بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

.
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
.
Tujuan Solat Tahajjud
.
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
- Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
.
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.
2. Niat Solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
.
a)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
.
.
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
.
.
6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!
.
.
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
.
- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa dimakbulkan Allah.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.
Memudahkan Bangun Solat Malam
.
- Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
- Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
- Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
.
.





Pingback: 5 Rahsia Besar Solat Sunat Di Waktu Malam « Blog Peribadirasulullah
salam..mohon untuk disimpan dan di kongsi
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Semoga diamalkan dan berpanjangan pahalanya…
Jutaan terima kasih di atas pengisian ilmu Allah ini. Saya doakan kehidupan anakanda dan keluarga sentiasa dalam barakah dan perlindungan Allah. Info sunat puasa bulan zulhijjah, solat tahajud dan dhuha akan saya upgrade dan amalkan mulai hari ini 5 zulhijjah 1433 hjrah.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Amiiin… Jazaakillaahu Khairan Katsiran.
Semoga bonda beristiqomah mengamalkannya…
mohon share
assalamualaikum…sye nk tnye skit nie….Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, kene baca doa berikut…mksudny mase sujud akhir rakaat ke-2 ke kne bace doa tu?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Betul, begitulah caranya.
alhamdullah..tq d info yg disediakan
Syukran.. Semoga Hana dapat manfaatkannya…
assalammualaikum…
mcm mana jika kite x mampu untuk membaca doa2 ini ketika menunaikannya..?
adakah sah atau tidak..
mohon penjelasan…
Wa’alaikum salam wrh wbt,
Alhamdulillah… Lan telah mula melakukan solat Tahajjud ini kerana solat ini adalah lebih utama selepas solat fardhu 5 waktu. Islam itu mudah… buatlah mengikut kemampuan kita. Solat yang Lan lakukan itu tetap sah walaupun tanpa membaca doa yang maksudkan itu. Doa-doa selepas solat Tahajjud boleh dibaca dengan melihat buku dan dalam pada itu kita cubalah beransur-ansur menghafal doa-doa tersebut. Untuk makluman Lan solat sunat Tahajjud boleh dilakukan seperti solat-solat sunat dua rakaat yang lain.
assalamualaikum
saya ada beberapa soalan tuk kita kongsi bersama
1. berapa raka’at solat tahajjud ni yg paling afdal???
saya melakukanya 10raka’at karna saya luangkan waktu tuk solat tahajjud dari jam 4 sampai subuh waktu kuala lumpur.
2.jam berapa solat tahajjud ni yg paling afdal?
karna staw saya spertiga malam ataw jam 3 sampai 4pagi, tp saya pulak di mulai pukul 4 mgkn sampai jam 5, apa hukumnya?
tp baru2 ni saya baca dlm internet spertiga malam itu jam 3 sampai subuh, bole tolong jelaskan?
3.doa sujud akhir tahajjut itu di baca di akhir raka’at yg terakhir. ataw di akhir stiap dua raka’at???
4.kalau kita buat 10 rakaat mana satu yg afdal kita baca surah al kaafirun dan al ikhlas dari rakat pertama sampi rakaat terakhir ataw kita baca lain2 surah stiap rakaat??? TQ
Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh
Alhamdulillah A-d Citiboy rajin melakukan solat Tahajjud. Mudah-mudahan ianya berkekalan kerana Solat tahajjud ini sungguh besar ganjaran dan nilainya, sehinggakan disebut dalam al-Quran :
Firman Allah SWT.:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩﴾
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)
1. Solat Sunat Tahajjud boleh dilakukan selagi termampu dan paling minimanya 2 rakaat sahaja. Tetapi adalah lebih afdal ketika ‘Qiamullail’ (beribadah menghidupkan malam) dilakukan juga solat-solat sunat yang lain seperti Taubat, Istikharah, Hajat dan Solat Sunat Witir.
Solat Witir juga dilakukan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat malam iaitu sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
2. Solat ini dilakukan setelah terjaga dari tidur malam dan waktu afdalnya pula adalah pada 1/3 akhir malam iaitu bermula 2.30 pagi hingga sebelum masuk waktu Subuh.
3. Doa sujud Tahajjud boleh dibaca diakhir setiap dua rakaat, iaitu sebelum duduk membaca Tahiyat akhir.
4. Boleh dibaca surah-surah lain pada setiap rakaat, selain daripada surah al-Kaafirun dan al-Ikhlas. Afdalnya adalah surah yang paling kita kuasai segala hukum tajwidnya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sering membaca surah-surah yang ada kaitan ‘azab’ di dalamnya.
Pada Solat Sunat Tahajjud ini juga boleh digunakan sebagai latihan dan pemantapan bacaan surah-surah yang hendak dihafaz kerana mudah diingat dan itulah antara fadhilat solat Tahajjud disebabkan suasana sunyi dan turunnya Malaikat Rahmat pada ketika ini.
والسلام
assalammualaikum sy ada 1 soalan rakaat 2 al fatihah kena baca lg ke
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Surah Al-Fatihah mesti (wajib) dibaca dalam setiap rakaat kerana ianya adalah salah satu daripada 13 rukun solat, jika ditinggalkan akan mengakibatkan solat Sdri. tidak sah.
assalamualaikum .. sy ingin menanyakan satu soalan ,,jika kita berniat menunaikan solat tahajud,taubat,hajat,iztigharah dan solat2 sunat yg lain dan kita sedar pada wktu tahajud ,,.lebih afdal kite menunaikan solat ape terlebih dahulu setelah terjaga dari tido ?
Waalaikumussalam..
Apabila terjaga dari tidur dan sebelum Siti melakukan Qiamullail adalah sunnah membersihkan diri dengan bersugi dan berwudhuk terlebih dahulu..
Bagi melakukan solat-solat sunat, disarankan mengikut turutan berikut:-
• Solat Sunat Wudhuk
• Solat Sunat Tahajjud
• Solat Sunat Taubat
• Solat Sunat Tasbih
• Solat Sunat Istikharah
• Solat Sunat Hajat
• Solat Sunat Witir
والسلام
salam. Jzkk di atas perkongsiannya, moga Allah redha ameen. Saya ada pertanyaan. Doa pada sujud terakhir tu kalau tak hafal arabic nya, boleh tak di baca di dalam bahasa melayu (tetapi di dalam hati)? Dan kalau tak salah doa pada sujud terakhir tu tu dipetik dari Quran.. tetapi saya lupa surah, dari surah mana ye? Jzkk in advance
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Nurra boleh baca terjemahannya dalam hati…
Doa sujud dari Al-Quran itu pula, sesetengah ulamak membenarkannya kerana Rasulullah SAW sendiri ada melakukannya;
Di antara Doa yang pernah dibaca oleh Nabi SAW di dalam sujudnya ialah;
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ
“Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya sama ada yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir, yang terang dan yang tersembunyi.” (HR Imam Muslim).
اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
“Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu, aku berlindung dengan keampunanMu dari balasanMu. Aku berlindung denganMu dariMu. Tidak terhitung olehku akan pujian yang sepatutnya aku ucapkan untukMu. Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungi ke atas diriMU sendiri.” (HR Imam Muslim).
Assalamualaikum ustaz…doa ni ambil salah satu sahaja atau boleh dibaca dua2 sekaligus?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Ukhti Lis baca kedua2nya.
as salam..sy nk bertanya,boleh atau tidak bersolat tahajud jika saya tertidur sebelum Isya’?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Perbuatan tersebut sudah dikira tidur di sebahagian malam yang membolehkan solat Tahajjud.
Salam.. bru tjumpe blog saudara shafiqolbu yg menarik ni.. izinkan sy mgambil ilmu yg saudara sampaikn..
TQ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Syukur Alhamdulillah, kiranya blog ini mendatangkan sedikit manfaat pada Asyafie… Doakanlah ana sentiasa beroleh keredhaan Allah bagi meneruskannya..
Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).
assalamualaikum… saya nak share di facebook ye.. moga dapat memberi manfaat kepada semua
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Panjang2kanlah dan jangan lupa doakanlah ana sentiasa beroleh kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT…
Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).
Assalamualaikum,semalam malam saya terbangun malam n buat solat tahajud tp pagi ni tertanya diri sendiri,sah tak tahajud saya klu saya tk baca surah2 tertentu kat atas tu n tk baca doa2 kat atas tu? saya lupa tahajud ade specific surah n doa untuk dibaca
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Tahniah Zahra dapat meluangkan masa untuk Solat Tahajjud… Islam mendidik umatnya hidup berperaturan dan beradab… solat yang Zahra didirikan tu sah tapi tidaklah dapat pahala sunnahnya…
Assalamualaikum. Saya ad satu soalan. Bolehkah solat tahajjud ni dilaksanakan tanpa kita tidur. Maksud saya jika saya tidak yakin yang saya boleh bangun sepertiga malam,jadi saya telah menunaikan solat tahajjud. Ini kerana saya selalunya tidur lewat,selalunya pukul 2pagi dan keatas. Harap boleh beri sedikit pencerahan.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Solat Tahajjud mesti dilaksanakan selepas bangun dari tidur malam… Fikri boleh dirikan Solat Sunat Witir 3 rakaat sebelum tidur dan melakukan Solat Tahajjud tersebut sebelum masuk waktu/azan subuh…
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
Assalamua’laikum..alhamdulillah..terima kasih atas ilmu yang dikongsikan..saya minta maaf sbb saya ingin sedikit bantuan..saya tak berapa jelas dengan ayat2 doa’ sebelum tahajjud dan doa’ solat sunat tahajjud..mungkin kerana tulisan agak kecil dan saya takut tersalah baca..saya ingin minta pertolongan..sekiranya tidak keberatan..tuliskan bahasa rumi bagi kedua2 ayat berkenaan..saya minta maaf sebab saya tahu ayat2 berkenaan agak panjang utk dirumikan..tapi saya kurang yakin dgn betul atau salah bacaan saya untuk kedua2 ayat berkenaan..sekali lagi saya minta maaf sekiranya membebankan..terima kasih../(^_^)\
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Bagi mendapatkan bacaan tepatnya, Nurul bolehlah merujuk kepada guru agama terdekat kerana membaca ayat yang dirumikan banyak salahnya jika tiada bimbingan.. tapi untuk tidak menghampakan dan untuk dijadikan sebagai panduan kasar, nanti saya usahakan.. (tidaklah dalam masa terdekat ye!).
Syukran jazilan Syafiq atas ilmu yang dikongsi ini. Moga Allah sentiasa memberkati dan memurahkan rezki anda.
Jazaakamullah Khairan Katsiran!
Alhamdulillah syukur sgt saya day mula mengerjakan solat2 sunat ini sejak 2 bulan lps.. Hasilnya, sy berasa sgt tenang.. Dan bila sy tidal dpt mengerjakan solat2 tsbt, sy sendiri yg rasa bersalah.. Pada saya, itu satu perubahan yg amat ketara dlm diri saya sbb day byk kali sy cuba utk mperbaiki diri.. Terima kasih pd saudara..
Alhamdulillah… tahniah Naniss telah meraih keberkatan dan kemanisan tahajjud…teruskan beristiqamah…
Assalamualaikum,boleh tak klu kita kunci jam untuk bangunkan kita dari tidur untuk lakukan solat tahajud ini atau mesti tersedar sendiri dari tidur
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Walau bagaimana caranya sekali pun, asalkan bangun selepas tidur malam.. sudah diboleh melakukan solat Tahajjud.
Ass’kum, boleh saya dapatkan doa ini dlm bhasa rumi? erm, kalau ingin solat tahajjud waktunya pada antara jm12 tgh mlm hggalah h\jm3 subuh kah? Mohon maklum balas, terima kasih.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
InsyaAllah akan diusahakan… Solat Tahajjud boleh dilakukan pada bila-bila masa, asalkan bangun selepas tidur malam..
Firman Allah SWT:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat TahajJud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
Dan waktu paling afdalnya pula pada 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga sebelum masuk waktu Subuh.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
utaz maaf saya ingin sangat2 bertanye saya ni amat2 jahir ingin sembahyan sunat tahajud tapi doa2 saya tak tau boleh ke tk buat permulaan saya haanye baca fatihah saje
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Akhi Amin boleh baca doa tersebut dalam B.Melayu dan segera dapatkan bimbingan guru2 agama yang berhampiran….
Assalammualaikum, ustaz
nak tny untuk bgun smbyg malam perlukah untuk minta izin suami?
terima kasih
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Perlu mendapat keizinannya…bagi memudahkan Fasya beribadah malam di masa hadapan, bawa2lah berbincang dengan si suami supaya tidak perlu meminta izinnya setiap kali ingin melakukan solat…
terima kasih di atas info yg diberi….insyaallah mudah2an dpt diamalkn dgn istigomah……..^_^
salam…
saya inginmohon pencerahan dari saudara
sekiranya saya ingin melakukan solat tahajud dan solat sunat taubat, bagaimanakah urutannya?
solat yang mana satu didahulukan?
jazakkAllah khair
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Najihah lakukan dahulu Solat Tahajjud, baru buat Solat Taubat dan adalah lebih baik jika diikuti dengan Solat Sunat Hajat dan Witir.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
alhamdullilah..
jazakAllah khair atas perkongsian.
Alhamdulillah terima kasih terlintas google terus mmbaca penuh minat.Byk info yg sya perolehi .Semoga diteruskan ruangan ini buat menambah Ilmu Akhirat.Insyallah.
salam, mohon saya panjangkan ilmu yang bermanfaat ini.
terima kasih.
jika ingin melakukan sholat tahajut beserta sholat hajat, mana yang lebih dahulu dilakukan??
Lakukan Solat Tahajjud kemudian Solat Hajat dan adalah amat baik jika Suci akhiri dengan Solat Witir.
Salam ….saya nk tanya…jika saya sudah membuat solat witir selepas solat terawikh…boleyh kah saya buat solat witir ketika qiyamulai…..
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Tidak perlu…kerana solat Witir hanya sekali sahaja dalam satu malam.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
“Tidak ada dua Witir dalam satu malam.”
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud).
Mohon tanya adakah bmksud jika saya witir 3rakaat sblum tidur krana takut tdak bangun , tp saya terbngun pd mlm itu maka witir pnutup tdak perlu ?
Ya Ukhti Nurcahaya tak perlu berwitir lagi..
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
“Tidak ada dua Witir dalam satu malam.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no.1227)
Terima kasih atas perkongsian. Semoga dirahmati Allah SWT.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jazaakamullah Khair…:)
salam..nk tanye cikit la…lau kita wt solat sunat tahajjud tp tak baca doa sebelum dan selepas solat sunat tahajjud tu..solat kita sah tak?
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Sah solat tu..tapi Nurul telah melepaskan peluang meraih waktu paling mustajab berdoa.
Daripada Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Allah turun dari ArasyNya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepad para malaikat yang menjaga langit pertama, “Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hambaKu yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya.”
Maka sepertiga malam atau pada Solat Tahajjud merupakan waktu yang sangat afdal untuk kita berdoa kepada Allah SWT.
Assalamualaikum brother. 1st, jazakillah untuk info yg sgt mmbantu, di sini, sy nk tnye sedikit soaln. sblom nie, sy buat solat tahajud.. lebih kurang pkul 5.30 sblom azan subuh. sy decided nk wat solat2 sunat setengah jam sblom azan subuh dsbbkn sy susah nk bngun tgh2 mlm, n sy x bce pon doa ketika sujud akhir sbb x hafal. sy solat seperti solat sunat biase, tp sy bce doa sendiri, minx pd ALLAH pd sujud akhir dlm bm dlm hati. adakah sah solat sy walaupun sy buat sblom azan subuh n walaupun x bace doa ketika sujud akhir tu? terima kasih sbb sudi jwb soaln sy. Moga Allah mmberkati hidup kite d dunia & akhirat
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Alhamdulillah sah solat tersebut dan Nur telah lakukannya termasuk dalam waktu afdal (1/3 akhir malam)
“(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17).
sedih sangat……….nak cuba buat tapi tak pandai baca jawi… jahilnya aku :’( ada sesiapa dapat bantu…….
Alhamdulillah Sdr. telah terima hidayah untuk melakukannya, maka bolehlah mengorak langkah dapatkan bantuan rakan dan ustaz/imam berdekatan..InsyaAllah akan dipermudahkan…
اسلام عليكم
di sini saya ingin memohon keizinan tuan shafi-q,untuk saya copy blog ini..sbagai rujukan saya dan sahabat handai dikolej..
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
‘Copy blog’ tidak dibenarkan..tapi jika ambilan artikel untuk dimanfaatkan, InsyaAllah..
assalamualikum..nak tya, berapakah bilangan tasbih yang perlu dibaca semasa sujud pada rakaat terakhir?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Bacalah seperti biasa tasbih tersebut 3 kali.
assalamualikum mohon untuk dishared, Terima Kasih
اسلام عليكم ورحمته الله وبركاته
ya akhi..saya ingin mengemukakan 1 soalan.solat tahajjud bolehkah di lakukan pada siang hari??
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Solat Tahajud tidak boleh dilakukan pada siang hari. Dinamakan Tahajjud, ertinya terbangun malam. Jadi, sekiranya mahu mengerjakan Solat Tahajud, perlulah tidur dahulu dan barulah dikerjakan sesudah terjaga dari tidur malam. Solat Tahajjud adalah kebiasaan orang-orang soleh yang hatinya selalu berdampingan untuk menerima SWT.
Firman Allah SWT.:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Blog yg sangat bermanfaat, mohon di kongsi dan diamalkan bersama. insyaallah tuan dilimpahi rahmat Allah krn memberikan info yg amat bernilai ini.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Alhamdulillah, AMIN…
Jazaakumullaahu Khairan Katsiran..
salam, saya mengerjakan solat tahajjud dengan salam setiap 4 rakaat. apakah hukum sah? yg mana lebih afdal jika diberbanding dengan solat 2 rakaat satu salam. mohon penjelasan.terima kasih
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Adalah sunnah dan lebih afdal melakukan Solat Tahajjud dengan setiap 2 rakaat satu salam.
Rasulullah SAW ditanya mengenai solat sunat pada malam hari, Baginda menjawab: “Solat malam dua rakaat, dua rakaat, jika kamu bimbang hampir waktu Subuh, akhirilah dengan solat witir satu rakaat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
Ka Mengakhiri witirnya 1 rakaat saja?
Sesudah salam atau sebelum? Terimakasih
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Maaf… minta jelas soalannya…
salam,saya ada 1 soalan..
selepas selesai melakukan solat tahajud,apakah boleh sekiranya saya membuat doa sendiri??
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Sebaiknya MKA gunakanlah doa Tahajjud tersebut…boleh guna doa sendiri dalam Solat Hajat berikutnya…
salam, saya mohon share ilmu ini di fb, terima kasih
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Semoga dimanfaatkan sebaiknya…
salam nk minta copy ye..sebagai rujukan tq
salam..mohon share..
di hp sy doa sholat tahajjud kecil . .
