Solat Sunat

Solat sunat atau nawafil’ adalah solat-solat selain daripada yang telah difardhukan. Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung (melengkapi) sebarang kekurangan dalam amalan fardhu. Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, disamping mengharapkan pahala dan Keredhaan-Nya.

.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?”Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.”   (HR At-Tirmizi r.a.)

.

.

Peluang Meraih Ganjaran

Bagi meningkatkan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT di samping meraih ganjaran pahala seberapa banyak yang mungkin, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya mengerjakan berbagai jenis solat sunat dimana baginda sendiri mengamalkannya. Dalam sehari semalam, terdapat lebih lima puluh jenis solat sunat yang boleh diamalkan mengikut waktu-waktu tertentu ataupun bila-bila masa yang sesuai.

.

.

Jenis Solat-Solat Sunat

Terdapat berbagai jenis solat sunat yang boleh diamalkan, antaranya;

.
.
Dua Kategori Solat Sunat

Kesemua solat sunat terbahagi kepada 2 jenis iaitu;

  1. Solat-solat sunat Mu’akkad (dituntut atau digalakkan)
  2. Solat-solat sunat Ghair Mu’akkad. (tidak dituntut).

.

Dua Bahagian Solat Sunat

  1. Solat-solat sunat Rawatib (solat sunat mengiringi solat fardhu sama ada Qabliyyah atau Ba’diyyah).
  2. Solat-solat sunat selain dari Rawatib.

.

Solat Sunat Afdal Di Rumah

Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik solat ialah solat seorang lelaki di rumahnya kecuali yang fardu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Solat yang dikerjakan oleh seorang lelaki di rumahnya merupakan cahaya. Maka sesiapa yang mengkehendakinya, ia dapat menyinari rumahnya sehingga bercahaya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

.

Solat Sunat Yang Afdal Berjama’ah

Misalnya solat sunat 2 Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), solat Tarawih dan solat Gerhana Bulan dan Matahari.

.

Waktu Yang Di Larang Solat

  1. Selepas solat fardhu Subuh hingga terbit matahari.
  2. Mulai terbit matahari hingga matahari naik kadar segalah atau 7 hasta.
  3. Waktu Istiwa’ (rembang) iaitu matahari tepat di atas kepala sehingga gelincir matahari kecuali pada hari Juma’at.
  4. Selepas solat fardhu Asar hingga terbenam matahari.
  5. Waktu cahaya matahari kekuningan di ufuk (syafa’ merah) hingga ia terbenam.

.

Kelebihan Dan Fadilat Solat Sunat

Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW,  setengah-setengah solat sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.

  • Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
  • Begitu juga mereka yang mengamalkan solat sunat Dhuha, rezekinya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya.
  • Orang yang mengerjakan solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Orang yang mengamalkan solat sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri.

.

Hikmah Solat Sunat

  • Mendekatkan diri kepada Allah.
  • Dapat membentuk peribadi yang mulia.
  • Dapat membentuk akhlak diri yang terpuji.
  • Menampung kekurangan dalam solat fardu.
  • Memperolehi ketenangan diri dan perasaan.
  • Menjadikan diri sebagai mukmin yang sejati.
  • Menghindarkan diri daripada segala larangan Allah.
  • Menjadikan mukmin sentiasa mengingati Allah SWT.
  • Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah.
  • Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah.
  • Mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
  • Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan akhirat.

.

https://shafiqolbu.wordpress.com

.

.

.

38 responses to this post.

  1. Terimakasih mengunjungi blog ini… Jangan lupa Tinggalkan Komen Anda!

    Reply

    • Faedah:riwayat daripada Anas bin Malik daripada nabi s.a.w barangsiapa sembahyang maghrib berjemaah dan sembahyang ia kemudian daripadanya dua rakaat dengan ketiadaan dan berkata-kata sesuatu daripada dunia dibaca fatihah sekali dan ayat al-kursi sekali dan Qulhuwallahu ahad lima belas kali nescaya dikurnia Allah baginya seribu negeri daripada mutiara dan yaqut didalam janata adnin

      Reply

  2. Posted by norizan on 26/11/2011 at 8:04 pm

    alhamdulillah, semoga maklumat yang diberi memberi manfaat kepada pembacanya. amin

    Reply

  3. Posted by khadijah on 29/12/2011 at 8:58 pm

    blog yang bagus penerangan yang lebih jelas dalam amal ibadat sunat

    Reply

  4. Posted by fendy on 02/08/2012 at 12:31 pm

    Didalam solat fardhu, adakah sah jika kita hanya menbaca surah al fatihah sahaja.. Maksudnya tidak membaca doa iftitah dan surah selepas al fatihah?

    Reply

  5. Posted by Tholabatul ilmi on 28/10/2012 at 2:02 pm

    Salam .blhkah sya menyalin cara2 solat sunat dlm blog saudara?

    Reply

  6. Posted by othman zain on 01/11/2012 at 12:47 pm

    ALHAMDULLILAH dan TAHNIAH kepada yang berkenaan kerana lahirnya blog ini. Amat amat membantu bagi golongan yang jahil agama dan baru hendak mula berjinak jinak dengan agama macam saya. Semoga ALLAH taala memberi berkat di atas jasa anda atau anda semua.

    Reply

  7. Posted by seibulan on 10/11/2012 at 4:19 pm

    Alhamdulillah….satu penulisan dan perkongsian yg sgt bermanfaat.Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha anda…insyaAllah.Teruskan usaha anda,moga segalanya dipermudahkan olehNya…aaminnn…

    Reply

  8. Posted by nisa on 13/11/2012 at 8:24 pm

    terima kasih utk ilmu yg anda kongsi di blog ini.. sgt bmanfaat.. 🙂 smga allah mbktimu… assalamualaikum

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      جَزَاكِ اللهُ خَيْرًا

      Reply

      • Posted by Yatie on 27/11/2012 at 6:44 pm

        Saya musykil. Sebagai seorang perempuan adakah lebih afdhal mengikut suami bersolat jemaah di masjid yang berdekatan dengan rumah (100 meter) atau saya menjadi imam kepada anak-anak (perempuan semuanya) dirumah sahaja. Suami kebiasaan mengajak saya ke Masjid. Begitu juga suami, adakah lebih baik dia mengimamkan saja kami di rumah atau ke Masjid berjemaah? Terima kasih ustaz.

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Lebih afdhal jika Yatie sekeuarga berjemaah di masjid, jika tidak menimbulkan sebarang fitnah… manakala suami pula lebih dituntut melaksanakan fardhu kifayah tersebut pada setiap solat wajib dan Puanlah perlu mengambil tugas sebagai imam kepada anak-anak.

  9. Posted by ukhti mawaddah on 12/03/2013 at 9:32 pm

    as salam, akhi. alhamdulillah syukran jazilan for the posts on solat sunat. my fellow friends & i will be holding an islamic awareness week & alhamdulillah ur posts do come in handy!

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah…
      Jazaakillaahu Khair…

      Reply

  10. as salam ustaz, semoga ustaz sentiasa dirahmati dan dilimpahkan rezeki serta sihat selalu… boleh ustaz beri petunjuk yang lebih afdal untuk solat jamak dan qasar pada masa akan datang…? terima kasih ustaz.

    Reply

  11. Posted by Hilmi on 11/06/2013 at 10:40 am

    Al-Hamdulillah.. Semoga apa yang di kongsi memberi manfaaf bersama.. .Insha-Allah..

    Reply

  12. Posted by Amirul Aizat Bin Azahan on 11/07/2013 at 8:39 pm

    as salam,terima kasih untuk ilmu yg telah dicurahkan.alhamdulillah,semoga Allah swt mmberkati stiap amalan tuan empunya blog,sangat2 membantu..mungkin boleh juga jika tuan boleh buat post untuk solat 5 waktu,boleh saya forward pd saudara mara sy

    Reply

  13. Posted by ayumi on 30/07/2013 at 2:15 pm

    Assalamualaikum Ustaz, perkenaan dgn solat sujud syukur, sy mendengar bicara Tanyalah Ustazah TV9, ustazah itu menyaran supaya melakukan solat sujud syukur pada setiap kali, sbb kata nyer sujud syukur bukan hnya kerana kegembiraan tp bsyukur atas nikmat Allah, waktu terima berita sedih @ gembira. Sy juga ada pernah mmbaca bhw doa yg paling mustajab ialah bila bsujud. Persoalan sy ialah adalah perlu dilakukan solat sujud syukur mengikut rukunnya (di bawah ini) atau boleh ke sy terus ke bsujud semula slps mmberi salam terakhir tu tp dgn niat sujud syukur tu td? sah ke tak sah? perlu ke sy bg salam lg? lagi satu, antara waktu haram solat sunat selepas asar, jadi makna nye sy x blh la nak bt solat sujud tu? sebelum nie sy jd kan kebiasaan tp hari sy jd confuse la plak…mohon ustaz boleh mbantu permasalahan sy ni….
    a. Berniat.
    b. Takbiratul Ihram
    b. Sujud satu kali sahaja.
    c. Duduk selepas sujud dan
    d. Memberi salam.

    Reply

  14. Posted by hamba Allah on 01/08/2013 at 5:45 am

    terima kasih kerana kongsi kan ilmu ini…. terus kan dakwah mu 🙂

    #hamba Allah

    Reply

  15. Posted by FAUZIAH REDZUAN on 01/08/2013 at 9:26 am

    Ass. Tuan – boleh saya copy doa-doa, zikir & cara solat-solat sunat utk rujukan dan amalan harian saya .

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kongsikan jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini…

      Jangan lupa doakan ana…

      Daripada Abu Darda’ r.a. bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by Abdullah on 10/08/2013 at 5:42 pm

    السلم عليكم

    Tuan, saya ada mengambil beberapa copy solat sunat untuk kegunaan saya sendiri tanpa meminta izin terlebih dahulu.. Maafkan saya dan saya harap Tuan mengizinkan saya megambilnya. Terima kasih

    Reply

  17. Posted by Fuad Fadhillah on 13/08/2013 at 5:28 pm

    Assalamualaikum Ustaz.. Suka sangat dengan ustaz punya blog ini.. minta izin untuk share kat facebook ye? semoga Allah merahmati ustaz dan makin bertambah ilmu ustaz.. Terima kasih ustaz

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… Jazakallahu Khairan Kathiran…

      Reply

  18. Posted by Nurul Balqis Dania on 18/08/2013 at 12:12 am

    Terima kasih ats prkongsian tntang solat2 sunat ni..harap2 kite smua dpt mmpraktikknnya dlm khidupn..Smoga Allah mmberkati usaha enta mnyebarkn ilmu..=)

    Reply

  19. Posted by Hj Hermanto on 06/09/2013 at 12:44 am

    Alhamdulillah … blog ini banyak membantu saya. Mohon kebenaran untuk share ilmu bermanfaat ini. Terima Kasih !!!

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Alhamdulillah… segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan semua yang buruk dari diri ana sendiri…
      Jangan lupa beri kredit dan kongsikanlah juga dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini…

      Reply

  20. Posted by Hajah Ina on 16/11/2013 at 6:02 am

    Assalamualaikum….terima kasih atas ilmu yang diberi..mohon halalkan dunia akhirat….

    Reply

  21. Posted by Nizwan on 13/01/2014 at 3:24 pm

    Solat Sunat sujud syukur tade ekk?

    Reply

  22. Posted by AleyaNoor on 29/06/2014 at 7:26 pm

    Alhamdulillah…. 🙂 terima kasih blogger.. 🙂 banyak manfaat boleh dapat dalam blog ni…

    Reply

  23. Posted by hamzah on 12/08/2015 at 2:01 pm

    hmm…tk paham sikit kat waktu dilarang solar sunat tuuu…..lepas zohor boleh buat atau sebelum….

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dilakukan selepas solat Zuhur sehingga sebelum didirikan solat Asar.

      والله أعلم بالصواب

      Reply

  24. Posted by Kak Nor on 30/01/2016 at 9:53 am

    terima kasih mohon share

    Reply

Leave a comment