Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Zakat fitrah adalah umpama ‘cukai tubuh’ kepada Allah Ta’ala  atas apa yang dipinjamkan kepada kita selama ini.

Zakat fitrah atau disebut juga dengan zakat jiwa yang maksudnya adalah untuk menyucikan badan atau jiwa. Dengan kata lain membayar zakat fitrah merupakan kewajiban bagi setiap muslim yang bernyawa untuk mengeluarkan sebahagian dari makanan asasi menurut syari’at agama Islam pada bulan Ramadhan, setiap tahun. Ukuran zakat fitrah adalah satu gantang (sha’) untuk setiap ‘muzakki’ (kepala) atau kira-kira 3,5 liter.

Sesiapa yang mengaku Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.

.

Zakat fitrah adalah ‘kenderaan’ menghantar ibadat puasa untuk diterima oleh Allah. Sekiranya seseorang itu tidak menunaikan zakat fitrah bagi dirinya dan orang dalam tanggungannya, sedangkan dia mampu melakukannya, maka pahala puasanya tidak diangkat.

Sabda Rasulullah SAW: “Puasa Ramadhan tergantung antara langit dan bumi (tidak diangkat) melainkan selepas mengeluarkan zakat fitrah.”

.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُ‌هُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿١٠٣

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu (Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

.
Ibnu Umar meriwayatkan:

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

.

.

A.  Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2011/1432H mengikut negeri² di Malaysia.

.

B.  Membayar Zakat Fitrah

Berusahalah melunaskan zakat fitrah sebelum akhir Ramadhan bagi memudahkan pengagihan. Aisyah r.a. berkata, “Rasulullah SAW telah memperfadhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan atas manusia.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah SAW mewajibkan mengeluarkan zakat fitrah sebagai menyucikan bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang tidak bermanfaat dan keji serta sebagai makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang mengeluarkannya selepas solat Aidilfitri, maka itu adalah sedekah biasa.”  (HR; Daud, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun dengan beras (sama nilai) mulai 1 Ramadan sehingga sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil² yang dilantik ataupun di kaunter² bayaran zakat yang disediakan.

.

.

C.  Lafaz Akad Zakat Fitrah

“ Inilah wang nilai beras, sebanyak $ _____ , sebagai menunaikan zakat fitrah yang wajib ke atas diri dan tanggungan saya untuk tahun ini, tunai kerana Allah Ta’ala.”

.


.

.

.

D.  Ulangkaji

Jom kita refresh semula segalanya tentang pengertian zakat fitrah, kot² ada yang telah terlupa ;

.

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

.

E.  Wajib Keluar Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

.

F.  Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah SAW sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – (Riwayat Muslim)

.

G.  Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

.

H.  Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum  menunaikan Solat Sunat Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’.

.

 .

I.  Asnaf-Asnaf  Zakat

Skop agihan zakat kepada asnaf adalah berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh syarak, sepertimana yang telah dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

.

.

Asnaf-asnaf yang layak menerima zakat ialah:

1· Asnaf Fakir

Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

.

2· Asnaf Miskin

Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

.

3· Asnaf Amil

Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.

.

3· Asnaf Muallaf

Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.

.

4· Asnaf Riqab

Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.

.

5· Asnaf Gharimin

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

o Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.

o Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.

o Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

.

.

6· Asnaf Fisabilillah

Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.

.

7· Asnaf Ibnu Sabil

Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:

o Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.

o Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

.

.

J.  Orang yang tidak wajib dibayarkan zakat fitrah:
1. Ist
eri yang derhaka; maka gugur kewajiban suami untuk menafkahinya
2. Istri yang kaya
3. Anak yang kaya, k
erana mampu bayar sendiri, namun boleh juga orang tuanya mengeluarkan zakat fitrah untuknya.
4. Anak yang sudah besar (mampu menafkahi diri sendir
i atau sudah berkerja)
5. Buda
k yang kafir
6. Murtad (keluar dari Islam)
.


K.  Siapakah yang tidak boleh menerima zakat fitrah?
1.
Orang yang kaya harta benda dan wang
2. Budak (selain budak mukatab). Budak Mukatab
iaitu budak yang berpeluang merdeka dengan syarat tertentu, adapun budak qin adalah budak asli: seluruh hidup dan tubuhnya melekat nama budak; budak mudabbir: berpeluang merdeka setelah tuannya meninggal.
3. Bani Muthalib
4. Bani Hasyim
5. Orang Kafir
6. Orang kuat untuk be
rkerja.
7. Nabi Muhammad SAW
.


.

L.  Tepuk Dada Tanya Nyawa!

Selagi nyawa dikandung badan, kita wajib berusaha mengeluarkan zakat tubuh badan ini sebagai pembayaran kepada Allah SWT melalui asnaf² yang disyariatkan. Pembayaran Zakat Fitrah juga adalah tanda terima kasih (syukur) kepada Allah SWT kerana pemberian bentuk fizikal, nyawa dan kudrat bagi mengecapi hidup dipersinggahan alam yang fana ini.

.

Zakat Fitrah yang perlu dikeluarkan di antara RM 5.00 hingga RM 8.00 sahaja setahun. Jika dibahagikan kepada 345 hari (Tahun Hijrah), maka ianya hanyalah antara RM0.40 – RM0.60 sebulan, ataupun Cuma 1 – 2sen sehari… lebih murah daripada satu kali penghantaran SMS, Adakah yang masih mahu beralasan lagi, tidak mahu keluarkannya… TEPUK DADA TANYA NYAWA!

.

Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

by;

shafiqolbu

.

.

Leave a comment