Cara Dan Doa-Doa Wuduk

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

.

Sebelum berwuduk hendaklah membersihkan bahagian mulut terlebih dahulu dengan menggunakan kayu sugi atau berus gigi dan berkumur kemudian basuhlah kesemua anggota wuduk dengan sempurna tanpa pembaziran air.

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak (bersugi) pada setiap kali wuduk.”  (Hadis Riwayat Ahmad)

.

1.   Mulakan dengan bacaan  Bismillah beserta bacaan doanya:

Serulah nama Allah pada permulaan wuduk dengan berkata: Bismillah (perlahan atau kuat).

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada wuduk untuk mereka yang tidak menyebut nama Allah atasnya.” (Riwayat – Ibn Maajah, At-Tirmizi, Abu Daud, dan lain-lain)

.

.

2.   Membasuh jari-jemari hingga pergelangan tangan sambil membaca:

Humran r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk lalu membasuh tangannya tiga kali … kemudian berkata, “Saya melihat Rasulullah SAW berwuduk, sama seperti yang telah saya berwuduk tadi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 .

.

3.   Berkumur-kumur dan membaca:

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu berwuduk kemudian basuh mulut.” (Riwayat Al-Baihaqi)

 .

.

4. Masukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya kembali (istinsyaq):

     a.   Masukkan air ke dalam hidung sambil membaca;

.

      b.   Mengeluarkan air dari hidung, membaca:

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berwuduk, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

.

Abd Khair r.a.berkata: “Kami sedang duduk melihat ke arah Ali r.a., dimana beliau berwuduk dan memasukkan air ke dalam mulutnya dengan tangan kanannya dan membasuh mulut dan hidung, kemudian dikeluarkan dari hidungnya dengan tangan kirinya dia berbuat tiga kali, kemudian berkata: “Sesiapa yang ingin melihat cara penyucian Rasulullah SAW, maka ini adalah penyuciannya.” (Riwayat – Ad-Daarimee)

.

.

5.   Membasuh muka 3 kali sambil berniat mengambil wuduk.

      a.   Niatnya:

    .

     b.   Seiring itu disunatkan juga membaca:

 .

     c.   Bersihkan muka 3 kali dari atas dahi ke dagu dan dari telinga ke telinga.

.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berniat untuk mendirikan solat, basuh muka dan tangan sehingga ke siku, gosok (dengan melepaskan tangan basah ke atas) kepala kamu, dan (basuh) anda kaki sehingga ke buku lali … ” (Al-Ma’idah 5:06)

.

Humran Ibn Abaan r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk sebagaimana Rasulullah SAW berwuduk. Humran r.a. berkata: “Kemudian baginda mencuci mukanya tiga kali.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim)

.

.

6.   Membasuh kedua tangan sampai ke siku, sambil membaca doa:

         a.  Ketika membasuh tangan kanan:

    .

         b.  Ketika membasuh tangan kiri:

Nu’aim Ibn Mijmar r.a.berkata: “Saya melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia membasuh mukanya dan menyempurnakan wuduk, kemudian mencuci tangan kanannya sehingga dia sampai ke lengan, kemudian tangan kirinya sehingga dia sampai ke lengan.” dan pada akhirnya dia berkata: “Ini adalah bagaimana saya melihat wuduk membuat Rasulullah SAW.” (Riwayat – Muslim)

.

.

7.  Menyapu air ke  sebahagian  kepala sambil membaca:

“Nabi Muhammad SAW menyapu kepalanya dengan dua tangan, menggerakkan ia ke hadapan dan ke belakang, bermula dengan bahagian depan kepala sehingga ke tengkuk Baginda, kemudian kembali semula ke tempat dari mana ia mula.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, dan lain-lain)

 .

.

8. Membasuh bahagian luar dan dalam kedua belah telinga sambil membaca doa:

Daripada Abdullah ibn Amr r.a. tentang cara melaksanakan wuduk Rasulullah SAW: “Baginda SAW menyapu kepalanya dan memasukkan jari telunjuk ke dalam telinganya dan menyapu belakang telinganya dengan ibu jari.” (Riwayat – Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Maajah, Ibn Khuzaimah)

 .

.

9.   Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

       a.  Semasa membasuh kaki kanan, disunatkan membaca:

.

         b.  Sewaktu membasuh kaki kiri disunatkan membaca:

Ibn Umar r.a. berkata; “Rasulullah SAW dalam perjalanan, jauh di belakang kami dan kemudian datang kepada kami ketika sudah tiba masanya untuk solat Asar. Kami mula berwuduk dan lap kaki kami, kemudian baginda menyeru; “Celakalah buku lali dari api neraka. (Dua atau tiga kali).” (Riwayat – Al-Bukhari dan Muslim)

Al-Mustaurad r.a. berkata; “Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan memasukkan air antara jari-jari kaki dengan jari kecilnya.” (Riwayat – Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Maajah).

.

.

10.   Doa Wuduk.  

Menghadap ke arah kiblat dan membaca doa wuduk:

.

Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki. (Hadis Riwayat Muslim).

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

.

.

43 responses to this post.

  1. Posted by Hj.Nooraimi on 29/01/2012 at 10:00 am

    Terima kasih kepada empunya blog ini…semoga Allah memberkati saudara dan keluarga.

    Reply

  2. Posted by Aida on 01/03/2012 at 12:28 pm

    Terima kasih kepada empunya blog.. sangat berinfomasi.. semoga Allah memberkhati dan merahmati anda dan keluarga…

    Reply

  3. Posted by taufik taufani suhadak on 15/03/2012 at 12:02 pm

    subhanAllah …., jazakallah syukron katsiro yaa akhi…
    semoga ini menjadi salah satu amal jariyah ilmu yang bermanfaat buat antum…

    Reply

  4. Posted by sofea on 19/04/2012 at 2:15 pm

    terima kasih..

    Reply

  5. alhamdulillah dengan informasi ini
    dapat kita menambah ilmu.

    Reply

  6. Posted by ayza on 05/07/2012 at 12:18 am

    As-salam… Sah ke wuduk kalau tak baca doa-doa wuduk?ianya wajib atau sunat?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berwuduk tanpa doa-doa tersebut tetap sah.. tapi adalah lebih baik selain dariada membasuh anggota wuduk yang zahir, turut disucikan anggota batin untuk memperolehi wuduk yang sempurna.

      Reply

  7. Posted by meliya nirmal on 25/07/2012 at 10:25 pm

    salam… 1)sah ke wuduk jika dibaca begini ” nawaitu wudu’an lillahita’ala”…
    2) adakah perlu seseorang itu mandi wajib selepas membuang air besar dan ingin mengambil wuduk?

    Reply

    • ​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      1) Wudhuk Meliya sah.. asalkan ada lintasan/niat dalam hati untuk berwudhuk kerana Allah Ta’ala.

      2) Meliya tidak perlu mandi wajib selepas buang ‘air besar’ kerana ianya hanya diwajibkan kepada kes ‘berhadas besar’ seperti:-

      a. Melakukan hubungan jenis antara suami isteri
      b. Meninggal dunia
      c. Keluar darah haid atau nifas
      d. Ibu yang melahirkan anak.
      e. Keluar air mani.

      Reply

  8. Posted by fika memo on 04/08/2012 at 8:25 am

    dlm blog ini ade mnyatakan membasuh muka dari dahi hingga ke dagu.tp dimanakh had dagu tersebut?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Membasuh muka.

      Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.

      Wajib menyampaikan air pada kesemua kulit dan bulu yang ada di dalam had muka. Janggut lelaki dan jambang yang tebal dan tidak kelihatan kulit dibawahnya, memadai membasuh sebelah luarnya sahaja. Dan janggut nipis yang kelihatan kulit dibawahnya, maka wajib menyampaikan air di sebelah dalam janggut dan kulit di bawahnya. Manakala janggut perempuan samaada nipis ataupun tebal wajib meratakan air pada keseluruhanya dan kulit dibawahnya. Perempuan yang berjanggut sunat menghilangkan janggutnya samaada dengan cukur atau lainnya.

      Diharuskan membasuh atau melebihkannya sedikit daripada kepala, tengkuk, dan bawah dagu supaya sempurna basuhan mukanya.

      Reply

      • Posted by fika memo on 04/08/2012 at 10:41 pm

        syukran lillah..apakah dalil-dalil yang dapat menyokong pernyataan di atas..

      • Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berniat untuk mendirikan solat, basuh muka dan tangan sehingga ke siku, gosok (dengan melepaskan tangan basah ke atas) kepala kamu, dan (basuh) anda kaki sehingga ke buku lali … ” (Al-Ma’idah 5:06).

        Diriwayatkan daripada Himran Ibn Abaan r.a. katanya; “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.” Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muslim r.a,)

        Hadis Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.”

        Adapun yang ditekankan dalam hal membasuh muka ialah meliputi kawasan apa yang ditakrifkan sebagai muka (face boundary), meliputi tempat tumbuh rambut (gigi rambut) hingga tulang dagu dan dagu serta pangkal telinga.

  9. selama ny saya rasa was2 betul ker cara saya amik wuduk ny alhamdullah allah terima amal ibadat saya . terima kasih.

    Reply

  10. […] Cara Dan Doa-Doa Wudhuk  (Klik Di Sini) […]

    Reply

  11. […] di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil […]

    Reply

  12. Posted by Mariah yusof on 13/02/2013 at 8:45 pm

    Saya juga berterima Kasih kepada empunya blog ini kerana Sudi berkongsi ilmu semoga Allah memberkati hidup anda amiin…

    Reply

  13. […] Cara Dan Doa-Doa Wuduk  (Klik Di Sini) […]

    Reply

  14. Terima kasih diatas segala info yg sangat berguna…….rupanya bertul sperti yg dikata
    lagi kita belajar lagi banyak yg kita tidak ketahui….oleh itu keep on learning dan kena ambil tahu

    Reply

  15. Posted by Bib on 10/09/2013 at 5:41 am

    Terima kasih atas info pohon untuk copy untuk rujukan sendiri

    Reply

  16. Posted by yus on 01/10/2013 at 10:30 pm

    Assalamualaikum…apa hukumnya kalau doa setiap bahagian anggota wuduk itu ditukar mengikut doa pilihan kita sendri? seperti ketika membasuh sebahagian rambut saya berdoa minta agar dilebatkan rambut..ataupun ketika membasuh telinga saya berdoa agar saya terhindar dr mendengar perkara yang sia2 dan sebagainya,mohon penjelasan trimakasih..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Dibolehkan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  17. Posted by nofa on 21/12/2013 at 11:01 am

    Sy nk brtye. Slame niey Sy bsuh Tgn knan Kmudian Tgn kiri…scre Brglir-gilir Sbyk 3 Kli…bgtu Jga Dgn Kaki….adkh wuduk Sy sah…?? Sy Sgt Rsau Skirr Yew Ibdt Sy Slme Ini Tdk sah….astragfirullah….sy Amt Rsau

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      RUKUN WUDUK

      1. Niat – Berniat mengangkat wuduk atau hadas kecil ketika air sampai ke muka.

      2. Membasuh muka – Bahagian wajib dibasuh ialah dari sempadan tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telingga kanan hingga ke anak telinga kiri.

      3. Membasuh tangan – Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku termasuk celah-celah jari dan kuku.

      4. Menyapu kepala – Menyapu air ke atas sebahagian kepala.

      5. Membasuh kaki – Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

      6. Tertib – Membasuh anggota wuduk mengikut turutan.

      Syarat diterima wudhuk adalah mengikut tertib dan kedudukan nombor rukun wudhuk di atas. Mengenai persoalan Ukhti Nofa itu, sah wuduk tersebut…. cuma tidak menurut sunnah iaitu mendahulukan anggota kanan.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  18. Posted by dicky on 13/08/2014 at 1:44 pm

    Terima kasih, sangat bermanfaat.

    Reply

  19. sebenarnya membasuh hidung itu sunnah ataupun wajib? ana bertanya..

    Reply

  20. Posted by mukhlis on 28/08/2014 at 9:42 am

    semoga menjadi ilmu yang bermanfaat….

    Reply

  21. Posted by danial on 01/11/2014 at 7:21 pm

    Perlukah mengulangi perbuatan memasukkan dan mengeluarkan air dari hidung sebanyak 3 kali? Atau hanya dekali?

    Reply

    • Posted by danial on 01/11/2014 at 7:22 pm

      *sekali

      Reply

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Sunnah melakukan ‘istinsyaq’ sebanyak 3 kali.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  22. Posted by ananymous on 25/05/2015 at 5:49 pm

    Awak ni ustaz ke?

    Reply

  23. mohon share ye…syukran

    Reply

  24. Posted by irroslan on 07/07/2015 at 10:21 am

    pls email doa whuduk

    Reply

  25. Posted by abith on 26/06/2016 at 12:14 pm

    Jazaakillaahu Khairan Katsiran..kepada pemilik blog ini

    Reply

Leave a comment