Pemain Arsenal Hafaz 19 Juzuk Al-Quran

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Abou Diaby

Abou Diaby

.

London: Selain sukan bola sepak yang menjadi kerjayanya, pemain tengah kelab Arsenal sejak 2006, Abou Diaby, 27, yang memulakan kerjaya di CM Aubervilliers sebelum ke Red Star Paris, Paris St Germain dan Auxerre, ternyata bukan saja handal di gelanggang bola sepak, tetapi seorang penganut Islam yang taat beribadah.

 

Abou Diaby yang juga pemain kebangsaan yang mewakili Perancis di peringkat antarabangsa dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat besar di dalam menghafaz al-Quran. Setakat ini, beliau dilaporkan sudah menghafaz 19 juzuk al-Quran.

Salah seorang tenaga pengajar di Ebrahim College di London tempat Diaby belajar, Mufti Muhammad, di dalam akaun twitternya @Mufti–Muhammad – mengesahkan bahawa Diaby sudah hafaz 19 juzuk al-Quran.

“Mengadakan perbincangan dengan pemain bola sepak Arsenal Abou Diaby di Ebrahim College malam ini, yang sudah menghafaz 19 ajza (juzuk) al-Quran,” kata beliau di dalam mesejnya di akaun twitter.

.

.

Aktif Dalam Kegiatan Kebajikan, Prihatin Sesama Islam

Namun mengunjungi Ebrahim College, adalah perkara biasa bagi Diaby sendiri. Beliau mengaku berasa tenang setiap kali bersama kelompok masyarakat Islam.

Selain menjadi penyumbang untuk pembangunan kolej berkenaan, Diaby turut membantu mendidik dan membimbing saudara baru yang mahu mempelajari Islam secara lebih mendalam.

Diaby turut bergiat aktif di dalam pelbagai kegiatan sosial untuk membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan dan kekejaman kerajaan Myanmar.  Pada majlis makan malam amal yang diadakan di Pusat Islam London baru-baru ini, Diaby melahirkan rasa prihatin dengan isu ketidakadilan yang dihadapi warga Rohingya.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim untuk membantu saudara saya yang hidup di bawah penindasan,” katanya, yang dipetik laman web Forum Islam Eropah.

Web berkenaan juga mendedahkan bahawa pemain itu menyumbang wang untuk membantu etnik Rohingya tetapi jumlahnya dirahsiakan.

.

Sumber: Berita Harian, AGENSI

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

 sign s

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: