Khalimah / Doa Taubat

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Sebagai manusia yang serba lemah, kita memang pernah melakukan dosa dan amat berharap Allah سبحانه وتعالى mengampunkan segala dosa kita. Maka dengan melalui Solat Taubat dan doa ini, kita terus berharap pada rahmat Allah agar dosa tersebut diampunkan.

Khalimah Doa Taubat ini sangat baik dihafal dan dibaca pada bila-bila masa sahaja terutama pada setiap kali lepas solat. Mari kita sama-sama amalkan doa taubat ini.

.

Doa Taubat SQ

.

“Daku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Agung, daku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Agung, daku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Agung. Tidak disembah yang lain, hanya Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri sendiri.

 

Daku bertaubat dari segala dosa yang daku lakukan; sengaja atau tidak sengaja, dengan sembunyi atau secara terang-terangan; baik dosa kecil atau dosa besar kerana Dikau ya Allah Maha Pengampun akan dosa.

 

Dikaulah yang membuka hati untuk bertaubat, Dikau penutup yang aib, Dikau melenyapkan segala kedukaan. Dan daku bertaubat dari segala dosa yang daku ketahui atau yang tidak daku ketahui; Hanya Dikaulah ya Allah yang mengetahui segala yang tersembunyi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.


Ya Allah! Sesungguhnya daku menyesali atas semua perbuatan maksiat yang daku lakukan dan berilah daku petunjuk agar daku dapat benar-benar dalam hal ini. Daku membebaskan diri dari semua agama selain dari Agama Islam.

 

Ya Allah! Jika sekiranya daku pernah syirik dan syak dalam keimananku dan pengesaanku terhadapMu, daku bertaubat dan ampunilah kesalahanku akhirnya daku mengucapkan dan mentasdidkan bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH.”

 .

.

Keterangan:

.

Maksud dan tujuan kalimat di atas dapat difahami bahawa seorang yang merasa berdosa telah menyesali atas segala perbuatan dosanya, kemudian mohon ampun sepenuh hati dengan tidak lagi berniat mengulanginya. Meratapi dirinya yang terbit dari bisikan dan suara jiwanya.

Ulama berkata, taubat (nasuha) itu wajib dilakukan oleh setiap muslim atas dosa yang dilakukan. Bagi kita orang Islam dan umat Rasulullah ﷺ, syarat untuk bertaubat sangat ringan dan mudah. Inilah sebahagian dari rahmat dan berkat yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad ﷺ.

Jika 3 syarat berikut dapat dipenuhi itulah yang dinamakan Taubat Nasuha iaitu semurni-murni taubat.

  1. Meninggalkan perilaku dosa itu sendiri
  2. Menyesali perbuatan maksiat yang telah dilakukan.
  3. Tidak berhasrat untuk mengulangi lagi dosa itu selamanya.

.

Doa seorang hamba terhadap Tuhannya walau betapa besar dosanya, nescaya akan diampuni Allah سبحانه وتعالى juga. Kalimat doa Taubat di atas mengandungi pengertiaan Taubat Nasuha, maka baik sekali jika diucapkan setiap kali selesai solat fardhu.

Dan Allah سبحانه وتعالى  menjanjikan menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya.

Firman Allah سبحانه وتعالى  :

قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّـهِۚ إِنَّ ٱللَّـهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ﴿٥٣

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani!” (Surah Az-Zumar, Ayat 53)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Rasulullah SAW Bertaubat 100 Kali Sehari  (Klik Di Sini)
  2. Doa Taubat Nabi Adam Setelah Diturunkan Dari Syurga  (Klik Di Sini)
  3. Kisah Taubat Lelaki Yang Telah Membunuh 99 Orang (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

3 responses to this post.

  1. Posted by Bie16 on 20/07/2014 at 12:56 am

    Akum.. Boleh minta tolong huraikan lebih lanjut cara2 solat taubat ini. Brapa kali ruku dll??

    Reply

  2. Posted by afif helmi on 17/02/2015 at 7:17 pm

    Terima kasih kerana berkongsi doa taubat ini,semoga ALLAH memberikan rezeki yang melimpah ruah ke atas kamu☺assalamualaikum

    Reply

Leave a comment