Keperibadian Akhlak Nabi Muhammad SAW

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Sesiapa yang membaca dan meneliti sejarah kehidupan nama-nama besar dan para pemimpin yang meraih kemenangan setelah mengalami kekalahan, kita akan dapati pada diri mereka semua itu tidak terlepas dari satu sifat yang tidak dimiliki oleh para Nabi iaitu sifat membalasan dendam.

.

Di permulaan kenabian, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diusir dari Makkah dan ditahan semua harta benda dan dianiya oleh penduduk Makkah dengan penganiyaan yang sangat pedih, akan tetapi setelah Baginda meraih kemenangan, jiwanya yang agung dan akhlaknya yang mulia tidak membenarkan para sahabat membalas dendam, bahkan Baginda memaafkan setiap orang yang telah menzaliminya dan memaafkan mereka, walaupun Baginda mampu untuk membalas dendam kepada mereka dengan balasan yang pedih.

Baginda bersabda kepada mereka: “Pergilah kamu! Kerana kamu  tidak .. .”

.

Islam telah mendidik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para pengikutnya dengan akhlak mulia yang bebas dari segala sifat aniya dan ego. Baginda suka mempermudah urusan orang lain dan tidak menyukai sikap keras terhadap orang lain dan menyukarkan urusan mereka.

.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada para pengikutnya: “Gembirakanlah mereka dan jangan bersikap kasar terhadap mereka, mudahkanlah dan jangan menyusahkan mereka.”

Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya kamu di utus untuk mempermudah mereka, dan kamu  tidak di utus untuk menyukarkan mereka.”

.

Firman Allah SWT:

7:199

“Terimalah apa yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf (baik) serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).”  (Surah Al-A’raaf: Ayat 199)

.

Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhrat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan akhlak dan budi pekerti.

.

33:21

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan senang).”  (Surah al-Ahzab: Ayat 21)

.

Maka Allah SWT menganugerahkan Baginda Al–Qur’anul Karim yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. “Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an.” (Riwayat Muslim – Saad Hisham)

.

Firman Allah SWT:-

68:4

“Dan sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi (mulia).”   (Surah Al-Qalam : 4)

.

.

Di antara sikap dan sifat Rasulullah SAW adalah:-

  • Paling penyabar
  • Tidak sombong
  • Tawaduk dan Tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
  • Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
  • Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
  • Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
  • Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
  • Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
  • Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
  • Baginda tidak memakan harta sedekah.
  • Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
  • Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
  • Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
  • Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
  • Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Menyukai kebersihan dan bau-bauan
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Mengunjungi orang susah dan sakit
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Pembela golongan lemah dan wanita
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Suka menasihati dan member tunjuk ajar
  • Berbuat baik dengan golongan bangsawan
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
  • Menghindari memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
  • Baginda ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
  • Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
  • Berkinayah/berdiam diri dengan nampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
  • Dan banyak lagi.

.

.

 Akhlak Terpuji Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

.

Di antara keistimewaan yang di miliki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah konsisten akhlaknya yang terpuji kepada keluarga yang dekat dan  jauh, kepada teman dan musuh serta keadilan yang diberikan.

.

Firman Allah SWT :

16:90

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta permusuhan (kezaliman). Dia memberi pengajaran kepadamu supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (Surah An-Nahl :90)

.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:- “Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.”

.

Baginda menyambut seseorang dengan sambutan yang baik yang tidak lepas dari senyuman di wajahnya, berkata dengan baik, membalas kejahatan dengan kebaikan, mengelakkan perkara-perkara yang tidak perlu.

Baginda mengajar umatnya bahawa sebaik-baik orang adalah mereka yang paling bagus akhlaknya, Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu  adalah yang paling baik akhlaknya.”

.

Bahkan Baginda mengajarkan pengikutnya bahawa yang paling dekat tempatnya dengan Baginda nanti pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya. Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling daku sukai di antara kamu dan yang paling dekat tempatnya dengan daku nanti di hari kiamat adalah yang paling bagus akhlaknya.”

.

Akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  yang terpuji tidak hanya untuk para pengikutnya saja, bahkan Baginda juga melakukan hal yang sama terhadap musuh-musuhnya, ketika Baginda di minta untuk mendoakan orang-orang musyrik, Baginda bersabda: “Sesungguhnya daku tidak di utuskan sebagai pelaknat, tapi daku di utus sebagai pembawa rahmat (kasih sayang).”

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

2 responses to this post.

  1. Posted by muhammad najibulloh on 16/01/2013 at 1:07 pm

    aye copas buat majalah ane ye gan

    Reply

Leave a comment