Kaedah Sembelihan Menurut Islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Konsep sembelihan dalam Islam atau Zabiha telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.

Islam adalah agama ‘Rahmat – Kasih Sayang’ untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan.

.

Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.

.

Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.”   (Surah Al-Maidah: 3)

.

Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman: “Dihalalkan bagi kamu segala yang baik-baik”.   (Surah Al-Maidah: 4)

.

.

A.    Rukun Sembelihan

Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:

1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

.

.

B.    Syarat-Syarat Sembelihan

.

1) Orang yang menyembelih

a) Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).
b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
c) berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.

.

Firman Allah SWT: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya”  (Surah al-An’aam, ayat 118).

.

.

2) Binatang Yang Disembelih

a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).

.

.

3) Alat Sembelihan

a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.

.

Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu khadij Radhiallahu ‘anhu: “Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah.”  (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

.

Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

.

.

4) Tempat Sembelihan

Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.

.

a)  Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya.

Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)

.

b)  Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.

Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan. Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati.

.

Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.

.

.

GAMBARAJAH LEHER HAIWAN

Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARIH (salur nafas) bagi haiwan sembelihan.

.

Keratan rentas leher binatang sembelihan.

Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.

.

.

Gambarajah dalaman leher seekor ayam.

.

.

Keadaan ketika sembelihan dijalankan

.

.


Gambarajah dalaman leher seekor lembu

.

.

Keadaan ketika sembelihan dijalankan

.

.

C.  Syarat Sah Sembelihan

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih. 

.

.

D.  Sunat Sembelihan

1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.

 .

.

E.  Makruh Sembelihan

  1. Menggunakan alat yang tumpul
  2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
  3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
  4. Tidak menyebut nama Allah
  5. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
  6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.

Jika putus tengkok atau leher ayam, tidak membatalkan syarat atau rukun sembelihan. Walaubagaimanapun perlu dilihat pula dari segi lain iaitu penyembelih itu berdosa jika dia sengaja memutuskan leher ayam tersebut yang boleh dikira melakukan satu kezaliman kepada ayam tersebut.

.

.

F.  Cara Penyembelihan.

Disyaratkan penyembelihan itu:

1.  Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).

2.  Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.

3.  Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.

4.  Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).

.

Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.”  (Surah Al-Nahl: 115)

.

.

G. Hikmah Sembelihan

1.  Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
2.  Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit.
3.  Memastikan daging bersih dan bermutu.
4.  Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.
5.  Membezakan antara daging halal dan haram.
6.  Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.

.

Wallahua’lam bish showab

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

About these ads

15 responses to this post.

  1. Posted by yusrimyra on 18/01/2013 at 12:11 pm

    salam saya minta izin untuk mengambil sedikit input dlm blog ini untuk rujkan assment saya teme kasih

    Reply

  2. Posted by Nurul on 18/02/2013 at 11:15 pm

    Urat merih salur penafasan atau pemakanan? Macam conflict je kat atas tu, maaf saya jadi confuse kejap

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebenarnya Halkum ialah saluran pernafasan (trachea) dan Urat Marih/Merih ialah saluran makanan (eosophagus). Sekiranya masih belum putus salah satu dari keduanya walaupun sedikit, sembelihan itu tidak sah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. […] basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati […]

    Reply

  4. Posted by saleh on 20/06/2013 at 12:17 pm

    membaca bismillah merupakan sunat atau wajib? sebab di atas tu dinyatakan sunat sembelihan antaranya ialah membaca bismillah

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Wajib diniatkan menyembelih kerana Allah Ta’ala… walaupun membaca basmallah suatu yang sunat tapi janganlah ditinggalkan kerana banyak fadhilatnya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  5. Posted by abdurahman on 16/08/2013 at 7:01 pm

    saya liat penyembelihan di tempat potong ayam, ko di sembelihnya begitu cepat dan sepertinya si penyembelihnya tidak mengucap bismillah,tidak menghadap kiblat.. dan saya liat pada saat ayam dimasukkan ke alat pembersihan bulu yg berisi air panas ayam nya masih bergerak(hidup).. apakah cara penyembelihan tersebut sah ?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1. Di pusat penyembelihan, Islam memberikan ruksyah (kelonggaran) dengan hanya membaca Basmallah dipermulaan sembelihan tanpa diselangi dengan sebarang kata-kata..jika telah terputus oleh sesuatu bicara, maka perlulah diniatkan semula sembelihan kerana Allah SWT…
      2. Setiap ayam yang disembelih mestilah dengan menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Boleh dibersihkan dengan hanya mencelupkan pisau ke dalam sebekas air sebelum sembelihan seterusnya.
      3. Menghadap kiblat hanya disunnahkan saja..
      4. Sekiranya ayam itu mati disebabkan air panas, maka ianya tidak halal dimakan.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by abdurahman on 12/09/2013 at 11:38 am

        kalau diselangi ucapan atau kata-kata pada saat penyembelihan apakah sah ayam d tempat penyembelihan trsbt ? saya lihat di tempat penyembelihan si penyembelihnya sambil bicara..

  6. Posted by eone on 16/10/2013 at 3:28 pm

    bukankah bacaan bismillah salah satu syarat sah sembelihan?? jd kenapa perlu ade hukum makruh/sunat membacanye..??

    Reply

  7. Posted by eone on 16/10/2013 at 3:31 pm

    *pingback- org kafir btanye,org muslim menjawab *

    ????? perlu ke tagline seperti ini…sesuai ke ???

    Reply

  8. Posted by eone on 16/10/2013 at 3:34 pm

    kepada yusrimyra..

    jgn ambik input dpd alam maya semata mata..bjmpa dgn guru2 adalah yg terbaik.

    Reply

  9. Posted by imah on 04/12/2013 at 9:07 am

    Assalamualaikum..sy mohon share ye..tq

    Reply

  10. Posted by Mohamad on 30/09/2014 at 9:45 am

    Saya ambil bahan disini. tq

    Reply

  11. Posted by mohammad firdaus on 21/10/2014 at 1:38 pm

    salam tuan boleh ulas dan komen skit.di kampung kebanyakkan org hata ustaz2 tertentu bagi saya amat keliru dengan pemahaman sekali sembelihan……………sekali sembelihan bagi depa ni pisau tidak boleh terangkat lambat takpa……kalu terangkat ade yang kate haram.bangkai.kan kejam tu.lepas tu ikat seokor lembu dengan ikatan yang sangan kemas dan mengambil masa yang lama untuk sembelih.kesian lembu.saya yang ikat tu.sudah ikat takbir plak 3 kali.pastu tunggu tukang sembelih niat plak………….berbanding yang mazhab hanafi buat yang cepat depa kata haram pasal……………kate depa pasal pisau terangkat.tapi bagi saya yang geng hanafi buat dengan cepat tu yang baik……………………………..depa lipat kepala tarik ekor.lembu x ikat…………pastu secepat kilat….zasss………cuma pisau dihiris 2 kali…………..bagi saye…………..depa ni taksub syafie…………..tapi adakah betul mazhab shafie menghukum begitu jika pisau diangkat dengan sengaja betgitu.dengan cepat……

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,295 other followers

%d bloggers like this: