Qiamullail Dan Amalan Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maghrib ini (4.7.2012) akan masuklah 15 Syaaban 1433H iaitu Malam Nisfu Syaaban, kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”     (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

.

.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

.

A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:

  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

.

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;

C. Solat-Solat Sunat:

  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.

Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

.

D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.

.

.

SOLAT SUNAT MUTLAQ (NISFU SYAABAN)

Solat sunat Nisfu Syaaban dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Mengerjakannya

1.  Lafaz niat:

Daku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

.

2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.

.

4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:

.

5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.

.

6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.

Maknanya;

 

Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

 

والسلام

Oleh;

Shafiqolbu

14 Syaaban 1432H

33 responses to this post.

  1. Posted by Ghazan Farali Khan on 03/07/2012 at 7:10 pm

    Assalam mu’alaikum, thank you very much for this site. May Allah Bless you, your loving parents, your wonderful family and all of us.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ameen… JazakAllah Khairan Kasiran

      Reply

  2. Posted by Ghazan Farali Khan on 03/07/2012 at 7:13 pm

    Salam again Tuan/Puan, if you change the date for this year’s Nisfu Syaaban, we can place this on our facebook.

    Reply

  3. Terima kasih kepada perkongsian ilmu untuk saling ingat mengingat sesama hamba Allah. Moga setiap pembaca ruangan ini mengubah kepada kehidupan yg lebih baik segar, manis meninggalkan yg buruk dan merundung kegelapan. Mg kita semua bertambah baik.

    Reply

  4. Posted by Hamba Allah yg kerdil on 04/07/2012 at 11:11 am

    Allhamdulillah, semoga bantuan anda ini dibalas dengan berjuta pahala dan rahmat Allah kepada anda dan keluarga. Sy amat berpuas hati dengan bantuan ini. Terima kasih. Semoga Allah sahaja dapat membalas budi anda ini.

    Reply

  5. Posted by Rohie on 04/07/2012 at 4:34 pm

    salam, saya copy paste doa nisfu syaaban di atas di dalam facebook saya. terima kasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Doakan ana beroleh kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  6. mohon share..

    Reply

  7. Posted by jibriell on 04/07/2012 at 7:21 pm

    Ijin share Gan….

    Reply

  8. assalammualaikum, pertama kali berbanyak terima kasih atas info yg bermanfaat ini.. … syukur ke hadrat Illahi mengurniakan nikmat kpd saudara utk melahirkan artikel yg bermaklumat utk kegunaan kami di hujung jari…

    Reply

  9. Posted by Sal on 04/07/2012 at 8:33 pm

    Assalamualaikum wbt, thanks so much for the useful site. Semoga Allah memberi ganjaran dan pahala bagi saudara/saudari dan keluarga.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      JazakAllah Khairan Kasiran..

      Reply

  10. Alhamdulillah

    Reply

  11. Posted by mohamad ibrahim bin abu salib on 04/07/2012 at 11:12 pm

    semoga kita memanfaatkan bacaan ini dengan terus pretiskan dan jangaN sekadar bacaan sahaja.

    Reply

  12. Posted by hamba Allah on 05/07/2012 at 2:13 am

    Alhamdulillah..terima kasih atas info ini

    Reply

  13. Posted by ros on 05/07/2012 at 4:23 am

    Alhamdulillah. Semoga Allah SWT ampuni dosa dosa kita yang lalu dan memberi lembaran kehidupan kita yang baru dengan penuh berkatNya, hidayahNya dan petunjukNya. Amin Ya Rabbul Alamin. Mohon share

    Reply

  14. Posted by wani on 05/07/2012 at 9:28 am

    saya amat berterimaksih atas maklumat ini…semoga Allah memberkati,memurahkan rezeki dan panjangkan umur saudara…saya mohon share maklumat ini…tq

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      JazakAllah Khairan Kasiran..

