Hebatnya Qiamullail

.

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)

.

.

Hebatnya Malam

Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT;

وَآيَةٌ لَّهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ ﴿٣٧

“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

.

Firman Allah SWT:

 وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩

“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”  (Surah al-Isra’: 79)

.

Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan Baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail a.s. pun berlaku pada waktu malam.

.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.

  • Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Dapat muhasabah kekuatan diri
  • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
  • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

.

.

Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail

Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ,   (السجدة : 15-16)

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”

.

Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya.”  (HR; Bukhari;)

.

Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan.”

.

Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

.

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”

.

.

WAKTU AFDAL QIAMULAIL

Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”  (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat.”   (Al-Tibrani)

.

.

DOA QIAMULAIL

.

AMALAN QIAMULAIL

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.

  1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  1. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-

3.   Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.

.

.

FADILAT QIAMULAIL

  1. Sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah SWT.
  2. Memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.    
  3. Waktu mustajab doa dikabulkan Allah SWT.

Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”

.

HIKMAH QIAMULAIL

Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;

  1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
  2. Membawa kesan iman yang mendalam,

.

.

PENUTUP

Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”

Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”

.

Lihatlah walaupun Rasulullah SAW itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.

Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia-sia), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.

Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.

.

والسلام

By;

shafiqolbu

.

23 responses to this post.

  1. Posted by ayumi on 23/07/2013 at 1:04 pm

    assalamualaikum…ustaz, alhamdulillah semenjak sy terjumpa website ini, sy mulai sedar rupa2 nyr byk sgt perkara yg sy x pernah buat. sbb sy selalu rs mcm bosan je x tahu nak bt ape, sbb kg sy jauh nun d utara, sy plak kj d selatan tanahair…alhamdulillah sy telah cuba bt qiamulail pg td…mmg seronok…tp sy muskil 1 perkara, blh ke sy bt solat di antara 5 d atas itu, dgn berehat di antaranya…mengaji & minum air? dlm 5 minit bersambung kembali…harap ustaz boleh bantu sy mmg klam-kbut (tak tahu byk perkara) dlm hal2 agama ni…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah…
      Ianya boleh diselangi dengan berzikir, membaca buku, mengaji Quran, makan minum dsb.. tidak semestinya dibuat berturut2..

      Reply

  2. Posted by ayumi on 23/07/2013 at 1:55 pm

    Alhamdulillah…gembira sy mendengarnya…sbb sy nie ada penyakit semput, kalau klam-kbut mahu nyer pitam sy di bt nye…sbb x blh berdiri lama2 sgt..insyaAllah sy akn istiqomah mulai hari ini smpai hujung nyawa…terima kasih ye ustaz

    Reply

  3. Assalamualaikum Ustaz. Saya ada terbaca jawapan ustaz dalam soal jawab post2 sebelum nie tentang urutan solat sunat lepas tengah malam bila bangun dari tidur. Saya difahamkan solat2 sunat tu dilakukan seperti urutan di bawah :

    1-Solat Sunat Wuduk
    2-Solat Sunat Tahajjud
    3-Solat Sunat Taubat
    4-Solat Sunat Tasbih
    5-Solat Sunat Istikharah
    6-Solat Sunat Hajat
    7-Solat Sunat Witir

    1 – Soalan saya, di bulan ramadhan jika dirasakan sampai malam lailatul qadar, maka solat sunat lailatul qadar seeloknya dibuat selepas solat sunat tahajjud atau selepas solat sunat apa ustaz ?

    2 – Keduanya, jika saya ingin menghadiri majlis berbuka puasa di madrasah atau masjid, petang sebelum berbuka puasa bolehkah saya mandi bersihkan diri dan pergi ke masjid untuk berbuka puasa, sebab ada pendapat saya dengar sama ada makruh atau kurang pahala puasa jika mandi selepas asar di bulan ramadhan ketika berpuasa.

    Jika tak keberatan Ustaz boleh terus reply jawapan ke email saya.

    Terima kasih sy dahulukan, semoga Allah memberi balasan yang setimpal atas usaha Ustaz membangunkan blog seperti ini dan menjawab soalan2 para pelawat blog dengan sedaya upaya, insyaAllah

    Reply

  4. Posted by anne on 29/07/2013 at 10:03 am

    Suka sgt dgn blog ini…..semoga Allah mberkati perjuangan ustaz…
    Setidaknya, byk info sy dpt pelajari…tharu….;(

    Reply

    • Amiiin… Jazaakillaahu Khair..

