Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah SAW bersabda:Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”

Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.

.

.

AMALAN

Beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri termasuk::

.

SEBELUM 1 SYAWAL

  1. Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.
  2. Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
  3. Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.
  4. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
  5. Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.
  6. Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.

.

.

PAGI 1 SYAWAL

  1. Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
  3. Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
  5. Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
  8. Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
  9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  10. Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
  11. Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.

.

Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.

.

.

UCAPAN SELAMAT

.

Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

 .

Disebut dalam sebuah riwayat :

Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada Baginda, “taqabballahu minna wa minka”, Baginda SAW menjawab : “Ya, taqabbalallahu minna wa minka.” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

.

.

MANDI SUNAT

.

Disunatkan mandi di pagi raya sepertimana mandi wajib, iaitu sebelum keluar menuju ke masjid untuk solat Aidilfitri.

Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Baginda SAW menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”  (Hadis riwayat Imam Syafie).

.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidil Fitri:

.

.

TAKBIR AIDILFITRI

.

Seharusnya umat Islam memperbanyakkan Takbir, jangan terlalu sibuk dengan aktiviti persiapan raya, menonton TV dan bermain mercun sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

.

Sila Klik Di Sini.

.

.

.

SOLAT SUNAT AIDIL FITRI

Sila Klik Di Sini

.

.

SAMBUTAN AIDILFITRI 

Kedatangan 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran kerana berjaya menunaikan ibadat puasa sebulan Ramadhan. Ketika merayakan Aidilfitri, kita perlu:

  1. Membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim.
  2. Bersabar dan mengikis segala perasaan benci, dendam, dengki dan iri hati.
  3. Menanamkan perasaan kasih-mengasihi sesama umat Islam.
  4. Bermaaf-maafan dan bina hubungan persaudaraan yang kukuh.

.

.

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAWAL

.

Amalan yang perlu dilakukan pada bulan Syawal

  1. Bersedekah kepada golongan memerlukan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat Allah.
  2. Elakkan campur aduk antara amalan baik dengan perkara yang ditegah, dalam membuat persiapan hari raya.
  3. Percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan dan jangan melakukan perlanggaran batas agama.
  4. Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah.
  5. Ziarah menziarahi sanak saudara,untuk mendapat keredaan Allah SWT.

.

.

by;

shafiqolbu

7 responses to this post.

  1. as-salam…..ada tazkirah yg menyatakan pd mlm raya malaikat jibril akan turun ke dunia dan memberi hadiah….mlm itu dinamakan sebagai lailatul ape ye ? maaf jika hadis kurang jelas….mintak tuan beri sekali hadis yg lengkap mengenai perkara ini kalau tuan tahu…syukran 🙂

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Malam tersebut dinamakan ‘Lailatul Jaizah’ (Malam Penerimaan Hadiah).

      Dari Ibnu Abbas ra, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda;

      “Sesungguhnya syurga itu wangi dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut bulan Ramadhan. Bila malam pertama pada bulan Ramadhan datang, maka akan bertiup angin dari bawah ‘Arsy, yang disebut angin ‘al-Mutsirah’. Maka daun-daun di pokok-pokok syurga bergesel, juga gagang daun-daun pintu, sehingga menimbulkan dengungan suara yang sangat merdu yang belum pernah didengar oleh pendengar sebelumnya.

      Lalu muncullah para bidadari berdiri di halaman syurga, lalu mereka menyeru, “Adakah orang yang memohon kepada Allah agar Dia mengahwinkan aku dengannya?” Lalu bidadari itu berkata, “Ya Ridwan (penjaga syurga), malam apakah ini?” Maka Ridwan menjawab mereka dengan talbiyah, ia berkata, “Ini malam pertama bulan Ramadhan.” Maka pintu-pintu syurga dibuka untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad.

      Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman,”Wahai Ridwan, bukalah pintu-pintu syurga; dan wahai Malik, tutuplah pintu-pintu neraka bagi orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad. Wahai jibril, turunlah ke bumi. Rantailah syaitan-syaitan dan belenggulah mereka dengan rantai. Lalu lemparkanlah mereka ke dalam lautan supaya tidak mengganggu puasa umat Muhammad, kekasih-Ku.”

      Baginda SAW bersabda, “Allah Azza Wa Jalla berfirman pada setiap malam di bulan Ramadhan kepada seorang penyeru agar menyeru tiga kali; “Adakah orang yang memohon? Maka akan Aku penuhi permohonan-nya; Adakah orang yang bertaubat? Maka akan Aku terima taubatnya; Dan adakah orang yang meminta ampun? Maka Aku akan mengampuninya. Dan sesiapa yang memberi pinjaman kepada Yang Maha Kaya, maka ia tidak akan mengalami kekurangan, dan Dialah Yang Memenuhi Janji tanpa menganiaya.”

      Baginda SAW bersabda, “Setiap hari pada bulan Ramadhan, iaitu ketika berbuka puasa, Allah akan membebaskan sejuta roh dari neraka yang telah diwajibkan masuk neraka. Dan pada hari terakhir bulan Ramadhan, maka Allah akan membebaskan roh sebanyak yang telah Dia bebaskan dari awal hingga akhir Ramadhan.

      Dan bila tiba malam Lailatul-Qadar, Allah akan memerintahkan Jibrail turun ke bumi bersama sekumpulan malaikat yang membawa bendera hijau dan meletakkan bendera itu di puncak Kaabah. Malaikat Jibril mempunyai seratus sayap, dua sayap di antaranya tidak pernah dibentangkan kecuali pada malam itu. Lalu ia membentangkan kedua-dua sayap itu pada malam tersebut, sehingga meliputi Timur dan Barat. Lalu Jibril mengerahkan para malaikat supaya memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri, duduk, solat, dan berzikir. Para malaikat akan berjabat tangan dengan mereka dan mengaminkan doa-doa mereka hingga terbit fajar.

      Apabila fajar terbit, Jibril menyeru para malaikat, “Wahai para malaikat, pulanglah!”
      Para malaikat bertanya, “Wahai Jibril, apakah yang akan Allah perbuat berkaitan dengan hajat-hajat orang-orang yang beriman dari umat Muhammad?”

      Jibril berkata, “Allah memandang mereka pada malam ini dan mengampunkan mereka kecuali empat golongan manusia.”

      Maka kami (sahabat ra) bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah mereka itu?”

      Baginda SAW bersabda, “Mereka adalah orang yang meminum arak, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, orang yang memutuskan tali silaturahim dan yang memusuhi.”

      Kami bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah yang memusuhi itu?”

      Sabda Baginda SAW, “Iaitu orang yang membenci dan memutuskan persaudaraannya.”

      Jika malam Hari Raya tiba, maka malam itu dinamakan ‘Lailatul Jaizah’ (Malam Penerimaan Hadiah). Lalu ketika tiba hari raya Aidil Fitri pada hari esoknya, maka Allah mengutus para malaikat ke setiap negeri dan turun ke bumi. Mereka memenuhi setiap jalan dan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua makhluk Allah Azza Wa Jalla kecuali jin dan manusia.

      Mereka berkata, “Wahai umat Muhammad, keluarlah menuju Tuhan Yang Maha Mulia, Yang akan mengurniakan hadiah dan mengampuni dosa-dosamu yang besar. Apabila mereka datang ke surau mereka, maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada para malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja apabila telah menyelesaikan pekerjaannya?”

      Sabda Baginda SAW, “Para malaikat berkata, ‘Wahai Rabb kami, balasannya adalah upah sepenuhnya.'”

      Baginda SAW bersabda, “Maka Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku jadikan kamu sebagai saksi wahai para malaikat-Ku, bahawa sesungguhnya Aku telah memberikan redha dan ampunan-Ku sebagai balasan kepada mereka kerana puasa mereka pada bulan Ramadhan, dan kerana solat-solat malam mereka.

      Lalu Allah SWT berfirman, “Wahai hamba-hamba-Ku. Mohonlah kepada-Ku, maka demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, tidaklah kamu meminta sesuatu kepada-Ku di pertemuan ini untuk akhiratmu kecuali Aku akan memberimu. Dan tidak juga untuk keperluan duniamu kecuali Aku akan memandang permaslahanmu. Maka demi kemuliaan-Ku, sungguh akan Aku tutupi kesalahan-kesalahan kamu selama kamu takut kepada-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku tidak akan menutup dan tidak akan Aku perlihatkan aib-aibmu di depan orang-orang yang melanggar batas. Bertebaranlah kamu dengan membawa ampunan. Sungguh kamu telah redha kepada-Ku, dan Aku pun redha kepada kamu.”
      Para malaikat pun merasa senang dan bersuka cita, kerana Allah Azza Wa Jalla telah memberi kurnia kepada umat ini, pada saat mereka sedang berhari raya Fitri setelah Ramadhan.”

      (H.R. Ibnu Hibban, Baihaqi)

      والسلام

      Reply

  2. Posted by Faizal on 07/08/2013 at 6:44 pm

    Mohon Share 😀

    Reply

  3. […] berakhirnya bulan Ramadhan, iaitu ketika berbuka puasa yang terakhir dan memasuki malam Hari Raya Aidil Fitri, Allah سبحانه وتعالى menamakannya dengan ‘Lailatul Jaa-izah’ (Malam Penerimaan […]

    Reply

  4. […] Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)  (Klik Di Sini) […]

    Reply

  5. Posted by junaidah junus on 15/07/2015 at 4:01 pm

    Assalam. Mohon share. Jazakumullahu khairan kathira.

    Reply

Leave a comment