (malam 15 ke atas) atau niat mufarrakah…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Bagi mendapatkan pahala berjemaah, boleh.. dan perlu mengikut imam sehingga selesai ini termasuklah doa qunut

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  84. Posted by iela on 13/06/2016 at 3:02 pm

    Assalamualaikum. mohon izin utk copy. Terima kasih atas perkongsian ilmu yg sangat bermanfaat.

    Reply

  85. Posted by Norlelahwati on 20/06/2016 at 8:30 pm

    Alhamdullillah.. Terima kasih.

    Reply

  86. Posted by hairil anwar on 21/06/2016 at 10:52 am

    mohon ijin mengamalkannya

    Reply

  87. Posted by JR on 25/06/2016 at 10:09 pm

    Apakah hukumnya trtinggal doa qunut dlm solat sunat witir terakhir. Mohon penjelasan.

    ***mohon share utk diamalkan..tq..

    Reply

  88. Posted by sothman on 26/06/2016 at 6:31 pm

    Minta Izin copy dan amalkan. satu panduan asas Tarawikh yang lengkap tahniah dan semoga dirahmati Allah. amin

    Reply

Leave a comment