Fadhilat Dan Khasiat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

3 Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr.

Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.

 

Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

 

Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;

 

1.      Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.

2.      Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.

3.      Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.

4.      Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.

.

Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr

 

1)      Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi telah bersabda : “Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”

 

2)      Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

 

3)   Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)

 


Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah. Hanya dengan  membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24) yang mudah ini, para malaikat akan berselawat. Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.

.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

Artikel Berkaitan:

Makna Asmaul-Husna  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

5 responses to this post.

  1. […] bulan ini, Allah سبحانه وتعالى telah menurunkan Surah Al-Hasyr yang bermaksud pengusiran. Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah pada ke tahun […]

    Reply

  2. Posted by Izzat on 30/06/2014 at 11:17 pm

    Terima kasih atas penyediaan bahan ilmu yang telah saudara usahakan ini. Mohon kebenaran dan keizinan saudara untuk berkongsikan laman serta isi kandungan blog ini untuk tatapan masyarakat umum. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi dan jasa saudara serta memberkati usaha dakwah yang murni ini. Salam Ramadan Al-Mubarak Ana dan rakan-rakan pelajar Malaysia di The University of Hull, Kingston Upon Hull, United Kingdom.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Aamiiin… Silakan…

      Semoga tabah menghadapi puasa 21 jam… pasti kalian berpeluang cerah meraih Lailatul Qadar…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by bagus on 05/04/2015 at 9:18 pm

    mohon share…

    Reply

  4. Posted by Salura on 02/03/2022 at 3:35 am

    Mohon share Ustaz..
    Jazakallahu khairan kasiran 🙏🌹

    Reply

Leave a comment