Amalan Puasa Bulan Zulhijjah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.

Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

.

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.

.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”

.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

.

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

.

Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)

.

.

Puasa 1 – 10 Zulhijjah

.

HARI

PERISTIWA

KELEBIHAN PUASA

1 Zulhijjah

Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.

2 Zulhijjah

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.

3 Zulhijjah

Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

4 Zulhijjah

Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.

5 Zulhijjah

Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah

Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.

7 Zulhijjah

Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.

8 Zulhijjah

Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.

9 Zulhijjah

Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..

.

.

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

.

Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

.

.

Niat Puasa Hari Arafah;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.

.

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

.

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

.

.

Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah

1.   Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”

2.  Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

3.  Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

.

.

Haram Berpuasa

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Umar ra:  “Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.).

.

.

Puasa Tambahan

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan Hari Arafah.

.

Hadis riwayat Ibni Abbas: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”

 .

Bertapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di dalam bulan Zulhijjah ini. Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati.

.

Wallahu A’alam Bissowab

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

.

39 responses to this post.

  1. Posted by che nettz on 14/10/2012 at 10:19 am

    JazzkaAllhu khairan kathira. Izankan saya ulang cetak untuk diedarkan. TQ

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selamat beramal… Berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  2. jazakallah, maklumat ilmu yang berguna untuk ummat akhir…aku minta izin menyalin dan menyebarkan kepada sahabiah. Terima kasih.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  3. Posted by PKG kapar on 16/10/2012 at 10:56 am

    salam,izin saya salin .tq

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa kredit juga pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  4. Posted by Mhairy on 16/10/2012 at 12:35 pm

    Minta maaf saudara..kat mana nk bg kredit pada blog Shafiqolbu ni?

    Reply

    • Kalau Mhairy ada web, blog atau facebook link lah ke Blog Shafiqolbu ini atau sampaikanlah juga tentang blog ini kepada sahabat dan keluarga..

      Reply

  5. Assalamualaikum, boleh saya tahu dari mana dapat sumber kelebihan puasa itu iaitu kalau berpuasa sekian hari ganjaran begini. Semoga saudara sudi memberi maklumat InsyaAllah semoga apa yang saudara kongsikan akan menambahkan lagi kefahaman saya.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bersumber daripada Usman al-Khaubawi, dalam kitabnya “Durrah an-Nasihin”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. Posted by norshahira solehah on 17/10/2012 at 4:32 am

    terima kasih utk perkongsian ilmu yg amat bernilai ini 🙂

    Reply

  7. Posted by Hilmeynoor on 17/10/2012 at 11:48 am

    izinkan saa share bersama2 kwn2 di FB saya dan untuk kebenaran mencetak….salam.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa kredit juga pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  8. Posted by Hariz on 17/10/2012 at 6:28 pm

    Subhanallah,banyak kebaikannya.
    Tak sangka pula saya.
    Terima kasih dengan perkongsian ini.

    Reply

  9. Posted by Fazira on 18/10/2012 at 2:22 pm

    minta izin share ya…tq

    Reply

  10. Posted by t.a on 18/10/2012 at 2:54 pm

    Alhamdulillah…terima kasih tuan atas usaha murni ini, semoga Allah swt limpahi tuan dengan rezki dan rahmatNya tidak putus-putus.

    Reply

  11. Posted by Zainab Salleh on 19/10/2012 at 3:11 pm

    Syukran shafiqolbu, sangat memanfaatkan…semoga mendapat keberkatan dariNya, insyaallah…

    Reply

  12. Posted by sitihoneyza on 23/10/2012 at 11:38 am

    bole ke 9zulhijjah kite bpuasa sunat khamis dan ganti….?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Utamakanlah niat puasa qadha sambil itu mohonlah juga mendapat pahala 9 Zulhijjah dan sunat Khamis.

      Reply

  13. Posted by ummuihda on 04/10/2013 at 8:21 pm

    Jazakallah………………..

    Reply

  14. Izinkan saa share bersama2 kwn2 di FB saya dan untuk kebenaran mencetak….salam

    Reply

  15. Posted by moaz on 06/10/2013 at 10:09 pm

    Assalam, macam mana nak niat puasa untuk awal bulan zulhijjah? ikut sama macam niat puasa hari arafah ke?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ ذُوْالحِجَّةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
      Daku berniat puasa sunat Zulhijjah kerana Allah Ta’ala.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by Hanisah on 07/10/2013 at 2:04 am

    Assalamualaikum. Nak tanya. Kalau puasa awal bulan zulhijjah(1-7zulhijjah) niat nya “Sahaja aku niat puasa sunat zulhijjah kerana Allah taala”. Kemudian 9zulhijjah “sahaja aku niat puasa sunat arafah kerana Allah taala” betul ke? Mcm mana dgn 8zulhijjah? Ada terbaca pasal puasa tarwiyah? Boleh jelaskan. Jzkk

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Betul berniat sebegitu… pada har ke 8, boleh diniatkan samada puasa sunat Tarwiyah atau puasa sunat Zulhijjah sahaja.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  17. Assalamualaikum.. bagaimana jika saya sudah terlepas hari 1-2 Zulhijjah? Jika saya sambung selepas hari2 tasyriq, adakah puasa saya masih dikira sebagai puasa 10 hari zulhijjah? Mohon penjelasan. Terima kasih, tuan…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Hanya disunatkan berpuasa 1-9 Zulhijjah terutama pada 9 Zulhijjah dan tidak har2 selepasnya.

      Imam Ahmad juga meriwayatkan, Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengutus Abdullah bin Hudzafah berkeliling Mina dan menyeru, “Janganlah kamu berpuasa pada hari-hari ini (hari-hari tasyrik) kerana sesungguhnya hari-hari ini adalah hari-hari untuk makan, minum , dan berzikir kepada Allah SWT.” (HR Ahmad).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  18. mohon utk dikongsi! terima kasih

    Reply

  19. Posted by erin on 09/10/2013 at 1:54 pm

    mohon ulang cetak n share ye.. tq2.. semoga sama2 dapat manfaat.. akn dikredit ke blog anda,,

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jazaakillaahu Khair…

      Reply

  20. Posted by fatimahany on 09/10/2013 at 4:23 pm

    Assalamualaikum, sekiranya saya nak puasa pada 5 zulhijjah hingga 9 zulhijjah boleh tak. Sebab saya terlupa nak mula dari 1 zulhijjah. Diharap mendapat penjelasan ye.
    Terima kasih.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Kita disunatkan berpuasa 1 – 9 Zulhijjah, jika dapat sebahagiannya..Alhamdulillah tapi yang paling dituntut berpuasa bagi yang tidak menunaikan haji adalah pada 9 Zulhijjah iaitu puasa Arafah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  21. Posted by zam on 14/10/2013 at 5:54 am

    Asalammkm… mohor share ilmu , terima kasih .

    Reply

  22. Posted by Eylda Eyll Said on 28/09/2014 at 3:17 am

    Selamat Beramal…tingkatkan amalan yg baek kpd Allah s.w.t…..hidupkan sunnah Rasulullah s.a.w…ya umat islam

    Reply

  23. Posted by zaid on 21/09/2015 at 8:23 am

    Salam. Kalau puasa dalam 9 hari pertama zulhijjah tapi tak cukup 9 hari bolehkah?

    Reply

  24. Posted by Hana on 05/09/2016 at 11:49 am

    Assalamualaikum, izinkan hamba copy ntk di share2 ye..semoga Allah bagi ganjaran pahala yg besar ntk penulis blog ini(; . Terima Kasih.

    Reply

Leave a comment