Mhon, kalo bisa buat admin ketik manual saja biar ukuran font normal . . .
dan Nice posting sob . . .
saya minta penjelasan, apakah dalam sholat sunnah bacaan doa “kabiro wal hamdulillah ….. ” dan seterusnya tidak dibaca???
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Nama doa tersebut adalah ‘Doa Iftitah’. Membacanya hanya sunnah, jika ditinggalkan solat tetap sah.
Assalamualaikum saudara Shafiq. Saya berterima kasih kerana baru dipertemukan dengan blog saudara yang indah lagi bermunafaat dan mudah diamalkan. Saya memohon untuk copy dan dijadikan rujukan serta dikongsi seterusnya. Saya mendoakan kesejahteraan saudara dan keluarga semoga usaha saudara ini dapat diteruskan dan diberkati Allah SWT dan saudara mendapat ganjaran dari setiap insan yang membaca dan mengamalkannya.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Selamat berkunjung ke Blog Shafiqolbu…
Jazaakallaahu Khairan Katsiran Wa Jazaakallaahu Ahsanal Jaza!
(Semoga Allah SWT akan membalas Sdr.Muhammad dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas Sdr.Muhammad dengan balasan yang terbaik juga.)
assalamualaikum..ustaz kalau solat tahajjud perlu baca doa iftitah???
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Jika dibaca akan bertambah pahala dan sekiranya ditinggalkan tidak mengapa..
ustaz bolehkah kalau sebelum tidur solat witir 1 rakaat kmudian smbung 2 rakaat setelah solat tahajjud?
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda:
لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
“Tidak ada dua Witir dalam satu malam.”
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud r.a.)
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
tuan…,
Setelah bangun dari tidur. Solat sunat yang terbaik mengiringi solat sunat wudhu, taubat, tahajjud, istikarah? Adakah solat sunat hajat atau solat sunat witir. Selepas itu kita terus bermunajat kepada Allah SWT dan mengerjakan solat Subuh?
Lain2 kemuskilan, jika setelah azan dan memasuki masjid yang mana lebih afdal untuk mengerjakan solat sunat wudhu atau solat tahiyattul masjid atau solat sunat sebelum (qobliah) Subuh (contoh).
Izinkan share. Jazzakallahu Khairan
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
1. Susunan Solat Qiam:-
a) Solat Sunat Wudhuk,
b) Solat Sunat Tahajjud,
c) Solat Sunat Taubat,
d) Solat Sunat Hajat,
e) Solat Sunat Istikarah,
f) Solat Sunat Witir.
2. Bermunajat boleh dilakukan di antara solat2 tersebut atau sementara menunggu masuknya waktu subuh.
3. Jika azan telah berkumandang, solat Qobliyah adalah lebih utama… dan sekiranya rumah berhampiran masjid.. yang afdalnya Sdr.Abe dirikanlah Solat Sunat Fajar (Sunat Subuh) di rumah terlebih dahulu.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Tuan,
Saya ingin bertanya…apa hukumnya kalau kita babgun dari tidur (3.00 pagi) dan mengerjakan solat sunat Tahajud, Taubat, Hajat & Witir…kemudian kita tidur sebentar sementara untuk menunggu waktu Subuh masuk…?..Terima Kasih
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Amalan yang Sdr.Abdul lakukan tersebut amat baik sekali dan menepati sunnah…
Seorang sahabat bertanya; Bagaimana solat Nabishallallahu ‘alaihi wasallam pada malam hari”? ‘Aisyah radhiallahu’ anha berkata:
كَانَ يَنَامُ أَوَّلَهُ وَيَقُومُ آخِرَهُ فَيُصَلِّي ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ
“Biasanya baginda tidur pada awal malam dan bangun pada akhir malam lalu solat, kemudian kembali lagi ke tempat tidurnya. Apabila muadzdzin telah mengumandangkan azan baginda bangun.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari r.a.)
Alhamdulillah..terima kasih…
salam nak tanya..kalau buat tahajud dalam pukul 4.30 pagi boleh ke?tapi lepas tu tak tidur dah?boleh ke..ke kena tidur jugak lepas buat tahajud?
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Tahajjud adalah bangun beribadah selepas tidur malam dan waktu afdalnya adalah 1/3 akhir malam (2.30 pagi hingga ke imsak) dan boleh terus berjaga (beribadah) hingga ke siang.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
terima kasih
Salam Ustad, inilah pertama kali saya ke blog Ustad. Saya mohon di copy dan di amalkan.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Ana bukannya Ustad… walau apa pun Selamat berkunjung ke ‘Blog Shafiqolbu’… semoga Sdri.Fatimah beristiqomah mengamalkannya… Doakan ana beroleh kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT derta kebaikan di dunia dan akhirat.
Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).
Salam..boleh tak sye copy tuk Rujukan
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Semoga Sdri.Sal mengamalkannya denganistiqomah. Doakanlah ana beroleh keredhaan Allah SWT dan mendapat kesejahteraan serta kebaikan di dunia dan akhirat.
Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).
Salam…,
Adakalanya saya terlepas perkiraan, dalam keadaan siap sedia untuk solat sunat Tahajjud, adalah malangnya saya terlelap dan tanpa disedari terus bangun solat Tahajjud sedangkan waktu azan subuh dan masuknya solat Subuh. Sebelum itu juga saya mengerjalan solat sunat Qabliyyah Subuh. Pohon nasihat tuan apakah eksalahan yang telah saya lakukan.
Jazakallahu Khairan Kathiran…
minta pencerahan….
apakah perlu membaca Tasbih 3x pada Ruku,Sujud pertama dan Sujud yang kedua pada rakaat 1 dan 2
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Bukan saja perlu, tetapi adalah lebih baik jika Sdr.Shaiful dapat menambah bacaan tasbih tersebut menjadi 11 x dalam setiap rukuk dan sujud solat bersendirian supaya terjaga tuma’ninah dan menjadikan solat lebih khusyuk dan sempurna…
Alhamdulilah saya telah tersedar dan mula mengerjakan solat tahajjud selepas ditimpa beberapa masalah hidup. Suami menggalakkan dan mengingatkan supaya meneruskan solat ini walaupun beberapa masalah telah dapat diatasi. Syukur sangat-sangat dan saya sentiasa berazam agar saya dpt menjaga solat ini dan solat dhuha hingga akhir hayat. Insyallah jiwa kita akan semakin tenang walaupun ada masalah yg mendtg.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Alhamdulilah, bertuah Pn.Anna dapat suami yang mengingat dan menggalakkan melakukan amal ibadah. Sewajibnya kita mengingati Allah Ta’ala dalam apa jua situasi, baik waktu senang mahupun sukar.
Firman Allah SWT: “Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa).” (An-Nisa 4:103)
wah, bagusnya… kadang2 ada gak wat time bngn malam nak study cuma tak istiqomah,, huhuhu, lepas nie, nak istiqomah walaupun sikit2…
Bagus Sdri.Faizah punya kesedaran sebegitu… Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” [Hadis riwayat Bukhari]
Assalamu’alaikum.. Sekarang ni Alhamdulillah saya tahu doa tahajjud tersebut. Tetapi boleh tuan tolong bagikan saya cara yg lengkap untuk lakukan solat tahajjud seperti bermula dengan niat, baca surah dan hingga ke akhir.. Adakah solat sunat tahajjud ada ruku’ dan adakah perlu membaca tahiyat akhir? Mohon penjelasan, jazakallah.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Alhamdulillah atas pertanyaan sebegini… boleh dijadikan panduan sahabat yang lain, bak kata pepatah ‘malu bertanya, sesat jalan.…’
Untuk pengetahuan ILOVEALLAH, semua jenis solat perlu ada rukuk pada setia rakaat dan mesti disudahi dengan Tahiyyat Akhir sebelum memberi salam.
RINGKASAN CARA SOLAT TAHAJJUD
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah Al-Kafirun
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Membaca Surah Al-Fatihah
2) Membaca Surah Al-Ikhas
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Sujud
6) Duduk antara dua sujud
7) Sujud kali kedua
8) Duduk untuk Tahiyyat Akhir
9) Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
10) Berzikir dan doa Tahajjud.
Diharap ianya dapat membantu ILOVEALLAH…
Salam. pada tertib yg mana tasbih perlu dibacakan? dan semasa sujud kedua di rakaat kedua, sekiranya tidak dibacakan doa tahajud, adakah solat itu sah?
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Betul seperti dinyatkan, tasbih tersebut dibaca pada semasa sujud kedua di rakaat kedua/terakhir.
Solat Tahajjud tetap sah tanpa membaca doa tersebut dan juga boleh membaca doa2 lain yang bersesuaian.
Assalamualaikum….Ustaz
Mohon kebenaran dari ustaz untuk buat salinan bagi kegunaan diri sendiri.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Semoga beristiqomah dalam mengamalkannya…
ustaz boleh x kalau kita bace doa sebelum dan selepas serta bacaan dalam sujud terakhir dalam bm
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Berdoa BM semasa solat dibolehkan dalam hati sahaja, tanpa dilafazkan… Jika terkeluar suara, maka boleh terbatal solat.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Salam,
Saya tertidur tanpa mengerjakan solat isyak,saya bangun tengah malam utuk mengerjakan solat isyak dan solat tahajjud.Adakah saya perlu menunaikan solat isyak dulu atau solat tahajjud? Terima kasih.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Afdalnya dirikan Solat Isyak dahulu.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Assalammualaikum, wajib ke kita membaca “Doa Sebelum Solat Tahajud” itu?
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Ianya tidaklah diwajibkan.. solat tetap sah tanpa membacanya…
Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya saya ditemukan dengan blog saudara. Semoga saudara dan keluarga dilimpahi rahmat Allah. Terima kasih di atas perkongsian ini. Saya bersyukur akhirnya saya yang jahil ini dapat menimba sedikit ilmu dari blog ini. Mohon share di fb dan ke file saya untuk rujukan dan hafalan doa. Kepada semua yg bertanya sy ucapkan terimakasih juga kerana dapat berkongsi ilmu dengan semua soalan dan jawapan yang diberikan. Subhanallah.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Jazaakillaahu Khairan Katsiran..
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga ana menyumbang sedikit ilmu bersama perkongsian sahabat2 yang bertanya…
Jangan lupa beri kredit juga pada Blog Shafiqolbu…
Assalamulaikum. mohon penjelasan…adakah sah solat saya jika saya tidak mmbaca doa sujud akhir tahajjud ?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Solat Amir sah, doa tasbih tu tidak diwajibkan membacanya dan bukan syarat sah solat…
salam saudara,
boleh ke tolong tukarkan warna tulisan arab utk doa solat tahajud tu dari warna hijau terang kepada warna hitam/ warna lain yg mudah dibaca? x berapa nampak nak baca.. tq
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
InsyaAllah… akan diusahakan…
assalamualaikum , andai kata saya tidur lps solat isya kemudian saya terjaga 10 mlm. bolehkah wat solat tahajud pukul 1 pagi?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Farah boleh melakukan Solat Tahajjud tersebut..yang pentingnya kita mesti tidur terlebih dahulu…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Assalamualaikum..mohon penjelasan..bagaimana kalau kita
tidak tahu membaca doa sebelum tahajud..adakah sah atau tidak.?
Dan boleh kah kita berdoa apa sahaja ketika selesai
tahajud..terima kasih kerana memberi penjelasan
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Aziziam apa-apa doa yang saudara tahu, InsyaAllah boleh dibaca dan amalkan..
Sah atau tidak solat sama ada solat sunat atau solat wajib, bergantung kepada rukun yang telah ditentukan jika solat ikut rukunnya solat itu tetap sah.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Maafkan saya satu soalan lagi ustaz,kalau kita
tidak tahu membaca doa iftitah sah atau tidakkah solat
kita.?
Azizam,sebenarnya doa iftitah itu hanya Sunat Haiah,jika belum menghafalnya solat tetap sah kerana ianya bukan termasuk dalam rukun solat. Walau bagaimanapun berusahalah untuk menghafal dan mengamalkannya kerana pengertiannya membawa makna yang amat besar….
1)
Mohon pandangan. Ape yang saya selalu lakukan solat Tahajjud saja untuk hari bekerja. Kalu cuti solat Tahajjud dan taubat, esoknya pula Tahajjud dan hajat, Tahajjud dan tasbih. Witir saya tak buat pun….klau semua saya tak sempat. Jam 5 saya perlu menyiapkan kerja2 rumahtangga sebelum subuh. Ok ke cara saya ni..diterima ke..
2)
Saya tak minta izin pun dengan suami……salah ke?
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Buat solat apa pun boleh tapi janganlah ditinggalkan solat Witir sekurang2nya kalau tak sempat buatlah satu rakaat kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat Witir ini…
Pada permulaan, mintalah izin dan beritahu pada suami akan keinginan puan untuk melakukan qiamullail berterusan.. selepas itu tak perlulah lagi setiap hari minta izinnya..kecuali pada ketika dia memerlukan puan…
Semoga Jaffidah menjadi isteri solehah..
salam..sy qiam n solat tahajjud, taubat n hajat sebelum solat fardu subuh, walaupom waktu subuh sudah masuk. saya lewatkan sedikit subuh utk solat sunat tersebut sebelum solat fardu. bulehkah camtu? adakah fadilat qiam dan tahajjud saya luput?
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Islam itu indah, mengajar umatnya berdisplin dan beradab pada waktu… Akhirilah Qiamullail Kamal dengan Solat Witir sebagai penutup malam.
Abdullah bin Umarradhiallahu’ anhuma, dia berkata:
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ
“Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Bro Syfiq …kwan nk copy artikal nie ye…time kasih banyak2
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Bro Aron kongsi dan sebarkanlah juga dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Selamat beramal…
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..Allah telah menemukan saya dgn blog tuan..mudah-mudahan saya boleh mengerjakannya dan istiqomah…sesungguhnya saya org yg jahil dan hina kerana tidak pernah sekalipun melaksanakan Solat Tahajjud…Insyaallah saya usahakan dgn lebih gigih utk beribadah…Amin Ya Rabb
salam
saya masih keliru ttg solat2 sunat ini. Boleh kah selepas solat sunat tahujud, saya sambung tidur semula,dan bangun pada waktu subuh pl?
Bolehh..
terima kasih atas ilmu yg dkongsikan..
Salam.. Alhamdulillahu robbi!!! Akhirnya saya dapat penunjuk dari Nya
Moga Allah kurniakan Rahmat kepada anda yg rajin menyebarkan ilmu walaupun banyak soalanya pun tuan boleh sempat jawab dengan ikhlas hati. Saya berterima kasih pada tuan
P/s: Maafkan saya kalau bahasa saya tidak berapa profesional ya, saya ni orang kemboja
salam ustaz..saya mohon copy article ni..
terima kasih
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Amyra berikanlah juga backlink / kredit pada Blog Shafiqolbu…
assalamualaikum..sy nak tnya mgenai doa dlm sujud terakhir ‘masukkan daku ke dlm pntu kbenaran dan keluarkan daku dr pintu kbenaran’,apakah yg dmaksudkan dgn ayat trsebut?n saya lihat ada dua doa yg dsertakan dlm blog ni slps solat, adakah kdua2 doa itu dibaca slps solat?n bolehkah sekiranya solat witir x dlakukan slps solat tahajjud trsebut?terima kasih atas perhatian…
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
1. Ayat ini memerlukan huraian yang agak panjang… Nurasrina boleh bertanyakan kepada guru2 agama berhampiran… secara ringkasnya segala tindak-tanduk kita perlulah mengikut syariat…
2. Doa tasbih tersebut dibaca pada sujud terakhir dalam rakaat kedua.
3. Jika kesuntukan masa, lakukanlah hanya Solat Witir 3 atau 1 rakaat, secara tak langsung solat ini termasuk sebagai Solat Tahajjud juga.
Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
assalamualaikum.. sy nk tanya, sy terlelap seketika di atas kerusi kerana membuat assignment di malam hari.. adakah itu dikira tidur dan bole ke nk melakukan solat tahajjud?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Perlakuan tidur telah pun berlaku..tidak kisahlah bagaimana cara dan keadaannya; Maka bolehlah didirikan Solat Tahajjud. tersebut
والله أعلم
Salam. Saya melakukan solat sunat dengan bacaan yang saya ingat. Selepas salam saya terus berdoa. Tu pon dalam bahasa melayu. Ada kah masih betul cara solat saya itu? Atau pon kene ikut apa yang tertulis seperti diatas. Begitu juga untuk solat sunat yang lain.
Mohon izin untuk dipostkan ke facebook buat perkongsian bersama rakan yang lain.
salamualaijum . .nk tnye nie . . Dlm sujud prtama solat tahajjud nie bce tasbih gak kew . .
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ
Choi bacalahtasbih tersebut seperti biasa dengan penambahan seperti di atas..
lgi 1 lupe nk tnye . . Doa yg last skali kt ats 2 d bce pde wktu bila . . Bis solat kew tau wktu sujud trakhir . . Klo bis solat doa yg mne d bce pde wktu sujud . . Sowey bnyak tnye sbb xbrape phm . .
Doa No.5 dan 6 dibaca selepas selesai beri salam… InsyaAllah doa no.5 boleh juga dibaca dalam sujud.
Assalammualaikum saudara, terima kasih diatas perkongsian ilmu Allah ini dan mohon untuk membuat salinan untuk memantapkan amalan ibadah ini
Semoga Allah memberkati tuan…tq atas perkongsian ilmu ini
Jazakallahu Khairan Kathiran…
Assalammualaikum,saya tlh mula mengamalkan solat tahajud sejak 3 bln yg lalu berpandukan sebuah buku di mana bacaan ketika sujud akhir berbeza,tiada doa permulaan cuma doa tahajud yg sama,mohon penjelasan saudara atas kemusykilan saya ni,terima kasih
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Kedua2nya sah dan boleh dilakukan, hanya berbeza pada caranya saja.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
salam ustaz…
boleh ke kalau xtertidur terlebih dahulu
sebelum melakukan solat sunat tahajjud ni??
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Antara maksud ‘Tahajjud’ adalah bangkit dari tidur malam, maka tuntutan tidur dimestikan sebelum dilaksanakan Solat Tahajjud. Walau bagaimanapun Itqan boleh melakukan solat2 sunat lain yang diakhiri dengan solat Witir.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Assalamualaikum…Mohon untuk disimpan & di kongsi…terima kasih.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Lia kongsikan juga dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Selamat beramal…
assalamualaikum ustaz… sy nk bertanya fsl solat sunat hajat… bilakah waktu yg afdal utk melakukan solat sunat hajat, dan bilakah waktu yg tidak boleh menunaikan solat sunat hajat.. terima kasih.
Assalamualaikum ustaz, mohon share ya..terima kasih
baru tahu yg solat tahajud ad doa nye sendiri.. *jahil nyer aku*..
info dan komen2 di atas amat bermanfaat..terima kasih ya tuan punya blog..
Assalamualaikum Ustaz
Saya mohon izin simpan untuk rujuk dan kongsi jika ada teman yang bertanya tentang Solat Tahajjud.
Terima kasih.
mohon minta izin nak share :_) terima kasih
Assalamualaikum,, izinkan saya Share di blog dan facebook saya yer.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Kredit juga pada Blog Shafiqolbu..
Assalamualaikum,minta izin baca dan copy.T.kasih saudara.
M.maaf,sy rasa doa sujud akhir tahajud itu sultonann kan?bkn sulzonann…
Maaf ana tersilap taip..Insya Allah, nanti ana betulkan..
Jazaakillaahu Khairan Katsiran atas keperihatinan Noor…
Assalamualaikum,
Doa selepas solat tahajud dari surah?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Doa di atas adalah gabungan darpada beberapa ayat al-Quran dan hadis..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Pingback: Solat Sunat Tahajjud | SILAP REVOLUSI
Alhamdulillah dgn ilmu yg dkongsikan. Mohon copy n share .semoga anda dipermudahankn urusannya n bertambah ilmu.sekian wassalam
Makasih banyak informasinya….. Sangat bermanfaAt
Salam, saya nak tanya, apa bezanya doa sembahyang tahajud dan sembahyang hajat, sebab dalam kedua-dua sembahyang ni kita bermohon hajat kepada allah swt. yang mana satu lebih afdal, terima kasih.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
‘Tahajjud’ bererti “bangun dari tidur di malam hari”. Maka Solat Sunat Tahajjud hanya didirikan di malam hari setelah tidur terlebih dahulu, walaupun tidurnya sebentar. Solat ini bertujuan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa dan melahirkan keikhlasan beribadah yang sebenarnya kerana tidak disaksikan oleh insan lain yang boleh menimbulkan perasaan riak.
Manakala Solat Sunat Hajat pula seperti namanya iaitu solat yang didirikan bagi memohon pertolongan Allah SWT bagi mencapai sesuatu yang diingini dan ianya boleh dilakukan sama ada pada malam hari atau siangnya.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Assalamualaikum….mohon share…shukran
Alhamdulillah…dgn cara yang dinyatakan…Insya-Allah saya dapat menambahkan pahala dgn mengerjakan solat sunat tahajjud…Terima kasih,menyampaikan ilmu pada blog ini…Allah yang lebih berhak membalas segala kebaikan itu…Insya-Allah…
salam . nk tnye wajib ke bce doa sbelum melakukan solat tahajud ??
assalamualaikum kepada tuan punya blog…saya baru tau blog tuan nie dr fb…semenjak saya melihat isi kandung blog tuan nie,saya banyak belajar perkara yang saya tak tau selama nie…sebab saya nie nak menambahkan lg bekalan saya ke akhirt kelak…terima kasih atas perkongsian dari tuan…semoga banyak lagi umat islam yang akan melihat blog tuan nie…kerana semua nie adalah bekalan kita bersama untuk ke akhirat kelak…insyallah…amin…assalamualaikum…
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Selamat berkunjung ke Blog Shafiqolbu… Khairuddin kongsilah dan khabarkan juga pada sahabat2 lain mengenai Blog ini… semoga dimanfaatkan ilmunya dan istiqomah dalam beramal…
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
Assalamualaikum..mohon share dan diamalkan ye saudara
Jazakallahhu khair..
Nk tanya,mcm mane klu xhafal tiap doa tu?.blh tgk buku x klu nk bc doa2 tu nanti ms tengah solat tu?
Dibolehkan dengan melihat buku…
Salam.. Mohon izin didownload dan diamalkan.. Insyallah….
Tksh di atas perkongsian ini…
Salam, smalam sebelum tidur saya dah niat untuk bangun solat tahajud.. then, pkul 4pg tak silap.. saya terjaga dari tidur.. tapi saya rasa ngantuk malas untuk bangun dan terus tidor balik.. jadi, mcm mana hukumnya tu..
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Nampaknya kali ini Sdr.Khalil telah tertewas pada tipu daya syaitan, akan datang cubalah niat dengan lebih bersungguh dan ikhlas serta cekalkan hati untuk bangun bertahajjud…
Daripada Abdullah, katanya: “Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda Baginda: “Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW : “Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan. Ia menepukkan pada setiap ikatan; bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila kamu bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk maka terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu ikatan. Maka di pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Assalamualaikum….sy nk tnye kene baca do iftitah tak???nie kali pertama sy solat tahajjud…sy thu mcm mne nk mengerjakan solat ini..mohon tolong ajar saya…terima kasih…
mohon maaf ade kesilapan skit…doa iftitah…and sy xthu mcm mne nk mengerjakan solat nie…mohon maaf sekali lg…
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Wasi lakukanlah solat ini seperti solat2 sunat yang lain..jika dapat tambahlah seperti yang disarankan di atas…
Membaca doa Iftitah dalam Solat Tahajjud adalah sunnah… tiadalah pahala jika tidak membacanya tapi solat tetap sah.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
assalamualaikum..terima kasih atas ilmu Allah ini..saya mohon untuk simpan guna ilmu yang saudara sebarkan di sini.. terima kasih.
waktu yg afdal untuk solat sunat tahajud pada masa bila ya?
Waktu paling utama untuk dilaksanakan solat Tahajjud itu adalah sepertiga malam yang terakhir iaitu dari pukul 2.30 pagi sehingga sebaik masuk waktu subuh.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allahumma soli ala Sayidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajmain. Terima kasih ustaz atas blogspot yang cukup indah ini. Semoga Allah memberkati usaha ini dan menjadikan kita hamba-hamba Allah yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW dan di-cintai oleh Allah dan Rasul. Amin.
Assalamualaikum.. saya share di FB yer.. Saya baru nak mula mengamalkannya… kalaulah saya tahu dari dulu, alangkah baiknya…
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Alhamdulillah…masih belum terlambat.. Allah Maha Penyayang kepada setiap hambanya..
Salam
Mohon izin guna ilmu2 di sini
Kamal
salam mohon kongsi ilmu ini.
Sgt mmbntu..tq
Terima kasih kerana ilmu ini sangat membantu tq
salam…maaf saya ingin bertanya,b0lehka jika d0a dan bacaan tasbih dibaca dalam bahasa melayu?thanks.
Bolehh…
As salam,
Apakah boleh sekadar kita membaca mana2 surah sekali dalam rakaat pertama dan kedua atau seterusnya..Bagaimana pula dengan doa, adakah satu2 doa yang dikhususkan..
terima kasih
assalamualaikum…alhamdulillah… trima kasih saudara, ilmu yg dikongsi amat berhargat…mohon share (^_^)
salam,
mohon copy doa di atas untuk hafalan sendiri. thanks.
minta kebenaran untuk kongsi..semoga ilmu berpanjangan
Assalamualaikum.. mohon kebenaran untuk copy doa di atas untuk hafalan sendiri. terima kasih..
salam, mohon kebenaran untuk copy doa di atas untuk hafalan sendiri/kekuarga. terima kasih.
Assalamualaikum ustaz. Betulkah penterjemahan doa sujud akhir tahajjud tu?
….keluarkanlah aku drpd pintu kebenaran… Maksud dia ape ustaz?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Soalan ini telah ditanya oleh Ikhwat Nurasrina pada 10/11/2012… lihat jawapannya di atas…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
InsyaAllah saya akan berusaha untuk jadikan amalan.
Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan.
Terima kasih atas bantuan ini…
Assalamualaikum,mohon kongsi doa ini untuk hafalan saya dan keluarga.
assalmualaikum,nak tanya,biasa sya solat d mulakn dgn solat hajat,di ikuti slolat tahajju dan di akhiri solat taubat,,adakh sedemikian ble d lkukn..dan 1 lg,lpas je solat sunat trus bangkt bngun tmpa brdoa,untk mnunaikn solat sunt yg lain..ble kah hal sedemikian d lakukn..:-)..doa d akhri solat dgn solt yg trakhir yg sya lkukn..
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Boleh dilakukan kedua2 cara tersebut…tapi sebaiknya berdoalah selepas setiap solat kecuali solat sunat yang sama jenis…
Susunan solat malam Akhi Erwan boleh ikut panduan berikut..(klik di sini)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
May god bless you always, brother.
saya minta izin copy yee utk kegunaan nanti
salam..minta share ye
terima kasih atas perkongsian ilmu yang berguna..doakan saya supaya dapat melaksankan solat tahjjud buat pertama kalinya dalam hidup saya n tersu istiqamah…tq
alhamdulillah..mohon dikongsi..tq
assalammualaikum,,saya ingin bertanya jika saya ingin membuat solat tahajud tetapi saya tidak tidur mlm kerana saya bekerja pada waktu malam.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Solat Tahajjud perlu didahulukan dengan tidur malam…walau bagaimanapun Akhi Zkim boleh lakukan solat Qadha dan solat2 sunat yang lain seperti Taubat, Hajat, Istikharah dan di akhiri dengan Witir.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Assalamualaikum..terima kasih atas ilmu yang diberikan.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasamu
semoga apa yang kita pelajari dapat di rahmati oleh allah
salam.sebenarnya saya mohon kongsi info yg amat berguna ini dlm blog saya tetapi tak tahu cara jika guna smartphone android.kesuntukan masa jika nk buka laptop
assalamu’alaikum..ana mohon kongsi info yg anta bg ni ye..jazakallah khairan kathira..
semoga alloh swt senatiasa memberi kekuatan untuk selalu istiqomah menlaksanakan solat untuk dan semoga memberi taupiq hidayah kepadaku dan semua sodaraku kaum muslimin muslimat seluruh alam..amin
Alhamdulillah..lengkap cara-caranya..
assalamualaikum..saudara shafiq saya mohon kebenaran print untuk rujukan pembelajaran saya..sekian,terima kasih
Assalaikum..
nak minta tlg kalau bole bacaan doa2 y dalam bahasa arab tu tulis kan sekali dalam bentuk abc tak reti baca tulisan arab. minta tlg hamba yg jahil ini.. supaya senang nak hafal…
Assalamualaikum……..kalau baca Al-Fatihah saja …boleh ke tak?sah atau tidak?mohon ye……….
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Sah solat Akhi Alif jika telah juga dilengkapi 13 rukun solat yang dimestikan.
Boleh tak saya solat tahajjud tapi tak menutup solat dengan solat witir?
Boleh..tapi Akhi San telah tinggalkan yang lebih utama kerana Solat Witir adalah solat sunat yang diwasiatkan oleh Baginda Nabi SAW supaya tidak ditinggalkan oleh umatnya…
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ
وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ.
“Sesiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mengerjakan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan sesiapa di antara kamu merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Dan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:
يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ.
“Wahai ahli al-Qur’an (mereka yang membaca dan beramal dengan al-Qur’an), Hendaklah kamu mengerjakan solat Witir, sesungguhnya Allah itu ganjil dan mencintai yang ganjil.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
as-salam….sy mohon copy untuk dipelajari..
Amin yaa allah yaa rabbal ‘aalamiin
semoga kita sekalian mendapatkan ampunan allah swt
Semoga kita sekalian mendapatkan ampunan allah aamiin
Terimakasih. Doakan agar saya melazimkannya dan istiqomah. Insyaallah
bersyukur terhadap elahi
alhamdulillah,saya sudah mengamalkan dan saya mendapatkan apa yang dituliskan
assalam….blh tak baca doa2 tu dgn merujuk kertas?ada wajib baca ayat ketika sujud terakhir?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Diharuskan..tapi mesti dijaga perlakuan, jangan sampai berlaku 3 kali pergerakan berturut2 yang boleh terbatal solat.
Bacaan ketika sujud tidak diwajibkan tetepi mesti ada tuma’ninah..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
alhamdulillah . . dapat juga artikel tentang solat tahajud
makash atas panduan nya . Smga menjdi amalan di hadapan allah swt . Amiin
Salam, saya mohon untuk share dan dicetak untuk rujukan saya.
T kasih.
Assalamualaikum..terima kasih atas info yang sangat berguna. Boleh tak bagi petua untuk bangun malam.
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Amalkanlah membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi dan sebelum tidur pasanglah niat untuk bangun berqiamullail. InsyaAllah akan terjaga pada waktunya.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Terima kasih kerana membuatkan saya memasang impian hendak melakukan solat tahajud, taubat,hajat dan seterusnya…terasa sombongnya diri ini dgn Allah…yg sebenarnya kerdil di sisiNya….