Perbualan Dua Malaikat Ketika Menunaikan Haji

بِسۡـــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيـــــمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Seorang ulamak yang juga ahli sufi terkenal iaitu Hasan Al-Basri, dalam suatu perjalanan pada suatu musim haji, telah berhenti rehat lalu tertidur. Semasa tertidur itu, beliau telah bermimpi tentang perbualan di antara dua Malaikat.

Berkatalah Malaikat pertama, “Sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”

Kata Malaikat kedua, “Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang.”

Kata Malaikat yang pertama, “Tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?”

Kata Malaikat yang kedua, “Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.”

Berkata lagi Malaikat yang pertama, “Tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur. Tahukah kamu mengapakah tidak ada seorang pun dari jemaah tersebut layak mendapat Haji Mabrur?”

“Tidak!” Jawab Malaikat yang kedua.

Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “Mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya; Ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya; Ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur.”

.

Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah amat benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut.

Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.

Lalu berkatalah si Tukang Kasut.

“Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Makkah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut. Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya.

Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak. Kemudian saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami.

Saya tetap menyatakan hasrat untuk membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Kemudian diceritakannya masakan yang baunya harum semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran. Lalu saya dengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya.

Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.

Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan.” Kata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.

.

Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentias amelihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha. Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.” (Riwayat At-Tirmidzi)

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~Shafiqolbu~

.

 

7 responses to this post.

  1. astarafiruallah begitu sekali untuk mendapat haji mabrur dari allah ….Sesungguhnya pencapaian ilmu Allah adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikiran manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata-mata berlandaskan kpd kajian dan kepintaran otak ffikiran ke tahap ilmu Qalam. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah.

    Ilmu Qalam boleh di kuasai oleh seluruh manusia Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. Tetapi melalui mengenali diri dan mengenal Allah dgn sebenar-benarnya, umat islam boleh menguasai ilmu yg lebih tinggi yakni ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah. Peluang teristimewa yg di kurniakan Allah kpd Islam inilah yg sebenarnya meletakkan tahap umat islam kesuatu darjat yg paling tinggi. Kemuliaan yg teragung jika dibandingkan dgn manusia kafir dan kufur.

    Sabda Rasulullah: “Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah.”

    Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberi Nya ilmu kpd manusia melalui aqal dan iman, dgn satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, yaitu utk berbakti kepada Nya dan utk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma’ dan afa’alNya.^_^

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran…

      Sukar meraih keikhlasan tanpa adanya sifat Ubudiyyah (pengabdian) kepada Yang Maha Khaliq.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by zahirah on 19/10/2012 at 12:47 pm

    asslamualaikum,

    semalam saya berasa sedih bila org yg bhutang dg saya sejak 2 th yg lalu mghubungi kwn skerja saya. sebelum dia mlunaskan separuh drp hutang itu, dia telah menyebarkan cerita tentang kejahatan saya. 9/10 drp ceritanya itu bg saya tidak benar. akhirnya saya mdpt aib d kalangan rakan2 skerja. buku doa2 rasulullah saw milik saya masih berada dgnya. sy menghalalkan ilmu itu ttpi tdk cara dia mengambilnya. sy sdh redha samada dia mahu mbayar atau tidak. wang bukan segalanya bg saya lgpun sy sudah berbuat baik dan bbakti kpdny sblm ini, inikan pula wang. smlm sy berasa menyesal dipertemukan allah dg nya. menjelang zohor hr jumaat ini dan membaca kisah ini, sy sedar sy ialah hamba Allah yg sangat biasa d x istimewa. tidak salah allah menguji apa2 mengikut kehendak-Nya. sy kena redha dan sy kena bserah diri pd-Nya serta sedar bahawa sy tidak sempurna. waallahualam.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Zahirah setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita ini segalanya dari Allah. Namun begitu perlu diingatkan segala yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari kekhilafan kita sendiri.

      Ujian Allah kepada kita datangnya dalam pelbagai cara… ini juga adalah salah satu dari ujianNya bagi meningkatkan keimanan Zahirah. Mohonlah kepada Allah agar diberi kesabaran dan keikhlasan. Maafkanlah segala kesalahan sahabat tu dan halalkan apa yang telah diberi.. mudah-mudahan Allah akan menggantikan yang lebih baik. Sentiasalah bermohon keampunan kepada Allah kerana kita jarang menyedari akan dosa-dosa yang kita lakukan setiap hari.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Masyallah, semoga Allah swt meletakkan mereka di tempat orang2 yang beriman, amin..dan jauhi kita umat Muhammad saw dari sikap riak & takbur..nauzubillah..

    Reply

  4. Posted by Nik on 02/12/2014 at 1:02 pm

    Adakah itu berlaku zaman ini.Orang miskin zaman Zaid tukang kasut itu tidak berdosalah walau makan bangkai kaldai atau tiada dapat kesempatan beribadat haji.Orang kita termasuk kaum wanita berkali-kali haji dan umrah itu dapat apa agaknya.Bukankah sesak betul dah mekah musim haji ini sekarang..Pahala umrah itu beberapa sahid,dan sedekah.Pahala memasak ,membasuh kain di rumah untuk anak-anak itu lebih banyak dalam sehari.berbanding umrah dan sedekah disana,Sudahkah kita tentukan adan dan jiran redha kepada kita.Benarlah mimpi Imam Hasan Al Basri itu.Itulah ajaran yang mungkin dijelaskan tapi ia bukan dari Al Quran dan hadis nabi nabi tapi dari mimpi orang sholeh.Maka boleh jadikan ilmu buat kita

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: