Zikir Doa Pada Hari Arafah

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Kita akan menemui hari Arafah pada 9 Zulhijjah mengikut takwim setempat. Walaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji di Tanah Suci, tetapi kita turut dibolehkan untuk berdoa dan beramal walau di mana pun kita berada. Kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti solat, berpuasa, berzikir dan berdoa terutama dengan zikir doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.

 

Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.

At-Tarmizi meriwayatkan, semasa Hari Arafah, Nabi ﷺ mengamalkan zikir doa berikut:

 Zikir Doa Hari Arafah

.

Daripada Amr bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِيْ

“Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.”. (Hadis Riwayat at Tirmizi)

.

.

Keterangan Hadis:

.

  1. Doa yang paling utama adalah pada hari Arafah seperti zikir doa di atas yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.
  1. Wukuf pada hari Arafah dimana kesemua para jemaah haji berkumpul di Padang Arafah demi mengharapkan pengampunan dan rahmat dari ALLAH سبحانه وتعالى.
  1. Walaupun kita tidak berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji, kita turut dibolehkan untuk mengemukakan permohonan doa walau di mana pun kita berada.
  1. Nabi ﷺ bersabda; “Haji adalah (wuquf) di Arafah.” Ketika berada di tempat ini pada 9 Zulhijjah hendaklah seseorang itu memperbanyak doa, berzikir, dan membaca Al-Quran.
  1. Rasulullah ﷺ bersabda bermaksud; “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” (Riwayat Tirmizi).
  1. Adapun doa yang dimohonkan bergantung kepada keperluan masing-masing dengan syarat tidak bertentangan syariat, seperti mendoakan buruk untuk orang lain atau berdoa agar diberikan segala yang haram bentuknya.

.

.

Berdasarkan hadis daripada Malik bin al-Harith, amalan memuji ALLAH سبحانه وتعالى akan dibalas dengan dipenuhi segala hajat kita, walaupun kita terlalu asyik memuji ALLAH سبحانه وتعالى dengan Asma-Nya sehingga terlupa untuk berdoa untuk hajat kita.

Selamat beramal pada Hari Arafah yang mulia dan mustajab doa ini. Semoga segala amalan dan doa yang baik serta ikhlas diterima oleh Allah سبحانه وتعالى .

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

السَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

2 responses to this post.

  1. […] « Zikir Doa Pada Hari Arafah […]

    Reply

  2. […] Zikir Doa Pada Hari Arafah  (Klik Di Sini) […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: