Solat Sunat Tahajjud

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:

17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

.

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

.

.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

.

.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud

 .

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

.

.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

.

.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.

a)

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)

Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b)

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun

Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)

 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.

(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

.

.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud

.

.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.

.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud

.

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 

.

.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.

    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.

.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

.

.

503 responses to this post.

  1. Posted by afiq danial on 11/10/2015 at 9:43 pm

    assalamualaikum..ustaz..selebih afdhal sembahyang tahajud pada pukul berapa ustaz??..

    Reply

  2. Posted by shafri on 20/10/2015 at 11:15 am

    mohon dicopy yerk

    Reply

  3. As Salam. Terima kasih kerana telah mewujudkan web ini.

    Reply

  4. Posted by Fayrus on 27/11/2015 at 4:08 am

    Terima kasih atas perkongsian. Mohon utk dijadikan rujukan.

    Reply

  5. Posted by Anis Irdyna Binti Azhar on 27/11/2015 at 6:35 am

    Assalamualaikum.tksh atas pkngsian.sejak ramadhan sy mengamal kn solat tahajud.kadang2 termiss jugak,tetapi beberapa kali shj..sejak amal kn,khdupan sy lbh tenang.kalau xbuat,memg rasa sangat menyesal..dan ingn sy kngsikan solat ini byk membw perubhan positif pada hdup sy dan rezeki tidak pernah ptus
    Tksh kerana memudahkan perubhan sy.setiap mlm sblum solat tahajjud sy akan refer kpd blog ustaz.semoga ustaz diberi keberkatan hidup.

    Reply

  6. Posted by asdar on 27/01/2016 at 4:43 am

    Subhanallah terimah kasih atas pencerahannya semoga saya trus diberikan hidayah dan umur yg panjang
    Agar bisa memprbaiki amalan amalan yg rusak dan semoga kita terus berada di dalam mahabbah allah.

    Reply

  7. Posted by maisarah hasnel on 29/01/2016 at 3:39 am

    Alhamdulillah ☺terima kasih ats info ini.

    Reply

  8. Posted by Hafiz on 01/02/2016 at 12:56 am

    Mohon untuk share . Terima kasih

    Reply

  9. Posted by mohammad arif on 01/02/2016 at 3:45 pm

    Assalamualaikum.. terima kasih atas pedomannya semoga pembuat blog ini mendapat lindungan Allah SWT.. aminn

    Reply

  10. Posted by Rin on 30/03/2016 at 6:02 am

    Alhamdulillag…sangat membantu. Terima kasih.

    Reply

  11. Posted by Abah lara on 29/05/2016 at 5:56 am

    Assalamualaikum.Mohon maaf pd tuan sbb saya ‘ter’gunakan panduan solat ini sblm memohon izin dari pihak tuan.
    Walaumacam mana pun saya ingin mngucap kan syabas dan tērima kaseh byk2 sbb usaha mulia yg anda lakukan ini.
    Saya adalah seorg yg jahil dan langsung x utamakan soal solat.Pekerjaan saya dulu hanya mementingkan soal dunia semata2. Walau pun ‘merangkak2’ namun saya lawan perasaan ‘malas’ nak solat dan buat apa yg mampu.Semoga Allah meluaskan lg rezeki anda dan lancarkan segala perancangan.
    Wasalam.

    Reply

  12. Mohon izin mengambil tulisan tuan utk kegunaan peribadi. In shaa Allah saya sedekahkan alfatihah dan doa khusus buat tuan. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama tuan. Jzk

    Reply

  13. Alhamdulilah

    Reply

  14. Posted by Zamani on 27/06/2016 at 3:09 am

    Terima kasih at as perkongsian Tuan..Dan mohon kebenaran untuk dikongsi Dan dipelajari..

    Reply

  15. Posted by Anisa on 29/06/2016 at 2:42 am

    Assalammualaikum ustaz,nak tanya kalau saya tak baca doa sujud terakhir solat tahajud tu sah ke solat saya?boleh ke solat ini dilakukan seperti solat sunat biasa tanpa membaca surah2 yg disenaraikan di atas?

    Reply

  16. Posted by shahidan on 01/08/2016 at 4:44 pm

    mohon share

    Reply

  17. Posted by umi minarni dasuki on 04/09/2016 at 11:03 am

    Assalamualaikum ustaz. Mohon share dan simpan semua solat sunat dan doa yea.

    Reply

  18. Posted by Azman Bin Yahya on 05/09/2016 at 11:19 pm

    Assalamualaikum wbt.

    Saya ingin bertanyakan soalan berdasarkan satu hadith dimana Baginda SAW bersabda kpd seorg sahabat agar tidak meninggalkan 3 amalan iaitu:
    1) Jgn tinggalkan solat sunat dhuha;
    2) Jgn tinggalkan puasa putih (13, 14 & 15 bln hijriyyah); dan
    3) Jgn tinggalkan solat sunat witir.

    Soalan saya:

    1) Bagaimana kita mengerjakan puasa putih dibulan Zulhijjah? Dimana 13 Zulhijjah adalah hari tasyriq. Adakah kita cuma puasa pada 14 & 15 Zhjjh shj atau 14, 15 & 16 Zulhijjah?

    2) Bagaimana kita mengerjakan solat sunat witir dlm bulan selain Ramadhan? Adakah sama spt yg kita buat dlm bln Ramadhan? Adakah perlu baca doa qunut slps 15hb?

    Mohon pencerahan.

    Reply

  19. Posted by momoi on 25/09/2016 at 11:52 pm

    saya cuma tolong kawan saya sebab dia nak masuk islam….jadi saya tolong carikan semua pasal islam..dia kata islam ni sangat indah dan menarik

    Reply

  20. Posted by Raeze bin Ahmaf on 28/09/2016 at 5:48 am

    Assalamualaikum. Mohon copy artikel ini. Terima kasih. Semoga Allah beri Barakah kpd tuan.

    Reply

  21. Posted by che kamal on 23/02/2017 at 2:38 pm

    Alhamdulilah dapat ilmu melalui blog tuan. mohon izin untuk copy dan simpan. Jazakallah khatiro

    Reply

  22. Terima kasih dapat share maklumat dalam blog tuan. mohon kebenaran untuk copy. Jazakallah khairan katiro

    Reply

Leave a Reply to riez sipengeksekusibolabolamati Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: