Lailatul Qadar Mungkin Boleh Berlaku Pada Malam Genap Ramadhan

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

lailatul qadar pada malam genap ramadan.

Mungkinkah Lailatul Qadar boleh berlaku pada malam genap di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan? Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah radhiyallahu’anhu wa ardhahu pernah ditanya tentang Lailatul Qadar, dan soalan ini telah diajukan dalam keadaan beliau sedang terikat di penjara Al-Jabal pada tahun 706 H.

.

Bagaimanakah Jawapan Syeikhul Islam Dan Cara Mengiranya?

 

.

Jawapan beliau: Segala puji bagi Allah, Lailatul Qadar terdapat pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, demikianlah telah sahih dari Rasulullahﷺ, bahawa baginda bersabda,

هِيَ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Lailatul Qadar itu terdapat pada sepuluh malam terakhir dari Ramadhan.”

.

Dan ia terdapat pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir Ramadhan. Akan tetapi ganjil itu boleh dilihat kepada hari yang telah berlalu, maka ia dicari pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Dan ia juga boleh dilihat kepada hari yang berbaki, sebagaimana sabda Rasulullahﷺ:

لِتَاسِعَةٍ تَبْقَى لِسَابِعَةٍ تَبْقَى لِخَامِسَةٍ تَبْقَى لِثَالِثَةٍ تَبْقَى

“Pada sembilan malam yang berbaki, tujuh malam yang berbaki, lima malam yang berbaki, tiga malam yang berbaki.”

.

Oleh kerana itu, apabila bulan mencapai 30 hari, maka Lailatul Qadar terdapat pada malam-malam genap, dan jadilah malam ke-22 sebagai sembilan hari yang berbaki dan malam ke-24 sebagai tujuh hari yang berbaki (iaitu terletaknya Lailatul Qadar pada malam 22, 24, 26 dan 28), demikianlah yang ditafsirkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri dalam hadis yang sahih. Dan demikianlah Rasulullah ﷺmengamalkannya dalam bulan itu.

Sekiranya bilangan bulan Ramadhan hanya ada 29 hari sahaja, maka pengiraan malam ganjil dengan tarikh baki hari, sama dengan tarikh hari yang telah berlalu.

Jadi, apabila keadaannya seperti ini, maka hendaklah setiap orang mukmin itu berusaha mendapatkan Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir seluruhnya (bukan hanya pada tarikh-tarikh ganjil saja), sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ,

تَحَرَّوْهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ

“Carilah lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir.”

Dan kebanyakannya terdapat pada tujuh malam terakhir, dan lebih banyak lagi berlaku pada malam ke-27 seperti yang Ubay bin Ka’ab pernah bersumpah bahawa Lailatul Qadar itu pada malam ke-27.

.

.

Tanda-Tanda Lailatul Qadar

.

Lalu ditanyakan kepada beliau (Ubai bin Ka’ab): “Dengan apakah engkau mengetahui Lailatul Qadar tersebut?”

Beliau berkata: “Dengan tanda yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah ,

أَخْبَرَنَا أَنَّ الشَّمْسَ تَطْلُعُ صُبْحَةَ صَبِيحَتِهَا كَالطَّشْتِ لَا شُعَاعَ لَهَا

“Baginda menceritakan kepada kami, bahawa matahari terbit di pagi harinya seperti lembangan, tidak mempunyai cahaya yang menyilaukan.”

.

Inilah tanda yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab dari Rasulullah ﷺ yang merupakan di antara tanda yang paling masyhur dalam hadis.

Dan diriwayatkan juga tentang tanda-tandanya;

أَنَّهَا لَيْلَةٌ بلجة مُنِيرَةٌ

“Bahwasanya ia adalah malam yang jernih (bulan) lagi bercahaya.”

.

Dan malam itu dalam keadaan tenang, tidak terlalu panas dan tidak juga terlalu dingin. Dan boleh jadi Allah سبحانه وتعالى menampakkan malam itu bagi sebahagian manusia ketika tidur mahupun berjaga, maka mereka dapat melihat cahaya-cahayanya, atau melihat seorang yang mengatakan kepadanya inilah Lailatul Qadar, dan boleh jadi juga dibuka hati seseorang untuk dapat menyaksikan Lailatul Qadar. Wallahu ta’ala a’lam.

[Majmu ‘Al-Fatawa, 25/284-286]

.

.

Penjelasan yang sama diterangkan oleh Asy-Syaikh Ibnu Baz rahimahullah,

ليلة القدر تكون في العشر في أوتارها وأشفاعها والأوتار تارة تحسب بالماضي وهي (21, 23, 25, 27, 29) وتارة تحسب بالباقي (22, 24, 26, 28) ودلت السنة أن ليلة سبع وعشرين هي أحراها فدل على أنها تكون فيها أغلب وأكثر ولكن لا تكون دائما والسبع الأخيرة آكد من غيرها

“Lailatul Qadar terjadi pada sepuluh malam terakhir, pada malam-malam ganjil dan genapnya. Dan malam-malam ganjil itu kadang kala mengikut hari-hari yang telah berlalu, iaitu pada malam ke-21, 23, 25, 27 dan 29. Dan kadang-kadang mengikut dengan hari-hari yang tinggal, iaitu pada malam ke-22, 24, 26 dan 28.

 

Dan Sunnah telah menunjukkan bahawa malam ke-27 adalah malam yang paling dicari, maka ini menunjukkan bahawa malam ke-27 itu lebih banyak dan lebih kerap terjadinya Lailatul Qadar, akan tetapi tidak selalunya terjadinya sedemikian. Dan tujuh malam terakhir lebih ditekankan daripada selainnya.” [Ad-Durorul Bahiyah minal Fawaaid Al-Baaziyah, hal. 56]

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a comment