Doa Ketika Berzakat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

20120815ami004_Pejabat_Balikpapan_Bayar_Zakat_TribunKaltim1.

Setiap kali kedatangan Ramadhan, umat Islam seluruh dunia bersungguh-sungguh memanfaatkan penghulu segala bulan tersebut dengan menjadikannya sebagai pesta ibadah menerusi amal ibadah termasuklah doa ketika berzakat.

 

Doa khusus berkenaan dengan zakat fitrah yang tsabit daripada Nabi ﷺ sebenar tidak ada, tetapi terdapat doa yang dibacakan oleh Rasulullah ﷺ kepada orang yang datang membawa sedekah atau zakat kepada Baginda.

Rasulullah ﷺ membacakan : اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيهم (Allahumma Shalli ‘alahim – “Ya Allah kurniakan kesejahteraan keatas mereka”). [Hadith Muttafaq 'alaih, Nailu al-Authar 3/157].

.

Sebahagian daripada ulama menyatakan disunatkan bagi pembayar zakat untuk berdoa ketika menyerahkan zakatnya. Menurut mereka, doanya adalah:

.

Doa Membayar Zakat

.

Daripada Abdullah bin Abi Aufa radhiyallahu ‘anhu, katanya:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ فُلَانٍ فَأَتَاهُ أَبِي بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى

“Apabila datang orang kepada Rasulullah dengan zakat mereka baginda berdoa: “Allahumma shalli alaihim.” (Ya Allah! Berilah mereka rahmat). Maka telah datang ayahku menghantarkan zakatnya kepada baginda. Lalu baginda berdoa: “Allahumma Shalli ala ali Abi Aufa.”(Ya Allah! Berilah rahmat kepada keluarga Abu Aufa). (Muttafaqun ‘alaih)

Saranan berdoa juga terdapat pada hadis Wa’il bin Hujr radhiyallahu ‘anhu, disebutkan di dalamnya bahawa Rasulullah ﷺ mendoakan seorang lelaki yang datang menyerahkan zakat untanya: “Ya Allah! Berkatilah dia dan hartanya.” (HR. An-Nasa’i  r.a.)

.

Para imam dan pegawai amil yang memungut zakat atau pihak penerima zakat, disunatkan untuk mendoakan pemilik zakat yang memberinya dengan membaca:

.

Doa Amil Menerima Zakat 1

.

 .

Atau dibaca doa berikut:

.

 Doa Amil Menerima Zakat

.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿١٠٣﴾

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya selawatmu (doamu) itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah 9: Ayat 103)

.

Jumhur Ulama berpendapat, penerima zakat disunatkan berdoa kepada pemberi zakat berdasar dalil-dalil di atas. Walaubagaimanapun, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi hafizahullah menyebut dalam kitabnya Fiqh Zakat bahawa sebahagian ulama Mazhab Syafie dan Mazhab Zahiri mewajibkan kepada orang yang menerima zakat untuk berdoa kepada orang yang memberikan zakat tersebut.

Terdapat juga doa-doa umum yang Rasulullah ﷺ baca kepada mereka yang melakukan kebaikkan seperti :-

اللهم بارك فيه وفي إبله
“Ya Allah! Berkatilah dia dan Untanya.”

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam ulasannya mengatakan : وهذا الدعاء غير مقيد بصيغة معينه “Doa ini tidak terikat dengan perkataan-perkataan tertentu.” [Fiqh al-Zakah, 2/334].

.

Atau dibaca ucapan doa ketika menerima zakat fitrah berikut:

Doa Menerima Zakat

.

Para penerima zakat sangat digalakkan berdoa kepada pemberi zakat seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Sunnah yang mudah ini tidak wajar ditinggalkan tanpa sebab.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Kadar Zakat Fitrah 2013/ 1434H Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia  (Klik Di Sini)
  2. Lafaz Ijab Dan Qabul Bagi Zakat Fitrah  (Klik Di Sini)
  3. Doa Ketika Berzakat  (Klik Di Sini)

.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,829 other followers

%d bloggers like this: