KJ : Keajaiban Saintifik Al Quran

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Khutbah Jumaat:   “Keajaiban Saintifik Al Quran”

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah: “KEAJAIBAN SAINTIFIK AL- QURAN”.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Setiap tahun pada 17 Ramadhan merupakan satu tarikh diingati oleh umat Islam kerana berlakunya peristiwa yang agong iaitu Nuzul al-Quran. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan kuliah serta media massa tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati peristiwa yang bersejarah ini. Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang beribadat di Gua Hira. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:

Maksudnya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah.

.

Menurut Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia, dengan kata lain menjelaskan kepada manusia aturan kehidupan dan membina peradaban agar menjadi umat yang dapat membezakan antara yang halal dan haram, antara kebenaran dan kebatilan. Al-Quran juga sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan umat manusia.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Al-Quran dimanafaatkan sebagai sumber saintifik denganmengajak manusia untuk berfikir dan mengkaji alam semesta ini termasuk diri sendiri. Kajian demi kajian yang dilakukan oleh manusia zaman moden ini membuktikan bahawa wujudnya  pencipta kepada alam ini iaitu Allah SWT.

Antara contoh saintis yang mengkaji al-Quran ini secara terperinci dari perspektif sains moden ialah Dr Maurice Bucaille dari Peranchis.  Beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk Quran, Bible dan Sains menyatakan bahawa: “Sesungguhnya al-Quran terbukti keunggulannya dari sudut sains hanya di zaman sekarang setelah sains mencapai satu tahap yang agak tinggi”.

Satu lagi contoh kajian berkenaan kejadian manusia membuatkan ahli embriologi seperti Profesor Keith Moore berasa kagum dengan apa yang diutarakan oleh al-Quran menepati apa yang baru ditemui di abad ini.

Begitu juga dengan para Geologis yang  membuat kajian dengan mengatakan jejari bumi ini ialah lebih kurang 3,750 batu dan tanah bahagian kita berpijak ini amat nipis dalam lingkungan 30-35 km. Keberangkalian bumi untuk bergegar dan bergerak-gerak itu amat tinggi. Maka kejadian gunung ganang sebagai pasak  dan menetap teguhkan tanah ini dan memberi ia stabiliti. Al-Quran telah menyebut fenomena ini di dalam surah an-Naba ayat 6- 7:

Maksudnya: Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?.

 

          .

Dalam sebuah buku yangbertajuk “EARTH”, salah seorang dari penulisnya iaitu Frank Press yang merupakan seorang Presiden Academy of Science di USA selama 12 tahun. Dalam buku tersebut beliau menunjukkan bagaimana gunung yang kita lihat itu merupakan hanya sebahagian kecil sahaja di bumi. Bahagian bawah gunung ini tertanam di dalam bumi seperti satu pasak. Menurut beliau lagi, gunung-ganang ini memainkan peranan yang amat penting dalam menstabilkan bumi tempat kita berpijak ini.

.

Berdasarkan bukti dan penemuannya menunjukkan bahawa hakikat kajian saintifik ini telah diterangkan dalam al-Quran di dalam surah al-Anbiya ayat 31:

 Maksudnya: “Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk”.

.

Justeru, mimbar menyeru kepada para jemaah dan umat Islam sekalian, agar menjaga alam ini dengan sebaiknya, janganlah terlalu rakus mengejar pembangunan dengan mengenepikan aspek keselamatan alam seperti bukit-bukau ditarah dan diruntuhkan, pembakaran terbuka berleluasa, pembalakan haram menjadi-jadi dan pembuangan sampah di mana-mana. Akibatnya sistem ekologi dan keseimbangan alam semesta akan tergugat.

.

Sesungguhnya Maha Tinggi dan Agungnya kuasa Allah SWT yang telah memberi petunjuk  dan  al-Quran ini sebenar-benarnya dari Allah, tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Mimbar ingin menjelaskan bahawa segala fakta dan kajian sains yang baru ditemui di abad ini telah lama diabadikan dalam al-Quran yang telah diwahyukan lebih dari 1400 tahun yang lepas. Justeru, amat mustahilah Nabi Muhammad SAW boleh mereka-reka isi kandungan al-Quran sebagaimana yang ditohmahkan oleh orang-orang kafir dan sesungguhnya kajian saintifik al-Quran telah memberi kesedaran hakikat kehidupan dan menyakinkan keimanan kita kepada Allah SWT.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Peluang dan ruang  untuk menghayati al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah kewajipan umat Islam sendiri. Persoalan besar di sini ialah apakah jawapan kita apabila Allah SWT melontarkan soalan kepada kita yang membaca al-Quran seperti di dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran:

Maksudnya: Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Qur’an), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w.)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus.

.

Ayat ini menunjukkan kepada kita terdapat di kalangan orang Islam menjadi kufur sedangkan al-Quran dan Sunnah berada di sisinya. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat menerima petunjuk  dari Allah SWT serta mengingkari kepada ayat-ayat Allah. Ingatlah wahai jemaah sekalian bahawa sesungguhnya Allah SWT memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia agar kita menjadi golongan yang mulia. Salah satu pendekatan yang mengangkat martabat umat ini ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber kehidupan. Oleh itu, mimbar menyeru semua pihak di dalam keberkatan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama membina kehidupan dengan al-Quran, mendalami ilmu yang terkandung di dalamnya serta mengkaji dan mengambil segala iktibar daripada kisah-kisah sebagai pengajaran.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan Hari Memperingati Nuzul al-Quran yang akan di sambut pada 17 Ramadhan ini, maka mimbar menyeru pada jemaah sekalian marilah sama-sama kita membangunkan minda dengan al-Quran, mendidik, memacu pemikiran dengan meneliti dan mengembangkan rahsia tersembunyi yang terkandung di dalam al-Quran dan di sebalik penciptaan Allah SWT. Mudah-mudahan dengan kesedaran ini akan melahirkan umat yang bertakwa, memiliki akal yang sempurna, berilmu dan berdaya saing diri.  

Mimbar juga menyeru sekali lagi khususnya kepada ibu-bapa, marilah sama-sama kita mendidik anak-anak dengan didikan al-Quran, ajarlah mereka dengan ajaran al-Quran, mudah-mudahan dengan cara ini hidup yang bakal dilalui oleh mereka akan diterangi oleh cahaya kebenaran dan keinsafan. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan umatnya yang mana hatinya terpaut  dan terdidik dengan al-Quran. mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk ke arah yang lebih diredhai Allah SWT.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalm surah al-Qamar ayat 17:

Maksudnya: Dan sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Qur’an untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan? 

 .

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Keajaiban Saintifik Al Quran”                                                             

(3 Ogos 2012 / 14 Ramadhan 1433H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by ilham efendi on 30/05/2013 at 9:07 pm

    Q cinta al qur.an…
    Q cinta nabi..ya rosululloh
    Q cinta sunnah mo…..

    Reply

  2. Posted by ilham efendi on 30/05/2013 at 9:10 pm

    Amin

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: