Berbuka Sebelum Waktu Akan Diazab

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tahukah anda orang yang berbuka puasa sebelum benar2 pasti dan masuk waktunya bakal diseksa?

Daripada Abu Umamah al-Bahili, bahawa dia mendengar

Rasulullah SAW bersabda; “Ketika aku tidur, dua lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua2 belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. Mereka berkata: “Dakilah.” Aku berkata: “Aku tidak boleh melakukannya.” Mereka  berkata: “Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya.”

Maka aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung, kemudian aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. Aku bertanya: ”Suara apakah itu?”  Mereka menjawab: “Itu adalah jeritan para penghuni neraka.”  Kemudian aku dibawa pergi dan melihat orang digantung pada buku lalinya, mulutnya terkoyak dan mengalir darah padanya. Aku bertanya: “Siapakah mereka itu?” Mereka menjawab: “Mereka ialah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya.” (HR: al-Baihaqi)

.

Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman sedemikian keras, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak2 yang belum baligh masih lagi boleh dimaafkan, tetapi yang sudah mukalaf, perlulah lebih perihatin dan waspada…

والسلام

One response to this post.

  1. […] kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Sedangkan doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau […]

    Reply

Leave a comment