Ponteng Solat Jumaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Meninggalkan Solat Jumaat.

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:

Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai? (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)

.

.

Huraian

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana Solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu Muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah سبحانه وتعالى ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah سبحانه وتعالى pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

.

.

Musibah

Musibah adalah bencana atau sesuatu yang mendukacitakan yang menimpa misalnya anak dan isteri sakit demam, tayar motor pancit, kereta rosak, rumah dilanda banjir, diragut, dirompak dan sebagainya.

 .

Rasulullah  bersabda: “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya.” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

 .

Jikalau seorang hamba melakukan amalan kebaikan, ia akan menjadi menghapuskan dosa-dosa kecilnya. Tetapi jika dosanya telah terlalu banyak dan dia tidak melakukan sesuatu untuk menghapuskan dosanya, maka Allah سبحانه وتعالى akan menimpakan sesuatu yang mendukacitakan atau merungsingkannya untuk menghapus dosanya. Setiap musibah diberi pampasan iaitu digugurkan dosa. Dosa yang digugurkan adalah seimbang dengan musibah yang dikenakan Allah سبحانه وتعالى, misalnya orang yang lama terlantar sakit di hospital mungkin diampunkan segala dosanya dengan Allah سبحانه وتعالى.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: