Doa Mohon Gugur Syahid

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Kita disunatkan memohon agar syahid disalah satu tanah suci umat Islam iaitu sama ada di Makkah atau Madinah. Salah satu amalan yang menjadi anjuran agar meninggal dalam khusnul khotimah dan di tempat yang mulia adalah dengan doa Umar bin Khatab Radliyallaahu’anhu ketika hendak meninggal dunia.

 

.

Doa Mohon Supaya Gugur Syahid

 .

Dari Ummul Mukminin, Hafsah binti Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Umar pernah berdoa:

Doa Memohon Supaya Mati Syahid

.

Maka berkata Siti Hafshah Radliyallaahu’anha kepada ayahnya: “Apakah ini boleh berlaku?” Jawab Umar Radliyallaahu’anhu: “Jika dikehendaki Allah, semuanya akan berlaku.” (HR. Bukhari secara mu’allaq dan dinyatakan maushul oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

.

Sejarah menunjukkan Saidina Umar Radliyallaahu’anhu mati syahid. Beliau dibunuh sewaktu menjadi imam ketika solat di Masjid Nabawi, akibat ditikam sebanyak 6 kali oleh Abu Lu’luah iaitu seorang penganut agama Majusi (penyembah api). Dan kita juga sedia maklum bahawa jenazah Saidina Umar Radliyallaahu’anhu telah disemadikan berjiran dengan makam Rasulullah ﷺ.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى telah menganugerahkan kedua-dua permintaan Saidina Umar Radliyallaahu’anhu tersebut iaitu syahid di Tanah Suci. Demikianlah doa yang ditunjukkan ahlul soleh.

.

Antum boleh berdoa seumpama itu, seperti meminta khusnul khotimah, minta agar meninggal dalam keadaan beribadah, memohon agar diwafatkan dalam keadaan syahid atau doa semaksudnya. Antum seharusnya mengambil kesempatan seumpama itu, terutama ketika melakukan ibadah haji atau umrah di dua bumi suci tersebut.

 .

Antum juga boleh berdoa supaya meninggal dunia di kalangan orang-orang soleh kerana ketika jenazah antum berada di tengah-tengah mereka, maka akan ramai orang soleh, ahlul tauhid yang mendoakan dan mensolati antum. Sebaiknya, kita memohon perlindungan dari Allah سبحانه وتعالى, agar tidak meninggal di kalangan pengamal maksiat, kurafat dan pengsyirikan.

 .

Setiap yang hidup akan menempuh saat kematian pada suatu masa nanti. Nasib dan pengakhir hidup kita belum diketahui lagi. Maka seharusnyalah kita juga berdoa seperti yang didoakan oleh Saidina Umar Radliyallaahu’anhu di atas. Daripada mati sia-sia atau kerana punca-punca lain adalah lebih baik kita syahid dalam keadaan berdakwah dan membela agama Islam yang menjanjikan jaminan syurga.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

.

~shafiqolbu~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: