TouchStyle ~ Aplikasi Pengurusan Kewangan Dari Bank Rakyat

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

TouchStyle Bank Rakyat.

Bank Rakyat, sebuah bank yang melaksanakan pengurusan dan produk kewangan syariah telah melancarkan aplikasi ‘TouchStyle’. Aplikasi pintar ini merupakan inisiatif terbaharu syarikat untuk memudah dan mendidik pengguna mengenai cara pengurusan kewangan terutamanya generasi muda.

Aplikasi ‘TouchStyle’ daripada Bank Rakyat ini diperkenalkan untuk memudahkan pengguna bagi menjalani gaya hidup pengurusan kewangan terkawal dengan satu sentuhan sahaja di samping bagi mendapatkan informasi terkini tentang produk dan perkhidmatan Bank Rakyat tanpa perlu membuang masa untuk beratur panjang di bank dengan hanya klik aplikasi ‘TouchStyle’ sahaja.

.

Pengguna boleh memasukkan pendapatan bulanan mereka, dan berapa banyakkah mereka ingin berjimat dan menyimpan pada penghujung bulan. Seterusnya, pengguna turut boleh memasukkan beberapa perbelanjaan bulanan, seperti bayaran bil ultiliti, sewa rumah, pinjaman kenderaan dan sebagainya. Aplikasi ‘TouchStyle’ ini memperlihatkan perbelanjaan antum dan mengira secara automatik berapakah nilai maksimum yang boleh dibelanjakan setiap hari untuk mencapai sasaran simpanan yang dikehendaki.

Di samping itu, pihak Bank Rakyat turut mengintegrasikan beberapa sokongan produk mereka, termasuk kalkulator untuk mengira ‘Personal Financing’, melihat promosi dan juga produk tawaran pihak Bank Rakyat.

.

‘TouchStyle’ merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan prinsip syariah. Ia boleh dimuat-turun secara percuma bukan sahaja kepada pelanggan Bank Rakyat tetapi ia tidak terhad dan terbuka kepada kesemua pengguna yang memiliki telefon pintar atau tablet.

Antum yang menggunakan telefon pintar Android boleh memuat-turun aplikasi berkenaan menerusi Google Play Store manakala bagi pengguna iOS (iPhone dan Ipad) pula boleh memuat-turun melalui App Store. Sebanyak 300,000 muat-turun aplikasi ‘TouchStyle’ disasarkan oleh Bank Rakyat dan sehingga kini telah dicatatkan sebanyak 4,000 muat-turun daripada para pengguna.

Inilah gaya terkini yang disediakan ‘TouchStyle’ Bank Rakyat dalam memudahkan pengguna memantau jumlah wang keluar masuk dan menghadkan perbelanjaan mereka sekaligus pengurusan kewangan dan simpanan serta perbelanjaan seharian menjadi lebih efektif. Jom download ‘TouchStyle’!

.

Jangan hitamkan hati dangan menuduh dan menyalahkan pihak lain atas ketidak-kecekapan diri menguruskan kewangan. Mengapakah mereka yang sama jumlah pendapat dengan antum malah lebih ramai ahli keluarganya, lebih sempurna dan bahagia kehidupan mereka?

Hiduplah bersyariat dengan berdasarkan kemampuan bukan kemahuan!

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: