Makna Cinta Pada Allah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allah7.

Apa dia makna cinta pada Allah?

 .

Ia adalah perasaan apabila antum melakukan sesuatu bagi mendapatkan Perhatian Allah سبحانه وتعالى, CintaNya, KeredhaanNya dan juga untuk meraih laba RahmatNya supaya kehidupan antum berkat sentiasa.

 

Orang yang cinta pada Allah سبحانه وتعالى biasanya sanggup melakukan sesuatu secara rela dan percuma sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah  سبحانه وتعالى.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah  سبحانه وتعالى, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah سبحانه وتعالى.

Dia tidak melakukan semua itu kerana nama dan wang tapi untuk berbakti setulus hati. Dia menyumbang bakti pada orang sekeliling supaya Allah سبحانه وتعالى kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah سبحانه وتعالى melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui sentiasa berbuat kebaikan. Dia adalah seorang yang baik di hati, pada perbuatan, pada kata-kata dan di dalam fikirannya.

.

Allah سبحانه وتعالى berfirman :

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّـهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ

“Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan.”  (Surah An-Nisa’ : Ayat 125)

.

Cinta pada Allah سبحانه وتعالى tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersolat sunat. Semua itu hanya luaran. Allah سبحانه وتعالى hanya akan memandang keikhlasan hati antum.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti antum berhabis untuk mendapat perhatiannya. Antum sentiasa belikan hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya antum boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta padanya.

Untuk apa antum solat selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa antum bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersolatlah kerana antum mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah سبحانه وتعالى, supaya Allah سبحانه وتعالى sayang, supaya antum menonjol di kalangan hamba-hambaNya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila antum mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, سبحانه وتعالى bila sudah buat, antum rasa cukup puas hati.

Bila antum tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya antum akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat orang yang antum tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Antum berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah سبحانه وتعالى melihat apa yang antum lakukan lantas melihat antum sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.

Apa petanda kasih sayang Allah سبحانه وتعالى?

  • Rezeki antum dimurahkan
  • Wajah sentiasa ceria
  • Hidup dibahagiakan
  • Masalah dikurangkan
  • Pergaulan diperluaskan
  • Urusan dipermudahkan
  • Segala perkara yang diakukan akan menjadi lancar.

 .

Cinta kepada bunga, bunga akan layu. cinta kepada manusia, manusia akan mati… tetapi cinta kepada Allah سبحانه وتعالى adalah cinta yang kekal dan abadi.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

 sign s

.

.

.

3 responses to this post.

  1. Posted by amoba1331 on 01/03/2013 at 12:25 am

    Salam.. Mohon share. Semoga Allah juga mencintai sda shafiqolbu. Aamiinn..

    Reply

  2. Posted by halmi on 01/03/2013 at 6:21 pm

    Amin…

    Reply

  3. Posted by zuhairah on 16/07/2014 at 11:28 am

    Subhanallah

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: