Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

.

.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

.

.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

.

.

Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

.

.

Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

.

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.

Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.

.

.

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar


‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

.

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

http://shafiqolbu.wordpress.com/

.

About these ads

65 responses to this post.

  1. assalamualaikum sy mohd hafiz,adakah ayat ini boleh menghalang jin dan iblis merasuk tubuh manusia??????????????????

    Reply

    • Wa’alaikum salam wrh wbt,
      Ayat 1000 dinar adalah kata-kata Allah Ta’ala dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 dan setiap orang muslim dan beriman wajib mempercayainya. Maka beramal dengan ayat-ayat Allah dan bertawakal kepada-Nya tidak akan merugikan sesiapa bahkan akan memperolehi perlindungan dari Allah SWT. Jika Hafiz beramal dengan sepenuh keyakinan dan berserah diri hanya kepada Allah seperti yang disarankan, InsyaAllah berhasil apa yang dihajati.

      Reply

    • Posted by nur on 17/01/2013 at 12:00 pm

      mohd hafiz..amalkan ayat qursiy dan ayat seribu dinar setiap kali lepas solat 5 waktu.sekali baca pun xpe asalkan istiqamah.insyaAllah mampu jadi pendinding.
      lagi satu,pasang radio or phone bacaan surah al-baqarah dekat rumah/bilik
      ~rumah yang dibaca surah baqarah selamat drp sihir~petikan hadis

      Reply

  2. Posted by ziehan on 28/04/2012 at 7:49 am

    Alhamdulillah…..mendapat banyak pengetahuan dari penerangan ayat 1000 dinar

    Reply

  3. Posted by M. Amin Hudori on 08/05/2012 at 8:48 am

    Apakah amalan ini di ijazahkan tuk seluruh muslim.

    Reply

    • Assalamualaikum..
      Semua yang ada dalam blog ‘Shafiqolbu’ adalah milik Allah SWT untuk semua umat… cuma sudi-sudilah hadiahkan al-Fatihah dan sebaris doa buat ana sebagai penyampai ilmunya… “ALLAH melimpahkan rahmah dan nikmah yang banyak kepada manusia. Kepada-Nya manusia dididik bersyukur.”

      Reply

  4. Salam..Alhamdulillah..syukran ats perkongsian..ramai lagi yang tidak tahu tentang kelebihan ayat seribu dinar..ana mohon share jgk.^_^

    Reply

  5. Posted by nourlind rasdi on 28/05/2012 at 11:23 pm

    saya amat anjurkan suadara saudari amalkanlah ayat ini.Alhamdulillah,sejak saya mengamalkannya ,saya merasai keajaiban ayat ini.Tapi hati perlu ikhlas beramalnya kerana Allah swt.

    Reply

  6. Posted by iqmali on 07/06/2012 at 5:18 pm

    assalammualaikum saudara, saya x paham bahagian… “Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. ………. kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis”. kalau tidak ada sumber yang shahih…. manakan boleh kita menetapkan ganjarannya?. dan satu lagi, mengapa disebut 1000 dinar? sedangkan ia adalah ayat surah thaha. ada dalilkah tentang itu?

    Reply

    • Waalaikumussalam w.b.t.

      Para Ulama’ di sini adalah ahli-ahli ibadah yang sentiasa beramal dan mengkaji hadis dan rahsia-rahsia al-Quran. Anjuran ini adalah berdasarkan pengalamn dan fadhilat yang mereka perolehi mengamalkan Ayat 1000 dinar.

      Al-Quran tidak akan mati dan sentiasa sesuai pada kesemua zaman. namun begitu tidak semua permasalahan dan cara hidup dimuatkan di dalamnya dan ini dibantu dan diterangkan melalui ribuan hadis-hadis. Sejak 1400 tahun yang lalu mustahil tiada berlaku sebarang perubahan cara beribadah dalam peredaran zaman selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sedangkan semasa hayat nabi lagi banyak hadis telah terbatal dari masa ke semasa. Maka tidaklah salah kita beramal dan bertawakal untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. Ia seharusnya diterima setelah dilakukan perbincangan para ilmuan, alim ulama dan ahli majlis fatwa mengenai perkara-perkara baru. Sebagai contoh perlukah kita menolak menggunakan kapalterbang untuk ke Makkah kerana dalam Al-Quran dan Hadis tidak dinyatakan pengangkutan ini?

      Janganlah beralasan ‘tidak ada dalil Al-Quran dan Hadis’ untuk melakukan ibadah kerana semuanya berkaitan dengan niat dan keikhlasan beramal. Berserahlah kepada Allah SWT untuk memberi ganjarannya.

      Allah SWT tidak menghampakan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati. Sebagaimana firman-Nya; “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.” (Mu’min: 60).

      Dinamakan 1000 dinar selain entri di atas, versi ke dua di… http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/06/09/sejarah-asal-ayat-seribu-dinar/#more-4298

      Reply

    • Posted by Ahmad Tarmizi on 21/07/2012 at 7:02 am

      Apakah yang dimaksudkan mengamalkan ayat ini,
      1. mengamalkan pengajaran dari ayat iaitu menjadi insan yang bertakwa
      2. mengamalkan membacanya sahaja setiap hari.

      Reply

      • Ahmad amalkanlah membaca ayat ini pada 3 waktu yang disarankan itu sambil memahami dan mengambil pengajaran daripadanya.. InsyaAllah akan termasuklah juga ke dalam insan yang bertaqwa…

  7. Posted by tawi on 26/06/2012 at 11:01 pm

    assalamualaikum.nak tanya ,nabi khidir ajar pedagang tu surah at talaq ayat 2 dan 3.tetapi pada masa tu al quran belum diturun kan.al quran diturunkan kepada nabi muhammad s.a.w.macam mana tu?tolong huraikan kemusykilan saya.t.kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berkenaan persoalan di atas, bukanlah suatu yang pelik kerana kalimah yang disebut Nabi Adam AS, nabi-nabi lain malahan malaikat pun terdapat di dalam Kitabullah… Tawi bolehkah merujuk Al-Quran atau terjemahannya dan juga mendapatkan pencerahan daripada guru-guru agama…

      Reply

  8. Posted by farid on 14/08/2012 at 1:15 am

    ayat ini bukan jampi serapah, baca saja boleh selesai atau keluar dari masalah dan dapat rezeki yg banyak. kalau macam tu senang la nak senang. masalah boleh selesai dan rezeki boleh bertambah apabila kita mengamalkan maksud dan kehendak ayat itu dengan menjalankan perintah tuhan, meninggalkan larangan tuhan dan menegah kemungkaran barulah dinamakan bertaqwa. dan hendaklah bertawakal kepada tuhan dalam semua urusan kita setelah berusaha mengikut ilmu yang betul. untuk berusaha dengan ilmu yg betul kena menuntut ilmu mengikut bidang yang hendak diusahakan. ya Allah ampunkan saya jika penerangan yg saya berikan salah.

    Reply

  9. Doa yang baik dan perlu diamalkan oleh setiap kaum muslimin…..syukron…

    Reply

  10. Posted by danial on 23/09/2012 at 1:31 pm

    saya nk tau lebih lanjut tentang ayat 1000 dinar ni

    Reply

  11. Posted by Abd hakim on 04/10/2012 at 1:02 am

    As.w.w. Insya Allah brkah bwt ustad. Alfatihahnya menyusul. Syukrn katsiron. Wass.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jazakallahu Khairan Kathiran…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  12. assalamualaikum…jika ayat ini x berkesan apakah yg perlu dibuat??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdr.Fahmi bacalah dengan sepenuh keyakinan dan diniatkan kerana Allah SWT semata2…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  13. Posted by sarah on 08/10/2012 at 8:43 pm

    Tq semoga Anda dirahmati allah atas perkongsian ini

    Reply

  14. Posted by murad on 11/11/2012 at 12:47 pm

    Assalamualaikum….Alfatihah utk tuan. Suatu maklumat asas yg lengkap ttg ayat 1000 dinar. Pohon berkongsi mengamalkan ilmu yg diberikan ini…tk

    Reply

  15. Posted by Hang Li Po on 19/11/2012 at 11:34 am

    Assamualaikum….wrt…
    Saya seorang ibu tunggal..& saya sgt anjurkn kpd mereka yg senasib supaya bertakwa & bertawakkal pada Allah utk meneruskan kehidupan.. Ayat ini boleh dijadikan sbg pemangkin utk menguatkan semangat…iaitu jika kita berusaha & beramal dgn niat yg ikhlas lillahi taala…Insya Allah dipermudahkan…& diberi rasa kecukupan (ketenangan)..Tapi yg penting ialah kepercayaan kita kpd Qada & Qadar…iaitu ketetapan daripada Allah utk umat manusia… Wallahu a’lam bissowab..

    Reply

  16. Posted by nieyta on 22/11/2012 at 11:19 pm

    Syukran..sy dah lama mengamal ayat ni..mula-mula tu memang susah ..tapi bila kita buat betul -betul ..memang terasa begitu indah . Contohnya Allah memudahkn segala urusan dunia ..

    Reply

  17. Posted by nieyta on 22/11/2012 at 11:29 pm

    Jadikan ayat 1000 dinar zikir harian kita di samping itu bertaqwa kpd Allah dengan melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya .. serta sentiasa bertawakkal dan memohon perlindungan dari Allah utk kesejahteraan dunia dan akhirat ..InsyaAllah..

    Reply

  18. Alhamdulillah ini petunjuk yang kesekian dari Allah. Hamba harus mengamalkan ayat ini ya Rob… Semoga kita semua selalu dlm naungan Allah SWT. Amin!!!

    Reply

  19. Posted by Syed Shaffik Zhakir on 08/12/2012 at 11:52 am

    Assalamualaikum
    Boleh baca rumi?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh.. sebaiknya difahami apa yang dibacakan…

      Reply

  20. Posted by Yaacob Jusoh on 08/12/2012 at 9:41 pm

    ,Alhamdulillah, terima kasih banyak atas maklumat yang diberikan ini. Insya’Allah saya amat gembira nak beramal dengannya.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kongsikan jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu… Selamat beramal…

      Reply

  21. […] kepada Allah سبحانه وتعالى dan memujiNya berkali-kali. Lalu dia terus membaca lagi ayat 1000 dinar dari […]

    Reply

  22. Posted by nur amira on 30/12/2012 at 8:28 pm

    alhamdulillah, setelah sekian lama tertanya2 kelebihan ayat seribu dinar, baru hari ini terdetik dan diberi kesempatan untuk mencarinya.. terima kasih atas perkongsian yg cukup bermanfaat ini…

    Reply

  23. alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsiannya… :-)

    Reply

  24. Posted by fauzi on 04/01/2013 at 2:08 pm

    assalamualaikum…alhamdulillah dan terima kasih pada tuan atas segala ilmu tuan kongsikan bersama semoga sama sama kita mendapat rahmat dari ALLAH..amin

    Reply

  25. Posted by nur asyekin on 08/02/2013 at 4:16 am

    Assalamu’alaikum..
    Alhamdulillah.. terimakasih diatas perkongsian nya. insyaa allah saya akan mengamal kan nya. saya baca kan Al-fatihah utk ustadz.
    wassalam..

    Reply

  26. Posted by ramli on 08/02/2013 at 9:49 am

    Alhamdulillah,saya telah menerima ijazah dari guru saya membaca ayat 1000 dinar sebanyak 11 kali setiap lepas solat fardu,sungguh menakjubkan dengan izin Allah bermacam-macam kurnian rezeki ilmu dan makrifat yang akan kita dapati dan adalah lebih baik jika diiringi dengan membaca selawat pada Nabi saw tiga kali khususnya selawat gua bagi tuan syeikh Abdul Qadir Jailani.

    Reply

  27. Posted by Razqeeyatul Aniza on 14/02/2013 at 8:05 pm

    Assalamualaikum . maaf jika mahu bertanya. Adakah salah jika saya mengamalakan ayat ini di dalam solat fardhu ? kerana saya mengamalkan ayat ini pada rakaat di dalam solat fardhu sy . minta penjelasannya .

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sah solat jika dibaca potongan ayat Quran tersebut..tapi adalah lebih afdal dalam solat fardhu dapat membaca satu surah penuh, sekurang2nya seperti surah2 lazim di juz 30.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  28. mohon izin mengamalkannya

    Reply

  29. Posted by junaidi on 02/03/2013 at 2:26 am

    mohon izin mengamalkan… dan terima kasih yang sebesar besarnya,,,,

    Reply

  30. Posted by Mami on 27/03/2013 at 11:58 pm

    Assalamualaikum.. Saya didatangi suara didalam mimpi saya supaya mengamalkan ayat 1000 dinar.
    Alhamdulillah saya terjumpa blog adik semasa mengoggle.
    Syukur kepada Allah baru saya tahu yg ayat ini banyak fadilatnya. Bukan tertumpu kepada rezeki aja..
    Setelah tersedar dari mimpi saya itu, hati jadi tertanya2 kenapa saya disuruh mengamalkan ayat ini dan sekarang baru saya mengerti..
    Terima kasih adik..

    Reply

  31. mohon izinnya, insya Allah sy mau mengamalkan ayat ini…makasih

    Reply

  32. Posted by hambaNya on 03/04/2013 at 11:08 pm

    Assalammualaikum,
    Mohon share ilmu yg bermanfaat ini. ada juga beberapa artikel ustaz yg saya share di fb saya. Mohan halalkan. Hanya Allah swt yg dpt membalasnya. Teruskan menyampaikan ilmu yang bermanfaat buat semua pembaca di ruangan ustaz.

    Reply

  33. Posted by aryani on 27/05/2013 at 9:05 pm

    Salam…boleh ke mengamalkan ayat ini untuk tujuan kasih sayang.saya ada masalah dengan pasangan dan saya harap masalah ini kembali jernih seperti sebelum ini.kami pula tinggal berjauhan atas faktor pekerjaan.apa perlu saya amalkan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh… amalkan juga Yasin 7 mubin, surah Ar-Rahman dan Al-Waaqiah… InsyaAllah dapat membantu…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  34. Posted by ~liyana~ on 05/07/2013 at 2:08 pm

    Assalamualaikum….

    Mohon sahare ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan harian….

    Reply

  35. Posted by irfan on 12/07/2013 at 6:23 pm

    subhanallah .
    Tadi’ y tidak tau dngan ayat ini alhamdulilah sekarang tau
    mudah”an d amalkan.
    Amin…

    Reply

  36. Posted by irfan on 16/07/2013 at 5:06 am

    sukra ya akhii,,,,,,

    Reply

  37. Posted by aris s on 14/08/2013 at 2:21 pm

    mohon izin tuk copy amalan yang ada dalam artikel ini semoga bermanfaat, amin.

    Reply

  38. Posted by aris s on 14/08/2013 at 2:32 pm

    semoga amalan dalam artikel ini dapat bermanfaat bagi orang banyak yang di ridhai ALLAH Swt. dan mendapat balasan yang baik bagi sang penulis. saya ucapkan terimakasih banyak, semoga lebih giat lagi menyampaikan amal kebaikan karena ALLAH Swt. amin.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Amiiin… Jazaakallaahu Khairan Katsiran.

      Reply

  39. mohon ijin mengamalkan.. jazakumulloh…alfatiha..

    Reply

  40. Posted by Azila on 04/10/2013 at 11:00 am

    Mohon share ilmu di blog ni ya…. tima kasih banyak-banyak….

    Reply

  41. Posted by ulfhaa on 11/10/2013 at 10:23 am

    Assalamu’alaikum Wr.Wb
    Kalau untuk penyakit bagaimana cara pengamalan ayat seribu Dinar?

    Reply

  42. Posted by Yanto Gumilar on 22/10/2013 at 5:33 pm

    Assalamualaikum Wr.Wb

    mohon izin Ustad saya copy artikelnya, mohon diizinkan …. hatur nuhun

    Reply

  43. Posted by ABDAN on 12/06/2014 at 3:21 pm

    QOBILTU GURU..

    Reply

  44. Posted by yamin on 30/06/2014 at 4:03 pm

    asswrwbr…..ustad.mohon izin saya mau mengambil dan mengamalkanya.. terimakasih

    Reply

  45. Posted by Mkjers on 20/08/2014 at 11:50 am

    Qobiltu ….izin mengamalkan …alfatihah

    Reply

  46. KEMBALI LAGI

    Tanya:
    Bismillah…
    Ada kasus seperti ini:
    “Seorang istri menggugat suaminya karena syarat yang menurut dia sudah syar’iy… Dan hal ini sampai ke KUA.
    Setelah melalui proses akhirnya disetujui oleh pihak KUA… Palu sudah diketuk tapi dalam naskah masih dikatakan talak 1 (satu) dan dikatakan 20 hari lagi surat cerai akan keluar, terhitung dari sejak diketuknya palu… dan di saat surat itu sampai ke suami maka sang suami bersih keras tidak mau tanda tangan dan tidak mau cerai dan berjanji untuk berubah…dan di situ sang istri lunak dan menanyakan ulang ke KUA… Dan kata KUA boleh lagi sama-sama tapi harus menikah ulang lagi setelah masa iddah…pertanyaanya: Apakah syari’at juga membolehkan bersama-sama lagi dengan cara menikah lagi setelah masa Iddah dengan alasan KUA katakan masih talak satu?.

    Jawab:

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Kalau baru tholaq 1 (satu), maka tidak perlu adanya nikah ulang, namun cukup roj’ah (kembali lagi), dengan dalil perkataan Rosululloh ‘Alaihishsholatu Wassalam tentang Abdulloh bin ‘Umar Rodhiyallohu ‘anhu yang mentholaq istrinya:

    مره فليراجعها

    “Perintahkan kepadanya untuk ruju’ (kembali) kepada istrinya”.

    Dan para ulama telah bersepakat bahwa:

    من طلق دون ثلاثة فإن له الرجعة في العدة

    “Barang siapa yang telah mentholaq di bawah 3 (tiga kali tholaq) maka sungguh baginya roj’ah (kembali lagi) pada ‘Iddahnya”.

    Adapun kalau sudah tiga kali tholaq maka tidak boleh lagi kembali, walaupun ditulis di naskah, baru tholaq satu atau tholaq dua tetap tidak boleh kembali lagi, kecuali wanita yang ditholaq itu menikah lagi dengan laki-laki lainnya, lalu wanita itu ditholaq lagi oleh laki-laki lain itu baru keduanya boleh kembali (menikah lagi), Alloh Ta’ala berkata:

    فإن طلقها فلا تحل له من بعد حتى تنكح زوجا غيره، فإن طلقها فلا جناح عليهما أن يتراجعا

    “Maka jika suami telah mentholaqnya (sesudah tholaq yang kedua), maka tidak halal baginya
    setelah itu sampai dia menikah dengan lali-laki lain, kemudian jika laki-laki yang lain itu menceraikannya maka tidak ada dosa bagi keduanya untuk kembali (menikah lagi)”.

    Adapun keberadaannya setelah ‘iddahnya maka ini ada pilihan bagi laki-laki yang mentholaq tersebut, jika baru tholaq satu maka kembali lagi, dan jika sudah tholaq dua maka hanya dua pilihan; kembali lagi atau cerai:

    الطلاق مرتان، فإمساك بمعروف أو تسريح بإحسان

    “Tholaq (yang bisa ruju’) ada dua kali; kembali dengan cara yang baik atau menceraikan dengan cara yang baik”.

    Dijawab oleh:
    Abu Ahmad Muhammad Al-Limboriy ‘Afallohu ‘anhu (14 Dzulqo’dah 1435).

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,268 other followers

%d bloggers like this: