Tawakal Seorang Pedagang

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Burung GagakM

.

Ibrahim mempunyai suatu kegemaran iaitu memancing. Suatu hari setelah penat memancing, dia memilih suatu tempat dan membentangkan tikar untuk mengisi perutnya yang lapar. Ketika sedang makan, tiba-tiba datang seekor burung gagak lalu menyambar roti Ibrahim dengan paruhnya dan terus terbang ke angkasa. Ibrahim terperanjat dan kehairanan lalu mengejar burung itu.

Ibrahim segera mengambil kudanya lalu memacu deras mengejar dan mengikuti burung tersebut sehingga melintasi sebuah bukit. Dia dapat melihat burung gagak tadi hinggap di daratan dan cuba menghampirinya. Ketika semakin hampir, gagak itu terbang kembali.

 .

Tiba-tiba Ibrahim terpandang sekujur tubuh lelaki yang sedang terikat dalam keadaan menelentang. Dia terus menghampirinya lalu melepaskan ikatannya. Ibrahim bertanya kepada lelaki itu mengenai apa yang telah terjadi.

Lelaki itu menjawab: “Aku ialah seorang pedagang. Suatu ketika ada sekumpulan perompak datang merompak dan merampas hartaku, menyeksa dan mengikat tanganku. Burung gagak tadi telah memberiku roti selama seminggu. Ia hinggap di dadaku lalu menyuapkan aku roti itu. Allah  سبحانه وتعالى tidak pernah membiarkan aku kelaparan.”

 .

Ibrahim pun lalu pulang dengan menunggang kudanya. Dia terus bertaubat dan kembali ke jalan Allah سبحانه وتعالى. Dia menanggalkan baju kebesarannya lalu ditukar dengan memakai pakaian biasa. Budak hamba suruhannya dimerdekakan dan harta bendanya juga ditinggalkan. Ibrahim mengambil sebatang tongkat lalu menuju ke Mekah tanpa sebarang bekal dan kenderaan. Hanya tawakal kepada Allah سبحانه وتعالى sahajalah bekal perjalanannya.

 .

Sebaik tiba di Kota Mekah baharu dia terasa lapar. Dia bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى dan memujiNya berkali-kali. Lalu dia terus membaca lagi ayat 1000 dinar dari Al-Quran:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَ‌جًا ﴿٢﴾ وَيَرْ‌زُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِ‌هِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرً‌ا ﴿٣

“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat (bertawakal) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”  (Surah At Thalaq:2-3)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Petikan oleh; shafiqolbu

sign s

.

2 responses to this post.

  1. Posted by Ayu on 19/12/2012 at 9:44 am

    Salam Ustaz,
    Saya mohon share…

    Reply

  2. Reblogged this on Brain Damage.

    Reply

Leave a comment