Mari Jihad Doakan Nazilah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 .

Salam para sahabat,

Dalam umat Islam menyambut tahun baru Hijrah, rejim Zionis begitu rakus menyerang dan membedil Bumi Gaza, sebagai penghinaan kepada umat Islam amnya dan demi mematikan semangat juang saudara-saudara kita di Palestin.

Di laut dipenuhi dengan kapal perang, langit dipenuhi jet pejuang dan kini 75,000 tentera kerahan mereka sedang mara menghancurkan penduduk muslim. Bayi, kanak-kanak dan orang tua serta masjid turut menjadi mangsa keganasan  dan kekejaman Zionis laknatullah. Sama2 kita doakan yang terkorban di Gaza mati dalam iman dan mendapat syahid di sisi Allah SWT.

.

Orang Mukmin sentiasa menang dalam apa jua suasana. Apa yang penting kita berusaha menjadi mukmin yang berilmu, berdisiplin dan saling menyayangi. Kita kalah bukan kerana musuh kuat tetapi kerana kita lemah, bertelagahsesama kita dan terlalu mencintai duniawi.

Ambillah iktibar segala apa yang berlaku di Palestin sana dan hargailah setiap saat yang Allah SWT kurniakan kepada kita di bumi Malaysia yang aman lagi bertuah ini. Doakanlah kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT untuk saudara2 seaqidah dan seiman keseluruhannya demi untuk perpaduan ummah sejagat.

Bukalah mata hati dan lihatlah dunia di sekeliling kita sebagai laba mencari bekalan dan habuan di akhirat kelak. Allahuakbar!

Marilah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai saudara seagama dengan membantu melakukan Doa Qunut Nazilah dalam setiap solat berdoa semoga saudara2 kita selamat di Palestin sana yang mengorbankan kehidupan mereka setiap hari untuk melindungi tanah suci ketiga kita.

Ya Allah! Berilah pertolongan kepada Umat Islam di Gaza, Palestin. Dikau hancurkan Pakatan musuh, Zionis Yahudi dan sekutu2 mereka… Amin ya rabbala’lamin..

.

.

Doa Qunut Nazilah

.

Berikut adalah Doa Qunut Nazilah yang dibaca pada setiap kali solat fardhu. (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :

.

AL-Loo-hum-magh-fir la-na wa-li-mu’-mi-niy-na wal mu’-mi-naat, Wal mus-li-miy-na wal mus-li-maat, Wa al-lif bai-na qu-luu-bi-him, Wa ash-lih dzaa-ta bay-nahum, Wan-shur-hum ‘Alaa ‘Aduwwika wa‘aduwwihim. AL-Loo-hum-mal ‘a-nil ka-fa-ro-ta ah-lal ki-taa-bil la-dziy-na, Yu-kadz-zi-buu-na ru-su-la-ka wa-yu-qoo-ti-luu-na au-li-yaa-a-ka. AL-Loo-hum-ma khoo-llif bai-na ka-li-ma-ti-him, Wa-zal-zil Aq-daa-ma-hum, Wa an-zil-bi-him ba’-sa-kal la-dziy la-ta-rud-du-hu ‘a-nil qau-mil muj-ri-miin.

.

Ya Allah! Ampunilah kami, orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan, orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Satu-padukan hati mereka dengan kasih sayang. Perbaikilah segala urusan mereka dan bantulah mereka melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka. Ya Allah! Laknatilah orang-orang kafir yang menghalang orang lain menuju ke jalan-Mu dan mereka yang mendustakan para Rasul-Mu dan mereka yang memerangi para kekasih-Mu. Ya Allah! Pecah-belahkan mereka, hancur leburkan kekuatan mereka dan turunkanlah bencana-Mu yang tidak dapat dielak oleh orang-orang yang berdosa.

.

Doa Qunut Nazilah ini dibaca ketika kaum Muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah Ta’ala dan juga musuh-musuh kaum Muslimin.

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA : “Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah rukuk.” (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

.

.

Artikel Berkaitan:

Apa Itu Doa Qunut Nazilah  (Klik DiSini)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

4 responses to this post.

  1. boleh tolong masukkan cara-cara nak buat qunut nazilah???sebab setahu ana…ade banyak cara nak lakukan qunut nazilah….and…kalu nak buat qunut nazilah mase solat sunat boleh tak????…..syukran….^_^

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah akan dibuat entry khas…

      Shafizan boleh buat Qunut Nazilah pada solat2 sunat terutama Solat Witir.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by hambaALLAH on 21/11/2012 at 10:00 am

    salam…dalam ayat diatas tertutlis واصله ذات بينخم tp tak silap saya sepatutnya
    واصله ذات بينهم sbb yang ditulis dalam rumi pun dia cakap waaslih zaata bainahum…dan waaslih zaata bainahum baru sama dgn maknanya… WALLAHUALAM..perbetulkan andai sy salah…sbb sy takut andai tersalah tersebar nanti..ramai yg membacanya dgn mksud yang salah..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Syukran atas teguran… telah ana perbetulkan

      Jazakallahu Khairan Kathiran…

      والله أعلم بالصواب

      Reply

Leave a comment