Qiamullail Lailatul Qadar Dan Amalannya

Qiamullail Amalan Utama Ramadhan

.

Pada waktu siangnya umat Islam diwajibkan berpuasa, manakala malamnya disunatkan ‘Qiamullail’ iaitu ‘memakmur dan menghidupkan malam dengan ibadat’.

Qiamullail dituntut dan dijanjikan dengan pelbagai kelebihan. Antaranya sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

.

Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.

.

.

Malam al-Qadar (Lailatul Qadar)

.

Salah satu kelebihan yang Allah SWT berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah ‘Malam al-Qadar’. Lailatul Qadar juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan dan ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa pada siang hari dan beribadat pada sebelah malamnya.

.

Dalam Surah al-Dukhan, ayat 2, Allah SWT telah berfirman: “Sesungguhnya Kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” dan firman-Nya lagi dalam Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 3: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al_Quran) pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?  Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.”

.

Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan diberikan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah SWT. Gandaan pahala melakukan ibadah pada malam ini dikatakan mempunyai nilai lebih 29,500 kali ganda. Maka ianya boleh dijadikan perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak.

.

Malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

.

Allah SWT amat Penyayang kepada hamba-Nya sekiranya kita tidak berputus asa dan menggunakan sepuluh malam terakhir ini bagi menebus kesilapan seumur hidup kita yang lalu.

Firman Allah SWT:  “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”  (Al-Dukhan : 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ ialah pada malam tersebut Allah menentukan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur, sakit atau sihatnya seseorang dan ajal manusia untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun hadapan.

.

.

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

.

Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

  1. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
  2. Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
  3. Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
  4. Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
  5. Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.

.

.

 Itikaf Lailatul Qadar

.

Itikaf ini dikenali juga sebagai Iktikaf Asyrul-Awahir’. Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjd sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan dan waktu tamat iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan. Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.

.

Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW. mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Dan janganlah dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf di dalam masjid.”   (Al-Baqarah: 187)

.

Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” ( Muttafaqun alaih)

Daripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian diteruskan isteri-isteri baginda.. ( muttafaqun alaih)

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : “Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” ( Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah).

.

.

Amalan Rasulullah SAW Di Malam Lailatul Qadar

.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi (ketakwaan), maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan Muslim).

.

Antara amalan yang dilakukan Rasululah SAW dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan ialah:

  • Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
  • Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
  • Uzlah (tidak mendekati) isteri.
  • Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
  • Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
  • Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  • Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  • Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  • Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa:  “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
  • Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Daripada Amru bin ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat pada malam Ramadhan dan membaca 10 ayat daripada Al-Quran, maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”    (Hadis Riwayat Abu Daud r.a.)

.

Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda wafat.

.

.

Doa Qiamullail

.

Rasulullah SAW sering membaca doa di bawah sebelum Baginda melakukan Qiamullail;

.

.

Amalan Tengah Malam Lailatul Qadar

.

Di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa Qiamullail, iaitu mulai 12.00 tengah malam ialah;

  1. Mengambil wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
  2. Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
  3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
  4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
  5. Membaca Al-Quran.
  6. Beristighfar dan berzikir

.

.

     7.  Bertasbih dan berselawat

.

.

     8.  Bersolat Sunat.

    1. Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
    2. Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
    3. Solat Sunat Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
    4. Solat Sunat Witir. – Solat Penutup

.

.

.

BERDOA

.

a.  Saat Makbul Doa

Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah. Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa pada malam itu, khususnya pada:

  1. Masa berlalunya separuh malam.
  2. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.

Ulama tasauf dan fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”

.

.

b.  Doa Bertemu Lailatul Qadar

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:

.

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”

Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

 .

.

c. Doa Di Malam Al-Qadar

.

Berikut ini adalah salah satu doa di malam-malam Al-Qadar: malam ke 19, 21, dan ke 23 Ramadhan;

.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillâhir Rahmânir Rahîm

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

اللهم صل على محمد وآل محمد

Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

 Ya Allah! Sampaikan selawat kepada Rasulullah SAW dan keluarganya

اَللَّهُمَّ اِنِّي اَمْسَيْتُ لَكَ عَبْداً دَاخِراً

Allâhumma innî amsaytu laka ‘abdan dâkhiran,

Ya Allah! Malam ini daku datang kepada-Mu sebagai hamba-Mu yang hina,

لاَ اَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعاً وَلاَ ضَرّاً، وَلاَ اَصْرِفُ عَنْهَا سُوْءاً،

lâ amliku linafsî naf’an wa lâ dharrâ, wa lâ ashrifu ‘anhâ sûan,

yang tidak mempunyai kemampuan untuk memberi manfaat dan mudarat dan tak mampu menyingkirkan keburukan dari diriku.

اَشْهَدُ بِذَلِكَ عَلَى نَفْسِي، وَاَعْتَرِفُ لَكَ بِضَعْفِ قُوَّتِي، وَقِلَّةِ حِيْلَتِي،

Asyhadu bidzâlika ‘alâ nafsî, wa a’tarifu laka bidha’fi quwwatî wa qillati hîlatî

Dengan itu daku bersaksi atas diriku dan mengakui di hadapan-Mu tentang kelemahanku dan ketidakupayaanku,

فَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ،

Fashalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad

sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad,

وَاَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي وَجَمِيْعَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ مِنَ الْمَغْفِرَةِ فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ،

wa anjizlî mâ wa’adtanî wa jamî’al mu’minîna wal mu’minât minal maghfirati fî hâdzihil laylah

kurniakan  padaku malam ini, pengampunan dari-Mu sebagaimana telah Dikau janjikan padaku, pada kaum mukminin dan mukminat,

وَاَتْمِمْ عَلَيَّ مَا آتَيْتَنِي

wa atmim ‘alayya mâ ataytanî

sempurnakan padaku apa yang telah Dikau kurniakan padaku,

فَاِنِّي عَبْدُكَ الْمِسْكِيْنُ الْمُسْتَكِيْنُ الضَّعِيْفُ الْفَقِيْرُ الْمَهِيْنُ.

fainnî ‘abdukal miskînul mustakîn, adhdha’îful faqîrul mahîn

kerana aku adalah hamba-Mu yang miskin dan papa, lemah, fakir dan hina.

اَللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْنِي نَاسِياً لِذِكْرِكَ فِيْمَا اَوْلَيْتَنِي،

Allâhumma lâ taj’alnî nâsiyan lidzikrika fîmâ awlaytanî

Ya Allah! Jangan biarkan daku lalai untuk  mengingat-Mu, dalam pertolongan yang telah Dikau berikan,

وَلاَ لاِ حْسَانِكَ فِيْمَا اَعْطَيْتَنِي،

wa lâ li-ihsânika fîmâ a’thaytanî

dan kebaikan yang telah Dikau anugerahkan.

وَلاَ آيِسًا مِنْ اِجَابَتِكَ وَاِنْ اَبْطَأَتَ عَنِّي،

wa lâ âyisan min ijâbatika wa in abtha’ta ‘anni

Janganlah jadikan daku orang yang berputus asa dari balasan-Mu walaupun Dikau menundakannya,

فِي سَرَّاءَ اَوْ ضَرَّاءَ، اَوْ شِدَّةٍ اَوْ رَخَاءٍ،

fî sarra’ aw dharra’ aw syiddatin aw rakhâ’

dalam suka atau duka, bahagia atau derita,

اَوْ عَافِيَةٍ اَوْ بَلاَءٍ، اَوْ بُؤْسٍ اَوْ نَعْمَاءَ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاءِ

aw ‘âfiyatin aw bala’, aw bu’sin aw na’mâ’, innaka samî’ud du’â’.

dalam keselamatan atau bencana, sengsara atau kenikmatan. Sesungguhnya Dikau Yang Maha Mendengar permohonan doa!

(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)

.

.

Amalan Orang Uzur (Malam 21-30)

.

Cara beramal orang uzur di malam Lailatul Qadar.

 .

1) Kepada orang tua dan lemah, telah dikira beramal Al Qadar sekiranya solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Solat berjemaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadhan. Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.”

.

2) Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang, bacalah:

      • Ayat akhir surah Al Baqarah
      • Ayat Kursi
      • Surah Yaasin
      • Surah Al Zalazah
      • Surah Al Qafirun
      • Surah Al Ikhlas

.

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas;

      • Bangunkan isteri dan anak
      • Mandi, bersuci dan berwuduk
      • Solat malam – Tahajjud,Taubat,Tasbih,Hajat,Istikharah
      • Baca Al Quran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa bangun pada malam lailatulqadar kerana dorongan iman dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya terdahulu.” (Muttafaqun ‘alaih).

.

.

 Fadilat Lailatul Qadar

.

Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.

.

Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

.
.

.

TANDA LAILATUL QADAR

.

Ketenangan yang dirasai pada malam al-Qadar ini bersempena turunnya malaikat beserta pelbagai rahmat dan berkat untuk hamba-Nya yang benar-benar menghayati kedatangannya. Firman Allah SWT.: “Turunlah malaikat dan rohnya dengan izin Allah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar.”   (Surah al-Qadr, ayat 5 – 6).

.

Rasulullah SAW bersabda:  “Pada saat berlakunya Lailatul Qadaritu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.”     (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

.

Sebahagian ulama berpendapat, orang yang mendapat al-Qadar itu akan melihat beberapa tanda antaranya ialah:

a.  Tanda malam Qadar ialah :

  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
  • Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Tiada kedengaran suara salakan anjing.
  • Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

.

b.  Tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah:

  • Pada paginya terbit matahari dengan bentuk putih bersih bagai bulan penuh.
  • Sinar mentarinya tidak terasa terlalu panas walaupun cahaya cerah memancar.
  • Alam dan udara terasa begitu segar dan bersih.
  • Terasa seperti diperkenankan segala doanya.

 .

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah Ta’ala biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tujuan disembunyikan malam Lailatul Qadar itu mempunyai hikmahnya tersendiri supaya kita berusaha mencarinya, meningkatkan ibadat pada semua malam dan untuk menguji keimanan Islam terhadap janji Allah SWT.

.

Lailatul Qadar adalah satu malam untuk Allah berikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang meyakini janji Allah. Mereka bersungguh merebut peluang di penghujung Ramadan yang tidak diperoleh pada bulan lain.

Nabi SAW bersabda: “Apabila malam akhir Ramadhan maka menangislah langit dan bumi serta malaikat kerana musibah yang menimpa umatku.” Sahabat bertanya: Apakah musibah itu? Rasulullah menjawab: “(Musibah) kerana perginya Ramadhan kerana dalam bulan ini doa dimakbulkan semua sedekah di terima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Jabir)

.

.

Diharapkan semoga anda semua mengisi malam tersebut dengan pelbagai ibadah yang disarankan dan menjauhkan diri daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Bersamalah kita mengimarahkanlah 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT secara ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita mendapat kurniaan Allah SWT yang kelebihan pahalanya melebihi 1,000 bulan atau 83 tahun umur kita.

.

والسلام

 

By; shafiqolbu

.

.

32 responses to this post.

  1. Posted by Dewi Tinta on 25/08/2011 at 11:49 am

    Terima kasih kerana berkongsi. informasi yang ada sangat berguna.

    Reply

  2. Posted by salinasaid on 09/08/2012 at 6:52 pm

    Allahuakbar…..IndahnYA Kuasa Allah…ALhamdulillah….bersyukur kerana dilahirkan sebagai org Muslim…Semoga mati kite semua (semua muslimin dan muslimat) tergolong berterusan sebagai mukmin…amin…

    Reply

  3. Posted by Fariha on 10/08/2012 at 11:11 am

    Assalamualaikum, terima kasih kerana berkongsi. Saya ada 2 soalan,

    1) ada ditulis diatas salah satu amalan pada mlm lailatul qadar ialan solat terawih 20 rakaat, tanpa witir. Mcm mn sekiranya, selepas isyak berjemaah, saya melakukan terawih berjemaah sebanyak 8 rakaat. Kemudian, mlm nya sy bgn dari tidur, perlukah saya melakukan solat terawih 20 rakaat lagi?atau saya hanya teruskan dgn solat sunat yg lain.

    2)b saya mahu melakukan amalan pada mlm lailatul qadar di rumah, maksudnya disini saya tidak melakukan iktikaf, apakah amalan yg boleh sy lakukan pada mlm lailatu qadar.

    Terima kasih

    Reply

  4. Posted by sha sal on 10/08/2012 at 4:16 pm

    alhamdulillah…ilmu dikongsi bersa,,a

    Reply

  5. Posted by sharmila on 11/08/2012 at 6:11 am

    Alhamdulillah. Terima kasih di atas segala info. Insyaallah, sama2 lah kita berdoa untuk mendapat rahmat dari malam lailatul qadar.

    Reply

  6. Posted by kfendi on 11/08/2012 at 10:48 am

    assalammualaikum tuan…
    Alhamdulillah saya di pertemukan dengan blog tuan ini.. Saya cuba yang termampu untuk melaksanakan qiamullail seperti yang diterangkan dalam blog tuan ini sebaik mungkin….
    Saya mohon tuan dapat mendoakan kejayaan saya mencapai keberkatan lailatul qadar dan menjadi insan yang bertaqwa..
    Semoga Allah memberkati usaha tuan..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      AMIN… pakat2lah kita beriktikaf di masjid dan beribadah seikhlas hati..InsyaAllah malam ni ‘Lailatul Qadar’.

      Jazaakumullaahu Khairan Katsiran..

      Reply

  7. Posted by 06091988 on 12/08/2012 at 12:40 pm

    terima kasih sangat berguna sekali karna saya lbh mengenal mlm seribu bulan itu,,,,

    Reply

  8. Posted by fadzilah on 13/08/2012 at 2:55 pm

    Assalamualaikum, saya mohon izin print semuanya , sangat2 membantu saya untuk saya menjalankan ibadah kepada Allah…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat beramal sebaik mungkin..