      Kongsikan jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… dan jangan lupa doakan ana…

      Daripada Abu Darda’ r.a. bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  5. Posted by rahmayati on 29/07/2013 at 1:53 pm

    alhamdulillah byak beri saya mnfaat

    Reply

  6. Assalamualaikum, bolehkah kita melakukan solat sunat tahajjud tanpa tidur seketika? tidur sebelum tahajjud itu perkara wajib ke? mohon penjelasan

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Diwajibkan tidur sebelumnya… namun begitu masih boleh melakukan solat2 sunat yang lain…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  7. Posted by Ebei on 05/07/2014 at 11:45 pm

    Assalam,
    Saya cuba membawa isteri solat terawih di masjid bersama 2 anak yang kecil berumur 4 & 2 tahun. Kesukaran mengawal anak-anak semasa solat menyebabkan saya Dan isteri terpaksa balik awal hanya sempat solat isyak di masjid.
    Kini isteri meminta saya solat isyak dan terawih bersamanya di rumah.
    Adakah saya patut mengutamakan solat isyak dan terawih berjemaah di masjid berbanding permintaan isteri?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Biasalah fitrah anak2 sering ingin bermain tapi jika betul caranya, mereka akan lebih menghormati orang yang sedang solat. Anak2 boleh dididik agar lebih berdisplin dan mengawal tingkah laku sejak dari kehidupan seharian di rumah lagi.

      Buat sementara anak2 tengh nakal ini, Akhi Ebei boleh Solat berjemaah Isyak dan berterawih di masjid, kemudian boleh sambung Solat Terawih mengimamkan keluarga di rumah.

      Golongan lelaki lebih dituntut untuk melakukan solat fardhu berjemaah di masjid dan Rasulullah SAW pernah memberi amaran kepada orang yang tidak datang berjemaah.

      Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW bersabda: “…sesungguhnya memang aku bercadang untuk menyuruh diiqamahkan solat dan aku suruh seseorang untuk mengimami para jemaah, dan aku pula keluar dengan beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka beberapa ikatan kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak hadir kepada solat berjemaah, lalu aku bakarkan rumah-rumah mereka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  8. Posted by sitihasmah on 06/07/2014 at 6:29 am

    Assalamualaikum ustaz.
    Kalau di bulan Ramadhan ni, solat solat sunat (tahajjud, taubat, dsb) di lakukan selepas sahur (sebelum imsak) boleh ke ustaz?

    Salam Ramadhan dan semoga Allah sentiasa merahmati ustaz.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Bolehh… lebih afdhal di akhiri dengan Witir 3 rakaat jika belum dilakukan selepas Terawih sebelumnya.

      Reply

      • Posted by NurAin on 09/07/2014 at 6:52 pm

        Assalamualaikum ustaz,
        Jika setelah tarawih, telah di akhiri dengan witir, apakah setelah melakukan solat sunat lain di sepertiga malam perlu di akhiri dengan witir juga ustaz? mohon penjelasan ustaz.

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
        وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

        Terdapat 2 pendapat ulamak:

        1) Setelah berjemaah di masjid, solat Witir tidak perlu diulangi lagi selepas Tahajjud.
        2) Dibolehkan menambah solat Witir sehingga 8 rakaat lagi supaya menjadi 11 rakaat pada bangun Tahajjud dengan syarat sewaktu 3 rakaat witir berjemaah di masjid, hendaklah diniatkan dengan ‘mukadimmah witir’. Maka bolehlah dilakukan sekali /2 /3 atau 4 kali lagi solat witir 2 rakaat.

        Maka Ukhti NurAin ikutlah mana yang bersesuai pada diri…

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  9. Assalamualaikum saudara…mohon share ilmu yg saudara kongsi disini…saya minya izin utk print dn membaca hardcopy ilmu yg saudara kongsikan ini….semoga saudara mendpt keberkatan atas ilmu yang dikongsi

    Sekian terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      آمِيّنْ…

      Reply

  10. Posted by Jack IMS on 23/07/2014 at 7:52 am

    Terima kasih atas maklumat diberikan. Saya biasanya lakukan solat hajat selepas maghrib. Kemudian solat Isyak, terawih & witir. Sebelum sahur, solat hajat & kemudian solat tahajjud. Selepas azan subuh, solat subuh.

    Reply

  11. Posted by mohd taufek bin abd gani on 10/07/2015 at 2:34 pm

    assalam ustaz kalau lps isyak kta buat witir 3 rakaat ,dan tgh mlm kta bgn buat tahajud perlu ke buat solat witir selepas tu

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Tidak perlu tetapi sesetengah ulama’ mengharuskannya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  12. […] 190-194 jika dibaca sewaktu berdoa solat malam (Qiamullail), Insya’Allah dapat meneguhkan Iman dan pendirian […]

    Reply

  13. […] yang apabila terjaga dan bangkit daripada tidur malam untuk Qiamullail selain daripada doa-doa biasa yang diamalkan boleh juga mengamalkan doa di bawah sebelum membaca […]

    Reply

Leave a comment