Assalamualaikum…

Salam perkenalan…

Ana berharap moga blog ini dapat menyumbang secebis ilmu untuk manfaat bersama..

Berikut adalah sedikit info berkenaan ucapan salam…

Memberi Salam

Ketika memberi salam kepada sesama saudara muslim amalkan dan gunakanlah kalimah  ‘ASSALAMUALAIKUM’, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH’ atau ‘ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH’.

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (Surah Az-Zukhruf :89)

Firman Allah SWT: “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.“. (Surah ar-Ra’d : 24).

Lafaz  سَلاَمٌ عَلَيْكُم / “salamun alaikum” dalam ayat al-Quran tersebut tiada alif lam (ال) – (as-salam). Maka diharuskan mengambil “as salam” sebagai lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.

Menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam” bagi “assalamualaikum” atau “salam” bagi singkatan “salamun alaikum”.. kedua-duanya adalah harus digunakan. Manakala menurut pendapat Imam Nawawi pula, “assalamualaikum” itu lebih utama..

Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

 

Menjawab Salam
Semasa menjawab salam, bolehlah jawab salam dengan ucapan; “WAALAI KUMUS SALAM” atau “WAALAI KUM SALAM”. Dalam ‘waalaikum salam’, baris dhomah tidak disambung dengan kalimah salam. Seperti juga sebutan ayat al-kursi dengan ayatul kursi. sama saja maknanya.

 

Berkirim Salam

Apabila ingin berkirim salam pada seseorang, sering kedengaran: “Kirim salam kat emak ye!”; Terbaik dan sepatutnya, “Kirim salam, assalamualaikum pada emak ye!” atau “Kirimkan assalamualaikum saya pada emak ye!”

Elak Dan Amalkan

Janganlah menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam bermms, sms, email atau apa jua bentuk penulisan. Jika perkataan ‘Assalamualaikum’ itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan ‘As Salam’ yang membawa maksud sama dan singkatan kepada kalimah “Assalamualaikum”.

Apakah maksud perkataan Akum’, ‘Semekom’ dan Bye?

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud ‘Binatang‘ dalam Bahasa Ibrani (Yahudi). Ia singkatan daripada perkataan ‘AVDE KOKHAVIM U MAZZALOT’ yang bermaksud ‘Hamba-Hamba Binatang Dan Orang-Orang Sesat‘

Juga hindari dari menggunakan perkataan “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu”.

Jangan sesekali gunakan perkataan “Bye” tatkala berpisah kerana “Bye” adalah JARUM SULIT Kristian… Di dalam bahasa Arab bermaksud “fi hafzil baba” manakala dalam Bahasa Malaysia yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope (paderi).”

Kesimpulan

Sebagai singkatan gunakanlah perkataan “As Salam”  bagi “Assalammualaikum”. Penggunaan “as-salam” atau “salam” masih lagi menepati singkatan yang mewakili “Assalamualaikum”; Tetapi yang baik adalah “Assalamualaikum”, yang lebih baik “Assalamualaikum warahmatullah” dan  yang paling baik adalah “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”.

Sebaik2nya gantikan perkataan ‘BYE’  dan yang tidak sepatutnya itu kepada “Assalamualaikum”  atau yang lebih lengkap “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman… Cuma kita sahaja yang gemar mengubah2 dan menuruti budaya barat… (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)

Sekadar peringatan untuk dikongsi bersama semua rakan-rakan muslim yang lain. Semoga ada manfaatnya. Sebar2kanlah kepada semua sahabat2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita dan org lain.

.

Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

by;

shafiqolbu

 

.

2 responses to this post.

  1. Really no matter if someone doesn’t understand then its up to other users that they will assist, so here it happens.

    Reply

Leave a comment