      Reply

  9. trima ksih artikelx.mdhan aq bsa ktemu mlam lailatul kadar

    Reply

  10. Posted by puan su on 24/07/2013 at 11:27 am

    Assalamualaikum, saya nak tanya apakah amalan2 yang boleh dilakukan pada malam tersebut jika seorang waita itu `uzu’, terima kasih

    Reply

  11. Posted by puan su on 24/07/2013 at 11:28 am

    maaf salah taip `uzur’

    Reply

  12. Posted by nazlina on 27/07/2013 at 7:48 am

    Assalamu’alaikum, saya mohon untuk kongsi dan print bahan ….ia sangat-sangat membantu
    Jazakallahukhairan kathiran… Semoga Allah membalas segala sumbangan baik dan berfaedah ini

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… Jazaakillaahu Khairan Katsiran…

      Alhamdulillah… Kongsikan jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini…

      Jangan lupa doakan ana…

      Daripada Abu Darda’ r.a. bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  13. Posted by azman on 29/07/2013 at 10:09 pm

    salam..mohon shre artikalnya..syukran

    Reply

  14. Posted by fadzli baderol hesam on 01/08/2013 at 9:20 am

    Salam ya akhi, mohon print agar buat panduan amalan saya. Boleh tahu enta dapat dari sumber rujukan mana?

    Reply

  15. […] peluang dan tawaran yang berharga ini bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan yang mempunyai banyak […]

    Reply

  16. […] mendapatkan cara-cara beramal pada Lailatul Qadar yang lebih lengkap, sila  ‘klik di sini’ […]

    Reply

  17. Posted by Salim salleh on 19/07/2014 at 2:03 pm

    mohon diamalkan

    Reply

  18. Posted by miss layka on 21/07/2014 at 1:44 pm

    terima kasih …insyaallah semoga kita trgolong dalamorg2 yg d kurnikan mlam Lailatulqadar…amiin.

    Reply

  19. mohon share ..untuk manafaat semua yang membacanya…amin

    Reply

  20. Posted by putera trust on 25/07/2014 at 1:26 am

    terima kasih… alhamdulilah… Allahu akbar…

    Reply

  21. Posted by LIHA BINTI SABAN on 30/07/2014 at 9:23 pm

    Assalamualaikum , saya Cikgu Liha Binti Saban, orang selalu panggil kak Liha. Umur kakak ini dah masuk 47 tahun. Sepanjang hidup kakak ini kakak sudah dua kali bertemu malam yang sungguh ajaib dan menandakan kebesaran Allah mengatasi segala-galanya. Pertama sekali pada bulan Ramadhan tahun 2012 penghujung Ramadhan , kakak pun tak ingatnya tarikhnya dan yang terkini ialah Bulan Ramadhan 2014 iaitu 27 Ramadhan. Bagi kakak, Bila kakak mengenangkan kisah Malam Lailatul Qadar ini terlalu banyak istemewanya. Tidak semua orang dapat menemui Malam Lailatul Qadar. Berkongsi sedikit pengalaman, pada hari terakhir Bulan Ramadhan 2012, kakak duduk di tepi surau selepas sholat Terawih. Kakak sangat terkejut daun pokok seolah-olah seperti sujud , melentur daunnya ke bawah. Yang kedua ialah penghujung Bulan ramadhan 2014. Di mana kakak dan dua daripada anak baru pulang dari surau setelah sholat Terawih dan Majlis khatam Al- Quran. Kakak dan anak dapat merasakan kabus yang keluar semakin banyak serta memanuhi padang sekolah, kebetulan kakak melimpasi padang sekolah. Cahaya yang menerangi sungguh bersinar – sinar , pemandangan sungguh luar biasa. Pada mulanya anak kakak merasa takut juga melihat keadaan waktu malam yang sungguh luar biasa, jam menunjukkan pukul 11.00 malam Jumaat. Kakak sempat berdoa, semoga Allah mengampuni dosa- dosa kakak, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Insyaallah.Itulah sajalah sedikit perkongsian dari saya Cikgu Liha Binti Saban , SK Tawakal Satap Subis Bekenu Miri Sarawak. Wassalam

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah..Semoga anugerah ini menambah semangat untuk Cikgu Liha beramal…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

    • Posted by Adznan Fayruz Bin Justin on 25/06/2016 at 9:49 pm

      Samalah Kak, Saya rasa saya pernah jugak mengalami peristiwa daun-daun pokok, bunga dan rumput melentur dan menghadap arah kiblat, waktu tue seingat saya jam 1 pagi, ketika itu saya hanya terpegun, lantas memuji kebesaran Yang Maha Esa. Waktu tue dalam sekitar tahun 2007 seingat saya. Subhanallah Maha suci Allah.

      Reply

  22. Posted by Wan Intan on 07/07/2015 at 2:16 pm

    saya share di facebook ya..terima kasih

    Reply

Leave a comment