Solat Sunat Witir

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah SAW sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”   (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

Dinamakan Solat Sunat Witir (ganjil) kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah SAW:  “ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim.)

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilaku-kan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).

 

 

Witir Penutup Solat

Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah SAW bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.

Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” – (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)

 Fadilat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.

2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.

3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi di akhirat kelak.

 

 

Cara Melaksanakannya

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

Sahaja daku solat sunat Witir dua raka’at kerana Allah Ta’ala

2.  Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

 

3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

 

4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

Sahaja daku solat sunat Witir satu raka’at kerana Allah Ta’ala.

5.  Selepas Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas.

 

 

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

Maha Suci Tuhan Yang Maha Kudus (Suci)  (3 kali).

Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “Rasulullah SAW setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)

2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

Tuhan Yang Menguasai malaikat dan roh.

 

3.  Boleh dibaca doa-doa berikut:

Ya Allah! Bahawasanya Dikaulah Tuhan yang memberi keampunan dan Dikaulah Tuhan yang suka memberikan keampunan. Oleh itu ampunilah daku. (3x).

Ya Allah! Sesungguhnya daku memohon Keredhaan-Mu dan hindarkanlah daku dari Kemurkaan-Mu dan dari api neraka. (3x).

 

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:

5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

Hukum tangguh witir harus

  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah SAW: “Tidak ada dua witir pada satu malam”

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: