Gerhana Bulan Penumbra Pada Hari Rabu (Malam) 23 Mac 2016

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Gerhana Bulan Penumbra.

Tepat dua minggu selepas fenomena gerhana matahari separa baru-baru ini; pada Rabu malam (23 Mac 2016) nanti, kita akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana sekali lagi. Kali ini akan berlaku Gerhana Bulan Penumbra pula iaitu seluruh bahagian bulan berada di bahagian penumbra, namun bulan masih dapat dilihat dengan warna yang agak suram.

Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan “Apogi” 77.5% daripada bulan dan ia akan melintasi bayang penumbra bumi semasa fasa maksimum.

.

.

Jenis-Jenis Gerhana

.

Pada umumnya, bayang-bayang bumi di angkasa lepas akan mempunyai 2 bahagian. Satu bahagian yang gelap, yang dipanggil umbra. Sementara yang lagi satu dikenali sebagai penumbra.

Berikut adalah beberapa jenis gerhana bulan :

.

  1. Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila orbit bulan bergerak masuk tepat ke dalam umbra, dan keseluruhan jasad bulan memasuki umbra.

  1. Gerhana Bulan Separa berlaku apabila orbit bulan bergerak sedikit senget dari kawasan umbra, dan hanya sebahagian sahaja jasad bulan memasuki umbra.

  1. Gerhana Bulan Penumbra berlaku apabila orbit bulan memasuki hanya di kawasan penumbra, dan keseluruhan atau sebahagian daripada jasad bulan memasuki kawasan tersebut.

.

.

Waktu Melihat Gerhana

.

Di Malaysia, kita boleh menyaksikan gerhana bulan penumbra jika diamati secara terperinci dan cuaca benar-benar cerah tetapi secara keseluruhannya kita tidak dapat lihat saat dan ketika bulan mula-mula masuk ke dalam kawasan bayang-bayang penumbra.

Hanya apabila bulan berada pada ‘puncak gerhana’ iaitu titik ia berada paling ‘ke dalam’ dalam kawasan tersebut, barulah ia mula terbit di ufuk Timur.

.

Kenampakan Gerhana Bulan Penumbra adalah berkemungkinan kurang ketara kejelasannya jika dilihat dengan mata kasar kerana bayang-bayang penumbra bumi adalah lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan bayang-bayang umbra bumi yang lebih gelap. Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih baik atau lebih jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular atau pun menggunakan teleskop.

.

Gerhana bulan penumbra berlaku ketika bulan terbit pada ketinggian 5.6 darjah di ufuk timur dan fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.

Maknanya, untuk sepanjang tempoh gerhana 4 jam 15 minit, kita hanya berpeluang melihat separuh sahaja, iaitu bermula pada waktu kemuncak gerhana sehingga tamat.

.

.

Jadual Gerhana Penumbra pada 23 Mac 2016

.

Jadual di bawah menunjukkan waktu fasa-fasa utama Gerhana Bulan Penumbra.

5:39 p.m. – Gerhana Penumbra bermula iaitu bulan mula memasuki “Penumbra”

7:47 p.m. – Kemuncak gerhana iaitu bulan berada separa dalam “Penumbra”

9:55 p.m. – Gerhana Penumbra tamat iaitu bulan keluar dari “Penumbra”.

.

.

Gambar di atas menunjukkan sempadan kawasan bayang-bayang penumbra dan umbra, yang mana kita boleh lihat dengan jelasnya kawasan terang (penumbra) dan gelap (umbra). Malangnya untuk kali ini Bulan hanya lalu di kawasan penumbra yang tidak gelap.

Gerhana bulan penumbra berlaku kerana terhalangnya cahaya matahari oleh bumi, sehingga tidak semua cahaya sampai ke bulan. Secara umumnya mata kita tidak mampu melihat sebarang perubahan kecerahan bulan disebabkan ketika bulan memasuki kawasan bayang-bayang penumbra, sempadan bayang-bayang penumbra dengan kawasan di luar bayang-bayang bumi amat sukar untuk dibezakan.

.

Saksikanlah siaran langsung Gerhana Bulan Penumbra mulai 7:21 p.m. hingga 9:55 p.m. pada 23 Mac 2016 di laman web http://www.angkasa.gov.my.

.

Pada tahun ini, akan terjadi tiga kali gerhana bulan penumbra iaitu pada 23 Mac, 18 Ogos, dan 17 September. Sekiranya anda terlepas menyaksikan fenomena ini, anda perlu menunggu sehingga 17 September 2016 untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra sekali lagi di Malaysia.

.

.

Pencerapan di Planetarium Negara

.

Sempena Gerhana Bulan Penumbra ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra pada 23 Mac 2016 jam 7:30 p.m. hingga 9:30 p.m. bertempat di Planetarium Negara.   Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan.  Pencerapan Planet Musytari, taklimat Gerhana Bulan dan trivia astronomi juga akan dibuka kepada awam. Orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri.

Hadiah menarik seperti TravelMate 10×50 Porro Binoculars sumbangan daripada Starfield Instruments Supply akan diberikan kepada pengunjung yang istimewa.

.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini , sila hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4301 / 4303 / 5484 atau email kepada lau@angkasa.gov.my / husna@angkasa.gov.my.

.

.

Amalan Sewaktu Gerhana

.

Amalan Sunat yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ketika berlaku gerhana boleh baca di SINI 7 Amalan Sunnah Rasulullah ﷺ Ketika Berlaku Gerhana

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a comment