      Reply

  15. Posted by fatimah on 05/07/2012 at 11:41 am

    Assalamualaikum,

    Thank You so much for such a wonderful information. May Allah Bless you, InsyaAllah..
    Mohon share di facebook saya, syukran. Have a nice day

    Reply

  16. Posted by Siti on 05/07/2012 at 2:39 pm

    Assalammualaikum, terima kasih dengan pengongsian doa semoga Allah memberi anda taufiq dan hidayah sentiasa… saya ambil kesempatan mengambil doanya untuk dikonsikan di youtube.(tak rajin nak type balik, cari user : sitisxn)
    saya mahu komen sedikit disini, tidak ada hadis yang menganjurkan sembahyang sunat nisfu syaaban. setiap amal mesti ada nas, kalau buat amal yang tidak datang dari nabi akan ditolak amal nya maka sia2 saja. tiada satu pun sembahyang sunat yang dikaitkan dengan hari2 tertentu seperti lailatur qadar, asyura…
    tapi kalau mahu banyak sembahyang mutlak pada hari tersebut di bolehkan cuma jangan di niatkan ianya untuk hari tersebut.

    Reply

  17. Posted by nikmatisteri on 18/06/2013 at 12:30 pm

    izim saya copy

    Reply

  18. Posted by Haji Ahmad Tarmizi on 21/06/2013 at 10:34 pm

    Menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban secara khusus dgn amalan-amalan tertentu spt solat khas nisfu sya’ban, doa khas, bacaan yasin 3X dgn niat tertentu adalah amalan yg timbul di masa tabiin, dari kalangan penduduk Syria(Syam). Perkara ini diikut oleh generasi kemudian sehingga menganggap ianya ibadat yg dianjurkan. Sedangkan amalan ini tidak ada di zaman Nabi serta tidak masyhur di masa sahabat. Justeru ramai ulama’ tahqiq membid’ahkan amalan khusus ini.Ingat, apa yg tidak menjadi agama semasa Nabi, tidaklah menjadi agama selepasnya. Hadith yg menjadi sumber bukan berasal dari sabda Nabi. Namun kita boleh mengamalkan amalan yg telah sah dari hadith pada malam itu. Sila lihat kitab-kitab mu’tabar, jangan ambil dari surat khabar. Tq.

    Reply

  19. SAYA DAH COPY UTK SHARE DI FB…HARAP HALALKAN

    Reply

  20. assalamualaikum
    .baca yasin 3kali tuh wajib ke ??
    bkan ke bca yasin tu tkde had..
    Rasulullah pun tk prnah brsbda tntg bacaan yasin ..
    bkan ke ia dikira Bid’ah kalau Rasulullah tak pernah lakukan..
    ape yg Baginda lakukan … bkan stakat baca ysin tp bnyk lgi amln len.. dan xde hadith yg mngatakn yasin kene bca 3kali
    🙂 …
    mohon keterangan

    Reply

    • Posted by mohd hafiz on 12/06/2014 at 5:29 pm

      tak wajib pada hukum syarak, tapi cuba wajibkan diri untuk melaksanakan sesuatu yang berfadhilat adalah bermanfaat kepada diri sendiri

      Reply

  21. Posted by Fatimah on 11/06/2014 at 11:41 am

    Assalamualaikum. Thank you so much for this site! May Allah Bless you, your loving family and all of us, Insyallah.

    Reply

  22. Posted by FR on 12/06/2014 at 11:06 am

    Salam. Bagaimana sekiranya doa dalam sujud itu tidak dibaca kerana terlalu panjang dan susah dihafal?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Boleh dibaca Penghulu Istighfar atau zikir istighfar yang lain.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  23. Assalamualaikum..terima kasih diatas info yang sangat membantu dan sangat baik untuk diamalkan oleh kita semua…izinkan saya copy..thank you so much…

    Reply

  24. Posted by mat on 12/06/2014 at 5:55 pm

    mohon share

    Reply

Leave a comment