بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Selama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhammad ﷺ, sebagaimana tanggapan dan momokan sesetengah pihak bahawa hanya warna tersebut sahaja yang beridentitikan Islamik atau digemari Rasulullah ﷺ.
Rasulullah ﷺ tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda ﷺ turut menyukai warna hitam, putih (baidha’), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.
Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : “Yang amat disukai oleh Nabi ﷺ ialah warna putih.”
Ketika beribadat Rasulullah ﷺ juga suka berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.
.
1. Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.”
.
2. Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi ﷺ memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”
.
3. Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ adalah hijau.”
.
4. Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”
.
5. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi ﷺ keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”
.
6. Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah ﷺ berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”
.
7. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad ﷺ pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.
.
8. Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi ﷺ menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”
.
.
Semoga dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama…
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمْ
.
.
.
Posted by Aimee M on 22/01/2013 at 7:36 am
AsSalam Tuan
Mungkin tuan tersilap, gambar bunga mawar bewarna warni itu sering digunakan oleh pihak yang cenderong kepada cara hidup LGBT. Lebih molek kalau tidak dipaparkan langsung.
Semoga diberkati sentiasa.
Sent from my iPad
Posted by Shafi-Q on 27/01/2013 at 2:19 pm
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
Asalnya Ana berfikiran positif, bertujuan bagi menunjukkan multi colour pada bunga tersebut dan tidaklah berniat mempromosi LGBT….Walau bagaimanapun gambar itu telah didelete….
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Posted by ahongodong on 24/01/2013 at 12:52 am
Reblogged this on refiyonyoggy.
Posted by Azian on 25/01/2013 at 11:13 am
assalamualaikum ustaz.. izinkan i share this post dalam my facebook…syukrann..
Posted by Mueeza ~ Kucing Kesayangan Nabi Muhammad SAW | Shafiqolbu on 26/05/2013 at 1:32 pm
[…] kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan […]
Posted by hidayahfirdausi on 22/06/2013 at 11:16 pm
Assalam ustaz..mohon share di akaun instagram ana.jazakallah:)
Posted by i am muslim on 27/07/2013 at 8:32 pm
assalamualaikum ustaz.. izinkan sy share this post dalam my facebook..terima kasih