Archive for August, 2011

Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.

.

Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Continue reading

10 Perkara Yang Allah SWT Rahsia Dan Sembunyikan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah SWT menunjukkan kita jalan kebenaran, sentiasa di dalam limpahan Rahmat-Nya dan tidak mati melainkan di dalam Iman keislaman. Bersamalah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan berbahgia di akhirat. Continue reading

Fadhilat Surah Al-Qadar

بسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Continue reading

Mengesan Malam Lailatul Qadar 2014/1435H

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

.

Bila Lailatul Qadar?

Mungkinkah Lailatul Qadar tahun ini berlaku pada malam ke 27 atau 29 Ramadhan?

Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.

Berdasarkan pendapat dan kajian para ulama terdahulu dengan berpandukan jadual yang diberi, maka terdapat tarikh2 tertentu dalam sepuluh malam terakhir ini dijangkakan berlakunya Lailatul Qadar.

Continue reading

Solat Sunat Lailatul Qadar

Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.

.

Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya. Continue reading

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Zakat fitrah adalah umpama ‘cukai tubuh’ kepada Allah Ta’ala  atas apa yang dipinjamkan kepada kita selama ini.

Zakat fitrah atau disebut juga dengan zakat jiwa yang maksudnya adalah untuk menyucikan badan atau jiwa. Dengan kata lain membayar zakat fitrah merupakan kewajiban bagi setiap muslim yang bernyawa untuk mengeluarkan sebahagian dari makanan asasi menurut syari’at agama Islam pada bulan Ramadhan, setiap tahun. Ukuran zakat fitrah adalah satu gantang (sha’) untuk setiap ‘muzakki’ (kepala) atau kira-kira 3,5 liter.

Continue reading

Bilakah Tarikh Sebenar Nuzul Al-Quran?

Tarikh Nuzul Al-Qur’an: Satu Perbincangan

.

Pendahuluan:

Nuzul Al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah Al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum Al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an ). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan Al-Quran.

Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.[1] Continue reading

Pengeluar Mengaku Produk Pure Creamery Butter – Golden Churn Butter Ada Unsur Babi!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), semalam secara rasminya mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di seluruh Malaysia adalah Tidak Halal.

Continue reading

Qiamullail Lailatul Qadar Dan Amalannya

Qiamullail Amalan Utama Ramadhan

.

Pada waktu siangnya umat Islam diwajibkan berpuasa, manakala malamnya disunatkan ‘Qiamullail’ iaitu ‘memakmur dan menghidupkan malam dengan ibadat’.

Qiamullail dituntut dan dijanjikan dengan pelbagai kelebihan. Antaranya sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Continue reading

Hebatnya Qiamullail

.

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi) Continue reading